Wednesday, April 19, 2017

Perghh !!! Tentera AS nyanyi lagu Assalamualaikum ustazah


Tentera AS nyanyi lagu Assalamualaikum ustazah
'US pacific Fleet Band. - Foto Cats FM

SHAH ALAM - Nyanyian lagu 'Assalamualaikum Ustazah' oleh kumpulan kugiran tentera Amerika Syarikat di konti radio 'Sarawak Cats FM'menjadi tular di media sosial sejak ia disiarkan minggu lepas.
Memetik laman Facebook Cats FM, lagu nyanyian asal kumpulan Khalifah itu dinyanyikan oleh kumpulan kugiran itu yang dikenali sebagai US pacific Fleet Band ‘Pipeline’ yang dianggotai oleh Brent Mitchell (vokalis), Ray Lappoon, Trans Stanley, Mike DeLorean dan Paul Tomson berjaya menarik perhatian netizen di alam maya.
"Terbaik la," komen M Amirul Asyraf berhubung video berkenaan.
Sementara itu menurut Zaleha Hamid pula menyatakan 'nyanyian mereka sedap didengar'.
"Bestlah mereka nyanyi," katanya.
Difahamkan, 'US pacific Fleet Band' hadir ke Malaysia bersempena program Eksesais Pacific Partnership 2017 (PP17) anjuran Kementerian Pertahanan pada 19 April (Rabu) ini di dewan Auditorium Pustaka, Sarawak.
Pada tarikh berkenaan Us pacific Fleet Band akan menganjurkan konsert live, kerjasama Perpustakaan Negeri Sarawak (Pustaka) dengan kerjasama Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kementerian Pertahanan.
Antara lagu-lagu mereka akan mainkan pada konsert berkenaan adalah 'medley Bruno', 'Sunday Morning', 'Brown Eyed Girl', 'Love Yourself', 'Chicken Fried', 'Assalamualaikum', 'Letusan' dan 'Island' Rude

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..