PETALING JAYA: Melihat
keluarga bahagia usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman,
pasti ada yang terdetik dalam hati betapa bertuahnya tiga anak jutawan
itu hidup serba mewah.
Tinggal di banglo bernilai jutaan ringgit, dibawa melancong ke luar negara, malah pergi sekolah dihantar menggunakan kereta mewah.
Begitulah kehidupan bak putera dan puteri raja yang dilalui anak-anak Aliff dan isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 tahun.
i
Bagaimanapun pada Ahad malam, Aliff memuat naik dua video di akaun
Instagramnya, menunjukkan ketiga-tiga anaknya dihantar ke sebuah rumah,
dipercayai selama seminggu untuk belajar bagaimana hidup susah dan
berdikari.
Menerusi dua video tersebut, kelihatan anak bongsu Aliff, Ibraheem atau lebih mesra dipanggil Baem menangis kerana ditinggalkan oleh usahawan itu dan isteri di sebuah rumah yang tidak diketahui lokasi dan pemiliknya yang hidup serba kekurangan.
Walaupun hanya kedengaran Baem menangis, namun dua lagi anak pasangan itu, Ammar dan Qadejah turut dilihat bersedih.
Menurut Aliff di Instagram, beliau mengimpikan anak-anaknya dihantar ke rumah itu untuk belajar erti susah dan tidak terlalu selesa dengan kemewahan.
“Berat sebenarnya nak berpisah apatah lagi tengok semua menangis sampai saya sendiri berbelah bahagi nak teruskan atau tidak. Tapi kami suami isteri tekad...ini cara kami didik anak supaya lebih dengar kata.. insyaAllah lepas ni saya nak hantar sekolah pondok macam saya dulu.
“Abah dengan mama terpaksa buat macam ni sebab abah nak anak-anak abah menghargai apa yang ada selama ni. Bukan senang nak didik anak supaya tahu macam mana erti kesusahan,” katanya.
Pendekatan yang dibuat oleh Aliff itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen, dan rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan drastik berkenaan.
“Cara nak ajar anak hidup susah bermulanya dari mak ayah dahulu, bukan cara macam ni didik anak. jangan pisahkan kasih sayang... mereka masih kecil,” kata nanf_adam di ruangan komen.
“Cukuplah dedahkan pada kesusahan dan kesedehanaan. Sekali-sekala bawa mereka ke rumah anak-anak yatim, buka puasa dengan mereka. Budak-budak akan cepat faham apa yang mak bapa cuba sampaikan dan membuat mereka berfikir,” ujar aurora_ccie.
“Carila sebuah rumah yang sderhana dan duduk satu keluarga. Baru boleh ajar anak-anak erti susah. Ini anak orang dia ambil duduk rumah besar, anak sendiri nak suruh dudk dengan orang lain. Dah kenapa? Tak kesian ke kat anak tu, ganggu emosi dia,” kata intan.shuhada sambil merujuk kepada dua anak angkat Aliff.
Namun tidak terkecuali yang turut menyokong tindakan Aliff mendidik anak-anaknya dengan cara tersebut, seperti kata sis_suria: “Bagus lah didik dari kecil nanti dah besar memberontak kalau apa-apa sekiranya jadi kat kita. Biar dia orang rasa hidup susah dan belajar berdikari. Saya suka cara Datuk ni... terbaik.”
Tinggal di banglo bernilai jutaan ringgit, dibawa melancong ke luar negara, malah pergi sekolah dihantar menggunakan kereta mewah.
Begitulah kehidupan bak putera dan puteri raja yang dilalui anak-anak Aliff dan isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 tahun.
i
Aliff dan Nur Shahida bersama tiga anak mereka. Foto instagram aliffsyukriterlajaklaris