Wednesday, November 15, 2017

Gambar anak tersebar, Mukhriz mungkin ambil tindakan


Gambar anak tersebar, Mukhriz mungkin ambil tindakan


Mukhriz Mahathir
Mukhriz Mahathir

ALOR SETAR - Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan perundangan terhadap pihak yang menyebarkan gambar peribadi anak-anaknya yang kini tular di media sosial, kerana turut memaparkan kenyataan berbaur fitnah.
Katanya, beliau akan rujuk perkara itu kepada peguam dalam masa terdekat untuk tindakan lanju“Ada disebut dalam kenyataan itu, konon kemewahan ditunjukkan dalam gambar berkenaan dari sumber yang dikatakan curi wang rakyat. Jika dilapor begitu, saya berhak pertimbang tindakan perundangan kerana itu fitnah serius,” katanya.
Menurutnya, beliau kesal kerana tuduhan berkenaan turut dicetak di salah sebuah akhbar, kelmarin.
“Kita siasat siapa pemilik Facebook itu, termasuk pihak berkaitan. Mereka guna gambar peribadi (keluarga)  untuk beri gambaran negatif terhadap ahli politik dengan libatkan ahli keluarga, ia tak wajar berlaku,” katanya.
Beliau berkata, tuduhan mencuri wang rakyat serius kerana sumber kekayaan bukan daripada hasil seperti didakwa.
“Saya fikir ia perbuatan pihak sama. Perkara sebegini berlaku secara bersiri, sejak dulu lagi serangan peribadi terhadap saya dan keluarga bertali arus.
"Sebelum ini, pejabat saya dan ahli keluarga diperiksa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serentak, setelah lebih dua bulan dapat surat katanya salah satu syarikat saya tak bayar cukai RM21,000 (2009), apabila disemak sudah dibayar,” katanya.
Mukhriz turut mempersoal nilai berita yang dipaparkan itu kerana ia bersifat terlalu peribadi.
Kelmarin, akhbar tempatan menyiarkan kemewahan anak-anak Mukhriz bercuti atas bot mewah yang tertera nama anaknya, yang didakwa dimuat naik pengendali akaun Facebook, Sudahlah Mahathir. Gambar itu dikatakan diambil dari Instagram anak Mukhriz ketika bercuti di luar negara.

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..