Nuffnang

Wednesday, March 31, 2021

Bintang TikTok Rochelle Hager maut kereta dihempap pokok

 

Bintang TikTok Rochelle Hager maut kereta dihempap pokok

Rochelle Hager meninggal dunia pada usia 31 tahun. foto Mirror

BINTANG TikTok, Rochelle Hager maut pada usia 31 tahun, akibat kemalangan jalan raya.

Rochelle, yang dikenali dalam kalangan pengikutnya dengan nama pengguna @roeurboat3 maut selepas sebatang pokok menghempap kereta yang dipandunya.

Menerusi satu kenyataan media yang diperoleh oleh E! News, Ketua Polis Farmington, Kenneth Charles melaporkan bahawa angin kencang menyebabkan pokok tersebut tumbang sebelum menghempap kereta Nissan Rogue 2015 yang sedang dipandu Rochelle.

Bercakap kepada media Press Herald, Kenneth berkata: "Mangsa tidak dapat mengelak daripada kejadian itu."

Pihak berkuasa menyifatkan insiden tersebut sebagai tragik, mengakibatkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

Rochelle mempunyai 123,000 pengikut di TikTok dan meraih lebih 1.2 juta tanda suka menerusi kandungan yang dimuat naiknya. - Mirror



Tuesday, March 30, 2021

Apa Salah Saya di Bayar Gaji Dengan Wang Syiling

Kereta sorong yang penuh diisi wang syiling berminyak dipercayai ditinggalkan bekas majikan Flaten. (Gambar Facebook)

Seorang lelaki terpinga-pinga melihat kereta sorong berisi wang syiling yang ditinggalkan di rumahnya, malah lebih teruk lagi syiling-syiling tersebut dipenuhi dengan minyak.

Lelaki tersebut percaya perbuatan itu adalah dari bekas majikannya sebagai ‘balas dendam’ selepas dia berhenti kerja dan menuntut gaji terakhirnya, di Fayetteville, Amerika Syarikat.

Ekoran dari kejadian berikut, Andreas Flaten terpaksa menghabiskan masa berhari-hari untuk membersihkan semua wang syiling berminyak tersebut untuk ditukarkan kepada wang kertas.

Ia dikatakan berpunca daripada tindakannya yang berhenti kerja dari sebuah bengkel membaiki kenderaan pada November tahun lalu, lapor News.com.au.

Lelaki terbabit sempat bekerja selama setahun namun keadaan persekitaran yang kurang menyenangkan menyebabkan dia terpaksa berhenti.

Dia kemudiannya menghantar notis berhenti kerja dua minggu kepada bekas bosnya, Miles Walker yang berjanji akan membayar gaji terakhir berjumlah AS$915 (RM3,794) pada Januari.

Bagaimanapun, dia tidak mendapat bayaran itu sebaliknya Walker menuduh dia melakukan kerosakan hingga menyebabkan kerugian.

Flaten cuba mendapatkan bantuan Jabatan Buruh Georgia namun usaha itu hanya sia-sia.

Beberapa bulan kemudian, Flaten dan teman wanitanya, Olivia Oxley menyedari sebuah kereta sorong berisi 91,000 keping wang syiling berminyak ditinggalkan di rumah mereka.

Fox 5 Atlanta melaporkan, wang syiling seberat 225 kilogram itu turut menyebabkan tayar kereta sorong terbabit pecah.

Oxley menyebarkan kejadian itu di media sosial dengan memuat naik video mereka sambil mengecam Walker.

Flaten pula berkata, perbuatan itu agak kebudak-budakan hingga menyebabkannya terpaksa bersusah payah untuk mencuci wang syiling berkenaan selepas berpenat di tempat kerja lama.

 fmtohsem@freemalaysiatoday.com

Monday, March 29, 2021

 

Tragedi awal pagi, rokok elektronik dalam beg pinggang meletup ketika lelaki memandu ke tempat kerja... duit turut hangus

Rokok elektronik milik Ajwad yang meletup pada Khamis lalu.

MALANG tidak berbau.

×

Itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan kisah jejaka ini apabila rokok elektronik yang baru dibelinya meletup pada Khamis lalu.

Menurut Ajwad Jaris, 22, dia pada waktu itu dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum mendengar bunyi letupan kecil disusuli kepulan asap yang keluar daripada beg miliknya.


"Saya baru keluar nak pergi kerja dan sedang memandu kereta. Ketika keluar simpang, saya dengar bunyi letupan tiga kali.

"Ketika itu, saya pakai beg di bahagian pinggang. Saya fikir power bank yang meletup. Saya tak boleh nak hentikan kereta dengan mengejut, jadi saya campak beg ke bahagian kerusi penumpang.

"Saya buka tingkap untuk bagi asap keluar. Saya periksa beg dan mendapati power bank masih elok. Rupa-rupanya pod (rokok elektronik) yang saya baru beli dalam sebulan atau dua bulan lepas yang meletup," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Ajwad, jejaka dari Temerloh, Pahang itu mendedahkan wang kertas RM10 sebanyak lima keping turut rosak akibat letupan itu.

Malah, beg yang dipakai turut tembus di bahagian depan manakala rokok elektronik itu turut musnah dalam kejadian berkenaan.

Beg yang dipakai Ajwad turut koyak akibat kejadian itu.

"Beg saya bocor di bahagian depan. Mujur tak bocor di bahagian perut tempat saya pakai beg itu.

"Duit sejumlah RM50 terbakar. Saya dah pergi tukar di bank dan berjaya dapatkan RM40. Lagi RM10 memang dah tak boleh tukar.

"Pod memang tak boleh guna terus. Syarikat pengeluar juga dah hubungi saya dan sedang siasat punca kejadian itu," ujarnya lagi.

Perkongsian Ajwad mengenai kisah itu menjadi tular selepas ia dikongsi di Twitter.

Ia kemudiannya turut dikongsi oleh pihak lain di Facebook sehingga dia menerima ribuan kecaman susulan kejadian itu.

Memang ada target nak berhenti terus, tapi perlahan-lahan saya cuba.

AJWAD

"Saya kongsi di Twitter, tak sangka akan viral. Kebanyakan orang di Twitter beri sokongan dan berkongsi panduan keselamatan.

"Tapi bila ada satu page kongsikan kisah saya di Facebook, saya lihat hampir 6,000 komen kecaman.

"Mereka kata, kalau tak pandai guna, jangan pakai, menyusahkan orang. Saya gelak tak berhenti baca semua komen. Tapi saya tak ambil hati.

"Cuma saya terfikir, macam mana artis boleh hadap kecaman macam ni. Nak balas satu-satu memang banyak. Jadi saya baca saja," ujarnya berseloroh.

Menurut penyelia tapak pembinaan itu, dia sudah menggunakan rokok elektronik sejak berusia 18 tahun demi menghilangkan ketagihan rokok.

7

Ajwad juga dihubungi pengeluar rokok elektronik itu dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Malah sehinga kini, dia sudah memiliki enam jenis rokok elektronik yang mana ini merupakan kejadian pertama seumpamanya.

"Saya dah guna enam pod. Kalau saya tak pandai pakai, yang pertama dulu mesti sudah rosak.

"Saya mula merokok selepas tamat sekolah. Kemudian saya beralih ke rokok elektronik untuk kurangkan ketagihan.

"Memang ada target nak berhenti terus, tapi perlahan-lahan saya cuba," ujarnya.

Sehingga kini, posting Ajwad di Twitter meraih lebih 7,000 ulang kicau (Retweet).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Sunday, March 28, 2021

Dakwaan gangguan seksual: Anggota polis nafi keluar ayat ‘You perah sendiri ke susu tu?’,

 

Dakwaan gangguan seksual: Anggota polis nafi keluar ayat ‘You perah sendiri ke susu tu?’, kes akan disiasat tanpa kompromi

Polis telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan seorang wanita yang mengatakan diganggu secara seksual ketika melalui SJR. Gambar hiasan

SEJAK semalam media sosial kecoh selepas seorang wanita membuat ciapan di Twitter meluahkan kekesalannya mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang anggota polis ketika melalui satu sekatan jalan raya (SJR), pada Sabtu pagi.

Susulan dakwaan yang tular itu, anggota polis berkenaan tampil membuat laporan polis bagi menafikan tuduhan wanita tersebut pada hari yang sama.

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali, laporan tersebut dibuat pada pukul 1.35 petang hari yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: “You perah sendiri ke susu tu?” - Selepas lebih sebulan, gadis bertudung labuh pula dakwa jadi mangsa gangguan seksual polis ketika lalu SJR... dah macam tak bertamadun!

Menurut Mohd Fadzil, wanita berkenaan turut membuat laporan polis pada pukul 6 petang dan mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual apabila seorang anggota polis mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan semasa lalu di SJR di Putrajaya, pagi Sabtu.

"Menurut wanita tersebut, apabila beliau memaklumkan sedang dalam perjalanan untuk urusan perniagaan produk minuman susu, beliau telah disoal dengan ayat 'You perah sendiri ke susu tu?' yang menyebabkan rasa tidak selesa dan tidak puas hati sehingga beliau memuatnaik hantaran di aplikasi Twitter.

"Siasatan awal dijalankan oleh pihak polis berhubung dakwaan pegawai polis yang menafikan telah mengeluarkan perkataan yang tidak sopan semasa menyoal wanita tersebut.

"Sebaliknya, beliau bertanyakan berkenaan produk susu tersebut dengan ayat 'You buat sendiri ke susu tu?. Petugas lain termasuk Pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berada di lokasi kejadian juga telah disiasat dan menafikan berlakunya gangguan seksual sebagaimana dakwaan wanita tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ujarnya, polis telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan yang dibuat oleh kedua-dua pihak.

"Walau bagaimanapun, siasatan akan diteruskan setelah mendapat Perintah Penyiasat (O.T.I) daripada Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara sebagaimana peruntukan Undang-undang di bawah Seksyen 108(2) Kanun Prosedur Jenayah.

"Kertas siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin dan dirujuk kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk keputusan selanjutnya," ujarnya.

Mohd Fadzil dalam pada itu turut memberi jaminan polis akan menjalankan siasatan yang telus tanpa sebarang kompromi.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang kenyataan dan spekulasi tidak bertanggungjawab yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis," katanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Saturday, March 27, 2021

Pesakit kanser tahap 4 tetap ‘push’ diri jual beg, biskut tampung kos rawatan

 

Pesakit kanser tahap 4 tetap ‘push’ diri jual beg, biskut tampung kos rawatan walau asyik fikir kematian - “Nak tolong, jangan sedekah duit”

Ailin didiagnos tahap empat kanser limfoma pada Februari tahun lalu.

KEHIDUPAN wanita ini bagaikan berubah sekelip mata apabila dia disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat sekitar setahun yang lalu.

00:06
/
08:08
×

Menurut Wee Nurailin Farissa Mohammad Nawi Cheng, 24, dia sukar untuk percaya saat mendapat perkhabaran itu dan hanya berfikir mengenai ajal sahaja pada waktu itu.

"Pada November 2019 saya ada naik benjolan bisul di lengan. Selepas dibuang, saya juga ada jalani Pengimejan Resonans Magnetik (MRI). Pada waktu itu doktor suspek saya ada kanser.


"Pada Januari 2020, dapat tahu yang saya ada kanser limfoma. Saya sudah jalani pembedahan pada 25 Januari, tetapi kanser sudah merebak ke bahagian hati dan tulang.

"Kemudiannya pada Februari, saya disahkan sudah menghidap kanser tahap empat. Pada awalnya, hanya Allah yang tahu. Rasa gelap dunia.

"Saya hanya fikir mengenai kematian. Pada masa itu, saya tak tahu yang kanser boleh dirawat sebenarnya," imbas ibu kepada seorang cahaya mata itu.

Biskut yang dihasilkan oleh Ailin.

Mesra disapa Ailin, dia sudah menjalani rawatan kemoterapi fasa pertama dan dimaklumkan perlu menanggung kos rawatan fasa kedua pula yang bermula Oktober tahun lalu.

Jelasnya, dia enggan meraih simpati dengan meminta-minta, sebaliknya bersemangat untuk berusaha mengumpul wang sendiri dengan melakukan perniagaan beg dan biskut.

Bagi saya, kalau nak tolong, jangan sedekah wang... sebaliknya sokong perniagaan saya.

AILIN

"Saya ada minta bantuan, tetapi ia belum diluluskan lagi. Jadi saya ambil keputusan berniaga sebab tak nak meminta-minta.

"Andai kata bantuan diluluskan sekali pun, saya tak rasa ralat sangat sebab duit yang saya kumpul merupakan duit berniaga, bukan duit sedekah. Jadi saya boleh juga guna untuk anak saya juga.

"Awalnya saya jual beg. Tapi lama-kelamaan agak perlahan jualannya. Jadi saya buat keputusan untuk jual biskut sejak awal tahun ini.

Ailin (kanan) mengumpul semangat dengan kisah-kisah pejuang kanser lain yang ditemui di hospital ketika dia menjalani rawatan pada tahun lalu.

"Alhamdulillah, sambutan sangat bagus. Kalau banyak tempahan, saya push diri sampai buat 20 balang biskut dalam sehari," ujarnya lagi.

Menurut Ailin, dia juga terharu dengan sokongan netizen selepas dia banyak berkongsi kisah hidupnya di TikTok.

Selain dihujani kata-kata semangat dan doa, laman TikTok turut menjadi platform untuk dia membuat pemasaran biskut-biskut jualannya.

"Bagi saya, kalau nak tolong, jangan sedekah duit... sebaliknya sokong perniagaan saya. Saya sangat bersyukur dengan sokongan warga TikTok.

Ailin bersama suaminya.

"Saya terharu dengan komen yang diterima. Netizen kata mereka nak tengok lagi video-video saya. Dari situ, ia beri semangat untuk saya terus hidup.

"Terima kasih sangat-sangat, ada yang bayar lebih masa beli biskut. Saya sangat hargai sokongan mereka," ujarnya lagi.

Selain sokongan netizen, Ailin mengumpul semangat dengan mengambil inspirasi kisah-kisah pejuang kanser lain yang ditemuinya di hospital.

Bercerita mengenai dirinya, Ailin dan suami, Mohammad Amir Aizam Mohd Zain, 24, yang juga seorang tentera darat menetap di Mempaga, Pahang dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia empat tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung