Pura-Pura Tanya Arah Kemudian Rogol Mangsa
PETALING JAYA: Seorang
gadis yang juga penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam
(IPTA) di Shah Alam menjadi mangsa samun dan rogol seorang lelaki yang
berpura-pura bertanyakan arah jalan malam Khamis.
Menurut paparan skrin aplikasi WhatsApp yang tersebar di laman Facebook, mangsa dikatakan berseorangan ketika sedang menghala ke sebuah hentian bas sebelum didatangi suspek.
Menurut laporan sebuah portal berita, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat dipetik sebagai berkata, suspek berpura-pura bertanyakan arah jalan kepada mangsa sebelum mengacukan pisau dan menarik mangsa ke dalam kereta.
Mangsa kemudiannya dibawa ke kawasan kilang berhampiran sebuah pangsapuri di Seksyen 7, Shah Alam dan dirogol sebelum ditinggalkan bersendirian.

Selain merogol mangsa, Shafien berkata suspek turut merampas wang tunai RM100 dan telefon bimbit pelajar wanita itu.
"Mangsa turut dibawa ke Hospital Shah Alam untuk pemeriksaan lanjut dan satu pasukan khas kini sedang memburu suspek," katanya.
Shafien berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu merogol, Seksyen 392 dan 397 kanun sama, iaitu merompak dengan bersenjata serta cuba menyebabkan kematian atau cedera parah.
Mangsa dengan dibantu kakaknya membuat laporan di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam selepas kejadian.
Malah, insiden berkenaan turut tersebar melalui aplikasi WhatsApp sejak malam Khamis.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..