PETALING JAYA: Terdapat segelintir wanita di negara ini yang menjual aksesori rekaan pereka terkenal termasuk beg tangan Birkin oleh Hermes untuk keluar dari kesempitan hidup.
Walaupun sesetengah wanita perlu kembali kepada realiti selepas perceraian, ada di kalangan mereka menggunakan wang hasil penjualan beg tangan mewah itu untuk menyelesaikan hutang.
"Saya beritahu rakan-rakan saya bahawa mereka perlu membeli beberapa beg tangan saya jika saya memerlukan wang tunai, dan amat mengejutkan, mereka kata sudah tentu," kata salah seorang wanita berusia dalam lingkungan 40-an yang enggan namanya didedahkan.
Seorang lagi wanita yang turut enggan dinamakan berkata dia ada masalah dalam membayar kos peguam bagi kes perceraiannya dan membesarkan anak, jadi dia telah menjual beberapa Birkin miliknya.
Jenama Birkin menjadi bualan hangat akhir-akhir ini apabila beg tangan tersebut dirampas dalam serbuan di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beg tangan Birkin dianggap sebagai pelaburan luar biasa apabila dijual semula di seluruh dunia.
Berdasarkan tinjauan di sebuah kedai di Kuala Lumpur yang menjual beg tangan mewah terpakai, The Star mendapat sebuah beg tangan Birkin berharga antara RM25,000 dan RM100,000.
Harga setiap beg berbeza berdasarkan permintaan, keadaan dan usia beg tersebut atau sama ada ia edisi terhad atau sebaliknya.
Jadi bagaimana cara untuk menjual beg tangan Birkin anda?
Sebuah lagi kedai menjual beg tangan terpakai di Kuala Lumpur berkata jualan Birkin dilakukan menerusi konsainan sahaja.
Malah pembayaran kepada penjual dibuat melalui pemindahan bank dan tidak pernah dibuat secara tunai.
"Kami sentiasa berhati-hati untuk memastikan beg tangan itu diletakkan di dalam inventori kami adalah 100% tulen," kata atendan kedai tersebut.
No comments:
Post a Comment