Nuffnang
Thursday, September 30, 2010
Malang...Penyeludup mercun temui ajal
ANGGOTA bomba memeriksa sebuah lori membawa muatan mercun yang terbalik hingga mengorbankan pemandunya di Jeli semalam.
JELI – Tindakan seorang penyeludup mercun melarikan diri daripada dikejar sebuah kenderaan pacuan empat roda kastam mengundang padah apabila dia mati selepas mengalami kecederaan parah apabila lori yang dinaiki bersama seorang kelindan terbabas dan terbalik di Jalan Kampung Lawa-Batu 10, Jalan Raya Timur Barat di sini semalam.
Kejadian pukul 6.40 pagi itu berlaku apabila lelaki berusia 26 tahun tersebut dikatakan cuba melarikan diri selepas merempuh kenderaan kastam yang ingin menahan mereka selepas disyaki cuba menyeludup mercun dan bunga api bernilai puluhan ribu ringgit.
Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Supritendan Muhammad Hanifa Abd. Malek berkata, suspek cuba melarikan diri sambil dikejar oleh anggota kastam tersebut. KOSMO
Wednesday, September 29, 2010
Hebat ...Pemandu lori Telah ditipu rakan RM1.7j
MICHAEL (berdiri dua dari kanan) menunjukkan senarai hutang yang terpaksa ditanggung oleh Seik Kuang (kanan sekali) selepas ditipu oleh rakannya di pejabat Biro Pengaduan Awam MCA, Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Seorang pemandu lori berpendapatan Rm2,500 sebulan mendakwa dirinya berhutang sebanyak RM1.7 juta selepas ditipu seorang kenalan lelakinya yang berjanji menjadikan dia usahawan buah-buahan kira-kira dua tahun lalu.
Pengerusi Biro Aduan Awam MCA, Datuk Micheal Chong berkata, Lim Seik Kuang, 51, ditipu rakannya yang dikenali sebagai Ah Hock sejak 2008 selepas mendakwa diminta menandatangani dua dokumen perjanjian yang kononnya diperlukan untuk membuat pinjaman perniagaan.
"Seik Kuang yang tidak tahu berbahasa Inggeris hanya menandatangani dokumen tersebut tanpa bertanya kandungan dokumen itu.
"Ah Hock menipu Seik Kuang dengan mengatakan dokumen itu bagi tujuan pinjaman bank untuk memulakan perniagaan," kata beliau kepada pemberita di pejabatnya di sini semalam.
Micheal berkata, Seik Kuang turut diminta supaya menukar alamat dalam kad pengenalan kononnya bagi memudahkan proses pinjaman tersebut.
"Lelaki itu menyuruh Seik Kuang menukar alamat di kad pengenalan yang baru dengan alasan setiap pinjaman bank yang ingin dibuat mesti disertakan dengan maklumat latar belakang," kata beliau.
Lelaki itu juga memberikan Seik Kuang antara RM200 hingga RM300 setiap kali lelaki itu menandatangani dokumen di bank dan ini menyebabkan dia mempercayai lelaki tersebut.
Seik Kuang hanya menyedari dirinya ditipu setelah menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) dari sebuah bank pada 20 September lalu kerana dikatakan terlewat membayar ansuran bulanan kereta sedangkan dia tidak memiliki kenderaan berkenaan ketika itu. KOSMO
Tuesday, September 28, 2010
Gadis mangsa pakar motivasi... .
IMA yang mendakwa dirogol oleh pakar motivasi menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Seorang pakar motivasi bergelar doktor didakwa memperdaya seorang wanita muda yang merupakan pekerjanya menggunakan ilmu pukau.
Mangsa yang dikenali sebagai Ima dan berusia awal 20-an itu juga mendakwa dia dirogol oleh majikannya itu sebelum dilarikan ke Thailand untuk dikahwinkan melalui sindiket nikah.
Menurut Ima, segalanya bermula kira-kira dua tahun lalu ketika dia mula bekerja dengan sebuah syarikat motivasi di Bukit Bintang di sini.
“Saya ditawarkan untuk bekerja sebagai pembantu koordinasi program tetapi peliknya dalam pejabat yang begitu besar, hanya saya seorang pekerja,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.
Menurut Ima, dia mengesyaki majikannya itu menggunakan pukau kerana dia sering memintanya memandang tepat ke matanya setiap kali memujuk dan bertanya sama ada dia menyayanginya.
Selain itu, pakar motivasi itu juga sering memberinya minum air yang dicampur madu.
Selepas itu, menurut Ima, dia telah dirogol oleh majikannya sebelum dibawa ke Kedah dan kemudian ke Danok, Thailand untuk dikahwinkan secara sindiket di sebuah kedai. sumber Kosmo ..
Sunday, September 26, 2010
Menyesal pakai kanta lekap....dan menjadi buta
DIA dilahirkan sempurna. Matanya celik, bisa melihat. Namun, ia tidak lama. Ketika usianya 17 tahun, dia disahkan buta. Warna-warni alam yang pernah dilihatnya sejak itu bersatu menjadi hitam. Gelap-gelita.
Harun Ahmad, satu nama yang boleh disifatkan besar dalam dunia muzik. Populariti komposer cacat penglihatan ini melonjak seiring lonjakan lagu Jesnita nyanyian Exist dalam mendaki dan menakluki carta muzik tanah air sekitar tahun 2002. Harun Ahmad, 41, sebenarnya telah mencipta lagu sejak tahun 1991.
Bakti dan kemahirannya juga diiktiraf apabila meraih Anugerah Ikon dalam Majlis Fiesta Insan Istimewa 2008. Dia juga banyak berjasa dalam penghasilan lagu-lagu tema.
Rabun
Matanya sebenarnya rabun sejak umurnya lapan tahun lagi. Ia mungkin berpunca kerana dia kerap terjatuh semasa kanak-kanak.Namun, dakwanya, jika dia tidak memakai kanta lekap pada usia 17 tahun mungkin hari ini dia sekadar rabun biasa dan masih boleh melihat.
“Memang sekarang saya reda menjalani kehidupan sebagai seorang yang buta. Tetapi saya menyesal pakai kanta lekap.“Ketika itu, saya muda remaja. Saya jenis yang aktif dan suka bersukan. Tahu sahajalah tahun 1980-an, mana ada teknologi menipiskan kanta cermin mata. “Dengan kuasa cermin mata saya di antara 700 hingga 800, anda bayangkan sendiri bagaimana tebalnya.
Cemas
Selepas enam bulan, detik-detik bergelar si buta mula menghampiri hidup lelaki berasal dari Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor itu.“Saya bangun pagi itu, saya lihat semua objek berpecah tiga. Saya hanya boleh melihat bahagian atas objek sementara bahagian bawah gelap sahaja.
“Saya cemas. Saya kemudian ajak seorang kawan ke Hospital Johor Bahru, doktor kata, saya mengalami retinal detachment (kelekangan retina) atau retina tertanggal daripada saraf mata. “Pada hari itu juga, saya dikejarkan dengan ambulans ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah,” katanya.
Bukan dua tiga hari Harun tinggal di hospital tetapi tiga bulan. Daripada masalah kelekangan retina berubah ke masalah katarak. Empat pembedahan dilaluinya.Ditanya bagaimana dia pasti, apa yang berlaku kepadanya kerana memakai kanta lekap, Harun berkata, selepas buta, doktor memberitahu, masalah rabunnya selama ini adalah disebabkan masalah retina.
Dakwanya, bagi keadaan seperti itu, memakai kanta lekap telah memburukkan lagi atau mempercepatkan menjadi buta.
Kanta lekap
“Seorang doktor pakar mata memberitahu rakan saya yang ingin memakai kanta lekap ‘Kalau kamu nak nampak handsome, pakailah kanta lekap, tapi kamu mungkin akan buta macam Harun,” beritahunya.
Jelas Harun, selepas tidak berjaya dalam semua pembedahan itu, dia masih tidak berputus asa. Dia cuba menjalani pembedahan kelima di hospital swasta namun, tetap tidak berjaya. Cuma mata kirinya boleh melihat kehadiran cahaya.
Harun pada mulanya berasa rendah diri dan sangat berduka dengan apa yang menimpanya. Di situ juga dia mula meneroka minatnya dalam bidang muzik. “Saya juga belajar mengurut dan belajar macam mana untuk melaksanakan aktiviti harian. Saya bersyukur kerana saya pernah melihat berbanding rakan-rakan saya yang buta sejak lahir.
“Kini, saya tidak berasa malu atau marah jika dipanggil buta, kerana memang hakikatnya saya buta,” katanya yang biasanya ke mana-mana dengan dipimpin seorang rakan.
Harun berkahwin dengan penulis lirik, Fauziah Hashim pada tahun 1996. Ketika itu Harun berusia 26 tahun dan sudah buta sepenuhnya.Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata Fatin Nurhaziqah, 12, Fatin Nurhidayah, 9, dan Mohd. Farish Hakim, 6. Bagaimanapun jodoh mereka tidak berpanjangan apabila bercerai pada tahun 2006.
Saturday, September 25, 2010
Nasib malang penjamin hutang
WAN HANAPI menunjukkan dokumen bank sebagai penjamin dan foto rakan sekerjanya yang didakwa menyebabkan dia diisytiharkan muflis di Kuala
Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Niat baik seorang pekerja syarikat keselamatan menjadi penjamin kepada seorang rakan sekerja yang mahu membeli sebuah kereta Proton Iswara berharga RM26,000 kira-kira 13 tahun lalu mengundang padah apabila dia kini diisytihar muflis oleh pihak bank.
Lebih teruk, wang hasil jualan rumah pusaka milik keluarganya di Setapak yang sepatutnya dibahagi sama rata dengan tujuh adik-beradik baru-baru ini turut dirampas pihak bank bagi melunaskan hutang itu yang meningkat sehingga RM70,000 selepas beberapa tahun tertunggak.
Pengawal keselamatan terbabit, Wan Hanapi Wan Salleh, 57, berkata, dia berasa terkilan kerana pihak bank tidak mengambil tindakan terhadap rakannya yang masih bekerja bagi melunaskan hutang tersebut, sebaliknya merampas wang hasil jualan rumah pusaka keluarganya.
"Saya juga mengalami masalah untuk pulang ke kampung keluarga isteri saya di Indonesia kerana dilarang keluar negara selepas diisytihar bankrap," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Wan Hanapi berkata, lebih membingungkan, dia telah memaklumkan kepada pihak bank tentang lokasi dan pekerjaan rakannya di Jerteh, Terengganu tetapi pihak bank tetap mengambil tindakan terhadapnya.
Dia yang merupakan seorang pesara tentera percaya pihak bank bertindak demikian kerana mahu mengambil jalan mudah memperoleh semula hutang kereta tersebut meskipun pembeli sebenar kereta berkenaan masih bekerja.
Jelasnya, lebih membebankan, meskipun hutang RM70,000 itu sudah dijelaskan tetapi dia masih perlu membayar RM4,000 jika mahu dilepaskan daripada pengisytiharan bankrap. Sumber KOSMO
Friday, September 24, 2010
Mensyukuri Nikmat Sihat Yang Telah Di Anugerahkan
Salam Buat Semua..
Pada hari raya puasa..kita makan ikut sesuka hati je..ini adalah fitrah manusia. makan makanan berkolestrol , minum, minuman berkabonat maka selepas tu..terimalah padahnya..
Penulis membawa anak ke klinik kerana demam dan batuk..sebab banyak minum ais dan tibai ( mengambil makanan ) apa yang ada di sajikan di depan mata ...sudah lah demam muntah pulak tu..di dalam klinik ramai yang kanak kanak yang datang untuk berjumpa doktor dengan sakit yang sama...selepas dua tiga hari penulis pula kena sakit perut dan batuk...
Dalam menahan sedikit kesakitan serta kepayahan serta keselesaan untuk bekerja..maka terdetik dalam hati....ini lah anugerah kesihatan dari Allah yang sukar di ucapkan dengan kata kata..masa sihat semua ceria je...masa sakit..aLLAH je yang tahu...
Semalam penulis menziarahi jiran yang masuk wad KPJ ...kerana batuk dan demam yang berterusan...saya tanya dia hj makan apa raya hari tu... Hj tu kata....saya minum banyak minum, minuman berkabornat.. dan inilah akibatnya...penulis berharap semoga kita mensyukuri nikmat yang telah Allah berikan...tak kira muda ke tua ..semua kena ye...ada juga kena penyakit kencing manis selepas hari raya..
Surah Ibrahim " Sekiranya kamu bersyukur aku akan menambah Nikmatku, sekiranya kamu kufur azabku amat Pedih.. surah Ibrahim ayat 7
Wednesday, September 22, 2010
Terkini ...Kes bunuh Sosilawati: Siasatan polis tak lengkap..
Kes bunuh Sosilawati: Siasatan polis tak lengkap.Pulak Dah....jangan kantoi dah
Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan semula kertas siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain kerana berpendapat siasatan dalam pelbagai aspek perlu dijalankan, menurut Ketua Bahagian Pendakwaannya Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata polis telah diarahkan untuk melengkapkan siasatan tersebut sebelum menghantar semula ke pihaknya.
Tun Abd Majid (kanan) berkata pihaknya telah mengembalikan kertas siasatan itu semalam setelah menerimanya pada hari yang sama kerana banyak lagi perkara yang memerlukan siasatan lebih lanjut.
Katanya Peguam Negara telah memberi beberapa arahan tertentu untuk dijalankan pihak polis dan juga menyiasat kes-kes lain yang dikatakan mempunyai kaitan dengan suspek-supek berkenaan.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan telah menyerahkan kertas siasatan itu kepada Pejabat Peguam Negara dan memberi jaminan laporan lengkap kes pembunuhan berprofil tinggi itu akan siap sepenuhnya dalam tempoh dua minggu.
Laporan itu termasuklah laporan lengkap DNA yang kini giat dilakukan oleh sekumpulan pakar forensik Jabatan Kimia bagi membolehkan pendakwaan dilakukan secepat mungkin.
Selain Sosilawati (kanan), 47, yang juga pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages, turut dibunuh pemandunya Kamaruddin Shansuddin, 44, peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38.
Polis kini turut menyiasat empat kes yang melibatkan tiga kes orang hilang dan seorang wanita yang mati dibunuh di hadapan rumahnya di Banting yang di percayai ada kaitan dengan dua peguam yang merupakan suspek utama kes pembunuhan Sosilawati.
Antara kes tersebut melibatkan seorang kontraktor, Shafik Abdullah, 37, dan seorang rakannya yang dilaporkan hilang oleh keluarganya lima bulan lalu selepas dipercayai menemui peguam tersebut di ibu negara bagi urusan perniagaan.
Kehilangan Shafik dan rakannya telah dirujuk di Ibu pejabat Daerah Brickfileds.
Selain itu, ia turut melibatkan kes kehilangan saudagar batu permata, Allal Kathan Muthuraja, 34, dari Chennai, India yang tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu.
Allal yang mempunyai perniagaan restoran, hartanah dan barang kemas dilaporkan hilang selepas dijemput kedua-dua suspek terbabit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). sumber - Bernama..Malaysiakini
Lesen Peguam Suspek Di Lucutkan Tahun Lalu
Lesen peguam suspek dilucutkan tahun lalu
Majlis Peguam hari ini mendedahkan bahawa dua peguam yang merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan beberapa individu termasuk jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya telah digantung kelayakan mereka sejak November tahun lalu.
Presidennya, Ragunath Kesavan berkata pasangan peguam adik beradik itu dilucutkan kelayakan mereka berhubung kes penipuan tanah dan tidak jujur.
Menurut Kesavan, meskipun telah dilucutkan kelayakan mereka oleh Majlis Peguam, pasangan adik beradik itu terus mengamalkan khidmat mereka selepas bejaya mendapatkan perintah penangguhan hukuman daripada Mahkamah Tinggi.
Katanya, Majlis Peguam tidak dapat menerima sebarang salah-laku oleh mana-mana ahlinya tetapi menekan bahawa suspek berkenaan berhak mendapat perwakilan yang sewajarnya.
“Tidak kira betapa keji atau berang seseorang terhadap sesuatu kes, setiap orang berhak mendapatkan perwakilan untuk diadili,” katanya pada sidang media di bangunan majlis Peguam di ibu negara.
Katanya lagi, Majlis Peguam tidak boleh 'campurtangan' dengan kehidupan peribadi ahlinya bagi mengesan salah-laku. Ia hanya boleh bertindak ke atas seseorang peguam jika aduan membabitkan tindakan atau kelakuan profesionalnya.
"Sebarang tindakan jenayah di luar bidang amalan profesional peguam adalah di luar bidang kuasa Majlis Peguam. Menyalah Majlis Peguam tidak akan menyelesaikan masalah,” kata Kesavan.
"Agensi penguatkuasaan lain seperti polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara Malaysia atau Lembaga Hasil Dalam Negeri mempunyai mandat untuk membuat siasatan lain,” katanya. Malaysiakini
Tuesday, September 21, 2010
Terperangkap Dalam Feri Selama Dua Jam
Pin penyambung pelantar jeti patah
BEBERAPA pekerja pelabuhan Pulau Pinang menyambung semula pelantar feri yang rosak di terminal Pangkalan Raja Tun Uda semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
GEORGE TOWN - Pengguna perkhidmatan feri di negeri ini terpaksa menunggu lebih dua jam di dalam pengangkutan air tersebut ekoran sebatang pin penyambung pelantar di laluan masuk jeti Pangkalan Raja Tun Uda di sini patah.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi itu mengakibatkan 26 kenderaan dan 40 buah motosikal serta hampir 200 penumpang yang menghala ke tanah besar terperangkap di dalam feri terbabit.
Ketua Perkhidmatan Feri di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Fisnol Mahmud berkata, pihaknya menyedari kejadian itu sebaik sahaja semua kenderaan telah memasuki ke dek bawah feri iaitu di ruang kenderaan melalui penyambung laluan (pelantar) tersebut.
"Selepas Pin Bracket patah, kita tidak membenarkan feri tersebut bergerak dari situ kerana jika feri bergerak penyambung laluan akan jatuh dan mengakibatkan kerosakan yang lebih teruk.
"Pegawai bertugas juga segera mendapatkan bantuan daripada pihak penyelenggara dari Butterworth bagi kerja-kerja penyambungan sekali gus membantu mengeluarkan kenderaan yang terkandas tadi," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO!
Monday, September 20, 2010
Rakan Sosilawati. berwasiat Sebelum Mati
Dua wasiat tauke kosmetik
AHLI keluarga Sarina berkumpul untuk mengetahui perkembangan lanjut mengenai kematiannya di Taman Pauh Jaya, Bukit Mertajam semalam.
BUKIT MERTAJAM – Pengasas produk kecantikan jenama Aveer, Sarina Jaafar (gambar) yang ditemui mati tergantung di dalam bilik di rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini kelmarin sempat meninggalkan dua wasiat kepada anak saudaranya sebelum menemui ajalnya.
Naimah Sahid, 32, memberitahu, dua wasiat itu ialah mengamanahkannya supaya menjaga keempat-empat anak Sarina dan menguruskan majlis perkahwinan anak sulungnya, Mohd. Azrul Affendi Zakaria, 24, yang dijadualkan berlangsung Januari tahun depan.
Naimah mendakwa, perkara itu diucapkan sendiri oleh Sarina, 43, dalam perbualan telefon selama empat minit pada pukul 8.03 pagi kelmarin.
Katanya, selain wasiat tersebut, Sarina juga ada mengatakan yang dia tidak mampu lagi menanggung tekanan yang dihadapi ekoran masalah keluarga.
“Sebelum ini pun Mak Anjang (Sarina) kerap mengadu masalah itu kepada saya dan setiap kali mengadu dia akan mengatakan yang dia sudah berputus asa untuk menghadapi bebanan tersebut.
“Pada hari raya pertama, Mak Anjang ada datang rumah saya di Padang Serai, Kedah untuk mengadukan masalah itu kepada saya dan kelmarin dia datang lagi dengan tujuan yang sama,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam. Sumber KOSMO
Sunday, September 19, 2010
Rakan Sosilawati ditemui mati tergantung
BUKIT MERTAJAM - Seorang pengasas produk kecantikan jenama Aveer, Sarina Jaafar, 43, yang juga rakan Datuk Sosilawati Lawiya ditemui mati dalam keadaan tergantung di dalam bilik di rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini semalam.
Kejadian itu disedari oleh anak bongsu Sarina yang berusia 16 tahun kira-kira pukul 8.30 pagi ketika masuk ke biliknya.
Bagaimanapun sehingga semalam polis masih mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan menolak sebarang kaitan dengan unsur jenayah.
Menurut anak sulung mangsa, Mohd. Azrul Affendi Zakaria, 24, ketika kejadian dia berada di Kuala Lumpur dan bergegas pulang sebaik mendengar mengenai berita kematian ibunya itu.
Tambahnya, sebelum ini ibunya pernah menyatakan rasa terkilan dengan nasib malang yang menimpa rakannya, Sosilawati yang dibunuh dengan kejam baru-baru ini.
"Ibu dan Datuk Sosilawati memang sudah berkawan lama kerana mereka sama-sama terlibat dalam bidang produk kecantikan dan sejak kebelakangan ini ibu sering memberitahu dia berasa sedih dengan nasib yang menimpa Sosilawati," katanya. sumber KOSMO
Friday, September 17, 2010
Suasana Selepas Hari Raya
Salam buat semua...
Hari ini suasana dijalan raya , selepas hari raya belum sesaklah lagi...ada sekolah yang mula dibuka hari ini dan ada yang masih bercuti lagi..bagi aku sudah mula bekerja sejak hari rabu yang lalu.. apa yang menarik di pagi jumaat ini ialah aku membawa kereta dengan lancar dan tak ada kesesakan dijalan raya.
Selepas hari raya,..ada yang mengambil kesempatan berpuasa 6 hari dibulan syawal ..kebanyakannya orang tua tua la..ada juga student kita berpuasa tahniah.. .berpuasa enam hari dibulan syawal banyak fadilat dan kelebihannya. Antaranya penghadaman pemakanan masih lagi dalam kesederhanaan dan tidak ada penghadaman yang luar biasa..selepas hari raya.maklumlah selepas hari raya makan macam macam...lomang, ketupat, rendang dan banyak makanan yang berkolestrol...berpuasa adalah salah satu ibadah yang dapat membendung daripada penyakit. kronik seperti darah tinggi , kencing manis dan tekanan jantung...kita merancang allah yang menentukan..
Wednesday, September 15, 2010
Apa yang Tinggal Selepas Hari Raya
Gambar hiasan je
salam buat semua..
Hari ini ramai dah mula bekerja ...
Ramai yang pulang meraikan hari raya secara sederhana dan ada yang secara besar besaran, terpulang kepada yang meraikan hari raya anda. bagi saya secara sederhana adalah lebih baik. Apa yang penting selepas hari raya kita bekerja dalam keadaan ceria dan mood baru..
Selepas hari raya ni ada yang telah pokai dan mula menghitung hari untuk cukup bulan..maklumlah hari raya , gaji awal..pergh nak tunggu cukup bulan pulak...ha kacau...kalau balik kampung ada hasil tak ape la..baru ni balik ke Kedah padi baru di tuai..maka ada Ibu bapa yang perihatin, menghulurkan duit saku kepada anak anak yang balik raya sebagai duit minyak untuk pulang ke bandar..
Tapi anak yang cemerlang tak kisah semua tu...dia menghulurkan wang sakunya kepada kedua Ibu bapa...tapi aku tiada kedua Ibu Bapa ku...cuma aku menumpang kasih kepada Bapa mertuaku yang telah uzur...pulang ke kampung untuk melihat bapa mertuaku yang terlantar di atas tilam..anak menantu sekadar hanya dapat berdoa semoga beliau sihat je....
Bila kita pulang bekerja maka orang tua pun akan termenung..sejenak.. terasa sunyi beliau apabila tiada lagi bunyi bising dari anak cucu yang pulang...kebanyakan ibu bapa begitulah bagi melepaskan kerinduan kepada anak anak yang telah pulang untuk meneruskan kehidupan mereka...dua tiga hari mereka akan termenung.... akhir kalam apa yang tinggal selepas hari raya hanyalah kuih raya...dan serbuk kuih raya...kantung..dah...kekeringan...makacheh ayah dan bonda..
Monday, September 13, 2010
4 mengaku bunuh, bakar Sosilawati
PEJABAT peguam di Jalan Kemboja, 33 Off Jalan Sultan Ahmad Shah di Banting dipercayai milik peguam Patmanaban (gambar kecil) yang ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh Sosilawati.
Peguam ada harta luar biasa
BANTING - Pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki amat mengejutkan negara kerana kejadian itu turut menyaksi seorang peguam, Datuk K. Patmanaban, 41, yang dikenali ramai di daerah ini ditahan bagi membantu siasatan.
Peguam dari firma Pathmanalli & Partners beralamat di Jalan Kemboja, 33 Off Jalan Sultan Ahmad Shah di sini telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, Datuk itu dipercayai memiliki harta yang luar biasa dan siasatan akan dilakukan secara rapi termasuk menyelidik akaun bank milik peguam itu.
"Kita akan semak akaun Datuk itu dan sedang fikirkan keperluan untuk membekukan asetnya," kata beliau.
Bagaimanapun, katanya, peguam itu tiada rekod jenayah..Sumber kosmo
Wednesday, September 8, 2010
Selamat Hari Raya Maaf Zair Dan Batin
Salam buat semua ,
Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya , kepada semua follower dan rakan Blogger yang mengunjung blog saya..segala salah dan silap dalam penulisan saya..saya menyusun jari sepuloh memohon kemaafan..semoga ... Ramadan yang berbaki ini,, dapat kita meningkatkan amalan kita..apa yang penting Hari Raya Ini ialah...:
1. Menziarahi Kedua Ibu Bapa
2. Menziarahi Keluarga
3. Menziarahi Jiran
4. Menghulurkan zakat dan Sedekah.
Akhir kata...Selamat Hari Raya....Maaf Zahir Dan Batin...raya ni kat Yan ..Kedah..sana 3g tak ada..x leh online le....muahhhhhhhh
Monday, September 6, 2010
Kesian, Tangan Hancur Digilis Mesin Tebu
NUR AIN yang hancur tangan kirinya akibat dikisar mesin tebu menerima rawatan di HPRZ II, Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun bakal berhari raya dengan sebelah tangan selepas tangan kirinya hancur akibat digilis mesin pengisar tebu terpaksa dipotong.
Tangan mangsa, Nur Ain Nabila Zakaria hancur sehingga bahagian pergelangan dalam kejadian pada pukul 11 pagi di Kampung Padang Mukam, Pasir Mas dekat sini semalam.
Bapa kanak-kanak itu, Zakaria Mohd. Noor, 54, berkata, sebelum kejadian anak bangsu daripada enam beradik itu bermain bersama seorang sepupunya di rumahnya.
Pada masa itu, menurutnya, seorang peniaga air tebu sedang membaiki mesin pengisar tebu yang ditinggalkan sementara di pekarangan rumahnya.
Ceritanya lagi, peniaga tersebut kemudian menghidupkan enjin mesin tersebut bagi mengesan kerosakan dan meninggalkannya untuk mengambil peralatan bagi mesin tersebut.
“Saya yang sedang berehat dalam rumah tiba-tiba terdengar jeritan Nur Ain dan terkejut apabila melihat sebahagian tangan kiri anak saya berlumuran darah akibat dikisar mesin tebu tersebut.
“Melihat keadaan cemas itu, saya dan seorang anak lelaki yang kebetulan berada di rumah bergegas membantu Nur Ain yang sedang kesakitan,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini semalam. Sumber KOSMO
Sunday, September 5, 2010
Berhati Hati Dalam Membeli Minyak Sapi Untuk Sajian Hari Raya
MOHD. MUSTAFFA menunjukkan logo halal yang masih digunakan pada tin minyak sapi QBB Pure Ghee di Kuala Lumpur kelmarin.
________________________________________
KUALA LUMPUR - Masyarakat Islam dinasihatkan menghentikan penggunaan minyak sapi jenama QBB Pure Ghee (gambar) keluaran syarikat QBI Packaging Sdn. Bhd. ekoran penarikan balik status halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 19 Ogos lalu.
Nasihat itu dibuat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas pemantauan Jakim mendapati produk tersebut mengandungi elemen-elemen yang meragukan dari segi status halalnya.
Menurut Pegawai Kerja PPIM, Mohd. Mustaffa Hamzah, penarikan balik produk itu di pasaran perlu dilakukan serta-merta bagi mengelak kekeliruan di kalangan pengguna.
"PPIM juga menyeru agar syarikat terbabit menarik semula produk tersebut yang berada di pasaran manakala Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Jakim pula mesti memantau produk itu dari semasa ke semasa," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Saturday, September 4, 2010
Ramadhan Akan Meniggalkan Kita, Di mana Kita ....
Salam buat semua..
Ramadhan akan meninggalkan kita beberpa hari lagi., sesungguhnya adakah Ramadhan tahun ini menepati sasaran kita.. bagaimana amalan kita....?
1. Bagaimana Solat Kita..sempurnakah ia
2. Bagaimana Puasa Kita , cukupkah
3. Bagaimana Harta kita..sudahkan kita membayar Zakat
4. Bagaimana Sedekah kita...walaupun sekadar sehari RM 1.00
5. Bagaimana hubungan keluarga kita...
6. bagaimana hubungan kita dengan jiran dan sahabat taulan.
Para ambia dan para solehin...pada 10 malam terakhir memperbanyakan qiamulai...dan berzikir kehadrat ilahi....manakala kita di sajikan dengan lagu Hari raya....seolah olah mempercepatkan lagi berakhirnya Ramadhan....kini baru terasa nikmatnya Ramadhan..tetapi ia akan meniggalkan kita....
Friday, September 3, 2010
Peniaga besi Myanmar dicekup..boleh berniaga ka?
ABDUL JALIL (dua dari kiri) dan beberapa pegawai polis melihat motosikal roda tiga yang disita di Ampang semalam.
KUALA LUMPUR – Seramai 46 warga Myanmar yang menjalankan perniagaan besi buruk secara haram dengan menggunakan motosikal roda tiga ditahan polis di sini semalam.
Mereka yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 50 tahun itu ditahan atas beberapa kesalahan termasuk kesalahan jalan raya dan menyalahgunakan kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, pemeriksaan air kencing terhadap warga Myanmar itu juga mendapati lima daripada mereka positif dadah jenis heroin.
“Operasi bersepadu pelbagai anggota penguat kuasa dijalankan berikutan aduan penduduk mengenai penunggang motosikal warga Myanmar yang menyalahi undang-undang.
“Kesalahan itu termasuklah membawa lebih muatan, tiada lesen memandu, keadaan motosikal yang sudah uzur dan menunggang dalam keadaan khayal,” katanya ketika ditemui di Ampang, dekat sini semalam.
Abdul Jali berkata, mereka dipercayai menyewa motosikal roda tiga daripada pemilik warga tempatan untuk mengangkut barang lusuh dengan kadar sewa RM30 sehari.
Wednesday, September 1, 2010
Bukan salah Ibu Mengandong….Kami hanya sekadar menumpang di bumiMu………
Apa ada dalam fikiran mereka ya….hari ini kami nak makan apa…Allah sahaja yang tahu… semalam kami makan makanan yang di beri oleh siak dari surau hujung kampong nie.. syukur kehadrat ilahi kerana kami diberi kan lagi peluang untuk bernafas pada hari ini..esuk lusa tak tahu lagi…..
Itulah kehidupan kami saban hari …memohon belas ikhsan dari orang lain untuk menyambung kehidupan kami demi sesuap nasi…. Kadang kadang ada kadang tiada…kadang kadang hanya segelas air dan 2 butir tamar sahaja yang mengalas perut sehingga sahur…
Mahu mencari rezeki ….kami tiada daya untuk mengeluarkan keringat…untuk mengambil sebarang upah demi sesuap nasi….memndangkan telah lanjut usia kami…….Ya Allah kepadamu jua kami memohon keampunan dan rezeki yang halal darimu ya Allah..
Bukan salah ibu mengandungkan kami…ini semua ketentuan ilahi…Kadang kadang kami dicerca dan dihina kerana kemiskinan kami ya Allah….kami bukan mohon untuk miskin, ya Allah….hanya kapadamu jua kami merafaqkan doa…semoga di peroleh kesejahteraan dunia dan akhirat….kami percaya akan qada dan qadar…..biarlah kami miskin di dunia dan jangan kami miskin di akhirat.
Kepada rakan semua ambilah peluang 10 hari terakhir dengan perbanyakan solat, zikir dan sedekah dan berzakat……..ada yang menanti akan kita diluar sana….ambillah peluang ini ..wahai teman……….
Hasil nukilan Abu Luqman 21 Ramadhan 1431H
Subscribe to:
Posts (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Kiattikhun membuat laporan selepas dia diserang oleh suspek. - Channel 7 BANGKOK – Seorang leftenan polis dituduh menyerang pegawai kanan be...
-
Dr. Rozmey PETALING JAYA – Sekitar 2010, nama serta gaya Datuk Dr. Rozmey sering kali menghiasi akhbar-akhbar serta kaca televisyen tempat...
-
Gambar hiasan KUALA PILAH – Seorang bekas doktor didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menyimpan gambar ...
-
Johan Ghazali PETALING JAYA – Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali menafikan pendapatan yang diperolehinya ketika ini sehingga RM1 juta. Jo...
-
Aksi kanak-kanak tersebut ketika mengendalikan jentera berat. PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentera berat ...
-
SEEKOR lembu memakan martabak di Indonesia. - Foto pak_ributguru82/Instagram. JAKARTA – Seorang murid sekolah rendah di Lumajang, Indone...