KLANG: Seorang lelaki dan seorang wanita maut serta merta apabila kereta yang mereka naiki dihempap kren cerucuk statik yang tumbang.
Semasa kejadian, kereta jenis Perodua Axia dipandu Abd Rahim Abd Rahman, 61, dan seorang wanita warga Indonesia dikenali sebagai Nurhayati, 56, dihempap kren berkenaan yang tumbang dari tapak pembinaan di sebelah kanan jalan ketika mereka sedang melalui Persiaran Astana, Meru.
Struktur kren cerucuk itu menghempap bahagian depan kereta mereka, menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk masing-masing.
Insiden berlaku kira-kira 12.30 tengah hari.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk bedah siasat.
Anggota bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor sedang membersihkan lokasi nahas.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..