Wednesday, August 23, 2017

Perghh !!! Kenapa Boon Poh digari, Mohd Isa tidak?

Kenapa Boon Poh digari, Mohd Isa tidak?


Kenapa Boon Poh digari, Mohd Isa tidak?
(Ubah saiz teks) 
 
KUALA LUMPUR – Terdapat pertikaian apabila bekas Pengerusi Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad tidak digari semasa ditangkap sedangkan Exco Kebajikan, Masyarakat dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh pula sebaliknya.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah berkata, kemungkinan timbul kekeliruan dari segi menguatkuasakan undang-undang.
"Dalam isu gari ini, kemungkinan besar terdapat kekeliruan pada pegawai dari segi bila individu tersebut perlu digari dan tidak, tambahan pula, undang-undang berkaitan isu ini tidak begitu jelas.
"Namun begitu, semuanya atas budi bicara pegawai yang mengendalikan kes ini dan juga mengikut keadaan semasa. Jika beliau berasakan perlu digari maka ia perlu," katanya kepada pemberita pada sidang media di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), di sini hari ini.
Terdahulu, Phee Boon Poh yang juga merupakan Adun Sungai Puyu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang berhubung isu sebuah kilang haram di Permatang Pauh dan beliau dilihat bergari semasa ke mahkamah.


Bagaimanapun situasi berbeza ketika Isa Samad dibawa ke mahkamah untuk perintah reman, apabila beliau tidak digari walaupun berpakaian baju lokap berwarna oren.


Mohd Noor yang juga Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) turut menerangkan bahawa individu mempunyai hak untuk menyaman SPRM sekiranya berasakan penangkapannya itu tidak menepati undang-undang.
"Dalam kes antara Isa Samad dan Phee Bon Poh ini, saya tidak begitu mengetahui fakta kedua-dua kes ini.
"Bagaimanapun, jika terdapat kesalahan pada pegawai bertugas semasa penangkapan individu tersebut, maka tindakan boleh diambil di bawah kesalahan tangkapan yang menyalahi undang-undang," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai pemakaian baju lokap, beliau berkata, pemakaiannya dibenarkan dan tertakluk kepada undang-undang namun perlu dihalusi pada masa akan datang agar berlaku adil kepada tahanan yang sedang disiasat.
Katanya, pada perspektif masyarakat, imej dan kehormatan seseorang atau tahanan itu perlu dijaga dengan baik supaya tidak dipandang serong oleh orang awam manakala pihak berkuasa menjalankan tugas mereka mengikut bidang kuasa  diperuntukkan.
Beliau berkata, seseorang itu tidak diputus bersalah sehingga didapati bersalah, justeru tindakan semasa membawa tahanan berjumpa majistret untuk lanjutan tahanan reman, perlu ikut budi bicara yang sebaiknya.
Katanya, pemakaian baju lokap tertakluk kepada 'Peraturan Lokap' dan tahanan itu perlu ikut tetapi apabila dalam proses reman, dia dibenarkan memakai pakaian biasa kerana belum disabitkan kesalahan.
“Yang sudah tu sudahlah, yang akan datang jangan buat lagi (tidak memakai baju lokap untuk prosiding reman),” katanya.

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..