Nuffnang

Monday, April 30, 2018

Perghh !!! Aliff Syukri ‘tinggal’ anak ajar hidup susah




PETALING JAYA: Melihat keluarga bahagia usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, pasti ada yang terdetik dalam hati betapa bertuahnya tiga anak jutawan itu hidup serba mewah.
Tinggal di banglo bernilai jutaan ringgit, dibawa melancong ke luar negara, malah pergi sekolah dihantar menggunakan kereta mewah.
Begitulah kehidupan bak putera dan puteri raja yang dilalui anak-anak Aliff dan isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 tahun.
i
Aliff dan Nur Shahida bersama tiga anak mereka. Foto instagram aliffsyukriterlajaklaris

Bagaimanapun pada Ahad malam, Aliff memuat naik dua video di akaun Instagramnya, menunjukkan ketiga-tiga anaknya dihantar ke sebuah rumah, dipercayai selama seminggu untuk belajar bagaimana hidup susah dan berdikari.
Menerusi dua video tersebut, kelihatan anak bongsu Aliff, Ibraheem atau lebih mesra dipanggil Baem menangis kerana ditinggalkan oleh usahawan itu dan isteri di sebuah rumah yang tidak diketahui lokasi dan pemiliknya yang hidup serba kekurangan.
Walaupun hanya kedengaran Baem menangis, namun dua lagi anak pasangan itu, Ammar dan Qadejah turut dilihat bersedih.
Menurut Aliff di Instagram, beliau mengimpikan anak-anaknya dihantar ke rumah itu untuk belajar erti susah dan tidak terlalu selesa dengan kemewahan.
“Berat sebenarnya nak berpisah apatah lagi tengok semua menangis sampai saya sendiri berbelah bahagi nak teruskan atau tidak. Tapi kami suami isteri tekad...ini cara kami didik anak supaya lebih dengar kata.. insyaAllah lepas ni saya nak hantar sekolah pondok macam saya dulu.
“Abah dengan mama terpaksa buat macam ni sebab abah nak anak-anak abah menghargai apa yang ada selama ni. Bukan senang nak didik anak supaya tahu macam mana erti kesusahan,” katanya.
Pendekatan yang dibuat oleh Aliff itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen, dan rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan drastik berkenaan.


“Cara nak ajar anak hidup susah bermulanya dari mak ayah dahulu, bukan cara macam ni didik anak. jangan pisahkan kasih sayang... mereka masih kecil,” kata nanf_adam di ruangan komen.
“Cukuplah dedahkan pada kesusahan dan kesedehanaan. Sekali-sekala bawa mereka ke rumah anak-anak yatim, buka puasa dengan mereka. Budak-budak akan cepat faham apa yang mak bapa cuba sampaikan dan membuat mereka berfikir,” ujar aurora_ccie.
“Carila sebuah rumah yang sderhana dan duduk satu keluarga. Baru boleh ajar anak-anak erti susah. Ini anak orang dia ambil duduk rumah besar, anak sendiri nak suruh dudk dengan orang lain. Dah kenapa? Tak kesian ke kat anak tu, ganggu emosi dia,” kata intan.shuhada sambil merujuk kepada dua anak angkat Aliff.
Namun tidak terkecuali yang turut menyokong tindakan Aliff mendidik anak-anaknya dengan cara tersebut, seperti kata sis_suria: “Bagus lah didik dari kecil nanti dah besar memberontak kalau apa-apa sekiranya jadi kat kita. Biar dia orang rasa hidup susah dan belajar berdikari. Saya suka cara Datuk ni... terbaik.”

Friday, April 27, 2018

Dahsyatt !!! Pelajar kolej maut, polis patah kaki dirempuh lori Baca lebih lanjut



IPOH: Sebuah lori melanggar dua kenderaan yang diletakkan di bahu jalan Lebuhraya Utara Selatan dekat Taiping dan menyebabkan seorang pelajar kolej maut serta kaki dua anggota polis patah.
Pelajar bernama Muhammad Hakeem Badrol Hisham, 21, dari Semanggol meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden yang berlaku pada pukul 8.30 pagi Khamis.
Insiden berlaku di KM223.1 lebuh raya tersebut.
Pemandu kereta polis ronda tersebut yang berusia 29 tahun patah kaki kiri, sementara seorang lagi anggota polis berusia 47 tahun pula patah kaki kanan.
Ketua Polis Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, terdapat tiga anggota polis berada dalam kenderaan terbabit.
Mereka melakukan rondaan ketika mengesan kereta Muhammad Hakeem diletakkan di bahu jalan tersebut.
Kata beliau, tayar kereta tersebut pancit dan anggota polis berkenaan cuba membantu, namun sebuah lori tiba-tiba melanggar kedua-dua kenderaan itu.
"Kereta polis yang diparkir di belakang kereta mangsa diseret sejauh 70 meter dan sebuah lagi kereta terbabas ke tengah lebuh raya tersebut.
"Muhammad Hakeem meninggal di tempat kejadian kerana cedera parah, sementara dua anggota polis dikejarkan ke Hospital Taiping," kata beliau.
Polis ketiga dan pemandu lori berusia 35 tahun dari Kulim, Kedah itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu dan membahayakan.

Thursday, April 26, 2018

Tediaa !!!! “Kita santai saja order 'roti goyang', telur separuh masak, tapi...”

“Kita santai saja order 'roti goyang', telur separuh masak, tapi...”

 PETALING JAYA: Telur antara makanan yang boleh dikatakan sebagai 'superfood' kerana dipenuhi pelbagai nutrisi dan jarang ditemui dalam diet lain.
Antara makanan berasaskan telur yang popular di negara ini sudah tentulah roti bakar telur goyang.
Menu roti goyang ini sangat ringkas, terdiri daripada roti bakar dan diletakkan di atasnya telur separuh masak.
Namun tahukah anda telur mentah dan telur separuh masak sebenarnya tidak sesuai untuk dimakan kanak-kanak di bawah usia lima tahun, warga emas dan mereka yang mempunyai sistem imun lemah terutamanya ibu hamil.
Malah, golongan tersebut juga tidak digalakkan makan telur separuh masak meskipun telur itu disimpan di dalam peti sejuk.
Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Dr Imelda Balchin tampil mendedahkan dua sebab makanan tersebut patut dielakkan golongan berisiko itu.
Beliau berkata dari segi khasiat, protein telur mentah tidak boleh dihadam sepenuhnya.
Malah, katanya, dari segi kuman penyakit, telur mentah merupakan pembawa kuman bakteria Salmonella.
"Apabila kita makan telur masak, 90% protein boleh dihadam oleh usus manusia, tetapi apabila kita makan telur mentah hanya 50% daripada protein telur mentah boleh dihadam. Dari segi khasiat, telur mentah itu tak elok untuk kita.
"Bakteria Salmonella didapati dari usus dan tahi ayam. Ia boleh masuk ke dalam telur semasa ayam bertelur dan sebelum kulit telur menjadi keras," katanya dalam satu posting di Facebook.

Tediaa Pedas !!! Digelar 'syaitan' kerana obses mahu putih melepak


Paparan skrin Instastory gadis ini dimuat naik ke laman Twitter oleh seorang netizen sehingga dikecam ramai.

PETALING JAYA: Gara-gara terlalu obses untuk tampil dengan tona kulit yang lebih cerah dan putih, seorang gadis dicerca netizen hingga digelar 'syaitan'.
Segalanya bermula apabila gadis berkenaan, Wan Nur Siti Aisya Wan Hasan, 22, berkongsi mengenai hasratnya itu di laman Instagram miliknya, baru-baru ini.
"Tengah cabar diri putih satu kali ganda dari tona kulit sekarang untuk raya," tulis Aisya yang lebih dikenali sebagai Sha Hasan dalam kalangan pengikutnya.
Paparan skrin posting berkenaan kemudiannya dimuat naik ke laman Twitter sebelum diulang kicau lebih 11,000 kali.

Tweet berkenaan menyelar gadis itu yang seolah-olah obses untuk putih sedangkan dia sememangnya memiliki kulit yang mulus dan cerah.
"Ko nak skin tone putih macam mana lagi s*tan," tulis @shsalmah.
Rata-rata netizen yang membalas tweet itu turut mengecam wanita berkenaan.
"Ini orang panggil putih mayat. Orang barat kalu boleh nak elak tapi perempuan Melayu tergila-gilakan kulit macam tu," tulis @amrimohdzain.
"Dia dah putih macam snow white dah nak putih apa lagi? Dia patut bersyukur," tulis @amiranblah.
Aisya, ketika dihubungi mStar Online pada Rabu menjelaskan dia terkejut dan sedih apabila ada individu yang tergamak melemparkan pelbagai cacian terhadapnya.

"Sebenarnya tujuan saya post tu sebab nak ajak pengikut di Instagram untuk menyertai cabaran putih dalam masa 30 hari sebelum sambutan Aidilfitri nanti.
"Dalam hidup ni, kita sentiasa nak 'upgrade.' Yang kaya nak makin kaya, yang putih, nak kulit lagi cerah, mulus dan sihat. Bukannya saya tak bersyukur.
"Bagi saya benda tu tak salah, saya tak susahkan sesiapa pun. Bukannya saya ada minta netizen 'payung' supplement ke apa, kenapa perlu pertikaikan," ujarnya lagi.
Peniaga produk kecantikan di Kelantan itu turut memohon agar mereka yang banyak mengecamnya supaya lebih mengutamakan kehidupan masin-masing.
Katanya, lebih elok jika semua orang fokus untuk memperbaiki diri sendiri daripada mengambil tahu hal orang lain.
Dia yang dimaklumkan mengenai tweet kecaman berkenaan oleh pengikutnya mengakui agak marah namun tidak berniat untuk mengambil apa-apa tindakan.
"Memang agak marah, tapi saya tak buat apa-apa. Saya pun sengaja tak buka Twitter, tak nak sakitkan hati".

Wednesday, April 25, 2018

Perghh !!! Dua pelajar mengaku khalwat tujuh lelaki


Dua pelajar mengaku khalwat tujuh lelaki


Mahkamah Syariah Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU - Dua pelajar perempuan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), di sini, antara sembilan individu dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kuala Terengganu kerana berkhalwat.
Kedua-duanya yang berusia 21 dan 22 tahun bersama tujuh lagi rakan lelaki berusia antara 19 hingga 23 tahun itu bagaimanapun mengaku salah atas pertuduhan mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah ( Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.
Sebelum itu, mereka didakwa berkhalwat di dalam sebuah rumah di Kampung Padang Nenas, kira-kira jam 2.15 petang, 16 November 2017.
Susulan pengakuan salah itu, Hakim Syarie mengenakan dua hukuman berbeza yang mana denda RM2,500 kepada pelajar perempuan berusia 21 tahun manakala seorang lagi berusia 22 tahun bersama tujuh lelaki  yang lain dikenakan denda RM1,500.
Bagaimanapun, kesemuanya diarahkan dipenjara tiga minggu sekiranya gagal menjelaskan denda.
Berdasarkan fakta kes, semasa tiba di lokasi serbuan, didapati pintu utama rumah tertutup rapat serta berkunci dari dalam.
Pintu dibuka seorang lelaki selepas diketuk dan diberi salam beberapa kali sebelum pemeriksaan lanjut di dalam rumah menemukan dua lagi lelaki berada di ruang tamu satu, manakala di ruang tamu dua terdapat tiga lagi lelaki.
Pemeriksaan seterusnya di dalam bilik pertama menemukan seorang lelaki yang hanya memakai seluar track panjang bersama seorang perempuan (21 tahun) yang sedang berada di atas katil.
Pemeriksaan ke atas bilik kedua menemukan seorang perempuan (22 tahun) berseorangan.
Hasil soal siasat, kedua-dua pelajar perempuan itu memberi alasan datang ke rumah yang disewa rakan lelaki mereka untuk membuat tugasan sahaja.
Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie Nurul Hajja Mustafa.

Tuesday, April 24, 2018

Fuh TEdia..!!! Siapa bakal jadi model seluar dalam Izzue Islam




IZZUE Islam bakal melancarkan koleksi pakaian dalam (boxer) di bawah jenama Izzueexclusive untuk kaum lelaki tidak lama lagi.
Mengakui menerima pelbagai maklum balas khususnya stigma masyarakat mengenai penjualan pakaian dalam secara terbuka di media sosial, Izzue menegaskan bahawa dia akan berhat-hati mengenai isu berkenaan.
Jelasnya, sensitiviti masyarakat akan diambil kira khususnya dalam mempromosikan produk itu.


Monday, April 23, 2018

Huh Dansyattt !!! Selepas ular & beruang, pemuda tampan jadi mangsa jerung pula



SEORANG lelaki Amerika Syarikat yang digigit oleh seekor jerung di Hawaii baru-baru ini pernah diserang oleh ular orok-orok dan beruang sebelum ini.
Dalam tempoh kurang daripada empat tahun, Dylan McWilliams dari Colorado berdepan tiga situasi malang membabitkan haiwan berbahaya.
Peluncur ombak berusia 20 tahun itu sedang meluncur di Kauai pada Khamis, ketika seekor jerung harimau yang berukuran enam hingga lapan kaki itu menyerangnya.
McWilliams yang juga bekerja sebagai jurulatih telah berenang sejauh jampir 30 meter ke pantai ketika seorang individu yang ternampak akan insiden itu bertindak memanggil pasukan paramedik dengan segera.

Kesan gigitan jerung.
"Saya tidak tahu jika saya kehilangan separuh kaki atau pun tidak," katanya.
Dia bagaimanapun menerima tujuh jahitan di hospital.
Tahun lepas, McWilliams terpaksa dikokot sembilan kali di kulit kepala selepas dia diterkam oleh beruang hitam pada kem musim panas di Colorado.

Kesan gigitan beruang.
McWilliams sedang tidur di luar ketika beruang itu mula menggigit kepalanya.
Dia mempertahankan dirinya dengan menumbuk beruang itu dan mencucuk bahagian mata haiwan tersebut, menyebabkan beruang itu melonggarkan cengkamannya.
"Saya rasa saya berada di tempat yang salah pada masa yang salah," katanya.
Kedua-dua serangan itu belaku selepas dia dipatuk ular orok-orok semasa dalam lawatan pendakian di Utah beberapa tahun sebelumnya. - Sky News


Friday, April 20, 2018

Patutkah !!! ??? Polis bantuan diserang netizen selepas selamatkan wanita terjun jambatan




GEORGE TOWN: Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) menafikan dakwaan beberapa portal berita bahawa polis bantuan yang membantu menyelamatkan wanita yang lemas selepas melompat dari jambatan kedua Pulau Pinang, adalah 'tidak berpengalaman'.
Pengurus Besar Kanan JKSB, Mohd Suhaimi Mohd Jusoh berkata, anggota polis bantuan JKSB diberi latihan yang betul untuk menangani situasi tersebut.
"Pegawai kita diberi latihan berenang, menyelam, pertolongan cemas, pengurusan lalu lintas dan lain-lain kemahiran menyelamat yang berkaitan.
"Ketika pengawal jambatan kami, Zaidi Salleh melompat ke perairan untuk menyelamatkan wanita itu, dia bersedia untuk menghadapi situasi ini," katanya kepada The Star ketika ditemui di pejabat JKSB pada Khamis.
"Ia tidak seperti laporan yang ditulis dalam talian yang menyatakan bahawa Zaidi masuk ke dalam air terlebih dahulu, kemudian berpaut kepada bekas ikan yang dibuang untuk digunakan sebagai pelampung.
"Dia tidak menyelam secara membuta tuli ke dalam air tanpa merancang kaedah untuk menyelamat terlebih dahulu," tegasnya.
Beliau juga memuji Zaidi dan anggota polis bantuan lain yang berada di tempat kejadian kerana membantu wanita itu.
The Star melaporkan bahawa Zaidi dan rakannya Mohammad Fitri Abu Bakar berada di unit kedua yang bertindak terhadap keadaan kecemasan selepas pengawal Megat Taufik Megat Kamaruddin mula-mula menyedari terdapat kereta yang tidak memiliki pemandu di jambatan itu kira-kira pukul 11 ​​pagi Rabu.


Thursday, April 19, 2018

Fuh TEdia !!! Guru ajak tonton video porno


Guru ajak tonton video porno

Guru ajak tonton video porno  
JAWA TIMUR - INDONESIA. Seorang guru sekolah rendah di daerah Glagah, Banyuwangi didakwa melakukan perbuatan tidak bermoral apabila memaksa muridnya menonton klip video lucah.
Guru berusia 57 tahun itu melakukan perbuatan tersebut setiap kali mengendalikan subjek Pendidikan Jasmani.
"Pada awalnya, kami ditunjukkan video lawak jenaka. Tapi tidak lama selepas itu, kami ditunjukkan pula video adegan orang dewasa telanjang," kata salah seorang murid.
Difahamkan, ini bukan kali pertama guru terbabit melakukan perbuatan berkenaan.
"Maklumat yang kami terima, guru itu sering menyasarkan murid tahun satu dan tahun empat di sekolah tempatnya mengajar.
"Tidak kira pelajar lelaki mahupun perempuan, kesemua mereka dipaksa menonton video lucah," kata polis. - DetikNews

Wednesday, April 18, 2018

Huh Dahsyat ..Pengguna FB ni kena Kutuk Kaw Kaw !! Dengan Nitizen Penang.


Ni FB Budah bodoh nih


Fuh rata rata Nitizen dari Penang tidak puas hati dengan mamat ni, adakah patut dia kata mai Penang macam pi negara asing, x ada  azan..di masuk dalam supermarket kut atau dia kurang dengar,
minta maaf lah bro kami di Penang Bebas nak azan ..ini Negeri Kami Bro

Tuesday, April 17, 2018

Perghh !! Duit pemberian MB lesap dalam akaun, pengusaha kantin merintih cari tempat mengadu

Duit pemberian MB lesap dalam akaun, pengusaha kantin merintih cari tempat mengadu

Norshamili membuat laporan polis berhubung wang dalam akaun simpanannya yang lesap di luar pengetahuannya. - Facebook

PETALING JAYA: Rintihan seorang wanita menerusi laman sosial yang mengadu tentang wangnya lesap 'sekelip mata' dari sebuah bank di Seremban, Negeri Sembilan mengundang simpati netizen.

Norshamili.
Norshamili Osman, 41, yang teresak-esak dalam rakaman video berdurasi lebih 17 minit itu meluahkan kekesalannya apabila mendakwa dirinya teraniaya dan tidak mendapat bantuan sewajarnya oleh bank berkenaan setelah bertanya tentang kehilangan wang sejumlah RM1,000.
Tambah mengelirukan, dia yang mendakwa tidak pernah menggunakan perkhidmatan perbankan atas talian telah dimaklumkan oleh bank tersebut bahawa dia sendiri yang memindahkan wang berkenaan ke akaun bank seorang wanita yang tidak dikenalinya.
"Bukankah kalau nak pindahkan duit perlukan Kod Kebenaran Transaksi (TAC) dan ia akan dihantar ke nombor telefon pemilik akaun?
"Tapi saya tidak pernah menggunakan perbankan atas talian dan nombor yang didaftarkan untuk melakukan pemindahan wang itu juga bukan nombor telefon saya," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.
Setakat ini, video tersebut sudah menerima sebanyak 1,638 perkongsian dan 970 tanda suka (like).
Kata ibu kepada tiga cahaya mata itu, wang tersebut adalah pemberian Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang disampaikan pada Rabu lalu sebagai bantuan untuk Norshamili menjalankan perniagaan kantinnya.

Norshamili meluahkan kekecewaannya menerusi akaun Facebook pada Sabtu lalu.
Bagaimanapun, wang yang disampaikan dalam bentuk cek itu disedari telah lesap apabila Norshamili menyemak baki yang terdapat dalam akaunnya.
Wanita yang menetap di Lukut, Negeri Sembilan itu melalui video tersebut turut menunjukkan laporan polis yang dibuat olehnya atas nasihat pihak bank.
Namun, laporan yang dibuat didakwa seakan-akan tidak dapat membantunya mendapatkan kembali wang tersebut apabila memberitahu pihak bank enggan memberikan kerjasama untuk menghubungi pemilik akaun yang memegang wangnya kini.
"Pihak bank ada berikan nombor telefon wanita itu, tapi bila saya cuba hubungi, nombor itu sudah tiada dalam perkhidmatan.
"Saya merayu agar pihak berkaitan memulangkan semula wang tersebut kerana ia amat bermakna untuk saya dan keluarga," kata pengusaha kantin di sekolah memandu di Port Dickson itu.
Wanita itu berkata, terdapat beberapa kes yang mana pihak bank akan menghubungi pihak ketiga yang menerima wang daripada pelanggan yang tersalah melakukan pemindahan wang, untuk memulangkan semula wang tersebut.
Namun, Norshamili buntu apabila mendakwa pihak bank enggan membantunya sedangkan dia tidak melakukan transaksi tersebut dan terdapat rekod bahawa pihak ketiga menerima wang daripada akaunnya.




Monday, April 16, 2018

Fuh Tedia !!! Hebat Chong Wei!..Sudah lah Dapat Emas Conmewelth Raket Chong Wei Dibeli Dengan Harga RM200,000

Hebat Chong Wei!


image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2018/04/15/14/42/lcwsukankomanwel.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
 
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei yang menyumbangkan pingat emas dalam final acara perseorangan lelaki pada Sukan Komanwel 2018 pada Ahad.
“Hebat Dato' @LeeChongWei, memang luar biasa! Setiap hayunan raket tadi membawa bersama semangat 30 juta rakyat Malaysia! Tahniah emas ke-6 Malaysia di #GC2018,” kata perdana menteri dalam laman Twitternya.
Dalam perlawanan di Carrara Sports and Leisure Centre, Gold Coast, Chong Wei menewaskan pemain nombor satu dunia, K. Srikanth dari India 19-21, 21-14, 21-14.
Sementara itu, Chong Wei menyifatkan kejayaan itu sebagai satu kemenangan terindah buat dirinya memandangkan temasya kali ini adalah penampilan terakhir beliau.
 Tiga raket, dua helai baju dan sepasang kasut Datuk Lee Chong Wei, dilelong hari ini bagi mengutip dana bagi membantu mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun di bawah program amal "Hope & Smile".

Salah satu raket yang digunakan Chong Wei ketika menjuarai Kejohanan All-England bulan lepas, meraih harga jualan tertinggi iaitu sebanyak RM200,000 yang dibeli oleh seorang ahli perniagaan dari Pahang.

Manakala satu lagi raketnya yang digunakan dalam perlawanan All-England tersebut pula meraih jualan sebanyak RM85,000.

Kasut pemain nombor satu dunia itu pula meraih hasil RM24,000 manakala dua helai bajunya pula meraih kombinasi jualan sebanyak RM50,000
.
Pada program amal di Stadium Juara, Bukit Kiara itu, Chong Wei turut beraksi di gelanggang menentang pemain Indonesia Taufik Hidayat dalam perlawanan amal.

Perlawanan tersebut berkesudahan dengan Chong Wei menumpaskan Taufik 22-20, 19-21 dan 22-20.
Raket yang digunakan Chong Wei dan Taufik pada perlawanan amal itu juga dilelong dengan kedua-dua raket itu meraih jualan sebanyak RM84,000.

Chong Wei ketika ditemui berkata beliau tidak menyangka raketnya mampu memcecah harga RM200,000

Friday, April 13, 2018

Fuh Tedia !!! Dipanggil ‘YB’ selepas tular poster 5,000 coli percuma



Amran (kanan) menafikan dia mempunyai kaitan dengan poster yang tular mengenai pemberian baju dalam percuma, yang diubah suai menggunakan gambarnya.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/04/12/dipanggil-yb/#38a8Y8302rFCF0kF.99

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang wajahnya terpampang pada poster palsu kononnya 5,000 baju dalam wanita mahu diedarkan secara percuma pada 15 April ini terkejut apabila tiba-tiba dipanggil ‘YB’ (Yang Berhormat).
Tambah mengejutkan apabila dia turut dipanggil ‘Datuk Seri’, ‘Ustaz’ dan ‘Haji’ selepas gambarnya yang diedit pada poster yang tular memaparkan wajahnya dengan catatan nama yang dikenali sebagai ‘Dato Sri Hj Ustaz Amran bin Nordin’ dengan jawatan yang didakwa sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh.
“Itu memang gambar saya, itu nama saya. Tapi saya tiada kena-mengena dengan poster mahupun pemberian baju dalam tu.
“Saya bukan Datuk Seri, Haji atau Ustaz... saya belum pun pergi haji dan umrah. Poster tu palsu,” kata Amran Nordin, 43, yang bekerja sebagai penyelia di sebuah kilang di Kulim, Kedah, kepada mStar Online pada Khamis.

Dengan slogan “Jom pi periksa dada, terus dapat sarung dada”, maklumat pada poster itu mendakwa mahu mengedarkan 5,000 baju dalam percuma pada majlis yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Tok Kandu di Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 15 April ini.
Fakta itu sama sekali tidak benar kerana poster yang sebenarnya adalah pemberian 5,000 cermin mata secara percuma, dan Pengerusi Barisan BN Permatang Pauh adalah Datuk Mohd Zaidi Mohd Said.
Amran yang berasal dari Bayan Baru, Pulau Pinang berkata, pada awalnya dia menyangka poster yang tular sejak petang Rabu itu sebagai satu bahan gurauan tetapi kemudian memutuskan untuk membuat laporan polis pada lewat malam Rabu.

Laporan polis yang dibuat oleh Amran mengenai poster palsu yang memaparkan wajahnya.
Bagaimanapun, Amran menegaskan bahawa dia tidak bergiaf aktif atau mempunyai sebarang jawatan dalam mana-mana parti politik.
“Saya ada berhubung dengan Datuk Zaidi pada malam tadi bagi memberitahu bahawa sayalah lelaki di dalam gambar itu, dan meminta nasihat dia.
“Demi keselamatan saya dan mengelakkan daripada berita tidak benar tersebar, saya memutuskan untuk membuat laporan polis,” kata bapa kepada tiga anak itu namun enggan mendedahkan parti politik yang dianggotainya.
Terdahulu mStar Online melaporkan Mohd Zaidi yang juga Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh memberitahu poster palsu itu merupakan perbuatan berbentuk penghinaan yang bukan sahaja kepada BN Permatang Pauh tetapi juga pengundi-pengundi wanita di kawasan itu.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/04/12/dipanggil-yb/~/media/5acdc5613d5642ce87014c4c4e4411dc.ashx?la=en
Mohd Zaidi pada sidang media di luar IPD Seberang Perai Tengah pada Khamis. Foto Facebook Pergerakan Pemuda Umno Permatang Pauh
“Ini lebih kepada tindakan terdesak pihak tertentu yang mungkin rasa terancam dengan program-program yang kita buat selama ini.
“Program pemberian cermin mata ini telah heboh diperkatakan, mungkin ia memberi kesan kepada pihak tertentu yang tidak senang dengan program bantuan yang kita buat dan cuba memalukan pihak kita,” katanya.
Sementara itu, wakil BN Permatang Pauh membuat laporan polis berhubung poster palsu tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah pada kira-kira pukul 11 pagi Khamis.
Mohd Zaidi pada sidang media di luar IPD kemudian memberitahu program pemberian cermin mata secara percuma sebagaimana yang tertera pada poster asal tetap diadakan di SK Permatang Tok Kandu, 15 April ini.

Wednesday, April 11, 2018

Fuh !! Tudia Zul Ariffin selamatkan Neelofa dari jatuh

Zul Ariffin selamatkan Neelofa dari jatuh
Zul Ariffin dan Neelofa

KEMUNCULAN aktor berbadan sasa, Zul Ariffin di atas pentas Anugerah MeleTop Era 2018 (AME2018) secara tidak langsung telah menyelamatkan pengacara dan pelakon, Neelofa daripada terjatuh.
Sebelum segmen menyampaikan anugerah untuk kategori Program MeleTop dan Hos MeleTop bersama Ziana Zain, Zul terlebih dahulu muncul sendiri dan berdialog bersama Neelofa bagi mempromosikan drama lakonan mereka.
Bagaimanapun ketika wanita berusia 29 tahun cuba beralih badan, Neelofa hampir tergelincir dan sempat berpaut pada Zul bagi mengelakkan dia terjatuh.
Kejadian itu mendapat sorakan ramai dan Nabil sendiri

Tuesday, April 10, 2018

Perghh !!! Sotong gergasi sebesar manusia dijumpai di Filipina



Sotong gergasi sebesar manusia dijumpai di Filipina


PENDUDUK kampung mengerumuni seorang nelayan di Tawi-Tawi, Filipina kerana berjaya menangkap sotong gergasi sepanjang lapan kaki (2.4 meter).
Sotong gergasi itu mempunyai kelebaran setebal 18 inci ketika ia dibaringkan ke atas tanah.
Dipercayai haiwan laut itu adalah sotong terbesar dijumpai di wilayah tersebut.
Ia dinaikkan ke darat pada pagi Jumaat, kira-kira pukul 9 pagi.

Seorang nelayan, Harold Eduardo Curtis berkata: "Saya kenal nelayan yang menangkap sotong itu.
"Susah untuk dia naikkan sotong itu ke darat kerana ia terlalu berat.
"Kecantikan sotong ini adalah pada tubuhnya yang bersih, bersinar dan putih.
"Ia adalah sotong yang sihat dan masih muda. Pasti isinya berasa enak," katanya. - Mirror UK

Thursday, April 5, 2018

Tudia Sah !!! Video tular hantu kebaya merah ditonton 27 juta kali Baca lebih lanjut















Umie Aida memegang watak sebagai Diana Dahlan dalam Dukun. Foto AHMAD ZAMIR

KUALA LUMPUR: Ketika orang ramai kecoh dengan penyebaran video kelibat hantu berkebaya merah, pihak Astro Shaw yang melakukan gimik tersebut berbangga apabila perancangan itu tular sekali gus meraih 27 juta tontonan.
Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar berkata, pihaknya memang sengaja menerbitkan video itu dengan tujuan untuk ia menjadi tular dalam usaha melakukan kempen mempromosikan filem Dukun yang terperam selama 12 tahun selain menyifatkan idea itu berjaya.
ARTIKEL BERKAITAN: Umie Aida Nyaris Terkena Histeria, Menangis Keluar Dari Penjara Pudu Baca
“Video itu memang kami yang hasilkan sebagai satu bentuk kempen sebelum kami mengumumkan tarikh tayangan Dukun kepada umum.
“Bagaimanapun tidak sangka pula strategi itu berjaya menarik perhatian orang ramai sehingga ia mendapat 27 juta tontonan setakat ini,” katanya.
Najwa ditemui pada tayangan perdana Dukun yang diadakan pada petang Rabu.

Video memperlihatkan perempuan berkebaya merah berjalan di jalan raya mengundang pelbagai reaksi netizen.
 
Ia menampilkan barisan pelakon seperti Datin Umie Aida, Namron, Faizal Hussien, Elyana, Adlin Aman Ramlie dan Bront Palarae dan mula menemui penonton di pawagam bermula hari ini (5 April).
Baru-baru ini netizen kecoh menyebar dan membincangkan mengenai sebuah video kelibat wanita berkebaya merah dengan pelbagai andaian dan spekulasi mengenai kejadian itu.
Namun mereka tidak menyedari ia adalah satu gimik yang berjaya dilakukan pihak Astro Shaw bagi mempromosikan Dukun yang secara tidak langsung memperlihatkan netizen begitu mudah menerima diperdayakan dengan perkara sedemikian rupa.
Dalam pada itu, Najwa menjelaskan Dukun sebenarnya bukan kisah adaptasi daripada kes pembunuhan berprofil tinggi yang membabitkan ahli politik Datuk Mazlan Idris dan Mona Fandey yang didakwa pengamal ilmu hitam.
Sebaliknya kata Najwa, jika dilihat jalan cerita sebenarnya ia tidak mempunyai kaitan sebaliknya ia lebih mengangkat kisah mengenai ketaksuban manusia dalam pelbagai perkara menerusi amalam syirik dan khurafat.
"Skrip dizahirkan cukup kuat dan berlatarkan kisah yang sememangnya berlaku dalam masyarakat kita yang ada di antaranya memilih jalan mudah dengan membelakangkan agama.
"Ia bukan berkisar mengenai sesiapa sebaliknya ia ada jalan cerita tersendiri yang boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian kita," katanya.

Barisan pelakon Dukun...(dari kiri); Hasnol Rahmat, Faizal Hussien, Dain Said (Pengarah), Umie Aida dan Elyana.
 
Untuk rekod, Dukun diharamkan tayangannya pada Disember 2006 oleh Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) kerana jalan ceritanya yang kontroversi dan boleh meniyinggung perasaan.
Sementara itu, Najwa berkata, pihak teruja apabila Dukun ditayangkan menerusi 100 buah panggung di seluruh Malaysia termasuk Brunei.
Malah kata Najwa, pihaknya turut merancang untuk mengedar Dukun ke beberapa negara lain.
Dukun arahan Dain Said dibintangi oleh Datin Umie Aida, Adlin Aman Ramli, Namron, Faizal Hussein, Bront Palarae, Nadiya Nisaa, Mislina Mustafa, Soffi Jikan, Hasnul Rahmat dan Elyana.

Wednesday, April 4, 2018

Hah Tudiaa !!! Selain 30 Bilik Mahligai Aliff Syukri Turut Mempunyai Surau, Gim, Bilik Kebal .

image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2018/04/03/20/28/aliff%20syukri%201.ashx?w=620&h=413&crop=1&/

Tersergam indah mahligai Aliff Syukri. FOTO: MUHAMAD SHAHRIL ROSLI
  (Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri pernah mengimpikan hasrat untuk memiliki sebuah rumah mewah bak istana sejak usianya 23 tahun.
Menurut Aliff, 31, impian itu muncul ketika dia mengunjungi Istana Pahang semasa menerima darjah kebesaran membawa gelaran Datuk kira-kira lapan tahun lalu.
"Ketika itu saya menerima darjah kebesaran di Istana Pahang dan saya tertarik dengan kemewahan istana dan mengimpikan untuk memiliki sebuah rumah mewah berkonsepkan begitu.
"Saya sedar saya hanya orang biasa dan bermula daripada situ saya menyimpan azam dan berusaha untuk mencapai impian ini.

Luas dan besar suasana dalam rumah bak istana.
"Alhamdulillah akhirnya tahun 2018, impian saya ini berjaya direalisasikan dan ia adalah hasil kerja keras saya sendiri," katanya kepada mStar Online.
Aliff ditemui semasa program jelajah media ke kediamannya dikenalii Aliff Syukri Palace di Kota Damansara, di sini pada Selasa.
Rumah dengan rekaan Royal Modern Classic itu mempunyai 30 bilik tidur termasuk surau, gim dan bilik kebal.
Ditanya mengenai kos pembinaan rumah tersebut, Aliff berkata dia lebih selesa untuk merahsiakan tentang hal itu.

Suasana di ruang tamu.
Sementara itu, usahawan yang juga merupakan penyanyi ini memberitahu niatnya berkongsi mengenai kediaman ini bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau riyak.
Sebaliknya, dia hanya ingin memberi inspirasi kepada masyarakat supaya tidak pernah mengalah dan sentiasa berusaha untuk mencapai impian.
"Demi Allah saya bukan nak riyak. Apa yang saya kongsi ini adalah hasil usaha sepanjang melalui kepayahan hidup, dari tiada apa-apa sehingga tercapai ini semua.
"Saya mahu orang di luar sana menjadikan ini sebagai inspirasi dan jangan pernah mengalah untuk mengapai impian.

Suasana di luar rumah pada waktu malam.
"Harap-harap tak ada yang kecam kerana saya hanya ingin berkongsi yang baik-baik sahaja," katanya yang merancang menceburi perniagaan jualan perabot selepas ini.
Dalam pada itu Aliff menggunakan perabut di kediamannya ini yang diimport dari Itali, Sepanyol, London dan Jakarta dengan hasil kerja pereka hiasan dan jenama terkemuka dunia.
Keluasan rumahnya ini ialah 40,000 kaki persegi.
Selain mahligai berkenaan Aliff juga memiliki kediaman di Pavilion Kuala Lumpur dan penginapan diberi nama Sugeh Resort yang mengendalikan Sugeh Village di Sungai Buloh dan Sugeh Hill di Janda Baik, Pahang.

Tuesday, April 3, 2018

Perghhh !!! Luahan Seorang Abang “Adik Saya Macam Hamba Di Korea Selatan”



 
PETALING JAYA: Pengalaman diperlakukan seperti seorang hamba ketika bekerja di sebuah kilang di Korea Selatan benar-benar meninggalkan kesan mendalam buat seorang lelaki yang berasal dari Ipoh, Perak.
Pengalaman pahit itu disimpan kemas oleh Haziq (bukan nama sebenar) dan hanya diceritakan kepada abangnya yang dikenali sebagai Hafiz Netero.
Selepas laporan khas berkaitan isu buruh haram melibatkan rakyat Malaysia bekerja di Korea Selatan didedahkan mStar Online pada awal bulan lalu, Hafiz Netero tampil 'bersuara' bagi pihak adiknya.

"Bayangkan adik saya perlu bekerja selama 17 jam, bermula pukul 8 malam hingga 8 pagi dan wajib buat kerja lebih masa sehingga pukul 1 tengah hari pada setiap hari.
"Dia perlu susun barang dalam sebuah kontena seorang diri, sehingga ia siap. Tapi malangnya, tidak dibayar gaji!," luah Hafiz Netero kepada mStar Online.
Tambahnya, sebagai abang, dia berasa amat simpati dengan nasib yang menimpa adiknya dan pernah menawarkan untuk membelikan tiket pulang ke tanah air, namun ditolak atas alasan ingin berdikari.

Haziq perlu bekerja selama 17 jam sehari untuk menyusun barang-barang ke dalam kontena. - Gambar hiasan/Traenn
 
Menurut perunding unit amanah itu, majikan Haziq menjanjikan bahawa gaji akan dibayar secara mingguan tetapi memperdaya dirinya sekali lagi dengan mendakwa akan membayar gaji secara bulanan pula.
Selepas dua minggu membanting tulang, adiknya menerima bayaran daripada majikan berkenaan biarpun tidak seperti jumlah yang dijanjikan.
Akibat tidak tahan dengan beban kerja yang terpaksa ditanggung, Haziq memilih untuk berhenti selepas dua minggu dan mencari pekerjaan lain.
Tetapi, ibarat 'keluar mulut harimau, masuk mulut buaya', Haziq yang bekerja di kilang penyusunan barang lain sekali lagi menjadi hamba dan tidak dibayar gaji selepas sebulan bekerja.
Hafiz Netero berkata, selama lebih sebulan adiknya berada di negara itu, Haziq menyara diri dengan menjadi pembeli peribadi atau 'personal shopper' bagi meneruskan hidup dan mengumpul wang untuk membeli tiket penerbangan ke Malaysia.
Bagaimanapun, lelaki itu bersyukur kerana nasib adiknya tidak seburuk mangsa-mangsa lain yang dipaparkan dalam laporan sebelum ini.
"Kita dimomokkan dengan perkara yang indah-indah sahaja di sana, tapi hakikatnya jauh daripada itu.
"Bagi saya, lagi baik cari rezeki di negara sendiri biarpun gaji yang ditawarkan sekitar RM1,000 hingga RM2,000 sebulan, asalkan tidak dilayan seperti hamba," ujarnya.
Hafiz Netero berharap agar rakyat Malaysia lebih bijak menilai risiko yang bakal dihadapi mereka sekiranya berkeras ingin bekerja tanpa permit yang sah di negara tersebut.
Tags / Kata Kunci:
 

Monday, April 2, 2018

Tragis !!! Baitulmal Maiwp Akui Makcik Naik Motosikal Berlima Penerima Zakat Tapi.





PETALING JAYA: Dari Selayang seorang wanita menaiki motosikal ke Bukit Damansara, kehabisan minyak di tengah jalan di bawah cuaca terik, kemudian tersesat pula di Damansara.
Itu belum lagi tindakannya sanggup menempuh bahaya apabila turut membawa empat anak kecilnya bersama melalui lebuh raya yang sibuk.
Begitulah pengorbanan yang ditunjukkan seorang ibu apabila terpaksa melalui perjalanan ‘sukar’ demi mendapatkan bantuan buat mereka sekeluarga.
Video mengenai lima beranak itu yang tular di media sosial sejak Sabtu membangkitkan persoalan dalam kalangan netizen mengenai nasib dan bantuan yang sepatutnya diterima keluarga berkenaan untuk menjalani kehidupan di ibu kota.
Bagaimanapun, Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) menerusi satu kenyataan di Facebook menjelaskan bahawa wanita dalam video yang tular itu merupakan salah seorang penerima zakat oleh badan itu.
“Makcik tersebut ialah salah seorang penerima bantuan zakat kami secara bulanan melalui Skim Bantuan Kewangan Bulanan dan Skim Bantuan Am Persekolahan untuk anak-anaknya,” menurut satu posting di laman Facebook pada lewat malam Sabtu.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/04/01/baitumal-maiwp-pasal-makcik/~/media/4dde5172185940dca674aa58a3a2b7a5.ashx?la=en
Paparan skrin video menunjukkan seorang ibu menunggang motor sambil membawa empat anak kecil.
Bagaimanapun kata Baitulmal Maiwp, penjelasan tersebut bukan untuk menghalang pemberian sumbangan dan bantuan orang ramai kepada keluarga wanita itu.
“Tetapi untuk memberi pencerahan bahawa dia telah dan sedang menerima bantuan zakat kami.
“Marilah wujudkan sebuah masyarakat prihatin yang progresif senada dengan tuntutan Islam,” menurut kenyataan itu lagi.
Dalam pada itu, menurut Baitulmal Maiwp di ruang komen pada posting berkenaan memberitahu keluarga wanita itu sekeluarga diberikan bantuan sejak 2012.
Menerusi beberapa video yang dikongsi pengguna Facebook, Nrftma Yussman pada Sabtu, dia dan seorang rakannya menceritakan bagaimana mereka berdua berasa lega mampu meringankan sedikit bebanan penunggang wanita itu dengan menumpangkan salah seorang anaknya untuk pulang ke rumah mereka di Selayang.


Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung