Nuffnang

Saturday, April 30, 2022

Perghhh !!! Pakai kain batik tukar duit raya RM2 juta

 

Tangkap layar video dimuat naik wanita itu di Tiktok


PETALING JAYA – Aksi bersahaja seorang wanita menukar duit raya dipercayai RM2 juta dengan memakai baju-T dan kain batik mencuri perhatian netizen hingga tular dan menjadi perdebatan berhubung kekayaannya.

-ADVERTISEMENT-

Tinjauan Kosmo! mendapati rakaman klip berkenaan yang dimuat naik sendiri oleh Farhana Zahra di akaun TikTok miliknya mendapat lebih dari dua juta tontonan.

Video tular berdurasi 20 saat itu menimbulkan pelbagai spekulasi daripada netizen terhadap wanita terbabit.

Ads by Kiosked

“Orang yang betul-betul kaya tidak akan menunjukkan kekayaannya,” kata @Bidi.

“Lemah aku bila tengok keadaan begini. Ada yang berniaga dari pagi sampai ke petang hingga ke malam namun nak dapat RM50 pun susah,” kata @Ciksiti

“Risau nanti kena samun, kita hendaklah sentiasa beringat bahawa sentiasa ada yang memerhati tindak-tanduk kita di dunia ini,” komen @TpgMan – KOSMO! ONLINE

Friday, April 29, 2022

Lelaki lanjut usia beria ‘set up’ meja, pesan 8 set makanan tapi makan seorang... Netizen syak ahli keluarga ‘hilang’ serentak

 

Lelaki lanjut usia beria ‘set up’ meja, pesan 8 set makanan tapi makan seorang... Netizen syak ahli keluarga ‘hilang’ serentak

Lelaki ini dikatakan sering berkunjung ke kedai sama hampir setiap minggu dan mengulangi tindakannya memesan makanan untuk lapan individu.

KELIBAT seorang lelaki yang duduk sendirian di sebuah kedai mamak mencuri perhatian beberapa pelanggan lain.

Sesekali lelaki lanjut usia itu dilihat menyusun gelas air, pinggan serta memperbetulkan kedudukan kerusi seperti sedang bersedia menunggu kehadiran beberapa lagi tetamu.

Kelihatan terdapat lapan set makanan dan minuman terhidang di meja bersama lelaki berkenaan.


AKU DAn Famili lepak mapley (kedai mamak) malam tadi. Agak lambat juga la dalam pukul 10.30 malam. Baru habis shopping barang dan buku sekolah budak-budak.

"Masa tengah tunggu makanan sampai, nampaklah uncle ni susun-susun pinggan, air dan kerusi macam tengah sediakan hidangan makanan.

IMG_1112

Kejadian berlaku di sebuah kedai mamak. (Gambar hiasan)

"Masa tu tak fikir apa pun. Lama-lama rasa pelik pula apabila tengok habis dia susun teratur dan tertib sampaikan kerusi pun ikut line. Berkali-kali dia betulkan pinggan macam orang ada OCD (obsessive compulsive disorder). Perfect!," ujarnya.

Cerita tentang lelaki berkenaan dikongsikan seorang pengguna media sosial dan disiarkan semula di Facebook stesen radio Zayan baru-baru ini.

Setelah sekian lama memerhatikan gelagat lelaki berkenaan, individu tersebut bertambah hairan apabila tiada siapa tiba tiba untuk makan bersamanya.

Mungkin di situ tempat terakhir mereka berkumpul sebelum terjadi apa-apa... kita tak tahu, doa yang baik-baik saja.

NETIZEN

"Makanan kami dah sampai tapi uncle ni masih seorang diri. Aku dah mula terfikir mana kawan-kawan dan staff dia. Mungkin tengah cari lokasi kedai tapi tak jumpa. Masa tengah makan aku beritahu isteri fasal ni... rupanya dia dah perasan juga sejak tadi.

"Orang sekeliling dah mula jeling-jeling berkerut dahi. Aku syak 'sesuatu' sangat uncle ni. Dia sediakan lapan hidangan dan lapan gelas air," ceritanya lagi.

Tidak senang dengan apa yang disaksikannya, individu tersebut cuba merisik kepada pekerja restoran tentang perihal pelanggan lelaki berkenaan.

BC76F4AA-F29A-49CB-B830-D61B999F77E3

Kelihatan lelaki berkenaan makan sendirian.

"Pekerja tu beritahu dia (uncle) tu memang macam tu. Dia order untuk lapan orang siap hidang dan susun elok-elok sebab tengah makan dengan famili dia. Tapi pekerja tu tak tahu keluarga dia masih ada lagi atau tidak (hidup atau mati). Masa ni, isteri aku dah menangis tengok uncle tu. Anak-anak aku pun sedih dah.

"Uncle tu makan dia punya portion sambil cakap-cakap dengan kerusi yang kosong tu. Aku dah sebak sebab tengok reaksi uncle tu. Lepas tu dia makan hidangan 'orang sebelah' pula," ujarnya lagi.

Menurut pekerja itu lagi, lelaki berkenaan mengunjungi restoran ini sekitar dua hingga tiga kali setiap minggu dan melakukan perkara sama.

Malah, lelaki itu akan membayar semua makanan yang dipesannya, walaupun sebahagian besarnya masih belum disentuh.

"Uncle ni wire shot (tidak waras)? Aku tak rasa dia macam tu. Elok je baju dia, pakai mask (pelitup muka), bayar makanan dia, susun kemas meja elok-elok.

71BF1DB8-61A9-4509-AECB-3A0CBE53102E

Perkongsian individu berkenaan di Facebook.

"Kita tak tahu sejarah apa yg dia dah tempuh selama nih," kata lelaki tersebut menutupi posting di Facebook dengan spekulasinya sendiri.

Perkongsian itu sehingga kini dikongsi lebih seribu pengguna lain dengan ratusan komen yang rata-ratanya bersimpati dengan lelaki lanjut usia berkenaan.

Telahan mereka, kemungkinan lelaki berkenaan berdepan detik sukar dalam hidup membabitkan lapan individu seperti jumlah kerusi yang diaturnya di restoran mamak itu.

"Dia rindu la tu. Rindu pada yang tiada itu lebih menyakitkan. Mungkin di situ tempat terakhir mereka berkumpul sebelum terjadi apa-apa. Kita tak tahu, doa yang baik-baik saja.

"Mungkin dia hilang famili hampir serentak. Terlalu rindu... hanya Allah yang tahu.

"Doakan yang baik-baik moga di hujung usia dia temui ketenangan dan reda dengan apa sahaja ketentuan Ilahi," demikian kata beberapa netizen.



Tuesday, April 26, 2022

Tudia !!!! Terlalu banyak aduan, SKMM panggil Aliff Syukri serta individu terlibat dalam MV ‘Kelepok Raya’

 


Annuar maklumkan mereka terlibat dalam MV dipanggil ke pejabat MCMC.

SUSULAN kontroversi video muzik (MV) lagu Kelepok Raya nyanyian usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bertindak memanggil individu terbabit dalam klip video berkenaan.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, individu yang dikenal pasti telah diberi notis dan diminta untuk hadir di ibu pejabat SKMM di Cyberjaya pada pagi Selasa.

"SKMM telah teliti di peringkat awalan, dan ada sebab untuk siasatan dilaksanakan, dan dengan itu satu kertas siasatan dibuka untuk siasat perkara ini bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.


Annuar memaklumkan mengenai perkara itu ketika ditemui media di Majlis Iftar Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) bersama MenKOMM (Menteri Komunikasi dan Multimedia) pada Isnin.

Klip video raya berkenaan yang memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut mencetuskan pelbagai reaksi kerana dikatakan kurang sesuai untuk tontonan masyarakat.

aliff

Individu terbabit dalam MV diberi notis untuk hadir ke MCMC.

MV tersebut menerima kritikan ramai kerana dikatakan bertentangan dengan budaya Melayu dan orang Islam, lebih-lebih lagi ia ditayangkan ketika di bulan Ramadan.

Dalam pada itu, Annuar turut mengesahkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menerima terlalu banyak aduan termasuk daripada Jabatan Perdana Menteri khususnya Hal Ehwal Agama dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung klip video itu.

Pada pagi Isnin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad turut memaklumkan klip video lagu raya yang dimuat naik oleh jutawan sensasi itu telah dirujuk kepada Jakim untuk dibawa kepada pihak berkuasa.

aliff u

MV lagu raya Aliff Syukri mengundang rasa kurang senang netizen.

Idris turut memberitahu dia terbuka untuk bertemu dengan pemilik video berkenaan sebagai tanda ingatan dan menjalinkan ukhuwah sesama Islam.

"Nasihat saya dengan penuh kasih sayang dan cintanya saya kepada insan-insan hebat yang mampu membangunkan ummah, agar klip video seumpama ini boleh dikeluarkan daripada disiarkan di mana-mana platform media, atau ia boleh di privasi hanya untuk tatapan peribadi pemilik video.

"Jika ada peluang, mungkin saya boleh bertemu mata bersama dengan empunya video ini, mungkin banyak perkara yang boleh dikongsi bersama. InsyaAllah," ujarnya. - The Star


TONTON VIDEO PILIHAN!

Monday, April 25, 2022

Perghhh !!! Pemandu teksi rakam aksi perkosa gadis Myanmar

 

Suspek mengambil mangsa di rumahnya dan menipu bahawa dia boleh membantu gadis itu mendapatkan pekerjaan. – Shutterstock


BANGKOK – Seorang pemandu teksi di Bangkok ditahan kerana merakam aksi dirinya memperkosa seorang gadis dari Myanmar, lapor laman berita Thaiger semalam.

-ADVERTISEMENT-

Mangsa sebelum itu dikatakan sedang mencari pekerjaan di Bangkok dan meminta ibu saudaranya membuat hantaran di Facebook untuk  membantunya mendapatkan kerja.

Suspek, Adirek Sae Bae, 39, dilaporkan meninggalkan komen pada hantaran tersebut dan memberitahu bahawa dia boleh menawarkan pekerjaan kepada mangsa.

Ads by Kiosked

Pada 1 April lepas, suspek mengambil mangsa di rumahnya dan membawa gadis itu ke sebuah motel lalu  memperkosanya. 

Mangsa diminta untuk menunggu di dalam sebuah bilik untuk melakukan ‘ujian saringan Covid-19’ sebelum suspek kembali dan menggari tangannya, merogol dan merakam insiden itu menggunakan telefon bimbit miliknya.

Menurut polis, suspek turut mencuri telefon bimbit milik mangsa dan merompak wang tunai sebanyak 500 baht (RM63.62) sebelum membawanya ke balai polis Klong Tan.

Sejurus tiba di balai polis, suspek memberitahu polis bahawa mangsa merupakan pendatang tanpa izin  yang tidak mempunyai pasport dan berlalu pergi. Mangsa bagaimanapun memberitahu polis perkara sebenar yang berlaku ketika disosial siasat dengan bantuan penterjemah.

Polis kemudian berjaya menahan suspek. Dia berdepan dengan dakwaan  merampas kebebasan seseorang berusia di bawah 18 tahun, kelucahan, rogol, penahanan haram, mencuri dan  memiliki pornografi kanak-kanak.  

Polis juga tidak akan mendakwa mangsa bagi kesalahan memasuki Thailand secara haram kerana dia merupakan mangsa kegiatan jenayah. 

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung