Nuffnang

Sunday, September 30, 2018

Fuh Dahsyatt !!! Budak 14 Tahun Jadi Wali Kakaknya

Ogos mandikan jenazah bapa, September remaja 14 tahun jadi wali nikahkan dua kakak.

  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Umurnya baharu 14 tahun, namun tanggungjawab sebagai anak tunggal lelaki menjadikan Muhammad Amierul Adlie Basiran lebih matang dari usianya.
Pesanan terakhir yang ditinggalkan oleh arwah bapanya (Basiran Ali) agar mengambil alih tugasnya menjaga keluarga dipegang erat oleh Amierul.
Pelajar Maktab Rendah Sains Mara Muar, Johor itu lancar menikahkan dua orang kakak kesayangan dalam dua majlis berbeza bulan ini.
Menurut sepupu yang rapat dengannya, Mohd Syukri Madnor, pertama kali dalam hidupnya melihat remaja berusia 14 tahun mengijab kabulkan dua lelaki yang kini sah menjadi abang iparnya.
"Majlis pernikahan dua orang kakaknya telah dirancang sebelum  bapa saudara saya (bapa Amierul) meninggal dunia pada Ogos lalu akibat kanser.
Amierul (tengah) bersama dua kakak dan abang iparnya.
"Perkahwinan diteruskan dan apabila kami rujuk dengan Pejabat Agama Islam di Melaka untuk calon menjadi wali, mereka ada tanya sama keluarga ini ada adik lelaki atau tidak.
"Kami beritahu ada, berusia 14 tahun. Apabila diberitahu dia sudah cukup syarat utama, jadi kami putuskan Amierul akan menjadi wali pernikahan kakak-kakaknya.
"Sebelum itu kami memang rancang untuk wakilkan kepada jurunikah, tetapi selepas berbincang dengan semua keluarga dan Amierul, akhirnya dia menjadi wali.
"Malah Amierul sendiri  yakin memberitahu  mahu menjalankan tanggungjawab sebagai anak lelaki dalam keluarga.
"Sebagai salah seorang keluarga rapatnya, saya amat berbangga dengan Amierul yang menunjukkan sifat matangnya itu," jelas Syukri kepada mStar Online.
Tambah Syukri, Amierul menjadi wali buat kali pertama untuk kakak ketiganya (Nur Aina Nabihah Basiran) pada 22 September lalu.
"Sehari sebelum majlis, dia telah berlatih bagi melancarkan majlis akad. Walaupun pada mulanya agak gugup, dia telah melakukannya dengan baik.
"Dan hari ini (29 September), Amierul sekali lagi menjadi wali untuk pernikahan kakak keduanya, Nur Amirah Basirandi di Masjid Tun Syed Ahmad Al-Haj, Bukit Beruang, Melaka.
"Perjalanan majlis bertambah baik. Dia semakin matang dan rata-rata tetamu yang hadir turut terpegun dengan sikap dewasanya itu," katanya.
Dalam pada itu, ibu remaja berkenaan, Rosiah Othman memberitahu dia berasa gembira dengan sikap Amierul yang sedia memikul tanggungjawab sebagai anak lelaki tunggal dalam keluarga.
"Saya dalam tempoh edah dan tidak berada di kedua-dua majlis. Tetapi saya tahu, Amierul telah melaksanakan amanat bapanya dengan baik.
"Sebelum ini juga, dia turut memandi dan sembahyangkan jenazah bapanya.
"Saya tanya juga kepada dia sama ada betul atau tidak dengan keputusan untuk mewalikan kakak-kakaknya itu, dan dia dengan yakin jawab 'ya betul'.
"Sebagai ibu, walaupun usianya masih muda, saya amat bersyukur dengan jiwanya yang besar itu," kata Rosiah.

Saturday, September 29, 2018

Fuh tediaaa!!!"Saya tidak pecat LTK, PPBN akan diteruskan

"

.mstar.com.my/~/media/upload/2018/09/29/15/37/ltkss.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil memberi penjelasan mengenai kedudukan terkini Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) Lim Teong Kim (LTK).
Teong Kim yang juga merupakan ketua jurulatih skuad Bawah 16 Tahun negara dipecat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas tersingkir daripada saingan kumpulan Piala AFC (B-16) Khamis lalu.
Syed Saddiq memberitahu, beliau juga bertanggungjawab ke atas pembangunan semua sukan yang lain.
"Ada kalanya, keputusan yang sukar perlu dibuat demi pembangunan sukan negara secara keseluruhan.
"Saya tidak memecat LTK dan PPBN akan diteruskan.
"Saya ingin ulang sekali lagi seperti apa yang saya katakan dalam kenyataan akhbar berkenaan hala tuju PPBN selepas kegagalan skuad negara dalam melayakkan diri ke Piala Dunia Remaja Bawah 17 tahun di Peru tahun hadapan.
"Selepas sahaja perlawanan tersebut, pihak FAM telah memecat LTK sebagai jurulatih Skuad Bawah 16 Tahun Kebangsaan. Ini tiada kaitan dengan PPBN dan beliau masih merupakan Pengarah Akademi Bolasepak Negara yang sah di bawah PPBN sehingga kini," jelasnya dalam satu kenyataan kepada media pada Sabtu.
Jelas Syed Saddiq, beliau tidak  boleh lari dari realiti PPBN yang menghadapi situasi kewangan yang sangat teruk pada waktu7f9c4shx?la=en

"Dana khas dari Kerajaan Terdahulu yang dijanjikan sebanyak RM20juta setahun tidak turun seperti yang dijanjikan sejak tahun pertama PPBN dilancarkan (2014).
"Akibat dari masalah ini, MSN (Majlis Sukan Negara) hari ini terpaksa menggunakan dana mereka sendiri yang diambil dari peruntukan untuk keperluan lain bagi menanggung perbelanjaan PPBN.
"MSN bertanggungjawab untuk membangunkan semua sukan, tetapi kerana dana yang dijanjikan kerajaan terdahulu tidak diturunkan, dana MSN terpaksa digunakan.
"Dari RM20 juta yang dijanjikan setiap tahun diberi oleh kerajaan terdahulu, akhirnya pada tahun 2016 dan 2017,  kita hanya terima RM3.5 juta setiap tahun," jelasnya.
Mengenai kaji LTK yang dikatakan perlu dinilai semula, Syed Saddiq memberitahu beliau tidak bermaksud untuk  persoalkan kelayakan bekas pengendali skuad remaja Bayern Munich itu.
"Rakyat perlu maklum bahawa sebelum ini 80 peratus daripada gaji beliau dibayar oleh penaja tetapi semenjak dua tahun lepas, MSN menanggung kesemua pembayaran tersebut selepas penaja menarik diri. Tanggungjawab MSN kepada sukan lain akan turut terjejas.
"Saya juga mahukan LTK terus menerajui PPBN dengan kepakaran yang beliau ada, tetapi situasi kewangan yang ada pada MSN ketika ini tidak mampu untuk menanggung pakej yang sama.
"Jadi saya harap perbincangan dengan beliau bakal menemukan titik tengah yang menguntungkan kedua-dua belah pihak demi masa depan bola negara.
"Penilaian semula melalui jawatankuasa seperti yang saya katakan adalah bukan sahaja terhadap gaji pengurusan PPBN, tetapi ia akan merangkumi semua aspek dalam program tersebut pengurusan, pertandingan, perbelanjaan alatan dan paling penting, atlet muda kita," tambah Syed Saddiq.
Dalam masa sama, Syed Saddiq mahu peruntukan terhad yang diberi pada MSN perlu digunakan secara adil untuk pembangunan sukan di Malaysia.
"Ini termasuk sukan berprestasi tinggi yang lain yang juga memerlukan bantuan peruntukan dari pihak kerajaan. Sebagai contoh, semalam (Jumaat) sewaktu saya bersama kontinjen Paralimpik yang akan ke Sukan Asia, mereka menerima RM300 ribu untuk menampung perbelanjaan ke sana.
"Saya rasa sedih sebab ini tajaan bagi satu kontinjen besar, bukan satu pasukan atau satu sukan sahaja.
"Kalau boleh saya nak bantu mereka semua dengan adil. Saya berterima kasih kepada penaja-penaja yang sudi membantu kontinjen Paralimpik negara ke Sukan Asia," ujarnya.
Selain itu, Syed Saddiq berkata, beliau juga akan berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk mengambil kira keperluan peruntukan yang sesuai dan munasabah bagi terus membantu membangunkan bolasepak di peringkat pembangunan dan akar umbi ini bagi memastikan kecemerlangan bakat dan martabat bola sepak negara di masa hadapan.
"Kita perlukan lebih penglibatan daripada sektor korporat dalam pembangunan sukan negara. Dan ini bukan sahaja hanya tertumpu pada bola sepak malah dalam sukan-sukan yang lain juga. Paling penting, atlet muda kita semua dijaga dan tidak terabai masa depan mereka.
"Dalam proses penilaian semula PPBN, saya dengan rasa takzim ingin menjemput para peminat untuk sama-sama menyumbangkan idea bagi menambah baik program pembangunan akar umbi ini.
"Saya perlukan anda semua bantu dalam proses ini," katanya.

Friday, September 28, 2018

Fuh Tedia !!!! Tampil bertudung, Elizabeth Tan curi perhatian

Tampil bertudung, Elizabeth Tan curi perhatian


 Elizabeth Tan
 Foto Intragram Elizebeth Tan

PENYANYI dan pelakon Elizabeth Tan menarik perhatian ramai apabila memuat naik foto terbaharunya yang tampil bertudung menerusi laman Instagramnya sebentar tadi.
Menurut Elizabeth atau lebih mesra disapa sebagai Lizzy, penampilan tersebut adalah bagi memenuhi tuntutan wataknya sebagai Ain dalam drama terbaharu lakonannya, Senafas Rindu.
“Assalamualaikum, nama saya Ain. @senafasrindu . #senafasrindu,” tulisnya pada kapsyen foto tersebut.
Tidak sampai satu jam foto tersebut dimuat naik, ia telah mendapat lebih 40,000 tanda suka, selain lebih 2,000 komen.
Ramai yang tidak putus-putus memuji kecantikan Lizzy menerusi penampilan tersebut dan tidak kurang juga yang mengharapkan Lizzy benar-benar bertudung suatu hari nanti.

Thursday, September 27, 2018

Perghhh !!! Rumah paling mahal, besar di dunia, hanya untuk lima orang!



BANGUNAN menara ini dipercayai sebagai rumah paling mahal dan terbesar di dunia, dengan kediamannya hanya menempatkan lima orang.
Menelan belanja £1 bilion (RM5.45 bilion), hartanah yang mengagumkan itu terletak di selatan Mumbai, India.
Ia dilengkapi dengan tiga helipad, sebuah pawagam, beberapa kolam renang dan mempunyai 600 kakitangan.
Ia turut mempunyai dewan besar yang mana 80 peratus silingnya dipasang dengan lampu candelier, malah mempunyai taman empat tingkat. 

Bangunan menara ini mempunyai 600 kakitangan. Foto Moment RM
Bangunan 27 tingkat itu merupakan kediaman bagi lelaki terkaya di India, Mukesh Ambani, bersama isterinya, Nita dan tiga anak mereka.
Mukesh Ambani, 61, merupakan seorang ahli perniagaan yang mempengerusikan dan mengendalikan syarikat gergasi minyak dan gas Reliance Industries, salah satu syarikat paling bernilai di India.
Syarikat tersebut ditubuhkan oleh arwah bapanya, Dhirubhai Ambani.
Ambani menamakan kediaman itu Antilia, sebagai penghormatan kepada sebuah pulau legenda.

Mukesh Ambani bersama isterinya, Nita. Foto Image Getty Images Europe
Hartanah itu diisytiharkan sebagai kediaman persendirian berbilion dolar pertama di dunia pada 2010.
Forbes menyenaraikan Ambani sebagai lelaki terkaya di India dalam senarai kekayaan pada 2016, dengan mendedahkan nilainya dianggarkan £34 bilion (RM185.32 bilion).
Selain Reliance, beliau turut merupakan pemilik bagi pasukan kriket Liga Perdana India, Mumbai Indians, dan sebuah universiti di negara itu. - Mirror Online UK

Wednesday, September 26, 2018

Tediaaa !!! Sultan Johor murka Anggota Majlis MBIP guna bahasa Cina dalam surat rasmi


Sultan Johor murka Anggota Majlis MBIP guna bahasa Cina dalam surat rasmi




JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar murka dengan tindakan seorang Anggota Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang menggunakan bahasa Cina dalam urusan surat rasmi majlis itu.
Baginda bertitah apa sahaja surat rasmi, sama ada melibatkan kerajaan negeri mahu pun pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor seharusnya ditulis dalam bahasa Melayu.
“Apa sahaja urusan surat menyurat melibatkan kerajaan negeri atau Anggota Majlis PBT, semuanya mesti dalam bahasa Melayu kerana ia menggunakan kepala surat  rasmi kerajaan negeri walaupun ia berkaitan pemakluman mesyuarat.
“Bila masa dalam negeri Johor, surat rasmi ditulis dalam dua bahasa,” titah baginda dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Royal Press Office (RPO) dalam laman Facebook rasmi baginda di sini, Selasa.

Baginda bertitah demikian sebagai mengulas tindakan seorang Anggota Majlis MBIP yang menggunakan bahasa Cina dalam surat rasmi majlis untuk memaklumkan mengenai penganjuran sebuah majlis dialog.
Surat rasmi berikut seterusnya viral dalam laman media sosial.
Sultan Ibrahim turut bertitah semua pihak harus menghormati penggunaan bahasa Melayu dalam sebarang urusan surat rasmi berkaitan kerajaan negeri mahu pun PBT, yang telah digunapakai sejak dahulu di Johor.
“Saya sarankan kepada Anggota Majlis, jika tidak tahu buat kerja baik letak jawatan sahaja. Ini amaran saya…, jangan pisang berbuah dua kali,” titah baginda. - Bernama

Tuesday, September 25, 2018

Perghh !!! Sumbat warga emas dalam tangki najis


 Sumbat warga emas dalam tangki najis 
Mayat mangsa dijumpai dalam tangki najis di belakang rumahnya di Balik Pulau tadi. Gambar kecil: lelaki ini diburu polis untuk membantu siasatan

BALIK PULAU- Seorang warga emas ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila disumbat ke dalam tangki najis di belakang rumahnya di Kampung Sungai Burung di sini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, Faridah Mat Hashim, 63, ditemui menantu lelakinya selepas mangsa dilaporkan hilang sejak enam hari lalu.
Menurutnya, mayat mangsa ditemui dalam keadaan berulat kira-kira jam 2.40 petang tadi.
"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh kerana terdapat kesan kelar pada lehernya sebelum mayatnya dicampakkan ke dalam tangki najis sedalam kira-kira 1.5 meter.
"Mangsa dikatakan hilang sejak enam hari lalu dan kali terakhir ditemui keluarganya pada subuh Rabu lalu.
"Suspek utama adalah anak lelaki mangsa berusia 29 tahun," katanya kepada media tadi.
Anbalagan berkata, suspek memiliki dua rekod jenayah lampau berkaitan kes mencederakan orang.
"Suspek yang tidak bekerja itu menghilangkan diri pada hari sama mangsa dilaporkan hilang.
"Dari keterangan kakak suspek, adiknya sering menghidu gas petrol dipercayai untuk khayal,” katanya.

Monday, September 24, 2018

Fuh Tedia !!! Doktor terkejut temui bangkai kura-kura dalam vagina



SEKEPING gambar yang menunjukkan bangkai seekor kura-kura dikeluarkan dari vagina seorang wanita menjadi tular di media sosial.
Seorang doktor di sebuah hospital di Mojon de Arona, selatan Tenerife, Pulau Canary terkejut dengan apa yang dilihatnya pada Sabtu selepas seorang wanita berusia 26 tahun mengadu mengalami kesakitan yang teruk di vaginanya.
Apabila melakukan pemeriksaan, doktor tersebut menemui bangkai seekor kura-kura di dalam vagina wanita terbabit.
Susulan itu, doktor terbabit menghubungi polis yang bertindak mengambil keterangan daripada wanita warga Britain itu.
Wanita tersebut memberitahu dia keluar berparti di kawasan pantai Fanabe pada sebelah malam tetapi tidak ingat apa yang berlaku selepas itu.

Pantai Fanabe, lokasi wanita terbabit berparti.
Menurut sumber, haiwan itu dipercayai dimasukkan ke dalam vagina wanita terbabit sama ada oleh dirinya sendiri atau orang lain.
Malah sumber itu berpendapat adalah mustahil haiwan itu boleh masuk ke dalam vagina wanita terbabit dengan sendiri.
Difahamkan wanita itu enggan membuat aduan dan tidak pasti sama ada dia menjadi mangsa serangan seksual.
Analisis mendapati kura-kura tersebut merupakan spesies air tawar yang biasanya dijual di kedai haiwan.
Spesimen yang ditemui di dalam vagina wanita itu masih lagi 'bayi' dan boleh membesar sehingga 18 sentimeter apabila matang.
Siasatan masih lagi dijalankan selepas gambar bangkai seekor kura-kura berdarah tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.
Gambar tersebut turut disiarkan beberapa portal berita antarabangsa.

Fuh Tedia !!!! Pura-pura buat panggilan, kantoi rakam bawah skirt bila lampu kamera telefon menyala

Cubaan merakam bawah skirt seorang wanita gagal apabila lampu kamera telefo bimbit suspek bernyala semasa rakaman dibuat. Foto ViralPress
CUBAAN seorang lelaki untuk membuat rakaman bawah skirt seorang wanita apabila lampu kamera telefom bimbitnya menyala semasa rakaman dibuat.
Kejadian berlaku di sebuah pusat membeli-belah di Bandar Quezon, Filipina pada 16 September lalu.
Suspek berpura-pura membuat panggilan menggunakan telefon bimbitnya semasa duduk di tangga bagi merakam bawah skirt seorang wanita yang duduk di belakangnya.
Menerusi satu video, pemuda yang berpakaian baju kemeja-T jalur hijau kuning dapat dilihat membuka aplikasi kameranya dan memegang peranti itu ditelinganya.
Dia berpura-pura menghubungi seseorang, tetapi sebaliknya lensa telefon bimbitnya dihalakan pada bawah skirt wanita berkenaan.
Bagaimanapun, taktik kotornya tidak bernasib baik apabila lampu kamera telefonnya menyala semasa rakaman dibuat.
Dia kemudian beredar segera tanpa memeriksa sama ada tindakannya itu di ketahui orang lain.

Sunday, September 23, 2018

Tediaa!! Wak Doyok sertai Amanah


  (Ubah saiz teks)
TEMERLOH: Ikon fesyen, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) walaupun sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu kerap dilihat menghadiri program-program yang dihadiri oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Penyertaannya dalam parti itu diumumkan Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar yang juga Pengerusi kempen keanggotaan parti itu sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun Ketiga Amanah yang berlangsung di Dewan Tun Razak pada Sabtu.
Turut diumumkan menyertai parti itu termasuk  tokoh pendakwah terkenal, Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz.
Sementara itu Wak Doyok,39, yang berasal dari Klang, Selangor berkata dia sebelum ini merupakan anggota parti PAS  sejak 1997 lagi.
"Namun saya mula berminat menyertai menyertai Amanah setelah melihat ia lebih terbuka dan memperjuangkan konsep Islam untuk semua sehingga ramai golongan profesional sama ada Melayu dan bukan Melayu menyertainya,” katanya ketika ditemui Bernama.
Menurutnya menerusi penglibatan di dalam parti itu, beliau berharap dapat memperjuangkan kebajikan ekonomi golongan belia sesuai dengan perlantikannya sebagai ikon Majlis Tindakan Ekonomi Belia Malaysia sebelum ini

Saturday, September 22, 2018

Perghh!! Guna foto promo produk buah dada, Didi Astillah mestilah bengang


413&crop=1&/
Didi Astillah tegur produk besarkan payudara guna foto miliknya.
  (Ubah saiz teks)
PENYANYI Didi Astillah menegur tindakan peniaga produk menggunakan foto miliknya tanpa kebenaran bagi mempromosi produk berkaitan buah dada.
Malah, Didi, 22, berkata, dia turut diserang ejen yang kurang senang dengan penjelasannya berkaitan produk berkenaan di laman sosial pada Jumaat.
"Seriuslah pakai gambar saya tanpa kebenaran untuk promosi produk buah dada besar awak? Takpa saya suka buah dada saya. Terima kasih," ujarnya di Instagram pada Jumaat.


Didi berkongsi mesej peribadi ejen yang menyerangnya di Instagram.
Didi menerusi Instastory turut berkongsi mesej peribadi dan ugutan yang diterima daripada salah seorang ejen produk tersebut.
Individu tersebut meminta penyanyi berkenaan memadam posting berkenaan kerana dianggap tidak profesional dan merosakkan perniagaannya.
Sementara itu, penyanyi lagu Fikirkan Kamu ini berkata, dia tidak akan memadam posting tersebut berikutan apa yang dilakukan individu berkenaan disifatkan sebagai peras ugut.
"Baru nak remove (padam) posting instastory saya tadi atas budi bicara pengasas dia yang baik tapi ejen dia yang lebih-lebih. Dia yang salah tapi dia nak sound kita macam ni?
"Patut ke profesional, awak rasa tindakan awak tu profesional ke?" soalnya.

Friday, September 21, 2018

Perghhh !!! Lelaki sanggup mengaku hamil gara-gara tular pizza percuma


Lelaki sanggup mengaku hamil gara-gara tular pizza percuma




TAWARAN pizza percuma buat wanita hamil mencuri perhatian netizen sebaik pengumuman itu dihebahkan menerusi sekeping gambar yang dimuat naik ke laman sosial, Khamis.

Ya lah.... siapa yang tidak mahu makanan percuma kan?
Pemilik Anak Dol Pizza, Nor Rosidah Osman, 30, memberitahu dia tidak menyangka ia akan menjadi tular kerana pemberian pizza percuma itu sudah bermula sejak April lalu.
"Pemberian pizza percuma kepada wanita mengandung itu sebenarnya sudah lama kami buat.
"Cuma disebabkan satu posting yang dimuat naik salah seorang pelanggan kami, ramai pula yang 'share' dan ianya menjadi tular di Facebook.
"Sebelum ini dah banyak kali saya post tetapi tidak pernah viral," katanya yang beroperasi di Jerantut, Pahang ketika dihubungi mStar Online.

Pelanggan beratur bagi mendapatkan Anak Dol Pizza
Menurut Rosidah atau lebih mesra disapa Ida, idea memberi pizza percuma kepada ibu hamil setiap Rabu tercetus ketika dia mengidam untuk menikmati hidangan itu semasa hamil anak ke-3.
"Ibu-ibu mengandung ni selalunya ada sahaja benda yang diidamnya.
"Ketika saya mengandungkan anak ketiga, saya terfikir bagaimana jika ada wanita hamil yang teringin makan pizza tetapi tidak mampu memilikinya?
"Sejak itu, saya buat keputusan untuk memberikan pizza secara percuma khusus buat wanita hamil," katanya.
Menyediakan sebanyak 10 hingga 15 biji pizza percuma setiap Rabu, Ida mengakui ada diantara pelanggan yang cuba mengambil kesempatan di atas pemberian makanan secara percuma itu, namun menganggap perbuatan itu sebagai gurauan.
"Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan pizza ini. Ia lah... makanan percuma. Siapa tidak mahu.
"Ada di antara mereka yang memberitahu isteri sarat mengandung dan tidak larat untuk hadir tetapi teringin makan pizza, saya tetap memberikannya kepada mereka.
"Malah, ada juga lelaki yang mengaku mereka hamil tetapi saya tahu ia hanya usikan pelanggan 'nakal' terhadap saya," katanya.


Thursday, September 20, 2018

Perghhh !!!! 'Kembar' Aeril Zafrel kena tempias, Untuk jawab gambar bogel



(Kiri) Abdul Fattah yang dikatakan mempunyai wajah mirip pelakon Aeril Zafrel. (Kanan) Foto lucah yang menunjukkan seorang lelaki berbogel didakwa mirip Aeril Zafrel, tular di media sosial. Aeril bagaimanapun menafikan beliau adalah individu di dalam gambar tersebut.

PETALING JAYA: Kontroversi gambar bogel yang didakwa mirip Aeril Zafrel turut memberi kesan kepada seorang pemuda yang wajahnya iras pelakon itu.
"I (saya) kena tempias gambar bogel tu," katanya sambil menunjukkan dua gambar yang memaparkan wajahnya dan wajah Aeril di laman sosial Instagramnya pada Selasa.
'Posting' tersebut bagaimanapun telah dipadamkan.
ARTIKEL BERKAITAN: “Individu itu tak sunat, bukan saya” - Aeril Zafrel komen foto lucah mirip dirinya



Wednesday, September 19, 2018

Pergggg !!!! Disindir isu ribut di Perlis: “Saya tak sentap, tapi nak beritahu masih ramai lagi orang macam ni...”




PETALING JAYA: Gara-gara memberi nasihat berkaitan bencana alam yang berlaku di Indonesia dan Filipina baru-baru ini, seorang pendakwah muda disindir di laman sosial.
“Hal ribut dekat Perlis ni, entah apa lah PU ** Amin nak goreng (cakap),” menurut status seorang pengguna Twitter pada pagi Selasa yang merujuk kepada Pencetus Ummah (PU) Amin.
Ia dipercayai susulan status PU Amin di Twitternya pada Isnin mengenai beberapa bencana alam, disifatkannya sebagai isyarat daripada Tuhan bagi memberi peringatan kepada manusia supaya menjauhi kemungkaran.

Tuesday, September 18, 2018

Fuyooo !!! Ikan patin buah 150kg gemparkan penduduk

Ikan patin buah 150kg gemparkan penduduk


Ikan patin buah 150kg gemparkan penduduk
Penduduk di Kampung Tok Sangkut menunjukkan ikan patin buah seberat 150kg yang berjaya ditangkap mereka.

PASIR MAS - Sekumpulan penduduk di Kampung Tok Sangkut di sini digemparkan dengan tangkapan seekor ikan patin buah seberat 150 kilogram (kg) pada awal pagi tadi.
Tangkapan tersebut dilakukan di Sungai Lubok Jong, Kampung Teresek di sini menggunakan kaedah candik.
Wakilnya, Mohd Ghazali Daud, 62, berkata, mereka mengambil masa lebih satu jam untuk menarik ikan tersebut ke darat.
"Sejujurnya kami terkejut dengan hasil tangkapan ini yang merupakan ikan paling besar pernah kami naikkan.
"Alhamdulillah hasil tangkapan ini jual dengan harga RM15 sekilogram dan setakat ini sebanyak 120kg telah dijual," katanya.
Menurutnya, baki daripada ikan tersebut diagihkan kepada rakan-rakan yang telah terlibat dalam kerja-kerja menangkap hidupan air tawar itu.
Katanya, seramai sepuluh orang termasuk dirinya terlibat menangkap ikan patin buah tersebut

Monday, September 17, 2018

Perghhh!!! Pelajar sedang makan malam terkejut TV di kantin kolej tayang porno melampau


?w=620&h=413&crop=1&/
-foto SCMP

PELAJAR-pelajar yang sedang makan di kantin sebuah kolej di China terkejut apabila tiba-tiba disiarkan dengan aksi pornografi melampau di skrin televisyen.
Video itu dipaparkan selama kira-kira tiga minit ketika lebih daripada 30 pelajar sedang makan malam, dalam kejadian pada Isnin, sebelum kakitangan menyedari perkara itu dan mematikan tayangan di skrin.
Tanpa mengulas lanjut, seorang kakitangan di Kolej Vokasional Industri Penerbangan dan Teknikal di Zhangjiajie, wilayah Hunan memberitahu South China Morning Post bahawa pihaknya telah melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Kolej itu berkata penggodam, mungkin dipersalahkan untuk kejadian itu, bukannya kakitangan di situ.
"Sistem itu mungkin telah digodam, atau sengaja dimanipulasi oleh orang lain," seorang pekerja memberitahu portal video Btime.
Memandangkan ia adalah perkhidmatan televisyen internet, penggodam mungkin boleh mengaksesnya melalui Bluetooth atau langkah-langkah operasi jarak jauh yang lain, katanya, sambil menambah polis sedang melakukan siasatan.
Ini bukan kali pertama pornografi disiarkan di khalayak ramai di China, sama ada secara tidak sengaja atau berniat jahat.
Pada Julai 2016, audio dari video lucah dimainkan selama setengah jam melalui speaker di sebuah tadika di Zhengzhou dan dapat didengar oleh mereka yang tinggal berdekatan.
Siasatan mendapati seorang tukang masak di tadika itu telah menonton video lucah di komputer, tanpa menyedari bahawa komputer disambungkan dengan pembesar suara.
Video lucah telah disiarkan selama sembilan minit di layar LED raksasa di luar pusat beli-belah utama di Lishui, di wilayah timur China Zhejiang, pada Ogos 2015, dan kejadian serupa berlaku di pusat beli belah di wilayah Heilongjiang, Henan dan Gansu. Semua kes berlaku disebabkan kesilapan pekerja.

Sunday, September 16, 2018

Perghh !!!Cara peniaga layan calon UPSR risik harga ‘superbike’ layak dapat 5 bintang


  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Umurnya mungkin baru 12 tahun, tapi impiannya untuk memiliki motosikal Ducati berharga RM339,900 tidak sama sekali diperlekehkan peniaga motosikal berkuasa tinggi.
Kanak-kanak yang namanya tidak didedahkan itu menghantar mesej peribadi kepada Pengarah Urusan Madani Bikes untuk 'merisik' harga motosikal Ducati 1299 R pada Isnin.
Hairi Jasadi membalas pertanyaan tersebut dengan menyatakan harga 'superbike' berkenaan sebelum mengetahui umur sebenar pelanggannya itu.
Hairi menjemput pelanggan itu untuk datang melihat sendiri motosikal pilihannya di premis yang terletak di Wisma Pahlawan, Kuala Lumpur.
Namun, jawapan yang diberikan pelanggan itu sungguh mengejutkan dan amat mencuit hati pengarah urusan tersebut.
"Tak boleh sekarang (datang ke kedai) sebab saya belum Tingkatan 1 pun lagi, kalau saya nak beli pun tiga tahun akan datang.
"Agaknya, tiga tahun akan datang ada lagi tak motor macam ni?," soal pelanggan itu.


Paparan skrin perbualan antara Hairi dan pelanggan ciliknya.
Kanak-kanak tersebut sempat bertanya sama ada harga Ducati 1299 R akan turun dalam masa lima tahun akan datang.
"Yes, turun," jawab Hairi ringkas.
Perbualan melucukan itu dimuat naik oleh Hairi pada Selasa lalu dan menjadi tular di Facebook.
Setakat ini, posting tersebut menerima lebih 1,100 perkongsian dan mendapat lebih 2,200 tanda suka.
Rata-rata netizen menghormati dan mengagumi cara Hairi melayan pelanggan dengan penuh rasa sabar.
Hairi berkata, beliau tidak pernah membezakan layanan yang diberikan kepada semua pelanggan dan sentiasa memberikan yang terbaik biarpun pelanggan tersebut tidak serius untuk membuat pembelian.
"Saya dah biasa dapat pelanggan macam adik ni selama enam tahun menguruskan Madani Bikes.
"Orang tanya pelik-pelik pun, saya layan macam biasa je sebab bagi saya ini adalah ujian," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.
Tambah beliau, semua kakitangannya juga diminta melakukan perkara sama kepada semua pelanggan tanpa melihat latar belakang mereka.
Jelasnya, sebagai manusia biasa, kesabarannya pernah teruji tapi beliau tidak akan sekali-kali menunjukkan rasa tidak selesa atau membalas pertanyaan pelanggan dengan cara tidak menyenangkan.

Hairi merupakan Pengarah Urusan Madani Bikes.
"Mereka semua tu pelanggan. Kadang-kadang yang 'walk-in' pakai selipar, naik motor kapcai, tapi tak sangka dia betul-betul nak beli.
"Kita tak boleh pandang rendah pada semua orang. Ramai je pelanggan yang tanya macam serius tapi tak beli pun, ada juga yang tanya sekali terus datang kedai dan beli," ujarnya.
Menurut Hairi, Madani Bikes menumpukan kepada jualan 'superbike' jenis Ducati dan beberapa jenama lain serta beberapa aksesori permotoran.
Semua motosikal yang terdapat di premisnya adalah jenis berkuasa tinggi iaitu 400 CC ke atas.
Harga bagi sebuah motosikal Ducati di Madani Bikes bermula antara RM50,000 hingga RM173,000.
Bagaimanapun, Ducati 1299 R bernilai RM339,900 itu hanya dipamerkan selama sehari di premisnya.

Saturday, September 15, 2018

Guh Gila !!!Bapa tembak mati bayi enam bulan selepas isteri enggan adakan hubungan seks


Michel baru berusia enam bulan, ditembak mati oleh bapanya sendiri. Foto Jeniffer Silva / FocusOn News

SEORANG lelaki menembak mati bayinya yang baru berusia enam bulan selepas isteri enggan melakukan hubungan seks, menurut polis.
Maycon Salustiano Silva, 25, di bawah pengaruh dadah dan alkohol sebelum menembak anak lelakinya pada awal pagi Rabu lalu.
Sebelum kejadian di kediaman mereka di Luziania di Brazil, pasangan suami isteri itu terlibat dalam satu pertengkaran.
Pihak berkuasa berkata, suspek mengambil pistol yang diletakkan di belakang sofa sebelum isterinya, Jeniffer enggan melakukan hubungan seks dengannya.
Salustiano yang tidak mempunyai rekod jenayah berkata, dia tidak mengingati apa yang berlaku kerana di bawha pengaruh dadah dan alkohol.

Maycon Salustiano Silva bersama isterinya, Jeniffer. Foto Jeniffer Silva/FocusOn News
Bayi yang bernama Michel disahkan meninggal dunia di hospital, kira-kira dua jam selepas insiden.
Pasangan muda itu berkahwin sejak empat tahun lalu dikenali sebagai penyayang dan ideal di media sosial oleh rakan-rakan mereka.
Michel merupakan anak pertama pasangan berkenaan.
Salustiano ditahan dan didakwa kerana membunuh, penyalahgunaan senjata dan melakukan keganasan domestik. - Mirror Online UK

Friday, September 14, 2018

Perghhh !!!! Lelaki ditahan di Arab Saudi sarapan dengan wanita


Lelaki ditahan di Arab Saudi sarapan dengan wanita



SEORANG lelaki warga Mesir yang bekerja sebagai penyambut tetamu di Arab Saudi ditahan baru-baru ini selepas memuat naik video pendek yang menunjukkan dirinya sedang sarapan bersama seorang wanita yang memakai niqab, di media sosial.
Lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Bahaa itu ditahan pada Ahad lalu selepas video dirinya bersarapan dengan seorang pekerja wanita di sebuah hotel di Jeddah, menimbulkan rasa kurang senang ramai di media sosial.
Klip video itu menunjukkan hanya Bahaa dan wanita yang memakai niqab menikmati sarapan pagi, tetapi ia jelas merupakan pelanggaran undang-undang Arab Saudi yang menyatakan bahawa tempat kerja dan restoran harus mempunyai ruang yang berasingan untuk lelaki dan wanita.
Ia menimbulkan kecaman sebahagian besar penduduk Arab Saudi, yang melihat tingkah laku berkenaan tidak bersesuai dengan budaya di negara itu.
Selepas dikecam, Bahaa kemudian memuat naik video kedua mengenai reaksi orang ramai yang dibesar-besarkan, memandangkan dia hanya bersarapan dengan rakan sekerja.
Bahaa yang ditahan pihak berkuasa kerana videonya yang menyinggung ramai di media sosial berkemungkinan berdepan untuk penjara atau diusir keluar dari Arab Saudi di atas kesalahannya.
Pemilik hotel juga dipanggil untuk memberi penjelasan, khususnya mengapa gagal mematuhi peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku wanita di tempat kerja, dan mengapa mengupah seorang ekspatriat untuk melakukan pekerjaan yang sepatutnya dikhususkan kepada warga Arab Saudi. - odditycentral

Thursday, September 13, 2018

Perghh !!! Kecoh selit kain lap meja tepi tong sampah... netizen sindir kedai nasi kandar

PETALING JAYA: Tanpa mengambil iktibar insiden sebuah restoran yang tular kerana pekerjanya membasuh pinggan menggunakan air lopak, terkini premis di Pulau Pinang pula umpama memperlekehkan kesetiaan pelanggan.
Menerusi video yang dikongsikan di halaman Facebook ‘Penang Kini’ pada Rabu, ia dikatakan kiriman seorang pelanggan restoran berkenaan.
Menurut keterangan status yang memuat naik video tersebut, premis tersebut dipercayai menyajikan nasi kandar di Georgetown, Pulau Pinang.
“Kelihatan pekerja sedang mengelap meja menggunakan kain, dan kemudian bila dah habis lap, kain itu diselitkan di sebelah tong sampah.
“Ini merupakan perlakuan yang tidak sepatutnya kerana kain itu tidak sesuai digunakan untuk mengelap meja kerana tidak lagi bersih dan mengandungi banyak bakteria berbahaya,” menurut kenyataan itu sambil meminta pandangan netizen.

Setakat ini, video tersebut mendapat hampir 40,000 tontonan dan dikongsi lebih 400 kali.
Bagaimanapun, ia menimbulkan pelbagai reaksi termasuk menyalahkan individu yang merakamkan video berkenaan.
“Dia letak kain bukan dalam tong sampah. Dia letak tepi saja. Pergi restoran makan nasi bukan makan meja lah,” katanya.
“Dia letak tepi tu pun. Bukan letak dalam tong sampah. Nama pun kain, memang kotor,” ujar seorang lagi netizen.
Namun terdapat netizen yang turut tidak bersetuju dengan tindakan kain itu diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya.

Kain lap meja yang diletakkan di sebelah tong sampah di dalam restoran.
Malah segelintir mereka meminta supaya pihak berkuasa mengambil tindakan dengan menjalankan pemeriksaan terhadap premis berkenaan.
“Tak payah selit kat tong sampah. Kain tu dah kotor sangat. Dah lap entah berapa buah meja masih tak cuci,” kata seorang netizen.
“Kenapa ada orang yang menyebelahkan kat depa (pihak restoran) ni? Memang tak faham. Kalau dah kotor macam ni kat depan, kat dapaur tak tau lah,” soal seorang lagi netizen yang menyifatkan aspek kebersihan di restoran perlu diutamakan.

Tidak kurang ada yang memberikan komen berbaur sindiran buat mereka yang tidak mengambil serius terhadap kebersihan di premis makanan.
“Okaylah letak tepi tong. Kalau lepas tu dia ambil pergi lap pinggan pula siapa pun tak tahu,” katanya.
Pada Mei lalu, Raj Banana Leaf di Bangsar menjadi perhatian selepas tular video di media sosial menunjukkan kakitangannya mencuci bekas makanan di kawasan air lopak di luar premis itu. Ia menyebabkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengeluarkan arahan menutup operasi serta-merta dan pembatalan lesen perniagaan.
Bagaimanapun, selepas ditutup hampir tiga bulan, restoran tersebut kembali beroperasi dengan melakukan penambahbaikan menyeluruh termasuk penjenamaan semula rangkaian restorannya menggunakan nama Restoran RBL Banana Leaf.


Perghhh !!! Hidung berdarah tanpa henti 10 hari, akhirnya terbongkar lintah 'membesar' tiga bulan


Hidung berdarah tanpa henti 10 hari, akhirnya terbongkar lintah 'membesar' tiga bulan


Foto paparan skrin video sumber Mail Online

SEORANG lelaki warga China terpaksa berdepan dengan seekor lintah sepanjang satu inci yang membesar dalam hidungnya.
Dilaporkan, haiwan itu berada di dalam hidungnya selama sekurang-kurangnya tiga bulan.
Lelaki yang dikenali sebagai Pan pergi ke Hospital Dongguan Chang’an di wilayah Guangdong di China, selepas hidupnya mengalaman pendarahan selama 10 hari.
Pakar hidung, telinga dan tekak di hospital itu, Liu Yuxing segera mengesyaki keadaan itu disebabkan seekor lintah.
Kejadian itu merupakan pertama kali berlaku pada pesakitnya.
Bagaimanapun, beliau pernah membaca kes yang seumpamanya dilaporkan dalam jurnal perubatan.
Ditanya mengenai sebarang insiden yang membolehkan lintah tersebut memasuki hidungnya, Pan memberitahu doktor bahawa perkara yang boleh diingatinya adalah berenang di sebatang sungai dekat kampungnya kira-kira tiga bulan lalu.
Doktor percaya larva lintah berkenaan memasuki hidungnya, dan akhirnya menetas sebelum membesar sehingga sepanjang satu inci. - odditycentral


Wednesday, September 12, 2018

Perghh !!!! Wakil insurans tak layan rayuan minta jenguk di hospital, akhirnya Datuk ini pilih untuk tular

Wakil insurans tak layan rayuan minta jenguk di hospital, akhirnya Datuk ini pilih untuk tular


PETALING JAYA: Bukan wang ringgit mahupun populariti yang dikejar seorang pelanggan syarikat insurans ketika meluahkan kekesalannya terhadap perkhidmatan yang diterima sehingga ia tular di media sosial.
Biarpun terpaksa menanggung bil perubatan sebanyak RM76,000, usahawan farmaseutikal berstatus Datuk itu bersuara kerana enggan pelanggan lain menerima nasib sepertinya.
Bayaran tersebut adalah jumlah keseluruhan bagi dua kali kemasukan ke sebuah hospital swasta di Sungai Petani, Kedah pada April dan September 2018.
ARTIKEL BERKAITAN: Bayar RM400 sebulan selama 4 tahun, alasan syarikat insurans buat Datuk ini 'mengamuk'
Pengarah Urusan Dzr Pharma Sdn. Bhd, Datuk Zulkifly Mohamad berkata, insiden yang menimpanya adalah satu penindasan ke atas pelanggan dan hanya memenangkan syarikat insurans terbabit.
Zulkifly mendakwa, sebelum merakamkan video Facebook Live tersebut, beliau pernah merayu kepada ejen dan pengurus syarikat insurans berkenaan agar membantu menguruskan tuntutannya ketika kali pertama dimasukkan ke hospital pada April lalu.
Namun, dakwa Zulkifly, tiada seorang pun wakil syarikat insurans itu yang melawatnya di hospital untuk memberikan penjelasan.

Bil hospital bagi rawatan pembedahan 'coronary angiogram' yang dijalani Zulkifly pada Sabtu lalu.
Bagaimanapun, beliau ikhlas 'menghalalkan' nilai tuntutan tersebut sekiranya benar-benar tidak layak untuk diluluskan oleh syarikat insuran terbabit.
"Selepas video saya tular, beberapa wakil syarikat insurans menghubungi saya dan memberi alasan ia disebabkan oleh masalah ejen.
"Saya tanya mereka, ejen ni saya yang lantik atau kamu yang lantik? Kalau guna alasan ejen tak buat laporan, ini bukan masalah pelanggan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.
Tambah Zulkifly, syarikat insurans tersebut berjanji untuk melengkapkan siasatan kes berkenaan tuntutan beliau selewat-lewatnya Jumaat ini.
Kata bekas guru tersebut, beliau akan menunggu laporan siasatan dikeluarkan sebelum memutuskan bentuk tindakan selanjutnya yang akan diambil bagi membela haknya sebagai seorang pelanggan.

Zulkifly meluahkan tentang kekecewaannya melalui rakaman Facebook Live pada Isnin.
Dalam pada itu, Zulkifly turut menggesa agensi kerajaan seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Tribunal Tuntutan Pengguna dan Bank Negara Malaysia agar menguatkuasakan undang-undang ke atas syarikat insurans yang tidak bertanggungjawab demi melindungi hak pengguna.
Terdahulu, mStar Online melaporkan, video Zulkifly meluahkan tentang kekesalannya terhadap sebuah syarikat insurans yang enggan membayar tuntutan bil perubatannya menjadi tular di Facebook.
Usahawan farmaseutikal itu menerusi rakaman Facebook Live pada Isnin mendakwa, syarikat insurans tersebut enggan melangsaikan bil perubatannya dengan alasan beliau mempunyai sejarah penyakit batu karang sebelum mendapatkan kad perubatan takaful pada April 2014.
Bagaimanapun, Zulkifly menjelaskan bahawa beliau telah memaklumkan mengenai penyakitnya itu kepada ejen insurans syarikat berkenaan, namun pihak syarikat tidak memintanya membuat pemeriksaan kesihatan sebelum meneruskan dengan proses pendaftaran kad tersebut.


Tuesday, September 11, 2018

Kecoh jalan sesak di Cameron Highlands, ramai mengeluh terpaksa ‘bermalam’ dalam kereta, ini jawab Ahli Parlimen

 

www.mstar.com.my/~/media/upload/2018/09/10/19/15/jalan%20sesak%20cameron.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
Kesesakan lalu lintas yang teruk di Cameron Highlands sempena cuti hujung minggu dan cuti umum. Foto Facebook
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Beberapa gambar kesesakan lalu lintas yang teruk di jalan-jalan sekitar pusat peranginan terkemuka, Cameron Highlands tular di media sosial sejak Ahad. 
Kesesakan lalu lintas itu dikatakan luar biasa berikutan cuti hujung minggu dan cuti umum sempena ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan Awal Muharam.
Difahamkan, ramai mengeluh berikutan hampir semua penginapan hotel termasuk homestay penuh sehingga terpaksa ‘bermalam’ di dalam kereta.


Sumber Facebook
“Keadaan jalan sesak tahap kritikal di Cameron Highlands hari ini! Perjalanan hanya 1km (kilometer) menaiki kereta ambil masa lebih sejam.
“Ada rakan-rakan mengatakan ramai yang tidur di dalam kereta semalam (8 September) kerana hampir semua hotel dan homestay penuh! Sebak rasa dengan anak-anak kecil dan cuaca sejuk,” demikian menurut status yang tular bersama beberapa gambar, selain menasihati orang ramai supaya merancang percutian dengan bijak.
Maklumat tersebut mencetuskan kekecohan dalam kalangan netizen sehingga ada yang menyifatkan percutian di tanah tinggi itu pada cuti umum sebagai ‘mimpi ngeri’ sehingga serik untuk ke destinsi pelancongan tersebut.
Susulan kejadian yang tular di media sosial, Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk C Sivarraajh memandang serius perkara tersebut sambil menjelaskan bahawa kesesakan lalu lintas di kawasan itu khususnya pada hujung minggu atau cuti umum bukan sesuatu yang baharu. 

Sumber Facebook
Katanya, kedudukan kawasan itu sebagai salah satu pusat pelancongan terkemuka di negara menarik hampir 20,000 pelancong dari dalam dan luar negara setiap minggu.
“Disebabkan cuti panjang bermula Sabtu lalu, kadar kemasukan pelancong ke Cameron Highlands meningkat sehingga 50,000 orang dalam masa empat hari lalu. Semua pusat penginapan seperti hotel/rumah sewa penuh,” kata Sivarraajh dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sebagai koordinator dan calon Parlimen Cameron Highlands pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14),  Sivarraajh telah mencadangkan dan mendapat kelulusan bagi melaksanakan Pelan Mitigasi Kesesakan Lalu Lintas Cameron Highlands.
Beliau yang juga Ketua Pemuda MIC berkata, pelan tersebut melibatkan pelaksanaan kajian, penambahbaikan serta pembukaan laluan baharu dan pembinaan kawasan parkir kenderaan bertingkat bernilai hampir RM40 juta secara keseluruhannya, bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Cameron Highlands secara strategik.


Sumber Facebook
Namun perubahan kepimpinan dalam PRU lalu yang menyaksikan kekalahan mengejut Barisan Nasional telah merencatkan pelaksanaan usaha tersebut. 
“Bagaimanapun, saya telah berbincang bersama kepimpinan di Pahang, khususnya Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy (Wan Ismail) bagi penubuhan jawatankuasa sementara di bawah Pusat Khidmat Ahli Parlimen Cameron Highlands untuk menilai dan merancang semula inisiatif baharu bagi tujuan mitigasi kesesakan lalu lintas di Cameron Highlands.
“Semua hasil kajian serta cadangan jawatankuasa ini akan dibawa ke perhatian kementerian berkaitan di peringkat kerajaan Pusat dan negeri,” katanya.
Menurut Sivarraajh, Cameron Highlands merupakan pusat pelancongan yang terkemuka di negara ini bagi pelancong dari kumpulan domestik dan antarabangsa.

C Sivarraajh. Foto LOW BOON TAT
Tambahnya, sebahagian besar daripada ekonomi Cameron Highlands dijana oleh sektor pelancongan yang bernilai hampir RM260 juta setiap tahun.
“Saya percaya bahawa Cameron Highlands memerlukan satu pelan mitigasi kesesakan lalu lintas yang komprehensif dan efektif dalam jangka panjang.
“Oleh itu, kerjasama semua pihak yang terlibat khususnya rakyat, agensi dan jabatan kerajaan serta kementerian yang berkaitan perlu supaya isu kesesakan lalu lintas di Cameron Highlands dapat ditangani dengan segera.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung