Wednesday, March 1, 2017

Perghh !! 'Saya tak selesa kerja dengan Trump'


'Saya tak selesa kerja dengan Trump'
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Seorang pekerja muslim Majlis Keselamatan Amerika Syarikat (AS) meletak jawatan selepas lapan hari bekerja di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump.
Memetik laporan Daily Mail pekerja berkenaan, Rumana Ahmed, bertindak sedemikian kerana mendakwa adalah satu penghinaan sekiranya beliau terus bekerja di bawah Trump.
"Saya tidak selesa untuk pergi bekerja selepas Trump menjadi bos.
"Selepas beberapa tindakan yang dibuatnya, saya dilihat seolah-olah seperti orang asing," ujar Rumana.
Difahamkan Rumana terkesan dengan tindakan Trump yang mengeluarkan arahan eksekutif melarang pelancong dari tujuh buah negara Islam memasuki Amerika Syarikat.
Terdahulu, Rumana mula bekerja di Majlis Keselematan AS ketika Barack Obama menjadi presiden.
Rumana merupakan imigran, ibu bapanya berpindah ke Amerika Syarikat dari Bangladesh pada tahun 1978.

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..