Wednesday, July 5, 2017

Perghh !!! Hukum Bogel Kerana Mencuri





BEIJING: Akibat mencuri 100 yuan (RM63), seorang bapa bertindak membogelkan anak lelakinya yang berusia 12 tahun, mengikat tangannya pada motosikal sebelum mengheretnya mengelilingi jalan sekitar Yunnan.
Video kejadian melibatkan dua beranak yang dirakam orang ramai yang menyaksikan kejadian itu telah menjadi viral, lapor South China Morning Post.
Menerusi rakaman itu, kelihatan badan budak lelaki itu penuh dengan kesan calar dan luka, selain terketar-ketar kerana menahan kesejukan.
Tanpa seurat benang pada tubuhnya, remaja itu dibawa bapanya dalam keadaan mengaibkan ketika hujan.
Orang ramai yang melihat keadaan remaja itu memarahi bapanya hingga lelaki berkenaan membuka jaketnya untuk diberi kepada anaknya. Bagaimanapun budak itu menolak.
Malahan, perbuatan lelaki itu mengundang tanda tanya hinggakan ada yang bertanya apakah budak itu anak kandungnya dan dia mengakuinya.
Dia kemudiannya membuka ikatan pada tangan anaknya sebelum budak itu membonceng motosikal bapanya.
Menurut laporan media, bapanya marah kerana anaknya telah mencuri wang ahli keluarga untuk berbelanja dan ponteng sekolah.
Portal berita Yunnan.cn pula melaporkan, bapanya sering memukul anaknya kerana budak lelaki itu dikatakan nakal.

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..