AYER KEROH, MELAKA - Tindakan 'bodoh' dua penunggang motosikal berkuasa tinggi dipercayai
warga asing yang merokok di sebuah stesen minyak di RnR Ayer Keroh, cetus kemarahan netizen.
Gambar dua lelaki berkenaan dimuat naik oleh Noel Silas di laman Facebook yang mendakwa dua lelaki
berkenaan bertindak biadab apabila ditegur agar jangan merokok di kawasan stesen minyak.
"Dua bikers ini merokok di stesen minyak. Kakitangan Stesen Petronas menegur dan meminta dua
individu ini tidak merokok di kawasan larangan, namun tidak diendahkan. Malah dibalas pula dengan
isyarat lucah," katanya dalam kejadian yang sempat dirakam pada Sabtu lalu.
Neol berkata, pihak stesen minyak sepatutnya menguatkuasakan larangan itu dengan lebih tegas.
Namun beliau dimaklumkan bahawa sudah banyak kali kakitangan stesen menegur tindakan
beberapa pengunjung yang merokok di kawasan larang itu, malangnya tidak diendahkan.
"Mereka (kakitangan) sudah malas nak menegur sebab tiada sesiapa yang akan patuh mahupun
mendengarnya," katanya.
Noel hanya sempat merakam gambar dua lelaki berkenaan dan tidak sempat mencatitkan
nombor pendaftaran motosikal berkuasa tinggi mereka kerana jumlah kehadiran mereka
di stesen itu agak ramai, dan dalam masa yang sama dia perlu beredar segera kerana ada urusan lain.
Dua bikers ditegur agar tidak merokok di kawasan stesen minyak, namun dibalas dengan middle finger.
| Foto - Noel Silas
Sementara itu netizen mengecam tindakan dua lelaki berkenaan yang dianggap telah mencemarkan imej
bikers tempatan.
"Dia ingat dia ada motor besar, dia boleh besar kepala atau buat apa-apa saja yang dia suka? Kerana
tindakan bodoh dua bikers ini, habis terpalit juga pada kumpulan bikers yang lain," kata netizen.
Terdahulu dalam kejadian 11 November lalu, sebuah stesen minyak hampir terbakar gara-gara tindakan
bodoh seorang remaja lelaki yang bergurau mahu menyalakan pemetik api ketika rakannya sedang
mengisi minyak motosikalnya
Artikel berkaitan: (Video) Gurauan Berapi
Tindakan bodoh remaja terbabit telah menyebabkan tangki motosikal serta nozzle terbakar. Namun
berjaya dipadamkan oleh kakitangan stesen Petron.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..