Friday, June 2, 2017

Perghhh !!! Urut bogel di bulan Ramadan



Urut bogel di bulan Ramadan 

Seramai 13 tukang urut warga asing yang dicekup dalam Operasi Bersepadu bersama D7 IPD Subang Jaya, malam semalam.
SUBANG JAYA – Mengurut pelanggan sambil berbogel! Itu aktiviti jijik ditawarkan tukang urut di sebuah premis dalam sebuah hotel terkenal di Subang Jaya di sini.
Aktiviti mencemarkan kesucian bulan Ramadan itu berjaya dihidu anggota Jabatan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) selepas menerima aduan daripada orang awam selain risikan dilaksanakan.
Pemangku Yang Dipertua MPSJ, Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, pihaknya menyerbu premis tersebut dalam Operasi Bersepadu bersama Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, malam semalam.
Menurutnya, seorang tukang urut didapati leka melayan pelanggan manakala yang lain termasuk seorang mengaku beragama Islam menunggu pelanggan dalam sebuah bilik.
“Ketika diserbu terdapat seorang pelanggan sedang diurut manakala seorang lagi berada di luar tidak pasti sama ada sudah mendapatkan perkhidmatan atau sebaliknya.
“Hasil pemeriksaan mendapati premis ini menjalankan aktiviti tidak bermoral dan tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah daripada pihak majlis,” katanya.
http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.683174.1496329673!/image/image.jpg
Beliau berkata, polis menahan, lapan warga Vietnam, seorang warga Thailand, tiga warga Indonesia dan seorang warganegara yang beragama Islam.
Polis turut menahan seorang lelaki warga tempatan dipercayai penjaga premis.
“Anggota menyita peralatan digunakan dan membuat penutupan premis di bawah Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan MPSJ 2013 kerana mengendalikan pusat urut tanpa lesen.
“Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Subang Jaya kerana didapati tidak memiliki permit perjalanan yang sah,” katanya.
Operasi semalam diketuai  Mazrul Zahar Mohd dengan 19 anggota bersama lima anggota dari D7 IPD Subang Jaya.

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..