Nuffnang

Tuesday, April 16, 2024

Dituduh ada hubungan lelaki lain, isteri diugut bunuh oleh suami

 


Gambar hiasan.

GERIK – Gara-gara cemburu dan dituduh mempunyai hubungan dengan lelaki lain, seorang wanita dicederakan dan diugut bunuh oleh suaminya dalam kejadian di Kampung Baru Alai, di sini semalam.

Kejadian sekitar pukul 10.30 malam itu menyebabkan wanita berusia 36 tahun itu lebam di beberapa bahagian badan selain terdapat kesan lilin pada payudara kanan.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa yang merupakan seorang guru itu sedang tidur di dalam bilik sebelum dikejutkan suaminya yang bertindak menarik tangan mangsa ke belakang.

Mangsa yang cuba melepaskan diri kemudian diugut bunuh oleh suspek berusia 42 tahun itu menggunakan pisau di leher sekiranya dia enggan memberi kerjasama.

Suspek yang mengikat kedua-dua tangan isterinya menggunakan tali itu telah memaksa wanita terbabit mengaku mempunyai hubungan dengan lelaki lain, namun tuduhan itu dinafikan mangsa.

Selain mengoyakkan pakaian mangsa dan menarik rantai leher sehingga putus, lelaki itu turut menitiskan cecair lilin pada payudara wanita tersebut dan mengugut akan membakarnya dan rumah mereka jika isterinya masih enggan mengaku.

Wanita itu bagaimanapun berjaya melepaskan diri apabila memberitahu dia ingin ke bilik air sebelum segera keluar dari rumah dan melarikan diri dengan menaiki kereta.

Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Lalang pada pukul 1.32 pagi, hari ini.

Difahamkan, punca kejadian disebabkan cemburu di mana suspek tidak membenarkan isterinya menghubungi mana-mana lelaki.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Monday, April 15, 2024

Kes tembak KLIA: Polis Perak ketat kawalan di sempadan, tingkat pemantauan di R&R

 

Mohd. Yusri.

IPOH – Polis Perak meningkatkan kawalan di pintu keluar masuk sempadan di Pengkalan Hulu, Hulu Perak dalam usaha menahan suspek kes tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya juga meningkatkan pemantauan di kawasan rehat dan rawat (R&R) serta mengadakan sekatan jalan raya (SJR) bagi mengesan suspek tersebut.

-ADVERTISEMENT-

“Polis Perak akan membantu Polis Selangor dalam mengesan suspek dengan meningkatkan pemantauan di R&R di negeri Perak termasuk mengadakan SJR dan meningkatkan kawalan pintu keluar masuk sempadan di Pengkalan Hulu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Media hari ini melaporkan mengenai kes tembakan melibatkan seorang lelaki dan isterinya di KLIA 1 awal pagi tadi, dengan pengawal keselamatan wanita berkenaan parah setelah terkena tembakan suami wanita tersebut.

Suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia 38 tahun itu kemudiannya melarikan diri ke utara, dengan pihak polis menasihati suspek untuk menyerah diri secara baik di mana-mana balai polis.

Pihak polis turut menasihati orang ramai yang melihat suspek untuk berkongsi maklumat dengan pihak berkuasa namun tidak bertindak bersendirian ekoran lelaki terbabit disifatkan sebagai berbahaya. – KOSMO! ONLINE

Tuesday, April 9, 2024

Kad raya A1 RM4, imbau kenangan zaman dahulu

 


AZHAR menunjukkan kad-kad raya ciptaannya di Kampung Seberang Pekan, Baling semalam.

BALING – Seorang lelaki, Azhar Jaafar, 49, berkata, dia mengambil inisiatif mencipta dan men­cetak 900 keping kad raya untuk dijual kepada orang ramai bagi mengimbau era kegemilangan pemberian kad ucapan hari raya satu ketika dahulu. Menurutnya, meskipun aplikasi WhatsApp, TikTok dan platform digital menjadi medium dan pilihan orang ramai untuk saling berhubung dan memberikan pelbagai ucapan, namun kad raya masih menjadi pilihan sesetengah individu. “Hampir 20 tahun kita tidak melihat kad-kad raya di pasaran dan tidak menerimanya serta tidak lagi…

 

 

Friday, April 5, 2024

[VIDEO] Kereta Satria ‘terbang’ berjaya diturunkan

 

Tangkap layar video memaparkan kereta jenis Proton Satria tersebut berjaya dibawa turun menggunakan kren mudah alih.

PETALING JAYA – Sebuah kereta jenis Proton Satria berwarna biru yang ditemukan terbabas dan tersangkut pada pokok berhampiran susur keluar Plaza Tol Pedas Linggi di Rembau, Negeri Sembilan kelmarin sudah berjaya diturunkan menggunakan kren.

Menerusi satu perkongsian video di laman Facebook, kereta ‘terbang’ tersebut dibawa turun menggunakan sebuah kenderaan kren mudah alih sebelum dimuatkan di atas trak penunda.

“Selepas sehari semalaman tersangkut di celah-celah kawasan pokok lebuh raya itu, akhirnya ia berjaya diturunkan,” ujar pengguna media sosial yang melihat kejadian itu.

ADVERTISING

Sementara itu, Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati, rata-rata pengguna masih bingung dengan kejadian tersebut yang masih belum diketahui puncanya sehingga kini.

“Ada laluan atas rumput menaik ke atas bukit tu. Cuma jauh juga laluan tu walaupun lurus ke atas bukit. Tak tahu kenapa pemandu tak brek,” ujar Duan Draco.

“Rasa tengah laju, lepas tu elak sesuatu kemudian terus reflex healing atas bukit,” komen Haziq Faris.

“Naik pandai, nak turun gayat.. kena minta tolong kren,” ujar Adhashim.

Terdahulu Kosmo! melaporkan sebuah kereta jenis Proton Satria yang dipercayai terbabas ke bahu jalan sebelum mendaki bukit bersebelahan papan tanda lebuh raya berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Wednesday, April 3, 2024

[VIDEO] Lompat ikut tingkap ketika van sedang bergerak

 


Tangkap layar aksi berbahaya murid lelaki itu.

PETALING JAYA – Tular di laman TikTok @RienSiti SHOP EMPIRE, aksi berbahaya seorang murid sekolah melompat turun melalui tingkap belakang sebuah van sekolah yang sedang bergerak.

Menerusi perkongsian video tersebut, murid lelaki dalam lingkungan usia lapan hingga 10 tahun itu dilihat melompat turun dari tingkap ketika van sekolah itu masih bergerak di jalan raya.

Bagaimanapun dengan kelajuan van sekolah antara 10 hingga 20 kilometer sejam itu, murid berkenaan berjaya sampai di depan sekolah terbabit sebelum berlari memasuki kawasan pekarangan sekolah.

ADVERTISING

Dengan kapsyen ‘nasib tak jadi apa-apa’ aksi tersebut sempat dirakam oleh seorang penduduk yang kebetulan berada di kawasan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna resah dengan aksi berbahaya sedemikian kerana ia bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah pengguna jalan raya yang lain.

“ Bahaya la.. parent (ibu bapa) kena alert (ambil perhatian), kena tegur benda silap ni.. dah turun berlari pula depan van,” ujar QairielTT.

“ Lepas tu pemandu dipersalahkan.. kesian pemandu. Hanya menjalankan tugas,” komen Cakeboy.

“ Allahu bahaya ni. Kawan aku meninggal kena gilis, bas belum stop (berhenti) tapi dia sudah loncat keluar, bahaya.”

Sehingga kini video tersebut telah mencapai 1.4 juta kali tontonan, 47.8 ribu tanda sukaan dan 1917 kali perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung