MELAKA TENGAH - Seorang 'suspek' yang melakukan samun terhadap warga emas wanita di Taman Merdeka, Batu Berendam, di sini menyerah diri kepada polis selepas nombor pendaftaran motosikal miliknya viral di laman sosial, semalam.
Lelaki berusia 29 tahun berkenaan menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah selepas lima jam kejadian melarikan beg tangan kepunyaan warga emas yang sedang mengayuh basikal kira-kira jam 4.30 petang.
Timbalan Ketua Polis Melaka Tengah, Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, lelaki yang bekerja sebagai pengurus pemasaran itu hadir ke IPD kira-kira jam 10 malam bagi membantu siasatan selepas diminta ahli keluarganya.
"Hasil soal siasat lelaki itu mengaku sedang bekerja dan berada di sekitar lokasi kejadian dan terkejut apabila dimaklumkan ahli keluarga yang melihat nombor pendaftaran motosikalnya viral di dalam Facebook dan aplikasi WhatsApp.
"Sementara nombor pendaftaran yang ditulis di atas sehelai kertas putih itu diperoleh mangsa daripada seorang lelaki yang berada di tempat kejadian," katanya ketika ditemui di IPD Melaka Tengah, di sini, hari ini.
Menurut Mohd Kamal, lelaki berkenaan menafikan terlibat kejadian meragut beg tangan mangsa berusia 64 tahun itu dan pihaknya pula kini sedang mengesan lelak
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..