Nuffnang

Monday, November 25, 2024

Siapa cakap gaji aku RM1 juta? – Jojo Ghazali


Johan Ghazali

PETALING JAYA – Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali menafikan pendapatan yang diperolehinya ketika ini sehingga RM1 juta.

Johan atau nama gelanggangnya Jojo ketika membalas satu pertanyaan peminatnya di Instastory berkata, dia tidak pernah mendapat jumlah gaji tersebut dan Jojo secara berseloroh mahukan pendapatan sebanyak itu.

“Siapa cakap gaji aku sejuta? Kalau begitu aku pun nak gaji sebanyak itu,” jawabnya.

ADVERTISEMENT
Amazing Cool Gadgets

Dalam pada itu, Jojo juga menjawab satu soalan dari pengikutnya mengenai apakah kerja jika dia tidak menjadi atlet Muay Thai.

Jelas Jojo, dia tidak meminati sukan lain namun, pernah bermain bola sepak, sepak takraw, soft ball dan bermacam lagi sukan, Tetapi minatnya cukup mendalam dalam sukan Muay Thai.

“Tetapi kalau aku bukan seorang peninju, aku mungkin suka kerja berkait yang berilmiah… mungkin ‘lawyer’ (peguam),” jelasnya.

Sementara itu, dalam Instastorynya juga, Jojo mengumumkan dia telah menandatangani satu kontrak perlawan dengan musuh baharunya tidak lama lagi, namun siapa lawannya itu tidak dinyatakan.

“Aku pasti semua suka dengan perlawanan ini, aku sudah tandatangan perlawanan itu. Aku tidak boleh bagitau siapa lawan aku lagi buat masa ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Sunday, November 24, 2024

Dr. Rozmey jual Ferrari RM80,000, cerita ditipu rakan

 


Dr. Rozmey

PETALING JAYA – Sekitar 2010, nama serta gaya Datuk Dr. Rozmey sering kali menghiasi akhbar-akhbar serta kaca televisyen tempatan, bahkan terdapat banyak papan tanda yang memaparkan gambar gaya duduk figura ini.

Namanya agak terkenal sebelum ini kerana kejayaan produk keluaran syarikat bertapak di Kedah yang diusahakan dengan hasil titik peluh sendiri.

Namun, dalam hantaran terbaru di laman sosial miliknya, ternyata kisah sebenar disebalik kejayaan beliau sebelum ini, ramai orang digelarnya sahabat hanya mahukan ‘duit’ usahawan ini.

ADVERTISEMENT

Rozmey berkata, kereta sport Ferrari miliknya yang dijual dengan harga RM80,000 pada 2019 itu mempunyai kisah tersendiri.

Kereta buatan Itali yang digelar kuda merah itu merupakan satu kebanggaan bagi masyarakat Sungai Petani suatu masa dahulu pernah memberi jasa serta lambang kejayaan yang besar kepada Rozmey.

Masalah timbul jelasnya, apabila kereta tersebut rosak dan menyerahkan kepada makanik yang merupakan kawan baiknya sendiri.

“Bila ‘sakit’ aku akan serah tugas untuk merawat kepada kawan rapat aku. Kerana ini adalah kepakaran dia dan harapkan yang terbaik untuk menjaga kereta ini.

“Harapan aku hanya tinggal angan-angan, kawan baik yang bersama aku selama 16 tahun itu tidak seperti yang diharapkan.

“2014 juga sama, aku sudah serahkan RM100,000 secara tunai kepadanya untuk merawat kereta ini. Di bawa ke Penang sehingga kereta ini jadi besi buruk kerana dia tidak bayar pada bengkel di sana,” tulisnya.

Katanya, kes tersebut telah dilaporkan dan terpaksa jual kuda merah itu pada harga RM80,000 bagi menutup hutang bank yang masih berbaki RM185,000 dengan bayaran sebelum ini RM9,800 sebulan. – KOSMO! ONLINE.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung