SPRM Tahan KSU, Rampas Wang Tunai & Jongkong Emas RM3 Juta
KSU sebuah kementerian berusia 59 tahun itu ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah dan salahguna kuasa.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, pegawai kanan itu dipercayai menyalahgunakan jawatan dan kedudukannya dengan menerima rasuah daripada mereka yang berkepentingan.
"Turut ditahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang dipercayai berperanan menerima serta menyimpan wang hasil rasuah daripada kontraktor, pembekal dan vendor yang mempunyai kepentingan dengan KSU terbabit," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, petang Rabu.
Azam berkata, KSU berkenaan ditahan di sekitar Subang Jaya kira-kira pukul 8 pagi Rabu.
Setakat ini, kedua-dua individu terbabit masih berada di ibu pejabat SPRM, Putrajaya untuk siasatan lanjut.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..