Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, mangsa yang bekerja di sebuah kedai makan di sini dirogol secara bergilir-gilir oleh suspek di sebuah rumah di kampung tersebut.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, mangsa berjaya melarikan diri dan meminta bapanya mengambilnya sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja.
Menurutnya, sebelum kejadian kira-kira jam 10 pagi, ketika mangsa berada di sebuah kedai tempat kerjanya, dia telah menerima panggilan telefon daripada abang angkatnya.
“Mangsa kemudiannya pergi berjumpa dengan lelaki itu di pantai Bukit Keluang kira-kira jam 12 tengahari.
“Sejam setengah kemudian, datang dua lelaki yang merupakan rakan kepada abang angkat mangsa dengan sebuah kereta Perodua Myvi,” katanya kepada pemberita.
Mohd Zamri berkata, abang angkatnya kemudian dikatakan telah meminta dua rakannya itu menghantar mangsa pulang ke tempat kerja di Kampung Raja
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..