Sanggup serah diri kepada kekasih 'media sosial'
KUALA TERENGGANU - Baru berkenalan dalam tempoh tiga bulan lalu,
seorang janda beranak dua sanggup menyerahkan tubuhnya kepada kekasih
yang dikenali menerusi media sosial.
Wanita berusia 24 tahun itu mendakwa berbuat demikian kerana kekasihnya, 26, yang bekerja di Johor Bharu, sudah berjanji akan mengahwininya, malah mereka sedang membuat perancangan untuk bersatu dalam masa terdekat ini.
Penjelasan dibuat kepada anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) apabila mereka dicekup dalam serbuan di sebuah hotel di Kuala Nerus, kira-kira jam 12.15 tengah malam, Jumaat lalu.
Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, wanita terbabit mengaku mengambil teman lelakinya di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) kira-kira jam 10 pagi, sebelum mendaftar masuk di hotel berkenaan.
“Pasangan itu juga mengaku mendaftar masuk di hotel tersebut semata-mata mahu memuaskan nafsu, malah mereka juga mengaku sudah pun melakukan hubungan seks sebaik mendaftar masuk di hotel itu.
“Namun, mereka mengaku sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama lagi,” katanya.
Wan Mohd berkata, dalam serbuan di bilik berasingan di hotel sama, sepasang kekasih berusia 22 tahun yang turut mengaku mendaftar masuk di hotel berkenaan untuk melakukan hubungan seks ditahan.
Jelasnya, pasangan berkenaan dikatakan menuntut di sebuah kolej yang sama sebelum ini dan wanita terbabit dikatakan mengambil teman lelakinya yang sanggup datang dari Kuala Lumpur di Hentian Bas MBKT.
“Mereka mengaku pernah terlanjur ketika masih menuntut di sebuah kolej di Kuala Lumpur sebelum ini, tetapi mendakwa tidak sempat melakukan hubungan seks selepas bilik disewa mereka diserbu.
“Kedua-dua pasangan itu kemudian dibawa ke Pejabat JHEAT untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..