Nuffnang

Thursday, March 31, 2016

(8 Gambar) Jutawan Arab Melancong Bawa Sekali Kereta-Keretanya Yang Bersalut Emas



LONDON 31 Mac – Apabila melancong di luar negara, kebiasaannya kita akan menyewa kenderaan di destinasi tersebut memandangkan ia lebih efektif dan menjimatkan.

Namun, situasi ini berbeza dengan seorang jutawan Arab Saudi yang memilih untuk membawa beberapa buah kenderaan mewahnya yang bersalut emas ke London pada hujung minggu lalu sehingga menarik perhatian ramai.

Penjaga makmal cuba rogol pelajar di khalayak ramai

Penjaga makmal cuba rogol pelajar di khalayak ramai
Hou yang cuba merogol seorang pelajar.
LINGSHAN - CHINA. Beberapa foto viral memaparkan seorang penjaga makmal di sekolah tinggi di China berbogel dan cuba merogol seorang pelajar dengan disaksikan pelajar yang lain.
Laporan dari Lingshan County, di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang Selatan China berkata, suspek yang dikenali sebagai Hou berusia 30 tahun, bekerja sebagai penjaga makmal di Taiping Middle School.
Hou dikatakan keluar dari sebuah bangunan sekolah dalam keadaan tidak berpakaian dan kemudian menarik seorang pelajar perempuan yang berada di berhampirannya dan cuba merogol pelajar itu.
Kira-kira enam pelajar sekolah yang lain terkejut melihat tindakan lelaki berkenaan.
Guru serta kakitangan lain berjaya menghalang lelaki berkenaan yang telah bekerja di sekolah berkenaan sejak beberapa tahun.
Jurucakap polis menahan Hou dan berkata, lelaki berkenaan mempunyai sejarah menghidap penyakit mental. ‎
"Suspek mengalami gangguan mental sejak 2011 dan doktor berkata, masalah kesihatannya akan menjadi baik jika berada dalam keadaan normal dalam masa dua tahun," katanya dipetik Mirror.uk.
Sementara itu, mangsa tidak mengalami kecederaan fizikal namun akan dirujuk kepada pakar psikiatri jika mengalami trauma emosi dan psikologi.

Photographer Kongsi Kisah Pengantin Kahwin Tak Sampai Setengah Jam Sebelum Cerai



Sejak akhir-akhir ini, kecoh di media sosial tentang wang hantaran berikutan viral hantaran RM15k.

Seorang juru foto gambar pernikahan yang menggunakan nama Facebook Boii Amani Hashim, menceritakan satu kisah "jadi suami hanya setengah jam" yang dikatakan terjadi di depan matanya sendiri.

Mas Kahwin RM 22,222.22

Lama juga aku jadi photographer wedding. Macam-macam aku dah tempuh. Ni aku nakshare skit citer yang pernah terjadi depan aku dulu.

Mas hantaran kahwin mak ayah perempuan ni letak RM22,222.22. Memang mahal gila...tapi si lelaki ni setuju. Aku tengok pon lelaki ni bukan calang-calang orang juga.

Akad Nikah Selesai Sekali Lafaz

So sampai la hari akad nikah, happy je dua2 side. Pengantin muka dah tak sabar meng*w*n. Ye la, musim hujan masa tu. Tok kadi sampai maka berlangsung la acara akad nikah dan selamba dengan senafas je si lelaki lafazkan akad.

Baru Sedar Duit Hantaran Tak Cukup Seribu

Hantaran pon bertukar tangan begitu juga ngan mas kawen. Masa lelaki tu nak baca lafaz takliq, tetibe sedara dari pihak pompuan bising "duit hantaran tak cukup seribu ni"

Terus bangun pengantin pompuan dari tempat duduk. Tinggikan suara kat pengantin laki bertanyakan pasal apa tak cukup seribu...siap pihak pompuan perli-perli "dah tahu tak cukup duit tapi gatal sangat nak kahwin tu kenape"

"Baru jadi isteri tak sampai stengah jam dah camni..."

Yang pengantin laki walaupon mata berkaca, dia senyum je. Dia amik mic pastu dia ckp.

"Baru jadi isteri tak sampai stengah jam dah macam ni. Saje saya tak cukupkan seribu sebab nak tgk korang macam mana. Ni ade saya bawa wang yang tak cukup tu" sambil buka bag yg berkepok-kepok duit 50 ngan 100.

Cerai Terus

"Takpe la...alang-alang semua ada kat sini, boleh jadi saksi saya. Saya ceraikan awak dgn talak 3.

Assalamualaikum"

Drop mic

Salam-salam terus gerak.

Tu la...Dah ada orang nak tu kire nasib baik la bai. Pompuan bersepah sekarang. Tepi-tepi bustop pon boleh petik. Ko bukak wechat. Brape ramai yg serah diri free? Ko ingat laki-laki dalam drama kol 7 tu wujud ke?

- Diolah semula untuk paparan di Siakapkeli.my 
Sumber : Facebook Boii Amani Hashim

Wednesday, March 30, 2016

Doktor tumbuk pesakit sampai mati disaman RM4juta

Doktor tumbuk pesakit sampai mati disaman RM4juta
Sedutan rakaman CCTV menunjukkan Dr Ilya Zelendinov menumbuk pesakit Yevgniy Vakhtin
BELGOROD - RUSIA. Seorang doktor yang menumbuk seorang pesakit dan menyebabkan mangsa maut disaman sebanyak 750,000 pound (RM4 juta) oleh keluarga mangsa.
Menurut laporan Dailymail UK, Dr Ilya Zelendinov, 32, kini sedang menjalani hukuman penjara 9 tahun selepas menumbuk Yevgniy Vakhtin.
Isteri Yevgniy, Inna Sergeeva anak perempuannya Tatiana Gridneva membuat keputusan untuk menyaman kerana 'kebiadapan pihak hospital'.
"Tak ada seorang pun dari pihak pengurusan hospital meminta maaf ke atas kejadian tersebut," kata peguam, Aleksandr Shpay.
Dalam kejadian 29 Disember lepas tersebut, Yevgniy dihantar ke hospital kerana mengalami pendarahan di dalam perut.
Yevgniy yang mabuk ketika kejadian telah dituduh memegang dan menendang jururawat sebelum ditumbuk oleh Dr Ilya.

Kesihan Pemuda Ini !!! . Lori Langgar Dari Belakang..Terus Jatuh Dalam Laut







LAPORAN :
NAMA KEJADIAN : KEMALANGAN JALAN RAYA
LOKASI / ALAMAT : E36, Jambatan Pulau Pinang (1), Pulau Pinang
TARIKH : 29/03/2016
MASA TP : 0903-hrs
MASA JK : 0904-hrs
MASA JS : 0922-hrs
TINDAKAN & JENTERA : BBP Jalan Perak
JENTERA BANTUAN : BBP Perai (1-FRT) &  (1-EMRS).
JUMLAH KEANGGOTAAN :  8 anggota.
KOMANDER OPERASI : PBK II Mohd Asri Bin Abd Wahab
MANGSA  : 1 - Cedera
RINGKASAN KEJADIAN : Sampai ditempat kejadian didapati benar terdapat kemalangan melibatkan sebuah motosikal telah dilanggar lari oleh sebuah lori di tengah jambatan. Lori tidak dapat dikesan dan penunggang motosikal telah tercampak ke dalam laut. Mangsa kemudiannya telah diselamatkan oleh bot nelayan yang kebetulan berada dilokasi berhampiran. Mangsa kemudiannya dibawa ke jeti Polis Marin, Batu Uban dan diberi rawatan oleh unit EMRS Perai. Mangsa lelaki Melayu Mohd Ashraff Bin Mohd Fauzi yang berasal 83, Taman Bayan, 0900, Kulim Kedah.

TINDAKAN YG SEDANG DILAKUKAN : Komander Operasi lapor keadaan terkawal dan mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Besar Pulau Pinang menggunakan jentera EMRS BBP Perai.

BANTUAN AGENSI LUAR : Polis Marin
Sekian untuk makluman dari PGO Pulau Pinang.

Tuesday, March 29, 2016

Ayah artis terkemuka hidup mengemis

Marshanda
Foto lelaki berkenaan dikatakan mirip dengan ayah kandung Marshanda – Foto detik.com
SEORANG gelandangan yang sudah lama menetap di kaki lima berhampiran daerah JI Bangka, Jakarta Selatan, Irwan Yusuf, mengaku sebagai ayah kandung kepada artis terkemuka Indonesia, Marshanda atau lebih dikenali sebagai Chacha.
Difahamkan, Irwan ditahan oleh petugas Pelayanan, Pengawasan, dan Pengendalian Sosial (P3S) Suku Dinas Sosial Jakarta Selatan ketika tengah mengemis di Jalan Bangka, Jakar Selatan pada Jumaat lalu.
“Ketika kami menahannya, masyarakat di sekitar memaklumkan dia sudah lama mengemis di daerah tersebut,” kata Ketua Suku Dinas Sosial Jakarta Selatan, Mursyidin seperti dipetik oleh detik.com.
Buat masa ini, Irwan dibawa ke Panti Sosial Bina Insan Bangun Daya, Cipayung, Jakarta Timur bagi mendapat rawatan sementara menunggu ahli keluarga terdekat untuk membawanya pulang.
Hingga kini, masih belum ada sebarang pengesahan dari pihak Marshanda mengenai perkara tersebut namun menerusi foto yang dimuat naik di laman sosial menunjukkan lelaki terbabit sememangnya mirip dengan ayah kandung artis terkemuka itu.

Perghh..Hantaran Wang Kahwin.Tsk Cukup, Cetus Pergaduhsn besar


Sejak semalam menjadi viral di laman sosial pengantin lelaki telah ditumbuk gara-gara tidak menyediakan wang hantaran yang cukup seperti yang diminta.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila keluarga kedua-dua belah pengantin dikatakan bergaduh sesama sendiri selepas keluarga pengantin lelaki dikatakan mahu beredar dari masjid kerana tidak dapat menyediakan wang hantaran yang diminta iaitu RM15,000.

Video pergaduhan berkenaan telah menjadi viral di laman sosial.




Melihat kisah ini menjadi lebih luas, seorang wanita bernama Wanie Azwani yang mengaku sebagai saudara pengantin perempuan telah tampil memberi penjelasan menggunakan Facebooknya.


Beliau bersama kenyataan itu menyertakan tulisan yang didakwanya adalah kenyataan yang ditulis oleh Imam masjid Khadijah yang sepatutnya menikahkan kedua-dua pasangan ini.

Apapun, harap kes ini diselesaikan dengan cara elok, tidak perlulah bergaduh di dalam rumah Allah yang suci itu. Lagi satu kita diluar ini tidak tahu punca sebenar, elakkan dari buat kesimpulan sendiri. - Siakapkeli.my

Monday, March 28, 2016

Perghhh. REZEKI Musim Kemarau..


PergghReman lelaki bunuh isteri disambung seminggu

PDRM
JOHOR BAHRU - Perintah tahanan reman seorang lelaki, yang ditahan kerana menikam dan mengelar isterinya sehingga mati di sebuah kampung di Kangkar Tebrau pada Ahad lalu, dilanjutkan sehingga 3 April ini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, reman sebelum ini berakhir hari ini dan polis perlu melanjutkannya supaya suspek boleh membantu siasatan.    
"Polis telah memohon kepada mahkamah agar perintah reman suspek dilanjutkan lagi selama seminggu bermula esok," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.26 petang itu, suspek yang berusia 35 tahun dan bekerja sebagai tukang jahit, dipercayai mengelar leher isterinya menggunakan pisau sebelum menikam belakang mangsa beberapa kali menggunakan gunting.
Menurut polis sebelum kejadian, beberapa jiran mendengar pergaduhan dari rumah mangsa namun, tidak diendahkan mereka.    
Mayat mangsa yang tertiarap di atas lantai kemudian ditemui oleh anak sulungnya yang pulang dari sekolah.   
Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku selepas suspek terdengar bisikan halus supaya membunuh isterinya. - Bernam

Wahai Yang Bergelar Bikers Jangalah Pakir.ikut Suka Hati Kamu



Wahai kawan bikers jagalah susila kita..dan hormati orang lain

Sunday, March 27, 2016

Perghh..Murid Gunting Lidah Jadi Viral

KPM terima laporan awal kes murid gunting lidah


buli
Gambar yang menjadi viral di laman sosial.
KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan sudah menerima laporan awal berhubung kejadian seorang murid tahun dua yang dikatakan menggunting lidahnya akibat dibuli oleh beberapa orang murid tahun tiga di sebuah sekolah di Klang, Selangor Khamis lepas.
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata pihaknya sedang menunggu pihak polis selesai menjalankan siasatan kes terbabit.
"Kita tidak akan menganggu siasatan polis. Kami hanya akan menjalankan siasatan di peringkat kementerian setelah mendapat laporan sepenuhnya dari polis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan di sini hari ini.
Sementara itu Kamalanathan berkata peralatan tajam seperti gunting dan pisau sememangnya dilarang untuk dibawa ke sekolah kecuali mendapat arahan dan pengawasan daripada guru.
"Sebab itulah kita melarang sama sekali membawa peralatan tajam ke sekolah kerana kita tidak mahu perkara-perkara seperti ini berlaku, tapi ada yang mempertikaikan larangan itu," katanya. - Bernama

Kesihan..Terkesan dari Bahang .el Nino



Saturday, March 26, 2016

Perghh!!!Karnival bertukar kecoh, pokok tumbang hempap kereta

Karnival bertukar kecoh, pokok tumbang hempap kereta
Sebuah kereta di Bangunan Seremban Plaza dihempap pokok dalam kejadian pokok tumbang akibat hujan lebat dan ribut.
SEREMBAN - Kemeriahan orang ramai di Mini Karnival Keusahawanan Mara di Bangunan Seremban Plaza bertukar kecoh apabila terdapat pokok tumbang akibat hujan lebat dan ribut, petang tadi.
Malah kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu turut menyebabkan beberapa kenderaan rosak teruk akibat dihempap pokok.
Orang ramai yang berada di khemah bertempiaran lari apabila angin kuat turut menyebabkan ada khemah tumbang.
Kejadian sama turut berlaku di Jalan Seremban – Ampangan apabila pokok tumbang menghempap kereta dan menyebabkan berlaku kesesakan teruk di kedua-dua hala.
Difahamkan, turut berlaku kemalangan di Jalan Ampangan namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan hanya terdapat beberapa orang awam yang kelihatan trauma kerana terkejut dengan kejadian berlaku.
Setakat jam 7 petang tadi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Seremban dan Polis masih melakukan kerja-kerja memotong pokok.

Friday, March 25, 2016

Ada Berani Ka Naik Roller Coaster Nih




Wanita nyaris maut kereta dipandu langgar kuda


Wanita nyaris maut kereta dipandu langgar kuda
Kuda yang mati di tempat kejadian selepas dilanggar sebuah kereta di Jalan Besar Felda Trolak Timur, di sini, pagi tadi.
TROLAK - Seorang wanita nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terlanggar dengan seekor kuda dalam satu kemalangan di Jalan Besar Felda Trolak Timur, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Mualim, Superitendan Ahmad Mat Isa berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi itu  melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu mangsa.
Katanya, mangsa Rashidah Arshad sedang memandu kereta Perodua Kancil dari arah Pekan Sungkai menuju ke Felda Trolak Timur.
“Ketika sampai di kawasan menurun bukit Trolak Timur, secara tiba-tiba seekor kuda melintas jalan dari kiri ke kanan.
“Disebabkan jarak terlalu dekat, wanita itu tidak sempat mengelakkan lalu terlanggar kuda itu dan menyebabkan haiwan itu mati di tempat kejadian,” katanya kepada Sinar Harian.
Ahmad berkata, kejadian berlaku di laluan lurus itu turut menyebabkan kereta yang dipandu wanita itu rosak teruk di bahagian hadapan.
Katanya, pihaknya kini sedang mencari pemilik kuda tersebut bagi membantu siasatan pihaknya.
“Kes masih dalam siasatan dan disiasat di bawah Peraturan 33 (1) Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 atas kesalahan meninggalkan binatang di jalan tanpa kawalan,”katanya.

Thursday, March 24, 2016

Perghh.!!! (5 Gambar) Akibat Parking Merata Sesuka Hati

 

China - Sebuah kereta yang diletakkan di luar sebuah pusat pelupusan sampah di China telah diliputi dengan sampah akibat diletakkan di merata tempat.

Gambar kereta sedan bewarna putih yang diambil pada 17 Mac berdekatan dengan pusat pelupusan sampah di bandar Zhengzhou itu memaparkan kenderaan terbabit diliputi dengan sampah yang sangat banyak, lapor People's Daily Online.

Menurut laporan terbabit, staf di stesen berkenaan dikatakan sudah cuba menghubungi tuan kenderaan tersebut namun gagal.

Kerana menghalang laluan trak sampah memasuki ke pusat pelupusan sampah, kenderaan itu 'disembur' dengan sampah-sarap dari trak sampah.


Difahamkan, pekerja-pekerja pusat pelupusan sampah itu mula bengang apabila tuan kereta berkenaan tidak muncul untuk mengambil keretanya.

Disebabkan mereka tidak boleh meneruskan kerja, mereka dengan marah membuang kesemua sampah ke kereta tersebut. -Siakapkeli.my



Nyaris maut rempuh pintu pagar balai polis


Nyaris maut rempuh pintu pagar balai polis
Keadaan kenderaan mangsa.
REMBAU – Seorang kontraktor berhadapan detik-detik mencemaskan apabila ingin mengelak sebuah kenderaan yang masuk ke laluannya lalu hilang kawalan dan terbabas merempuh pintu pagar Balai Polis Pedas, di kilometer 20, Jalan Seremban-Tampin, di sini petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa yang memandu pacuan empat roda jenis Isuzu Demax berusia 38 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Tampin menghala Seremban dan sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah kenderaan di laluan bertentangan telah masuk kelaluannya.
“Mangsa kemudiannya cuba mengelak namun hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan merempuh tembok pintu pagar Balai Polis Pedas . Mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan, namun terdapat kerosakan harta benda balai.
“Susulan perlanggaran ini, tembok pintu pagar masuk sebelah kanan pecah, sementara pagar ,tiang pagar,dan kunci pagar balai rosak.  Selain itu, beberapa pasu bunga dan kolam lanskap juga pecah,” katanya kepada Sinar Harian.
Ibrahim berkata, kes berkenaan disiasat di bawah peraturan 10 LN 166/59.

Gambar gambar Bekas Pelajar Pintar Terjun Jambatan Pulau Pinang







Nurul Azhar Abdul Aziz. JARAK Tengah. TASEK gelugor.P Pinang merupakan bekas pelajar pintar Dari sebuah Universiti D Penang, beliau juga mendapat 8 A dalam SPM di zamannya..beliau juga jiran sekampung saya.sehingga jam 4.10 mayat belum d jumpai.semoga Allah ampuni dosanya Alfatihah

Wednesday, March 23, 2016

Pas Penerbangan Tulis Tangan : Rayani Air Tampil Beri Penjelasan


PETALING JAYA, 22 Mac: Berikutan viral pas penerbangan yang hanya menggunakan tulisan tangan, pihak Rayani Air akhirnya tampil memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.

Menurut Pengurus besar perhubungan awamnya, Anisah Azharuddin, perkara itu berlaku kerana sistem tidak dapat mencetak pas berkenaan secara elektronik kerana masalah teknikal.

Ada penumpang yang mendaftar masuk selepas tengah malam (17 Mac) dan sistem tidak dapat mencetak pas menaiki pesawat kerana di dalam sistem, penerbangan itu dijadualkan berlepas pada 17 Mac. Sebab itulah kami terpaksa mengeluarkan pas secara manual," katanya.

Anisah berkata pas menaiki pesawat bertulis tangan itu menggunakan pas menaiki pesawat kosong rasmi Rayani Air dan ia disahkan pihak berkuasa penerbangan di lapangan terbang berkenaan.

Kami menerima setiap komen secara positif untuk menambah baik operasi dan prosedur kami, bukan sahaja dari segi pematuhan Syariah, tetapi juga dari aspek operasi lain, termasuk teknikal dan perkhidmatan. Kami menghargai semua komen yang diberi dan menyambutnya dengan positif," kata beliau.

Pada Isnin lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kementerian akan memeriksa dakwaan pas tulis tangan yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut.

"Kita akan menyiasat mengapa mereka menggunakan pas bertulisan tangan sedangkan ia boleh dikeluarkan tanpa kertas dan orang ramai menggunakan telefon bimbit mereka untuk mendaftar masuk.

"Kita perlu menyiasat kes ini kerana ia boleh menjadi ancaman keselamatan," kata Liow. - Siakapkeli.my

Pelanggan Beratur 3 Jam Suntik Semangat Tauke Burger Bakar Kaw Kaw







Nini Haznita Muhammad menunjukkan salah satu hidangan di restoran Burger Bakar Kaw Kaw.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Bisnes makanan yang diusahakan wanita muda ini pernah mencetuskan fenomena beberapa tahun lalu apabila ramai pelanggan sanggup beratur sehingga tiga jam hanya untuk menikmati burger di sebuah gerai yang beroperasi di tepi jalan.
Ada pelanggan sanggup membeli sebanyak 25 keping daging untuk sebiji burger. Itu belum lagi yang sanggup membeli sebiji burger pada harga mencecah RM150.
Nini Haznita Muhammad, 29, yang merupakan pengasas Burger Bakar Kaw Kaw kini melihat transformasi perniagaannya yang mula bertapak di tepi jalan di Wangsa Maju pada Februari 2012 dan kini telah mempunyai premis komersial di pusat membeli-belah.
Usahawan yang lebih mesra dengan panggilan Nita berkata, Burger Bakar Kaw Kaw merupakan perintis kepada burger bakar yang semakin banyak di negara ini.

ADVERTISEMENT
“Kami lebih mengutamakan kualiti berbanding kuantiti. Fenomena pelanggan yang sanggup beratur sehingga tiga jam hanya untuk mendapatkan Burger Bakar Kaw Kaw memberi semangat kepada saya untuk terus maju.
"Saya banyak belajar prosedur operasi standard (SOP), yang membantu dalam mengekalkan kualiti produk. Kualiti adalah jaminan utama kami kepada pelanggan,” katanya kepada mStar Online
Nini Haznita Muhammad disenaraikan dalam pencalonan awal untuk kategori Ikon Niaga Pilihan Online bagi Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016).

Senario pelanggan sanggup beratur sehingga tiga jam untuk membeli Burger Bakar Kaw Kaw pernah menjadi fenomena beberapa tahun lalu.
Setakat ini Burger Bakar Kaw Kaw mempunyai tujuh cawangan termasuk lima di Lembah Klang, masing-masing satu di Perak dan Singapura. 
Selain restoran dan kiosk, kata Nita, konsep perkhidmatan turut dipelbagaikan kepada kiosk pintar dan ‘fine dining’, serta membariskan lebih 60 hidangan termasuk 15 jenis burger bakar.
Menurut Nita, sebagai usahawan, beliau turut berdepan dengan cabaran di mana dahulu setiap tempahan mengambil masa sehingga 25 minit tetapi kini dapat diatasi apabila dipendekkan kepada lima minit.
“Cabaran kami sekarang ialah pengembangan perniagaan. Tetapi Alhamdulillah, bisnes Burger Bakar Kaw Kaw mendapat sambutan memberangsangkan dalam dan luar negara.
“Kami kini mendapat tawaran untuk mengembangkan pasaran di Australia. InsyaAllah ia akan menjadi pasaran antarabangsa seterusnya selepas Singapura,” ujar Nita yang mempunyai lebih 60 pekerja. 

Premis Burger Bakar Kaw Kaw di pusat membeli-belah Quilt City Mall di Kuala Lumpur. Foto www.tripadvisor.com.my
Berdasarkan rekod setakat ini, saingan begitu sengit dalam kategori Ikon Muda Pilihan Online APO2016.
Jadi, kepada semua yang menggemari Burger Bakar Kaw Kaw dan mengagumi pencapaian Nita sebagai seorang usahawan, segera membuat pencalonan bagi melayakkannya ke lima teratas.

Pengundian awal untuk mencari lima pencalonan utama bagi setiap kategori dibuka sehingga 30 Mac ini sebelum ke fasa seterusnya iaitu mengundi untuk memilih pemenang mulai 1 April ini.

Pencalonan secara dalam talian boleh dibuat menerusi laman web http://apo.mstar.com.my

APO2016 yang bertemakan Glam Digital bakal bersiaran secara langsung di TV2 pada 30 April depan.

Acara ini dijayakan bersama Suria FM dan dihebatkan oleh Dnars selaku penaja rasmi.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung