Nuffnang

Wednesday, May 30, 2018

Perghhh !!! Lempar bungkusan pelanggan, Pos Malaysia beri amaran keras



PETALING JAYA: Susulan rakaman menunjukkan kakitangan Pos Laju melempar bungkusan yang tular baru-baru ini, pihak Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) telah menjalankan siasatan dalaman secara menyeluruh berhubung insiden tersebut.
Kejadian itu dirakam oleh pelanggan ketika kakitangan terbabit sedang memindahkan barangan ke dalam tempat simpanan barang di Pos Laju cawangan Sungai Petani, Kedah.
Pos Malaysia mendakwa kejadian tersebut adalah terpencil dan amaran keras telah diberikan terhadap kakitangan berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: "Jangan buruk sangka", netizen pertahan abang 'posmen'
“Kami ingin memberi jaminan kepada semua pelanggan bahawa insiden terpencil ini tidak mencerminkan mutu kerja Pos Malaysia yang sebenarnya.

“Pos Malaysia berpegang teguh kepada prosedur kerja yang dinamik dan tidak akan berkompromi dengan mutu kerja yang sambil lewa,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan melalui Facebook rasmi Pos Malaysia pada Selasa.



Bagaimanapun, Pos Malaysia mengakui bahawa pihaknya tidak lari daripada melakukan kesilapan dan ingin memohon maaf di atas kesilapan itu.

Katanya, Pos Malaysia memikul tanggungjawab yang berat bagi negara ini dan akan memastikan bahawa mutu kerja tersebut berada pada tahap cemerlang setiap masa.

“Bagi memastikan ia tidak berulang, langkah-langkah tertentu sedang dijalankan bagi memastikan kakitangan sentiasa peka dan memberi khidmat  cemerlang.

“Antara langkah yang diambil ialah memastikan pemeriksaan dan pemantauan berkala dilaksanakan disamping memperkemaskan komunikasi dalaman serta mengingatkan kakitangan agar sentiasa memastikan proses kualiti kerja yang tinggi,” ujarnya.

Sebelum ini mStar Online pada Selasa melaporkan, kakitangan Pos Malaysia tular di laman sosial gara-gara rakaman yang menunjukkan beberapa pekerja membaling barangan pelanggan tanpa berhati-hati.

Klip berdurasi 10 saat itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya mempertahankan tindakan kakitangan Pos Malaysia secara amnya.

Monday, May 28, 2018

Masyallah !!! Tak sedar dipatuk ular, anak turut maut kerana susu badan


Gambar hiasan.

NEW DELHI: Seorang wanita yang dipatuk ular semasa sedang tidur tidak menyedari susu badannya turut terkena bisa haiwan itu.
Menurut polis pada Jumaat, insiden tersebut mengakibatkan mangsa bersama anak perempuannya yang diberikan susu badan, maut.
Wanita berusia 33 tahun dari negeri Uttar Pradesh tidak menyedari dia telah dipatut ular semasa bangun dari tidur dan kemudian menyusukan anak perempuannya.
Bercakap kepada AFP, Inspektor polis Vijay Singh berkata, mangsa dan anak perempuannya berumur tiga tahun jatuh sakit pada Khamis.
Beliau menambah, kedua-duanya meninggal dunia sebelum tiba ke hospital.
Keluarga mangsa mengesan ular berkenaan di bilik tetapi ia kemudian terlepas.
Menurut Vijay, bedah siasat dijalankan ke atas mangsa tetapi polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian akibat kemalangan. - AFP

Friday, May 25, 2018

Perghh !!! Nak pandu Viva ke pejabat? Tak betul kata Mat Sabu


Nak pandu Viva ke pejabat? Tak betul kata Mat Sabu


Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/05/24/mat-sabu-nafi/#dLKkKEpgDqAGTWjI.99

PETALING JAYA: Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menafikan bahawa beliau mahu memandu sendiri kereta Perodua Viva miliknya untuk ke pejabat.
Menerusi tweet balasnya di akaun Twitter @MSabu_Official, Mat Sabu yang juga presiden Amanah menjelaskan kenyataan mengenai dirinya yang viral di Facebook sejak Rabu sebagai palsu.
"Tak betul," tweetnya kepada seorang pengguna Twitter @muinmanan yang bertanyakan perkara itu kepada beliau.
Terdahulu, memetik kenyataan sumber yang tular di media sosial, Mat Sabu kononnya tidak mahu dijemput oleh pemandunya untuk ke pejabat menggunakan 'kereta roti john', gelaran kepada kereta rasmi kerajaan yang dinaikinya pada Rabu.

Respons balas Mat Sabu berhubung perkara itu di Twitternya.
"Ada sumber beritahu, rumah Abang Mat jauh. Jadi, driver datang rumah untuk jemput ke office.
"Dia kata selepas ini, esok boleh tak kalau saya pergi office sendiri? Tak payahlah datang ambil, segan saya. Dengan escort polis, tentera lagi, dengan siren polis lagi.
"Lagi pun saya seorang saja yang naik kereta panjang ini. Campur dengan driver, jadi dua orang. Itu pun bukannya boleh berbual. Saya di belakang, driver di nun depan."
"Jadi, tentera pun tanya, "YB nak datang ke MINDEF naik apa?"
"Abang Mat selamba jawab, "Eh, saya bawalah kereta Viva saya ini. Laju Viva ni. Sampai MINDEF, kalau ada urusan kerajaan, barulah saya naik kereta kerajaan."
"Tentera jawab, "Mana boleh macam tu YB, malulah MINDEF. Lagi pun YB orang penting."

'Kereta roti john' sedia menjemput Mat Sabu untuk ke pejabatnya.
"Abang Mat jawab, "Jadi saya kena naik jugalah kereta Roti John ini? Tapi jangan ada bunyi siren, bising," demikian menurut kenyataan tular itu yang hanya memetik sumber.
Sebelum ini beberapa gambar Mat Sabu, dijemput dengan kenderaan rasmi kerajaan bersama dengan pengawal peribadi dan polis pengiring yang menunggunya di luar sebuah rumah teres di Shah Alam, dipercayai kediamannya menjadi viral.
Gambar yang dirakam kira-kira pukul 7.55 pagi itu dikongsi Ahmad Sayuti Bashiron di laman Facebooknya.
Gambar tersebut dikongsi sebanyak 985 kali dan mendapat kira-kira 2,300 likes di Facebook.
Mat Sabu merupakan Ahli Parlimen Kota Raja setelah memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu.

Thursday, May 24, 2018

Perghhh !!! Tediaa Raja Gula tabik Tun M


Raja Gula tabik Tun M




PUTRAJAYA: Ahli perniagaan terkemuka, Tan Sri Robert Kuok secara spontan memberi 'tabik hormat' kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana telah menyelamatkan negara ini.
Menerusi video pendek yang dimuat naik di laman Facebook Kelab Chedet, Kuok didengar berkata; "Saya tabik. Anda telah selamatkan negara ini. Tentunya dengan bantuan Daim," merujuk kepada Tun Daim Zainuddin yang juga anggota Majlis Penasihat Kerajaan (CEP).
Dr Mahathir terus membalas ringkas, "Ya, tapi kami perlukan bantuan anda sekarang."
Hartawan berusia 94 tahun itu mengadakan pertemuan dengan perdana menteri di Perdana Putra, di sini.
Pertemuan itu adalah yang pertama sejak Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan Barisan Nasional pada PRU14.
Kuok telah dinamakan sebagai lima anggota CEP pada 12 Mei lalu.
Beberapa gambar Kuok berpegangan tangan dan memeluk Daim telah tular di media sosial, malahan mendapat liputan media tempatan.
Majlis berkenaan yang diketuai Daim yang juga bekas menteri kewangan, turut dianggotai bekas gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, bekas CEO Petronas Tan Sri Hassan Marican dan pakar ekonomi Prof Jomo Kwame Sundaram.


Wednesday, May 23, 2018

Fuh TEDia !!! "Sah! Selama ini MoF bayar hutang 1MDB" - Guan Eng

"Sah! Selama ini MoF bayar hutang 1MDB" - Guan Eng

Diterbitkan: Selasa, 22 Mei 2018 6:12 PM
image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2018/05/22/18/15/guaneng.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
  (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan (MoF) membayar obligasi hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sejak April tahun lepas, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini.
Beliau berkata berdasarkan senarai pembayaran oleh MoF, bagi pihak 1MDB, berjumlah RM6.98 bilion, termasuk pembayaran yang dibuat kepada Petroleum Investment Company (IPIC) yang merupakan sebahagian daripada Perjanjian Penyelesaian berjumlah RM5.05 bilion.
“Ini mengesahkan syak wasangka orang ramai bahawa 1MDB sebenarnya memperdaya rakyat Malaysia dengan mendakwa hutang itu dibayar menerusi ‘proses rasionalisasi yang berjaya'.
“Selama ini MoFlah yang membayar hutang 1MDB,” katanya pada sidang media pertamanya selepas dilantik sebagai Menteri Kewangan Beliau berkata senarai pembayaran setakat ini hanya melibatkan faedah, pembayaran kupon dan pendahuluan daripada IPIC.
“Ini belum mengambil kira berbilion ringgit hutang yang perlu dibayar mulai tahun 2022.
“Saya dimakumkan bahawa selain RM143.75 juta yang perlu dibayar pada akhir bulan ini, sejumlah RM810.21 juta faedah perlu dijelaskan antara bulan September dan November tahun ini,” katanya.
Lim yang sebelum itu mengadakan siri mesyuarat bersama semua pegawai kanan Perbendaharaan yang diketuai Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Siti Zauyah Mohd Desa dan Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad, mengarahkan kajian mendalam dilakukan mengenai butiran hutang dan liabiliti 1MDB dan mencadangkan langkah untuk menyelesaikan krisis yang berlaku akibat skandal tersebut.
“Kami juga akan mengemukakan hasil semakan itu kepada pasukan petugas 1MDB yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya

Tuesday, May 22, 2018

Perghhhh !!! Mengapa Birkin baik untuk pelaburan?


  Mengapa Birkin baik untuk pelaburan?


PETALING JAYA: Terdapat segelintir wanita di negara ini yang menjual aksesori rekaan pereka terkenal termasuk beg tangan Birkin oleh Hermes untuk keluar dari kesempitan hidup.
Walaupun sesetengah wanita perlu kembali kepada realiti selepas perceraian, ada di kalangan mereka menggunakan wang hasil penjualan beg tangan mewah itu untuk menyelesaikan hutang.
"Saya beritahu rakan-rakan saya bahawa mereka perlu membeli beberapa beg tangan saya jika saya memerlukan wang tunai, dan amat mengejutkan, mereka kata sudah tentu," kata salah seorang wanita berusia dalam lingkungan 40-an yang enggan namanya didedahkan.
Seorang lagi wanita yang turut enggan dinamakan berkata dia ada masalah dalam membayar kos peguam bagi kes perceraiannya dan membesarkan anak, jadi dia telah menjual beberapa Birkin miliknya.
"Suami saya tidak membayar wang nafkah anak-anak atau memberikan apa-apa wang. Jadi saya amat gembira kerana memilik Birkin untuk dijual," katanya.
Jenama Birkin menjadi bualan hangat akhir-akhir ini apabila beg tangan tersebut dirampas dalam serbuan di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beg tangan Birkin dianggap sebagai pelaburan luar biasa apabila dijual semula di seluruh dunia.
Berdasarkan tinjauan di sebuah kedai di Kuala Lumpur yang menjual beg tangan mewah terpakai, The Star mendapat sebuah beg tangan Birkin berharga antara RM25,000 dan RM100,000.
Harga setiap beg berbeza berdasarkan permintaan, keadaan dan usia beg tersebut atau sama ada ia edisi terhad atau sebaliknya.
Jadi bagaimana cara untuk menjual beg tangan Birkin anda?
Sebuah lagi kedai menjual beg tangan terpakai di Kuala Lumpur berkata jualan Birkin dilakukan menerusi konsainan sahaja.
Malah pembayaran kepada penjual dibuat melalui pemindahan bank dan tidak pernah dibuat secara tunai.
"Kami sentiasa berhati-hati untuk memastikan beg tangan itu diletakkan di dalam inventori kami adalah 100% tulen," kata atendan kedai tersebut.

Monday, May 21, 2018

Tedia !! Tun M buat ‘spot check’, pandu sendiri ke KL

 Tun M buat ‘spot check’, pandu sendiri ke KL 




PETALING JAYA: Percaya atau tidak, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menerajui kerajaan baharu Pakatan Harapan dilihat memandu sendiri kereta.
Tanpa pemandu peribadi, mahupun menggunakan perkhidmatan teksi atau Grab, pada usia 93 tahun, perdana menteri paling tua di dunia itu memandu dengan semangat baharu ke Kuala Lumpur.
Aksi Pengerusi PH itu dirakamkan dan dimuat naik di akaun twitter @firdyfire sebelum dikongsi oleh Dr Mahathir di akaun rasmi Twitternya @chedetofficial.

Perdana menteri dilihat memandu kereta Proton Perdana.
Menurut keterangan video, Dr Mahathir memandu kereta bagi memantau perkembangan di sekitar ibu negara.
“Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad @chedetofficial memandu sendiri memantau perkembangan terkini disekitar Kuala Lumpur pagi tadi (Ahad).
“Ada yang bertanya di mana Dr Mahathir mendapat tenaga melimpah ruah pada umur 93 tahun? Semoga Tuhan terus memelihara negarawan,” tulisnya.

 
Bagaimanapun, ia bukan kali pertama Dr Mahathir memandu kereta sendiri, apabila beliau dilaporkan memandu sendiri Proton Perdana miliknya ke Kuala Lumpur dua tahun lalu.
Menghabiskan masa selama 45 minit, Dr Mahathir ketika itu memandu kereta dari rumahnya ke pusat membeli-belah Pavilion di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Dalam perjalanannya itu, beliau ditemani oleh dua pembantu peribadinya.

Tuesday, May 15, 2018

AMIN !!! Fazley, isteri berdoa hati Rosmah terbuka terima mereka

Fazley, isteri berdoa hati Rosmah terbuka terima mereka



PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Fazley Yaakob sentiasa mendoakan agar ibu mertuanya, Datin Seri Rosmah Mansor terbuka hati untuk menerima dirinya dan isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz sebagai ahli keluarga.
Sebagai anak dan menantu, Fazley berkata, beliau dan isteri tidak pernah menyimpan perasaan tidak baik terhadap isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak itu malah menganggap Rosmah sebagai ibu kandungnya.
"Saya dan isteri tidak pernah menyimpan sebarang perasaan benci kerana sebagai anak dan menantu, beliau tetap ibu (mertua) dan ibu kandung kepada isteri saya.
"Selama 11 tahun kami berkahwin, kami sentiasa mendoakan agar hati beliau terbuka untuk menerima kami sekeluarga," katanya kepada mStar Online.

Perkongsian Fazley mendapat perhatian pengikutnya di Instagram.

Fazley dan Azrene berkahwin pada 2007 dan perkahwinan itu dikatakan tidak mendapat restu daripada Rosmah.
Azrena adalah anak Rosmah hasil perkahwinan dengan suami terdahulu iaitu Abdul Aziz Nong Chik.
Dalam pada itu Fazley, 40, berkata, keterbukaannya mendedahkan keperitan hidup sepanjang 11 tahun mereka menjadi suami-isteri di Instagram baru-baru ini bukan berniat untuk membuka aib atau mencari kesalahan mana-mana pihak.
Sebaliknya kata Fazley, dia cuma berkongsi kisah sebenar kehidupan mereka sekeluarga kerana ingin menunaikan wasiat terakhir Allahyarham bapanya, Datuk Yaakob Mohammad.
"Sebenarnya pada saya, pengkongsian itu adalah tanggungjawab. Bukan sengaja nak cari salah atau membuka aib mana-mana pihak.

Luahan Fazley mengenai isterinya juga menyentuh hati netizen.
"Ia juga wasiat daripada arwah bapa yang meminta saya untuk menceritakan kebenaran mengenai saya, isteri dan arwah apabila apabila tiba masa yang sesuai.
"Saya rasa, sekarang adalah masa sesuai untuk berkongsi pengalaman kehidupan saya sekeluarga," kata Fazley.
Allahyarham bapa Fazley meninggal dunia di Hospital Pakar KPJ Damansara akibat komplikasi paru-paru pada 8 Februari 2016.
Tambah Fazley lagi, beliau memilih untuk mendedahkan perkara itu di laman sosial kerana berasa lebih dekat dengan pengikutnya.

Fazley turut mengucapkan selama hari ibu buat isteri, ibu (foto kanan)  dan ibu mertuanya (tengah). 
"Saya bukan nak pergi pada media. Bagi saya, laman sosial ini lebih peribadi. Dapat cerita lebih dekat dengan pengikut di Instagram.
"Medium itu paling utama pada peminat, jadi, saya kongsi pengalaman yang terjadi supaya mereka juga boleh mengambil perkara itu sebagai teladan.
"Apa yang utama adalah kesabaran dan berani kerana benar," ujarnya.
Fazley dan Azrene dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 9, Ahmad Fieradz Shah, 8, Ahmad Firudz Shah, 6 dan Alayna Selma yang kini berusia tujuh bulan.

Monday, May 14, 2018

Wow..!!! Tudia Sultan Brunei pandu sendiri kunjungi Dr Mahathir DI Kuala Lumpur


Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah (kiri) disambut oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sejurus tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana, Isnin. -fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah mengunjungi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, Isnin.
Sultan Hassanal, yang memandu sendiri Mercedes Benz hitam dengan nombor pendaftaran X111 NAM 6, diiringi rombongan sekurang-kurangnya 15 buah kereta, tiba kira-kira 11.45 pagi.
Putera baginda Pengiran Abdul Mateen, duduk di sebelah Sultan Hassanal.

-fotoBERNAMA
Dr Mahathir menyambut keberangkatan tiba Sultan Hassanal di anjung Yayasan Kepimpinan Perdana.
Jurufoto yang menunggu di luar pintu pagar kedengaran memanggil Dr Mahathir untuk meminta beliau memandang ke arah kamera dan memberi gaya yang terbaik sambil menyambut keberangkatan tiba Sultan Hassanal.
Sultan Hassanal dipercayai pemimpin asing pertama bertemu Dr Mahathir selepas beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri bagi kali kedua pada Khamis lepas.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana pada 11.28 pagi. -Bernama

Monday, May 7, 2018

Perggghh !!! Wanita ini singgah betulkan coli, korek hidung di cermin kereta, kemudian...

Wanita ini singgah betulkan coli, korek hidung di cermin kereta, kemudian...

 
 
SEORANG wanita mungkin menanggung malu selepas bertindak membetulkan coli dan mengorek hidungnya di cermin tingkap sebuah kereta.
Rakaman lucu itu tular, menunjukkan seorang wanita Vietnam sedang memeriksa penampilan dirinya di sebuah kereta bercermin gelap, tanpa mengetahui terdapat seseorang di dalamnya.
Klip video itu menunjukkan wanita berbaju putih itu membetulkan kedudukan colinya.
Turut mengenakan solekan tebal, wanita berkenaan juga dilihat mengorek hidungnya, mungkin sebelum menghadiri acara pada sebelah malam.
Bagaimanapun, dia terkejut apabila individu di dalam kenderaan tersebut menurunkan tingkap kereta yang diletakkan di tempat parkir itu.
Selepas menyedari aksinya sedang diperhati dan dirakamkan, wanita itu segera melarikan diri.
Dirakamkan di Ho Chi Minh City, Vietnam, klip video itu telah ditonton secara meluas di YouTube.
Penerangan video ditulis: "Gadis ini terkejut lihat dalam kereta ada orang."
Sesetengah penonton menganggap video itu palsu dan hanya dirancang.
"Tingkap itu tak cukup gelap," kata seorang pengguna internet.
"Palsu atau tidak ia masih lucu," seorang lagi netizen memberikan pandangannya

Friday, May 4, 2018

Tedia !!! 120 “Kita tiada ‘private jet’, naik kapal terbang murah” - Abdul Hadi




Abdul Hadi (tengah) bersama rombongannya di dalam pesawat. Foto Facebook Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang


PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat seolah-olah 'menyindir' Tun Dr Mahathir Mohamad, apabila mengatakan bahawa adalah lebih selamat untuk terbang dengan syarikat penerbangan tambang rendah berbanding jet peribadi.
Pada Jumaat lalu, pengerusi Pakatan Harapan itu mendakwa bahawa pesawat peribadi yang dinaiki beliau untuk ke Langkawi disabotaj bagi menghalangnya untuk memfailkan borang pencalonannya.
Abdul Hadi menerusi posting di halaman Facebooknya Khamis menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai jet peribadi.
"Kita tiada ‘private jet’ (jet peribadi), naik kapal terbang murah bersama rakyat marhaen. InsyaAllah lebih selamat dijamin tidak dibocor tayar," katanya.
Abdul Hadi turut berkongsi gambar-gambar beliau bersama rombongannya melalui tarmac di lapangan terbang untuk menaiki pesawat.
Beliau turut dilihat duduk bersama anggota kumpulannya di dalam pesawat.
Dr Mahathir berpendapat bahawa terdapat cubaan untuk menghalangnya daripada terbang ke Langkawi sebelum Hari Penamaan Calon, walaupun disiasat oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan syarikat pemilik jet, VistaJet yang menjelaskan bahawa tiada unsur sabotaj.
Pengerusi CAAM, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman dalam satu kenyataan berkata, pesawat itu tidak dapat beroperasi kerana terdapat masalah teknikal kecil dan rutin, iaitu kebocoran udara di roda bahagian hidung pesawat itu.
Dr Mahathir disiasat kerana didakwa menyebarkan berita palsu mengenai dakwaannya berhubung pesawat yang disewa beliau disabotaj.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, siasatan dijalankan selepas laporan polis dibuat terhadap Dr Mahathir.

Thursday, May 3, 2018

Huh Tedia ..!!! Mati lemas ditimbus najis lembu

Mati lemas ditimbus najis lembu

Suami tanam isteri dengan najis lembu angkara dipatuk ular
Sebahagian penduduk kampung di Bulandshahr menyaksikan upacara membuang bisa ular.
UTTAR PRADESH - INDIA. Seorang wanita di India menemui ajal akibat lemas apabila tubuhnya ditimbus dalam najis lembu bagi mengeluarkan bisa patukan ular.
Devendri, 35, dikatakan sedang mencari kayu api di sekitar kawasan hutan berhampiran rumahnya apabila tangannya dipatuk seekor ular berbisa.
Wanita terbabit segera berlari pulang menemui suaminya yang kemudian mencadangkan agar mereka mendapatkan rawatan daripada seorang penjinak ular di Bulandshahr.
Sebaik penjinak ular dikenali sebagai Murarey itu tiba di rumah mangsa, dia mengarahkan suami Devendri, Mukesh, untuk menimbus seluruh tubuh isterinya dengan najis lembu.
Murarey percaya rawatan tersebut mampu mengeluarkan bisa ular, dengan disaksikan jiran tetangga Mukesh menimbus tubuh isterinya dengan najis lembu sementara penjinak ular tersebut duduk di sisi mangsa sambil membaca jampi.
Malangnya, Devendri disahkan meninggal dunia akibat lemas setelah hampir 75 minit ditimbus dalam najis lembu.
Menurut Mukesh, dia sama sekali tidak menyangka Devendri akan meninggal dunia kerana yakin penjinak ular tersebut mampu mengubati isterinya.
Sementara itu pihak polis berkata tiada sebarang laporan dibuat berhubung insiden itu. - Dailymail

Wednesday, May 2, 2018

Fuh Dahsyatt !!! Ritual bertukar tragedi, sami terjatuh atas bara





RITUAL berjalan atas bara arang ketika sambutan  festival di India bertukar tragedi apabila seorang sami melecur 60 peratus di bahagian badannya.
Vijay Kumar, 35, sedang berjalan di atas laluan arang panas sebelum dia gagal mengimbangi badannya lalu terjatuh.
Dua sami yang sedang menunggu di penghujung laluan arang berkenaan terpaksa melompat ke kawasan itu untuk menyelamatkannya.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2018/05/01/melecur-bara-arang/~/media/2c30c6007d0f48a58c980306dbc7d137.ashx?la=en
Selain Vijay, dua penyelamat itu turut mengalami kecederaan dengan luka melecur antara 15 hingga 20 peratus.
Ketiga-tiga mereka dibawa ke Hospital Kolej Perubatan St John di Bengaluru.
Kejadian pada 28 April itu berlaku di kuil Sri Revanasiddeshwara, daerah Ramanagara di Karnataka.

Laluan arang yang digunakan untuk ritual itu mula dinyalakan sehari sebelum festival.
Kuil itu terletak di atas bukit berketinggian 3,000 kaki dari paras laut dan dianggap suci oleh pengikut Shaiva.-metro.uk

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung