Monday, August 14, 2017

Perghh !!! Adegan baling kerusi, suar cemar Nothing To Hide 2.0

Adegan baling kerusi, suar cemar Nothing To Hide 2.0


Adegan baling kerusi, suar cemar Nothing To Hide 2.0
SHAH ALAM - Adegan baling kerusi dan baling botol air ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan peserta dalam program Nothing To Hide 2 menjadikan program kini kecoh seketika.
Kekecohan tercetus ketika seorang peserta mengajukan soalan kepada Mahathir mengenai tragedi memali yang berlaku ketika zaman pemerintahan bekas perdana menteri itu.
Program Nothing To Hide 2 yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia & kebudayaan Selangor, Shah Alam anjuran Armada Malaysia iaitu sayap pemuda Bersatu.
Insiden itu juga menyebabkan program yang pada awalnya dijadual tamat pada jam 6 petang terpaksa dihentikan terus oleh pihak penganjur.
Nothing To Hide 2 ini juga memperlihatkan kehadiran Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selain Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang lain
Program Nothing To Hide 2.0 yang sepatutnya mempertemukan Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pentas tidak menjadi kenyataan apabila kelibat pemimpin nombor satu negara itu tidak kelihatan

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..