GEORGETOWN:
Seorang pembantu rumah meninggal dunia selepas dipercayai didera
majikannya di Jelutong di sini, Sabtu lalu. Warga Indonesia dikenali
sebagai Jubaedah, 38, meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi selepas
dikatakan tergelincir ketika menaiki tangga di rumah majikannya.
Mayat dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan bedah siasat yang dilakukan semalam mendapati mangsa mengalami kecederaan teruk di kedua-dua tulang rusuk dan paha, dipercayai didera. Menurut sumber, polis turut menahan sepasang suami isteri berusia 40-an yang juga majikan mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian malam tadi dan temu bual dengan jiran mendakwa mangsa sering dimarahi majikannya. "Mangsa dikatakan sudah lebih setahun bekerja dengan pasangan itu dan siasatan sedang dijalankan," katanya.-BH

No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..