Wednesday, July 26, 2017

Perghhh !!! Gadis Cun Pemain Bolasepak Wanita , Jadi Buruan Lelaki..



Kerana Bola Sepak, Gadis Cantik Ini Tolak Tawaran Diidamkan Wanita


Nur Indah mewakili pasukan bola sepak wanita Sri Sador Glow Glowing FC.

PETALING JAYA: Apabila berbicara tentang bola sepak, sering kali golongan lelaki akan dikaitkan dengan sukan nombor satu ini.
Namun seiring dengan peredaran zaman, bola sepak bukan sahaja menjadi minat kaum adam tapi sudah mula dijiwai wanita.
Tidak terkecuali, Nur Syahindah Mohamad Kamal, 20, yang wajahnya menjadi tular di media sosial gara-gara bergiat aktif dalam sukan bola sepak.

Nur Syahindah atau lebih mesra disapa Nur Indah menjadi bualan hangat netizen kerana bukan sahaja pandai bermain bola tetapi memiliki paras rupa yang cantik.
Gadis berdarah campuran Melayu dan Cina ini yang mewakili pasukan bola sepak wanita Sri Sador Glow Glowing FC turut menjadi buruan setiap jejaka di luar sana kerana dikatakan memiliki ciri-ciri wanita idaman mereka.
Bukan sahaja cantik tapi Nur Indah tidak pernah melupakan batasnya sebagai seorang muslimah dan sentiasa mengenakan pakaian yang patuh syariah ketika bermain bola.
Justeru tidak hairanlah, gadis yang menjadikan bekas penyerang Barcelona, Ronaldinho sebagai idolanya turut dirisik beberapa pengeluar jenama tudung dan syarikat barangan sukan untuk dijadikan sebagai duta produk mereka.



Bagi setiap gadis, tawaran sebagai model sudah pastinya tidak akan ditolak mentah-mentah.
Namun berbeza dengan anak bongsu daripada empat beradik ini yang terpaksa menolak tawaran lumayan itu demi minatnya terhadap bola sepak.
Pada masa sama, tawaran itu turut diketepikan kerana mahu memberi tumpuan kepada pengajiannya dalam bidang Diploma Pengurusan Perniagaan di Kolej Poly-Tech Mara Kota Bharu, Kelantan.
"Sebelum gambar saya jadi viral lagi saya memang ada dapat tawaran untuk jadi model tudung. Selepas itu, ada yang offer saya jadi duta produk barangan sukan. Tapi saya tolak kerana saya tidak berminat apatah kerjaya ini memerlukan komitmen yang tinggi selain memenatkan.
"Ramai yang kecewa kerana saya tolak tawaran itu. Memandangkan saya kini di tahun terakhir pengajian saya dan perlu berlatih bersama pasukan, jadi keutamaan diberikan kepada kedua-dua perkara ini terlebih dahulu. Kedua-duanya lebih penting ketika ini," katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun, Nur Indah yang digelar ‘Ronaldinho Kelate’ sebaik gambar menjadi viral di media sosial tidak menolak akan mempertimbangkan tawaran sebagai model pada masa akan datang.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/07/25/nur-indah-ronaldinho/~/media/b1ae3faa62e04dbba04612ee0e4607cf.ashx?la=en


"Insya-Allah saya akan pertimbangkan di kemudian hari. Perjalanan saya masih lagi panjang. Lagipun saya kalau mahu buat sesuatu, saya akan buat bersungguh-sungguh sehingga sasaran saya tercapai.
"Begitu juga dalam bola sepak dan pelajaran, masih banyak yang perlu diperbaiki. Saya mahu cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik tapi juga sukan. Saya juga ingin dikenali bukan kerana paras rupa tetapi kualiti permainan saya di atas padang," katanya.
Mengulas lanjut mengenai pembabitannya dalam sukan lasak ini, Nur Indah berkata dia sudah lama meminati bola sepak dan mula aktif bermain futsal selepas tamat tingkatan lima.
Kira-kira setahun bermain futsal sebagai aktiviti riadah bersama rakan-rakan, gadis kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini membuat keputusan untuk menyertai sesi pemilihan bakat bagi pasukan bola sepak wanita Sri Sador Glow Glowing FC.
“Dia tidak sangka terpilih bernaung di bawah pasukan itu selepas menjalani sesi pemillihan sebanyak tiga kali. Saya beraksi di posisi pertahanan kiri untuk mewakili Kelantan sejak tahun lalu dalam Liga Bola Sepak Rakyat (LBR)," katanya.



Untuk memantapkan kemahiran permainannya, Nur Indah yang turut meminati pemain Barcelona, Ivan Rakitic akan menonton perlawanan pasukan tersebut di televisyen untuk belajar teknik menggelecek dan menghantar bola.
"Saya tak mahir sangat menggelecek bola, tapi saya suka tengok skills pemain di luar negara menerusi YouTube. Dari situ saya dapat belajar untuk tingkatkan corak permainan saya," katanya.
Mengakui ramai yang memberi sokongan terhadap minatnya, Nur Indah turut kecewa apabila ada yang memperlekehkan kebolehannya di atas padang.
"Saya sebenarnya rasa tak selesa apabila gambar saya menjadi viral. Mula-mula ok tapi bila dah banyak kali viral, saya bimbang. Saya mahu orang lain tengok saya melalui kualiti permainan bukan kerana paras rupa semata-mata.
"Saya agak terguris hati sedikit apabila ada cakap-cakap di luar sana yang kata 'kalau orang lain skill hebat tapi muka pecah... tak ada pula nak viral.' Tapi saya tak nak fikir sangat kerana kecaman takkan pernah habis," katanya.




No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..