Presiden Gerakan Memartabatkan Perjuangan Negara, Mejar (B) Razali Zakaria berkata, David perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia secara terbuka.
Menurut Razali, pihaknya tidak mahu perkara ini berulang pada program dialog Tranformasi Nasional 2050 (TN 50) lain.
"Satu tindakan perlu diambil kepada David Teo untuk beri pengajaran kepada semua orang tidak kira lapisan bangsa supaya tidak biadap dalam program yang dihadiri perdana menteri," katanya kepada media selepas mengadakan bantahan di hadapan bangunan Metrowealth, hari ini.
Razali berkata, pihaknya memberi masa selama tiga hari kepada David untuk memohon maaf.
"Sekiranya gagal berbuat demikian, kita akan bertemu Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk mendesak menteri mengambil apa sahaja tindakan mengikut bidang kuasa mereka ke atas David," katanya.
Beliau turut mewakili badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat di negara ini mengutuk sikap David sewaktu program berlangsung.
"Ini melibatkan media massa di negara ini. Insiden itu berlaku sewaktu siaran langsung dan bukan sahaja di tonton rakyat Malaysia tetapi seluruh dunia," katanya.
Menurutnya, Kementerian Pertahanan perlu menarik semula pangkat yang dianugerahkan kepada David.
"Dia telah melakukan perkara biadab dan kita tidak akan berhenti. Kita akan ambil tindakan susulan macam mana David boleh dapat pangkat itu," katanya.
Ditanya adakah wajar tindakan diambil oleh pelakon Sulaiman Yassin atau Mat Over ke atas David, Razali berkata, beliau bersetuju dengan tindakan berkenaan.
"Kalau Mat Over tidak bertindak, mungkin perkara akan berpanjangan. David mungkin akan cakap macam-macam lagi.
"Tahniah kepada Mat Over sebab bertindak cepat menghalang perkara lain daripada berlaku," katanya.
Majlis Dialog TN50 bersama penggiat seni malam semalam kecoh selepas Mat Over menampar David di hadapan Najib.
Insiden itu berlaku ketika majlis dialog berlangsung apabila David dilihat mahu memberi pendapatnya dan pengacara Datuk Rosyam Nor membuka ruang kepada produser itu selama satu minit.
David dikatakan tidak berpuas hati cara Rosyam mengendalikan majlis sebagai moderator.
Berlaku sedikit ketegangan antara David dan Rosyam yang cuba mengawal keadaan sehinggalah pelawak Mat Over yang tidak berpuas hati terhadap sikap David itu kerana bercakap kurang sopanndi hadapan Najib sebelum menamparnya.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..