Antara barangan yang dicuri suspek | Foto - Harian Metro |
JOHOR BAHRU - Seorang tukang masak di sebuah jabatan kerajaan ditahan
selepas didapati mencuri makanan dan berangan bernilai RM415.06 di pasar
raya dalam pusat beli-belah di Taman Bukit Indah, semalam, lapor Harian Metro.
Barang-barang yang dicuri oleh bapa kepada tiga orang anak itu adlaah,
makanan sejuk beku, baju T, seluar trek, kapur kasut dan stoking.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Noor Hashim Mohamad
berkata, suspek ditahan selepas gagal mengemukakan resit pembayaran bagi
barangan yang ditemui bersamanya.
Difahamkan, suspek pergi ke pasar raya tersebut bersama dengan anak
lelaki sulung yang berusia tiga tahun. Melihat suspek dalam keadaan yang
mencurigakan, lalu pengawal keselamatan pasar raya menghampiri dan
meminta suspek mengemukakan resit pembayaran.
"Suspek gagal menunjukkan resit pembelian menyebabkan pengawal
keselamatan berkenaan terus membawa suspek kepada pihak pengurusan.
Suspek didapati tidak mempunyai resit pembelian dan mengambil barang
tanpa membuat sebarang pembayaran," katanya.
Hasil siasatan awal mendapati, suspek mengaku mencuri kerana tidak
mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar semua barangan tersebut.
Suspek juga mendakwa dia perlu membeli barangan sekolah untuk anaknya.
"Kita masih jalankan siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 380
Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan," katanya.
Suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu
arahan dari pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk pendakwaan. -
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..