Satu kejadian kanak-kanak lelaki lemas di dalam kolam terakam di dalam kamera litar tertutup (CCTV) dan ketika itu ibunya sedang sibuk bermain telefon di sebuah spa di Xiangyang City.
Rakaman video kejadian di China itu memaparkan kanak-kanak terbabit bergelut untuk menyelamatkan diri ketika ibu sedang sibuk bermain telefon hanya beberapa meter dari anaknya itu.
Apabila sedar anaknya hilang, ibu berkenaan meminta bantuan dari staf dan anaknya ditemui 30 minit kemudian dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Pihak berkuasa dipanggil ke kawasan tersebut dan kanak-kanak itu disahkan mati lemas di tempat kejadian.
Laporan polis menyatakan bahawa kanak-kanak itu lemas pada kedalaman tiga kaki tujuh inci. Spa berkenaan telah ditutup sementara bagi memberi laluan kepada penyiasatan.
Sumber: Metro.co.uk
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..