Ustaz Haslin Baharim dilarang masuk Singapura
(Ubah saiz teks)
SINGAPURA - Kementerian Dalam Negeri SIngapura (MHA) tidak akan membenarkan Ustaz Haslin Baharim untuk memasuki republik ini.Seorang lagi yang tidak dibenarkan ialah Ismail Menk.
Dalam kenyataan di laman Webnya, MHA berkata telah datang ke pengetahuan kerajaan, mereka terlibat berceramah di atas kapal kruis yang berlepas dan berakhir di Singapura dari 25 hingga 29 November lalu.
Ismail Menk dan Haslin sebelum ini ditolak permohonan Pas Kerja Pelbagai mereka bagi berceramah di Singapura, katanya.
Menurut kementerian itu, Ismail Menk diketahui berceramah ajaran yang memisah dan memecah belah.
“Sebagai contoh, beliau berceramah bahawa adalah menjadi dosa besar dan jenayah bagi seorang Muslim untuk mengucapkan kepada bukan Islam Selamat Hari Krismas dan Selamat Deepavali, yang secara ringkas orang Islam tidak dibenarkan mengucapkan perasaan gembira semasa perayaan agama orang bukan Islam,” katanya.
Haslin pula telah melahirkan pandangan yang menggalakkan ketidakharmonian antara orang Islam dan bukan Islam yang beliau sifatkan sebagai ‘menyeleweng’.
Pandangan memecah belah seperti itu menyemai amalan tidak bertoleransi dan eksklusif yang boleh merosakkan keharmonian dan menyebabkan masyarakat berpecah, kata kementerian tersebut.
MFA berkata kedua-duanya tidak boleh diterima dalam konteks masyarakat berbagai bangsa dan agama Singapura. –Bernama
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..