Wednesday, January 11, 2017

HUHU , Dahsyatt : OKU viral deposit wang di bank bagi penjelasan

OKU viral deposit wang di bank bagi penjelasan 
JOHOR BAHRU - Kisah wanita didakwa menyamar sebagai orang cacat (OKU) penglihatan di bandaraya ini yang viral sejak beberapa hari lalu telah tampil menjelaskan status dirinya di Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor , di sini kira-kira jam 10 pagi.
Pegawai JKM Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, wanita terbabit datang bersama dua anaknya bagi memberi penjelasan dan diberi khidmat kaunseling.
"OKU yang dimaksudkan telah datang ke pejabat saya bersama dengan dua orang anaknya yang juga mengalami masalah penglihatan tahap B2.
"Manakala beliau (wanita) berkenaan mengalami masalah penglihatan tahap B3 ia sekaligus merungkai segala persoalan," katanya.
Kisah wanita ini menjadi viral selepas ada pihak didakwa merakam gambarnya seiras dengan individu lain yang pernah mendeposit sejumlah wang di sebuah bank di Johor.

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..