Nuffnang

Wednesday, October 31, 2018

Perghh !!! Dahsyatt Pemain bola di Brazil ditemui mati, kepala nyaris putus, kemaluan dipotong



Daniel Correa ditemui mati dalam keadaan mengerikan. Foto Golders/Coritiba

SEORANG pemain bola sepak profesional ditemui mati dalam belukar dengan kepalanya nyaris putus dan kemaluannya dipotong.
Polis berkatam Daniel Correa, 24, dibunuh dengan kejam dalam keadaan yang mengerikan.
Mayat pemain tengah Sao Paulo di Brazil itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu di Sao Jose dos Pinhais, di wilayah Curitiba.
Beberapa laporan di Brazil mendakwa punca kematian disebabkan oleh kecederaan akibat pisau.
Menurut media tempatan, mangsa kemungkinan diseksa sehingga mati.
Seorang pegawai polis berkata: "Ia merupakan keadaan yang sangat kejam berikutan penemuan mayat itu."
Correa menyertai Sao Paulo pada 2014, tetapi baru-baru ini dipinjamkan ke Sao Bento.
Pemain tersebut mempunyai kontrak bersama Sao Paulo sehingga Disember tahun ini.
Kelab Sao Paulo dalam satu kenyataan berkata: "Kelab Bola Sepak Sao Paulo amat berduka cita di atas kematian pemain tengah, Daniel Correa Freitas.
"Kelab bersimpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga beliau," tambah kenyataan itu. - Mirror Online

Tuesday, October 30, 2018

'ALLAH beri peluang kepada saya...'

 'ALLAH beri peluang kepada saya...'

'ALLAH beri peluang kepada saya...'
 Sony menunjukkan pas masuk pesawat Lion Air terbabit yang telah dicetak olehnya.


JAKARTA - INDONESIA. Pegawai Kementerian Kewangan ini sememangnya bernasib baik kerana terselamat daripada tragedi pesawat Lion Air, JT 610.
"Saya berasal dari Bandung. Jadi, setiap minggu saya akan pulang dan menaiki pesawat awal pagi," jelas Sony Setiawan kepada wartawan di Pangkalpinang, hari ini.
Menurutnya, dia biasanya tiba di Jakarta tepat jam 3 pagi (waktu tempatan) dari Bandung.
Namun, Sony terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas di Cikampek hingga menyebabkan dia terlepas pesawat kerana tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta itu pada jam 6.20 pagi.
Dia kemudiannya mengambil penerbangan Sriwijaya Air pada jam 9.40 pagi.
"Selepas mendengar kejadian yang menimpa pesawat Lion Air. Saya menangis kerana terkejut bercampur sedih berikutan enam sahabat saya turut berada dalam pesawat itu. ALLAH memberi peluang kepada saya untuk memperbaiki diri," ujarnya sambil menambah berasa tidak sedap hati sejak petang semalam.
Menurutnya, dia turut mencetak pas masuk kerana takut terlambat. - Agensi

Monday, October 29, 2018

TErkini !!!! Serpihan pesawat Lion Air, barangan milik mangsa ditemui di perairan Indonesia


Serpihan pesawat Lion Air, barangan milik mangsa ditemui di perairan Indonesia




PESAWAT Lion Air yang membawa 188 penumpang disahkan terhempas dalam laut, ujar agensi mencari dan menyelamat negara Indonesia.
Pihak berkenaan dilaporkan menemui serpihan seperti jaket keselamatan di perairan utara Jawa.
Pasukan penyelam juga dikatakan sedang bertungkus-lumus bagi mencari mangsa di kawasan tersebut.
Muhammad Syaugi, ketua agensi mencari dan menyelamat berkata, pihaknya berdoa agar mangsa yang masih hidup dapat ditemui.
"Kami tak dapat pastikan lagi jika ada yang terselamat," ujarnya ringkas.

Antara barangan dipercayai milik mangsa penerbangan Lion Air yang ditemui di sekitar perairan Karawang.
Sementara itu, agensi bencana Indonesia turut memuat naik beberapa keping foto barangan seperti telefon, buku, bag dan bahagian pesawat yang dikutip oleh pasukan pencarian ke laman Twitter.
Yusuf Latif, jurucakap Lion Air berkata juruterbang pesawat malang itu melaporkan masalah teknikal sejurus berlepas, sebelum ia terputus hubungan 13 minit selepas itu.
Ujarnya lagi, krew sebuah kapal tunda turut melaporkan melihat pesawat itu terhempas.
Penerbangan Lion Air JT-610 itu berlepas pada pukul 6.20 pagi sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan pada 6.33 pagi.

Pesawat itu sepatutunya tiba di Pangkal Pinang, 7.20 pagi ini.
Ia kali terakhir direkodkan terbang pada ketinggian 3,650 kaki (1,113 meter) dan kelajuannya meningkat kepada 345 knot, menurut data yang dirakam laman web itu.

Tompokan minyak kelihatan di perairan Karawang dipercayai milik pesawat Lion Air.
Kedudukan terakhir pesawat itu adalah kira-kira 15 kilometer di utara pantai Indonesia, menurut rujukan Google Map mengenai kedudukan terakhir yang dilaporkan Flightradar24.
Menurut Flightradar 24, pesawat itu merupakan model Boeing 737 MAX 8.
Pesawat itu berlepas kira-kira pukul 6.20 pagi dan dijangkan mendarat di Bangka-Belitung pada pukul 7.20 pagi.
"Kami tidak boleh memberi sebarang komen ketika ini.
"Kami cuba mengumpul semua maklumat dan data," kata Ketua Eksekutif Kumpulan Lion Air, Edward Sirait.
Lion Air merupakan salah sebuah syarikat penerbangan terbesar dan baharu di Indonesia.
Ia menghubungkan penumpang ke laluan domestik dan juga antarabangsa. - ABC.Net.Au

Perghhh Tediaa !!! LTAPP banjir lagi akibat 'hujan luar biasa'


LTAPP banjir lagi akibat 'hujan luar biasa'



GEORGE TOWN: Hujan yang berterusan selama 90 minit mengakibatkan banjir kilat di ruang menunggu untuk pelepasan bagi pesawat turboprop di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).
Seramai 28 penumpang terpaksa berjalan dengan air sehingga paras buku lali sebelum menaiki pesawat untuk penerbangan ke Lapangan Terbang Subang.
Sebahagian mereka terpaksa menanggalkan kasut dalam insiden pada pukul 9.30 pagi Ahad.
Pengurus kanan operator lapangan terbang Malaysia Airports Sdn Bhd (MASB), Mohd Nadzim Hashim berkata, keadaan air semakin surut dalam masa 15 minit.
"Banjir disebabkan oleh hujan lebat yang luar biasa, dengan hujan dicatatkan pada 48mm dalam masa 90 minit.
"Kami tidak dapat meletakkan semula pesawat ke tempat yang lain kerana ia sedang menunggu masa untuk berlepas," katanya ketika dihubungi.
Selepas penumpang menaiki pesawat, Mohd Nadzim berkata, ruangan tersebut ditutup selama sejam untuk tujuan pembersihan.
Beliau berkata, semasa hujan lebat, semua tangki takungan air (OSD) di LTAPP berfungsi dengan baik.
Ia bukan kali pertama LTAPP mengalami banjir. Insiden sebelumnya termasuk pada November 2013 dan Julai 2016. - The Star


Sunday, October 28, 2018

Perghhh..Kantoii !! Lelaki gila seks dalam tren berjaya ditahan


  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Seorang lelaki berkelakuan lucah ketika berada dalam sebuah tren akhirnya berjaya di tahan polis.
Kelakuan lelaki tersebut yang asyik berkelakuan lucah dirakam dan menjadi tular sejak Rabu lalu.
Menurut Rapid KL, lelaki tersebut ditahan oleh polis bantuan di LRT Universiti dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Diharap para pengguna yang lain sentiasa mengawasi persekitaran ketika di dalam tren, bas atau di mana-mana sahaja anda berada.
"Jangan asyik dengan telefon saja...keselamatan anda, sentiasa menjadi keutamaan kami," ujar Rapid KL di laman Facebooknya lewat Jumaat malam.
Rabu lalu, seorang pengguna Facebook Aryssa Fahmi berkongsi berkongsi pengalaman buruk ketika berada di dalam tren apabila berada berdekatan dengan lelaki itu.


Dia sempat merakam kelakuan lelaki itu dan berkongsi di Facebook.
Sementara itu, rata-rata netizen lega dengan penangkapan lelaki tersebut.

Saturday, October 27, 2018

Padah nak Cantik !! Pelajar 'buta' dua jam selepas bulu mata palsu melekat guna gam kuku


20mata%20palsu.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
Megan Rixson memberitahu dia tidak dapat melihat selama dua jam. Foto Deadline News
  (Ubah saiz teks)
SEORANG pelajar di United Kingdom mendakwa tidak dapat melihat selama dua jam selepas kelopak matanya tertutup akibat tersalah pasang bulu mata palsu.
Megan Rixson menggesa pengikut media sosialnya supaya amat berhati-hati apabila memasang bulu mata palsu mereka.
Pelajar kriminologi di Universiti Bedfordshire, England itu memuat naik video di akaun Twitternya, menunjukkan kerosakan akibat gam yang digunakan pada matanya ketika itu.
Megan, 20, menerima 'rawatan' pada Jumaat lalu di sebuah kedai di Luton, Bedfordshire.
Menerusi keterangan video, dia berkata: "Gadis-gadis semua sila amat berhati-hati bila anda nak pakai bulu mata palsu!
"Ia berlaku pada saya hari ini dan mereka menggunakan gam kuku pada bulu mata saya. Jujurnya, saya tak dapat lihat selama dua jam.
"Syukurlah, kesan bengkak dah berkurangan, tetapi masih rasa sangkit yang amat sangat," katanya. 
Menerusi video itu, Megan memberitahu air mata yang dilihat itu bukan disebabkan dia menangis tetapi kerana matanya sentiasa berair akibat kejadian itu.
Malah dia menunjukkan mata kanannya terasa panas dan mendedahkan mata kirinya sukar untuk dibuka.
Megan kemudian berkata, semua pandangannya begitu sangat kabur. - Mirror Online

Friday, October 26, 2018

Tediaaaa !!! Demi 'awek' lelaki ini buat empat kerja serentak, boleh kahwin cepat!

PETALING JAYA: Bagi sesetengah individu, satu pekerjaan sudah cukup untuk buat mereka 'pening kepala'.
Tapi bagaimana dengan mereka yang melakukan empat kerja serentak? Kedengaran mustahil, namun itulah yang dilakukan oleh seorang pemuda demi mengumpul wang untuk melangsungkan perkahwinan.
Berkongsi kisah itu menerusi laman Twitter, kesungguhan Amin Fadhil Shaari, 24, menarik perhatian ramai.
Menurut pemuda yang berasal dari Wangsa Maju ini, dia menyimpan hasrat untuk membina mahligai rumah tangga dalam tempoh dua tahun lagi.
"Sebelum ini saya buat tiga kerja sahaja. Saya menawarkan perkhidmatan membaiki telefon, berniaga air koko di pasar malam dan membantu keluarga jual baju di Jalan Tun Abdul Razak (TAR).
"Sekitar sebulan lalu, saya tambah lagi satu kerja, saya buat khidmat penghantaran makanan Foodpanda.
"Bagi saya, makin cepat saya kumpul duit tu, lagi cepat majlis kahwin dapat dilangsungkan. Kalau boleh nak dipercepatkan," ujarnya sewaktu dihubungi mStar Online, Khamis.


Perkongsian Amin di Twitter menarik perhatian ramai dan membuka pintu rezeki untuknya.
Dalam pada itu, Amin juga tidak menyangka perkongsiannya di Twitter berupaya membuka peluang rezeki dan membantu dirinya mengumpul pelanggan baharu.
Tweet berkenaan menerima reaksi luar biasa netizen apabila ia menerima lebih 21,000 ulang kicau (retweet).
"Kalau sebelum ni, perkhidmatan membaiki telefon yang saya usahakan menerima sekitar tiga atau empat pelanggan je dalam seminggu.
"Selepas viral, dalam sehari saya dapat tiga empat orang. Kuasa viral kalau digunakan dengan betul, pastinya bermanfaat," katanya lagi.
Rata-rata netizen turut memberi kata-kata sokongan dan menyifatkan usahanya sebagai satu pengorbanan yang mulia.
"Aku doakan agar usaha kau diberkati dan diterima sebagai amal. InsyaAllah majlis kahwin tu perkara mudah," tulis @M_Al_Fitri.
"Saya bangga ada anak muda yang tekun berusaha untuk apa yang ingin dicapai. Semoga Allah berikan rezeki yang kamu ingini," tulis @polarbearz8 pula.

Selain khidmat penghantaran makanan dan membaiki telefon, Amin turut berniaga air koko dan pakaian di Jalan TAR.
Berhubung reaksi positif netizen yang membanjiri tweet berkenaan, Amin mengakui terharu dengan sokongan yang diberikan.
"Setakat ini saya tak pernah rasa nak putus asa walaupun buat empat kerja. Kalau penat, tidur. Bangun esok OK lah.
"Saya terharu ramai yang doakan saya, jadi pelanggan saya. Terima kasih sebab bagi sokongan dan sudi bagi rezeki pada saya," ujarnya lagi.

Thursday, October 25, 2018

Perghhh !!! Terperangkap dalam Ferrari, Datuk Rafiena minta bantuan JPAM


=620&h=413&crop=1&/
Rafiena berkongsi kejadian anak kucing kesayangan terperangkap dalam kereta mewah miliknya. Foto Instagram @datorafiena
  (Ubah saiz teks)
GARA-GARA haiwan kesayangan terperangkap dalam enjin kereta, penerbit drama dan pelakon Datuk Rafiena Ezanee Ramli terpaksa menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bagi membantu mengeluarkan si comel itu.
Menurut Rafiena, 35, kejadian berlaku di kediamannya ketika dia mahu memulakan perjalanan ke pejabat yang terletak di Shah Alam, Selangor.
"Pagi tu terkejar-kejar nak pergi mesyuarat tapi kucing buat hal sesat pula dalam Ferrari, dalam banyak-banyak kereta pandai pula dia pilih kereta tu.


Rafiena berkongsi kejadian tersebut di Instagram.
"Anak kucing berusia tiga bulan itu memang saya bela dan suka bermain di kawasan parkir kereta.
"Terpaksa panggil JPAM untuk bantu keluarkan, tapi kucing itu masih tak mahu keluar," katanya kepada mStar Online.
Penerbit drama Syurgaku Tak Sempurna ini berkata kucing tersebut terperangkap di bahagian enjin sehingga dia perlu membawa kenderaan tersebut ke bengkel.


Anak kucing itu berjaya diselamatkan.
"Balik dari pejabat, tengok tak selesai juga, kesudahannya kena towing bawa pergi workshop.
"Kucing itu dipercayai masuk melalui lubang di bawah kereta dan berjalan sehingga ke kawasan enjin lalu terperangkap di situ.
"Alhamdulillah, ia berjaya dikeluarkan dengan selamat tanpa kecederaan, cuma bulunya sahaja yang comot," katanya.

Wednesday, October 24, 2018

Fuh Dahsyatt Dua pelajar buat laporan polis dakwa diliwat pengetua



Gambar hiasan.

KEPALA BATAS: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dua laporan yang masing-masing dibuat oleh murid Tahun Lima dan pelajar Tingkatan Satu, mendakwa mereka diliwat oleh pengetua sebuah sekolah menengah di sini.
Kedua-dua pelajar terbabit membuat laporan polis pada Selasa mendakwa diliwat pengetua berusia 55 tahun tersebut pada hujung minggu lalu selepas memaklumkan kejadian kepada keluarga masing-masing.
Menurut sumber, mereka dihantar ke Hospital Kepala Batas bagi pemeriksaan sebelum dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaan lanjut dan mendapati ada kecederaan di bahagian kemaluan masing-masing.
"Dua mangsa mendakwa diliwat pengetua itu ketika mereka menyertai satu program pendidikan di sekolah (menengah) berkenaan. Lelaki itu akan dipanggil pihak polis untuk direkodkan keterangan," katanya di sini Selasa.
Menurut sumber selain dua mangsa berkenaan, beberapa pelajar lain turut mendakwa diliwat pengetua terbabit dan mereka dijangka membuat laporan polis pagi Rabu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - BERNAMA

Tuesday, October 23, 2018

Fuhhh !!! Siang ambil dadah, malam mengajar al-Quran sebelum akhirnya ‘tawar hati’


?w=620&h=413&crop=1&/
A (kiri) bersama mereka yang kini meniti perjalanan untuk istiqamah berubah menjadi insan lebih baik. - Sinar Harian
  (Ubah saiz teks)
KUALA BERANG: Mungkin ada yang anggap ia senario yang kurang munasabah apabila ada seorang penagih dadah mengambil dadah di siang hari, sebaliknya mengajar al-Quran waktu malam.
Namun itulah antara pengalaman seorang bekas penagih dadah dikenali sebagai A, 39, yang benar-benar percaya al-Quran bukan sekadar kalam suci tetapi sebagai pedoman dan panduan dalam hidup.
Menurutnya yang berasal dari Selangor, pengalamannya belajar di sekolah pondok membolehkan dia dapat membaca al-Quran apatah lagi ayahnya merupakan seorang ustaz.
"Saya mencuba barang terlarang itu sejak usia 14 tahun sewaktu belajar di sekolah pondok dan kerana dadah, saya dibuang dari madrasah selain pernah juga dipenjarakan atas kesalahan berkaitan dadah.
"Setelah lalui pelbagai pengalaman hidup dan bertukar-tukar kerja, pada 2016, saya kerja sebagai tukang baiki jam tangan dengan seorang tauke. Waktu itulah, sebelah malam saya mengajar mengaji.


Gambar hiasan. - FOTO Pixabay
"Walaupun saya seorang penagih dadah tetapi dapat kawal dan ramai yang tidak ketahui cerita siapa saya sebenarnya. Fizikal pula tidaklah kursus seperti seorang penagih dadah.
"Cara ini dapat kaburi mata masyarakat paling penting ialah saya tidak mahu lagi ibu bapa rasa malu dengan jiran tetangga atas kelakuan saya sebelum itu setelah ramai yang tahu saya terlibat dengan dadah," katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Tambah anak bongsu daripada lima beradik ini, ayahnya tetap berfikiran positif dan percaya dirinya mampu kembali ke pangkal jalan dengan syarat sentiasa dekatkan diri dengan al-Quran.
Katanya, dia meneruskan dunia penagih dadah serta guru al-Quran itu selama lebih kurang setahun dan lama-kelamaan rasa seperti 'tawar hati' untuk mengambil dadah sehinggalah dia nekad berhenti.
"September tahun lepas, saya datang ke sini dengan sepenuh harapan untuk berubah bersama impian keluarga yang begitu harapkan saya dapat kembali ke landasan betul.
"Kalau tidak kerana kesungguhan ayah dan keyakinannya untuk saya terus dekatkan diri dengan al-Quran, saya tidak tahu macam mana nasib diri saya sekarang ini.
"Ayah selalu pesan jangan tinggal al-Quran kerana rujukan seluruh kehidupan kita ada di dalamnya dan al-Quran adalah pedoman serta panduan hidup," ujarnya. - Sinar Harian

Monday, October 22, 2018

Fuh Teria !!!Wanita nekad terjun bangunan elak jadi mangsa rogol dua kawan lelaki


crop=1&/
Gambar Hiasan
  (Ubah saiz teks)
SEORANG wanita mengalami kecederaan akibat terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan untuk mengelakkan dirinya menjadi mangsa rogol.
Menerusi kejadian di Jaipur, India, mangsa yang berusia 32 tahun itu terjun dari kediamannya pada Sabtu lalu, menyebabkan berlakunya keretakan tulang kaki.
Polis dimaklumkan mengenai kejadian itu sekitar pukul tujuh pagi setelah beberapa penduduk melihat wanita itu terjun dari kediamannya.
"Selepas kami tiba, penduduk memaklumkan mereka ternampak wanita itu bersama dua lelaki pada malam kejadian.
"Kemudian orang ramai dengar dia menjerit sebelum lihat dia sudah terjatuh di lokasi kejadian," ujar seorang pegawai polis.
Siasatan mendapati, mangsa mempunyai hubungan dengan salah seorang suspek.
Namun, dia bertindak terjun dari bangunan apabila suspek kedua cuba untuk memperkosanya.
"Mangsa memang ada hubungan dengan lelaki pertama. Tetapi lelaki itu turut bersubahat apabila temannya mahu memperkosa mangsa.
"Mangsa tengok tingkap balkoni terbuka lantas dia terjun untuk menyelamatkan diri," ujar anggota itu lagi.
Menurut pihak berkuasa, dua suspek sudah pun dikenal pasti.
Sementara itu, mangsa kini ditahan di Hopsital Jaipuria kerana kecederaan dalaman.
"Mangsa bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan di kepala. Dia kini dalam pemantauan," ujar pihak hospital.-Times of India

Sunday, October 21, 2018

Fuh Tedia..Bapa Khabib pelawa McGregor datang ke Rusia sertai Sambo

Bapa Khabib pelawa McGregor datang ke Rusia sertai Sambo


  (Ubah saiz teks)
BAPA Khabib Nurmagomedow menjemput Conor McGregor datang ke Rusia walaupun petinju dari Ireland itu menghina keluarganya.
McGregor melabelkan Abdulmanap Nurmagomedov sebagai 'pengecut' menjelang pertarungan UFC229 dengan anaknya, Khabib.
Meskipun Conor menghina agama mereka, Abdulmanap memutuskan untuk memaafkan petinju tersebut.
Abdulmanap yang tidak dapat hadir menyaksikan pertarungan anaknya di Las Vegas kerana visanya untuk ke Amerika telah ditolak, mahu Conor menghadiri kejohanan Sambo di Dagestan pada Disember ini.
Sambo adalah sukan pertempuran di Rusia atau singkatannya bermaksud 'pertahanan diri tanpa senjata'.


Khabib bersama 18 'saudaranya'.
"Tetamu yang dikenali, saya menjemput rakan rapat kami Oleg Taktarov (pelakon dan bekas petinju UFC) dan McGregor sekali lagi ke kejohanan tersebut.
"Saya kata saya mahu maaafkannya, adalah penting untuk bersikap baik hati," kata Abdulmanap menerusi sebuah video yang diambil di dalam sebuah kereta.
Seorang lagi rakan yang turut berada di dalam kereta itu berkata McGregor akan teruja dengan layanan istimewa orang Islam terhadapnya.
Khabib dijangka menolak pertarungan semula bernilai 11 juta pound sterling dengan McGregor.
Selepas bertemu dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, Khabib dilihat banyak meluangkan masa dengan teman rapat dan juga keluarganya.
Malah dia turut memuatnaik gambar bersama dengan 18 'saudara'.
Khabib berkata:"Semoga Allah memberikan a

Saturday, October 20, 2018

Perghh Budak 12 tahun raba wanita dalam bas, kakak minta ‘settle’ tak bagi lapor


  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Biarpun baru berusia 12 tahun, perlakuan keji seorang kanak-kanak lelaki mengundang kemarahan pelayar media sosial.
Menerusi satu posting yang ditularkan di laman Facebook, seorang wanita berkongsi kisahnya yang hampir dicabul dalam sebuah bas baru-baru ini.
Wanita berkenaan, Nuraishah Laziman, 26, dalam perjalanan dari Butterworth, Pulau Pinang ke Putrajaya sebelum tersedar sekitar 2.30 pagi akibat percubaan ‘liar’ kanak-kanak itu.
“Sewaktu sedang nyenyak tidur, saya rasa macam ada orang sentuh sekitar leher. Rupanya lelaki tu sedang masukkan tangan melalui kolar baju saya.
“Saya buka mata, nampak dia sedang berdiri dari kerusi hadapan dan membongkokkan badannya merapati saya.
“Memang terkejut dan menggigil masa tu, dia pun terus tarik tangan dan kembali duduk di kerusinya,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.
Dia yang mesra disapa Sha bagaimanapun hanya berdiam diri pada waktu itu dan tidak mahu menimbulkan kekecohan kerana semua penumpang lain sedang nyenyak tidur.
Malah, dia juga menyangka si pelaku merupakan seorang lelaki dewasa berdasarkan fizikalnya yang tinggi.
Sekitar sejam selepas kejadian itu, dia yang tidak dapat melelapkan mata terlihat lelaki itu seolah-olah sedang mendekati kerusi seorang penumpang lain, berkemungkinan untuk mencuri barangan peribadi miliknya.
“Saya terus suluhkan lampu telefon ke bahagian kepala dia dan tanya apa yang sedang dilakukan.


Posting Sha yang tular di media sosial.
“Wanita bersebelahannya yang sedang tidur pun saya kejutkan. Rupanya dia kakak kepada lelaki itu.
“Setelah disoal, dia mengaku lelaki itu merupakan adik kandungnya yang baru berusia 12 tahun,” ujar Sha yang terkejut apabila mengetahui usia sebenar si pelaku.
Menurut Sha lagi, wanita itu kemudian memohon maaf bagi pihak adiknya setelah dia menceritakan apa yang berlaku ketika dia sedang nyenyak tidur.
“Kakak dia pun macam nak menangis, tak sangka adik dia buat macam tu, dia minta settle dan tak nak besarkan kes ini.
“Yang saya geram, adik dia buat muka tak bersalah je. Ikut hati memang rasa marah, tapi saya kesian pada kakaknya. Bila fikir balik, menyesal tak lempang muka dia,” katanya lagi.
Wanita itu turut memaklumkan bahawa dia dan adiknya dalam perjalanan pulang ke ibu negara setelah menziarahi datuk mereka yang sedang sakit.
Sementara itu, Sha yang tidak membuat sebarang laporan mengenai kejadian itu mengakui serik untuk menggunakan perkhidmatan bas pada masa akan datang.
Tambahnya, biarpun kejadian berlaku pada Isnin lalu, perasaan trauma masih menebal dan gambaran peristiwa itu juga masih terbayang jelas di mindanya.
Perkongsian Sha di laman Facebook turut menerima reaksi orang ramai yang rata-ratanya mengaku terkejut dengan perlakuan kanak-kanak tersebut.
“Like what? Baru 12 tahun, eeee jijiknya perangai. Baju pun parents belikan lagi ada hati nak meraba orang. Patut bagi tamparan maut je, baru tahu tinggi rendah langit tu... ishh geram pulak rasa,” tulis Tyra Mohamad.
“Allahu.. ingat orang besar (dewasa), sekali budak lagi. Kesian ada, nak marah pun ada,” tulis seorang lagi pelayar Facebook.

Friday, October 19, 2018

Tedia!!!!! 'Awan bergulung' undang bahaya


'Awan bergulung' undang bahaya

 'Awan bergulung' undang bahaya
KULIM - Jabatan Meterologi Malaysia menyatakan fenomena awan bergulung yang ditularkan di media sosial sejak pagi tadi adalah disebabkan penumpuan angin di kawasan utara Semenanjung.
Dalam satu maklum balas emel yang dihantar Unit Komunikasi Korporat Jabatan Meterologi Malaysia turut menyatakan awan tersebut juga dikenali sebagai awan rak atau shelf cloud.
"Biasanya awan ini terbentuk semasa kejadian garis badai iaitu garisan ribut petir multisel yang bersaiz sehingga beberapa ratus kilometer.
"Dan ia bergerak serta menyebabkan hujan lebat, angin kencang dan petir,"katanya.
Beliau berkata, kejadian ini juga mempunyai jangka hayat sehingga beberapa jam lamanya.
"Orang ramai yang terlihat awan rak ini dinasihatkan agar tidak berada di kawasan terbuka.
"Mereka juga dinasihatkan berlindung di dalam bangunan yang kukuh, dan jauhi struktur tinggi seperti pokok, tiang elektrik dan lain-lain serta struktur tidak kukuh,"katanya.

Thursday, October 18, 2018

Perghhh Sempoiii !!! Macam ombak betul! "Aku pun tak sangka boleh lukis laut dan ombak ni"

Macam ombak betul! "Aku pun tak sangka boleh lukis laut dan ombak ni"


PETALING JAYA: Bakat melukis yang dimiliki oleh wanita muda ini berjaya mencuri tumpuan netizen selepas karyanya dimuat naik di Twitter pada Ahad.
Karya Nornasha Shafiqa Anuar, 21, bertemakan laut dalam dan ombak itu turut menarik minat pengguna Twitter untuk membeli lukisan-lukisan yang dihasilkannya.
Kata artis tiga dimensi (3D) itu, dia menerima banyak permintaan daripada pengguna media sosial sejak posting tersebut tular.
"Lebih 50 orang yang hantar DM (pesanan terus) dan tanya tentang lukisan tu kerana berminat nak beli.
"Setakat ini, saya sudah jual tiga daripada sembilan lukisan ombak dan laut dalam," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Nornasha Shafiqa mendapat inspirasi lukisan laut dalam dan ombak daripada lagu The Beach.
Harga bagi setiap lukisan adalah bergantung kepada saiz, bahan-bahan yang digunakan dan masa yang diluangkan untuk menyiapkannya.
Setakat ini, bebenang yang dimuat naik oleh Nornasha Shafiqa di Twitter itu menerima 12,289 tanda suka (likes) dan 9,331 ulang kicau (retweets).
Tambah lulusan diploma animasi 3D dari Akademi KRU itu, dia menghasilkan karya dengan tema tersebut kerana keinginan untuk bersiar-siar di kawasan pantai.
Jelasnya, lukisan-lukisan tersebut dinamakan 'bawa aku ke pantai' selepas mendapat inspirasi daripada lagu dendangan Bil Musa yang berjudul The Beach.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/10/17/lukisan-ombak-viral/~/media/8f58eead76984d83821309e2e4dfc8c4.ashx?la=en
Ruang kerja Nornasha Shafiqa.
"Dalam lirik lagu tu ada baris 'bawa aku ke pantai' dan saya cuba terjemahkan ke dalam lukisan.
"Saya ni seorang yang pemalu dan pendiam. Jadi, saya banyak luangkan masa dengan melukis," ujarnya sambil menambah aktiviti itu dilakukan pada setiap hujung minggu.
Karya yang dihasilkan Nornasha Shafiqa kelihatan seperti lukisan ombak sebenar yang kadang kala diinspirasikan daripada filem dan gambar di internet.
Bagi wanita itu, dia tidak terlintas untuk meraih pendapatan sampingan daripada lukisan-lukisannya kerana pada awalnya menganggap ia sekadar satu hobi.
"Bagi saya, siapa yang ada kelebihan tu beruntung sebab mungkin daripada hobi boleh jadi sumber pendapatan sampingan," ujarnya.

Wednesday, October 17, 2018

Tragedi Palu: Sigi hampir lenyap ditelan bumi, penduduk sangka kiamat


Tragedi Palu: Sigi hampir lenyap ditelan bumi, penduduk sangka kiamat



KOTA PALU (Sulawesi Tengah): “Dengan satu goncangan pada petang itu, semuanya musnah. Dalam sekelip mata, saya sendiri melihat perkampungan ini hampir lenyap ditelan bumi,” kata Usman Ali, 45, menceritakan bencana dahsyat gempa bumi yang melanda kampung halamannya di Sibalaya, Sigi, di sini.
Mengimbas kembali kejadian pada petang 28 September itu, Usman berkata dia berada di rumah sedang mengambil wuduk mahu menunaikan solat Maghrib sebelum terdengar bunyi guruh yang sangat kuat.
“Saya kemudian menjengah ke luar, dan pada ketika itulah gempa bumi mula menggoncang perkampungan ini.
“Jeritan dan tangisan kedengaran di mana-mana, saat itu juga mata ini menyaksikan tanah-tanah di kawasan tanaman sawah dan pokok kelapa yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah mula merekah, memuntahkan lumpur-lumpur ke permukaan.
“Bang, ketika itu saya fikir dunia ini sudah mahu kiamat bang, benar saya lihat bumi bergoncang, benar saya lihat tanah itu merekah dan menelan warga-warga kampung yang berada di atasnya,” katanya.
Usman, yang menjalankan kerja-kerja kampung untuk meneruskan kelangsungan hidup bujangnya ditemui Bernama ketika pulang untuk menyaksikan kesan runtuhan rumahnya.
“Sahaja pulang bang, mahu cari selipar, berapa hari sudah ini saya berkaki ayam,” katanya dalam nada sebak.
Rezeki Usman, dia kemudian menerima sepasang selipar disumbangkan seorang sukarelawan yang kebetulan berada di kawasan itu.
Perbualan wartawan bersama Usman beberapa kali terhenti, malah air matanya tidak berhenti mengalir selain pertuturannya kurang lancar kerana teresak-esak.
Mungkin atas kesedihan yang mendalam mengimbau kisah menyayat hati itu, Usman tidak bersetuju untuk wartawan merakamkan perbualan bersamanya.
“Kita sembang begini sahaja saya lebih selesa ya bang” ujarnya.
Tinjaun wartawan Bernama bersama jurugambar menggunakan rakaman ‘drone' jelas menunjukkan hampir keseluruhan perkampungan Sibalaya termasuk sawah padi dan ladang tanaman musnah dengan anggaran keluasan seperti dua puluh padang bola sepak.
Menurut Usman, beliau berjaya menyelamatkan diri kerana segera keluar dari rumah saat gempa mula menggoncang sebelum berlari berkaki ayam mencari perlindungan di sekitar laluan masuk perkampungan itu yang dilihat sebagai kawasan tunggal tidak ditelan bumi.
Gempa bumi 7.7 pada skala Richter dan tsunami yang melanda Palu, 28 September lalu setakat ini telah mengorbankan lebih 2,000 nyawa dengan lebih 30,000 lagi penduduk terkesan akibat tragedi berkenaan. -Bernama

Perghh!!!! Siti Kasim sahkan digantung dari Facebook 30 hari


  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Peguam dan aktivis Siti Kasim serta aktivis sosial Mujahidn Zulkiffli digantung sementara dari Facebook kerana mendedahkan maklumat peribadi berkaitan saman Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Ya saya kena banned dari facebook kerana dedahkan maklumat peribadi Anwar, tetapi maklumat itu sebenarnya memang sudah ada dalam internet.
"Saya tak faham kenapa Facebook banned saya dan Mujahidin. Akaun miliknya digantung 24 jam manakala saya selama 30 hari kerana dikatakan melanggar polisi Facebook," ujarnya kepada The Star pada Isnin.
Siti berkata, dia tidak dibenarkan membuat apa-apa posting di Facebook bermula Sabtu lalu dan beranggapan ia berlaku disebabkan laporan yang dibuat orang ramai.
Ujarnya, pihak Facebook sepatutnya membuat siasatan terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan sedemikian.
"Akaun Facebook saya digantung kerena mendedahkan maklumat peribadi dan ia melanggar standard komuniti Facebook biarpun ia diperolehi secara sah menerusi sumber awam.
"Nombor pendaftaran kereta dan nombor kad pengenalan bukanlah rahsia kepada orang awam kerana dia sendiri pernah berhadapan kes mahkamah beberapa kali," ujarnya lagi.
Mujahidin yang mendakwa dirinya merupakan pengarah urusan New Malaysia Times berkata, dia hanya menggunakan SMS dan membayar RM0.50 sen untuk mendapatkan maklumat tersebut.
Menerusi posting yang dibuat olehnya, Mujahidin turut mendedahkan isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mempunyai empat saman tertunggak manakala Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali mempunyai dua saman.
Tambahnya lagi, Rafizi Ramli pula mempunyai 22 saman tertunggak berjumlah RM8,730.

Monday, October 15, 2018

Tauladan !!!! "Saya sampai tak boleh tidur" - Pemandu GrabCar terlalu baik, penumpang macam tak percaya



"Saya sampai tak boleh tidur" - Pemandu GrabCar terlalu baik, penumpang macam tak percaya


Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/10/14/pemandu-grabcar-tular/#ERD9YSv1RK9zSPS4.99

PETALING JAYA: Kisah seorang pemandu e-hailing yang enggan mengambil bayaran daripada pelanggannya tular di media sosial dan menerima pujian netizen.
Pelanggan bernama Zamri Mohamed, 41, berkata, dia memuat naik posting tentang insiden itu di Facebook kerana tidak sempat mengucapkan terima kasih kepada pemandu GrabCar berkenaan.
"Sudahlah dia tolong mengangkat saya yang berkerusi roda ke dalam keretanya dari mula sampai habis, kemudian bila dah sampai destinasi, dia enggan ambil bayaran pula.
"Saya hulur duit nak bayar, tapi dia tak nak ambil dan macam bergegas pergi tanpa saya sempat ucap terima kasih," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.
Zamri yang menghidap kanser paru-paru tahap empat menggunakan khidmat pemuda tersebut untuk perjalanan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pulang ke rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya.

Zamri.
Caj bagi perjalanan sejauh hampir 20 kilometer itu adalah RM24.
Menurut bapa kepada lapan anak itu, keikhlasan pemandu tersebut membuatkan dirinya terharu dan seolah-olah tidak percaya dengan sikap murni yang ditunjukkan oleh pemuda berkenaan.
Katanya, pemuda berusia lingkungan 20-an tersebut bertubuh sasa dan memiliki ketinggian enam kaki.
"Mungkin dia simpati dengan saya. Dia juga tawarkan untuk hantar saya naik ke atas (rumah), tapi saya cakap saya boleh naik ke sendiri.
"Saya berasa ralat sampai tak boleh tidur dan terfikir apa yang perlu dilakukan. Saya muat naik tentang insiden itu di Facebook kerana saya nak cari dia memandangkan saya tidak memiliki nombornya," jelas Zamri.

Tambah bekas pemandu lori berkenaan, pemandu GrabCar tersebut ada menghubunginya menggunakan nombor yang disertakan di Facebook selepas posting itu tular.
Kata Zamri, pemuda itu memintanya agar tidak menceritakan tentang kejadian tersebut di Facebook kerana dia berasa segan.
Pada posting tersebut, Zamri turut memuat naik gambar pemandu bernama Hanif Rusli, namun jelasnya, ia bukanlah gambar sebenar pemandu yang membantunya.
"...yang netizen tak tahu, nama Hanif tu bukan pemandu tersebut. Hanif ialah abang dia dan dia terpaksa guna akaun abangnya kerana akaunnya telah digantung oleh pihak GrabCar.
"Mungkin sebelum ini, dia pernah tolak tempahan pelanggan beberapa kali," jelas Zamri yang kerap berulang alik ke HKL seorang diri dengan menaiki Grabcar

Sunday, October 14, 2018

Perghhh !!!Cacing 15 sentimeter 'berkhemah' dalam mata


%20mata.ashx?w=620&h=413&crop=1&/

SEEKOR cacing berukuran 15 sentimer dikeluarkan daripada mata seorang lelaki berusia 60 tahun.
Lelaki tersebut yang namanya dirahsiakan tiba di sebuah hospital Karnataka, India dalam keadaan yang tidak selesa pada matanya.
Dia kemudian bertemu dengan Dr Srikanth Shetty yang membuat keputusan perlu mengambil tindakan segera untuk membuang cacing itu memandangkan ia boleh memberi kesan kepada pandangan.
Cacing itu itu dikenali Wuchereria Bancrofti sejenis cacing bulat yang disebarkan melalui gigitan nyamuk.-mirror.co.uk

Saturday, October 13, 2018

Tediaa..!! Sikap bongkak... pekerja syarikat grafik bakal diheret ke mahkamah sebar ‘Munafik 2’


mstar.com.my/~/media/upload/2018/10/12/18/43/munafik%20finas.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
Yusof Haslam (tiga dari kanan) kesal dengan penyebaran filem Munafik 2 secara haram. Turut kelihatan Syamsul (dua dari kanan) dan mereka yang terlibat dalam filem berkenaan.
  (Ubah saiz teks)
AMPANG: Seorang kakitangan sebuah syarikat grafik di Perak bakal berhadapan tindakan undang-undang kerana didakwa menyebarkan filem Munafik 2 secara haram di laman Internet.
Pengarah dan pelakon Munafik 2, Syamsul Yusof menerusi peguam yang dilantik telah memfailkan tuntutan itu di Mahkamah Tinggi Taiping, Perak, awal minggu ini.
Syamsul berkata, dia kesal dengan penyebaran itu dan menyifatkan tuntutan tersebut sebagai satu pengajaran kepada pemuda berkenaan.

“Perbuatan ini adalah satu barah dalam industri filem kita. Kita pun tahu industri sedang berada dalam landasan yang baik tapi bila isu ini masih ada, susahlah.

“Pendapat saya, pihak penerbit, pengarah dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) perlu duduk semeja untuk mencari penyelesaian isu ini.

“Sampai bila pengkarya harus dihantui perkara ini? Apa guna dana diberi, buat filem, tapi akhirnya bocor,” ujar Syamsul.
Dia ditemui sewaktu sidang media Pelanggaran Hak Cipta Digital Skop Production Sdn Bhd di Finas, Hulu Klang, pada Jumaat.
Hadir sama bapanya yang juga penerbit Skop Productions, Datuk Yusof Haslam.


Munafik 2 sehingga kini berjaya mengutip RM43 juta.
Tambah Syamsul, tindakan undang-undang yang diambil bukanlah semata-mata kerana ia berlaku ke atas filemnya, malah ia dibuat bagi kebaikan keseluruhan industri filem tanah air.
Dalam pada itu Yusof  turut meluahkan rasa kesalnya berhubung kebocoran filem itu.
“Ramai dah terkena benda ni, tapi sebelum ini ia diselesaikan dengan budi bicara, sebab pesalah padam video dan mohon maaf.
“Tapi pemuda ini sangat sombong dan bongkak, kita minta padam tapi dia semakin sebar, seolah-olah mencabar kami.
“Atas nasihat rakan-rakan pengeluar filem, kami ambil tindakan ini untuk kepentingan bersama,” ujarnya.
Mengulas mengenai kutipan filem itu, ia setakat ini berjaya mengumpul RM43 juta sejak ditayangkan bermula 30 Ogos lalu.
Filem ke-10 arahan Syamsul itu turut dibintangi beberapa pelakon popular seperti Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Datuk Rahim Razali dan Fauziah Nawi.
Untuk rekod, filem Munafik pertama yang ditayangkan pada 2016 berjaya meraih kutipan keseluruhan berjumlab RM17 juta.
.msatr credit

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung