“Ingat Saya Gatal Sangat Ke Nak Laki?” – Vida
MARAH betul Datuk Seri Vida ya apabila ada pihak cuba menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita berstatus janda.
Yalah, sehingga pada satu tahap penyanyi lagi I Am Me ini mengeluarkan kenyataan, "Ingat saya gatal sangat ke nak laki?"
Ia rentetan apabila dia dikatakan menolak lamaran ayahanda Rani Kulop serta beberapa kisah peribadi mengenai dirinya yang sedang mencari bakal suami mengikut kriteria yang ditetapkan antaranya lelaki bermata kelabu.
Marah dengan pelbagai persepsi orang ramai terhadapnya, Vida menyelar sesetengah pihak termasuk penulis blog yang tidak menghormati dirinya dengan mengaitkan dia dengan lelaki.
Kata Vida, biarpun dia sering dilihat gembira, namun adakalanya hati
dia rapuh dan hanya orang yang betul-betul mengenalinya sahaja tahu
perkara itu.
Jejaka Finland, Scotland Kirim Resume Pikat Vida
"Nak Populariti? Ingat saya gatal sangat ke nak laki?
"Saya nak fokus perniagaan sayalah. Kalau ada jodoh, saya nak yang sanggup hidup dengan saya bukan setahun dua, tetapi yang boleh didik anak, aturkan empayar saya. Bukan senang," itu antara yang ditulisnya menerusi keterangan video berdurasi seminit di Instagram itu.
Tambah Vida, dia penat membaca kisah-kisah peribadinya yang mengaitkan dirinya dengan lelaki dijaja sehingga menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita berstatus janda.
"Saya tak pasti ini satu fitnah atau apa tetapi apa yang boleh saya katakan, jika orang tak cukup kuat, dia akan down melalui semua ini.
"Dan saya juga manusia biasa juga, adakalanya tak cukup kuat untuk melalui semua ni," katanya.
Sebelum ini tular apabila Vida dikatakan mencari citi-ciri suami idamannya ialah lelaki bermata kelabu, kaya dan boleh menerima hobinya yang suka membeli-belah.
Akibat kenyataan itu dia mendapat lebih 50 e-mel lamaran daripada orang ramai termasuk dari Finland dan Scotland.

No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..