Nuffnang

Wednesday, May 31, 2017

Perghh Bahaya !! Udang Palsu Masuk KL?



PETALING JAYA: Sekali pandang memang nampak macam udang tapi sebenarnya bukan!
Perkara ini didedahkan oleh seorang lelaki dalam sebuah video yang kini tular di media sosial.
Lelaki berkenaan juga mendakwa udang jenis mata kecil itu adalah produk buatan China dan mengandungi banyak bahan kimia.
Menerusi video berdurasi satu minit 32 saat itu, lelaki berkenaan telah menunjukkan demonstrasi bagi membezakan udang yang didakwa palsu berbanding udang asli.
"Udang asli bila kita rebus, ia terus merah, tapi 'udang jeli' tak merah," katanya dalam video tersebut yang ditujukan untuk masyarakat Malaysia, khususnya di Kuala Lumpur.
Selepas udang tersebut direbus dan diangkat dari dalam kuali, dia menunjukkan tekstur udang yang didakwa palsu itu.
"Yang tiruan seperti jeli," katanya sambil menggerak-gerakkan udang yang dipegang.
"Kalau udang betul, tak macam ni, ia keras. Rasanya juga tak macam udang, nampak saja macam udang," dakwanya.
Laporan tentang makanan palsu bukanlah satu perkara baharu di negara ini.
Sebelum 'udang jeli' ini muncul, terdapat beberapa laporan mengenai telur, beras dan tembikai, juga didakwa palsu dan dibawa masuk dari China... Mstar

Tuesday, May 30, 2017

Perghhh !!! Balasan rogol OKU sampai mengandung!


Balasan rogol OKU sampai mengandung!
Tertuduh (tengah) dikawal ketat polis keluar dari mahkamah selepas dihukum.
KOTA BHARU – Perbuatan kejam seorang lelaki dikenali sebagai Pok Su yang merogol seorang wanita orang kurang upaya OKU lembam dibalas dengan hukuman penjara 14 tahun dan enam sebatan di mahkamah sesyen, di sini, tadi.
Hakim, Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Faizal Adlan Husin, 25, selepas tertuduh mengaku salah atas tuduhan yang dikemukakan.
Tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 23 tahun di sebuah bengkel motosikal di Kampung Permatang Pasir Gunung, Bachok, pada jam 8.30 malam, dalam Julai 2016.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Norazlinawati Mohd Arshad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Dalam kejadian lalu, mangsa yang baru pulang dari mengaji di rumah saudaranya di kampung sama berjalan kaki untuk pulang ke rumah.
Tiba di hadapan sebuah kedai, lelaki yang dikenalinya sebagai Pok Su iaitu tertuduh menariknya dengan kuat dan menutup mulut dengan kain tudung mangsa.
Tertuduh kemudian mengangkat mangsa dan membawanya ke sebuah bilik serta merogolnya.
Tertuduh juga memberi amaran kepada mangsa supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa pun, bagaimanapun mangsa mengalami sakit perut dan dibawa ke hospital sebelum disahkan mengandung 18 minggu

Monday, May 29, 2017

Perghh !!! Pembaca berita terkejut anjing ada di sebelah

Pembaca berita terkejut anjing ada di sebelah
Pembaca berita terkejut anjing ada di sebelah
Ilona Linarte nyata ketakutan apabila anjing tersebut berada terlalu dekat dengannya, menagkui bahawa beliau merupakan pencinta kucing.
MOSCOW - RUSIA. Seorang pembaca berita televisyen Mir24 TV menghadapi saat yang mencemaskan apabila dia dikejutkan dengan kehadiran seekor anjing sewaktu bersiaran di kaca TV, lapor Huffington Post.
Dalam satu video berdurasi 56 saat itu menyaksikan pembaca berita, Ilona Linarte yang terkejut dan kelihatan ketakutan apabila melihat seekor anjing tiba-tiba berada di sebelahnya.
Ketika kejadian, Linarte kelihatan cuba berlagak tenang dan meneruskan bacaan beritanya namun mula rasa kurang selesa apabila haiwan berkenaan berada terlalu rapat dengannya sebelum menjerit.
Apabila menyedari bahawa anjing tersebut tidak akan menyakitinya, dia kemudiannya bertindak cuba mengusap kepala haiwan tersebut namun masih kelihatan canggung.
“Saya sebenarnya lebih menyukai kucing, saya pencinta kucing,” katanya sewaktu bersiaran.
Sementara itu, laporan menunjukkan anjing tersebut adalah milik pengunjung di stesen TV berkenaan yang terlepas dari tuannya.

Sunday, May 28, 2017

Terkedu !!! Bila Lelaki Muslim Tenangkan Wanita Yahudi


image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/05/27/17/07/sadiq.ashx?w=620&h=413&crop=1&/

-fotoREUTERS
  (Ubah saiz teks)
LONDON: Seluruh dunia tersentuh apabila melihat gambar seorang lelaki Muslim sedang melutut sambil menenangkan seorang wanita Yahudi pada upacara memperingati mangsa serangan di Manchester.
Gambar itu menunjukkan Sadiq Patel, yang berjubah dan memakai kopiah, memujuk Renee Rachel Black, ketika dia sedang duduk di Albert Square Manchester dan menangisi tragedi itu, di mana upacara memperingati mangsa serangan malam Isnin diadakan pada Selasa.
Gambar yang mengharukan itu dianggap sebagai simbol perpaduan di bandar ini berikutan serangan di konsert Ariana Grande yang mengorbankan 22 orang, kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak dan remaja.
Berpuluh-puluh lagi cedera dalam serangan pengebom nekad yang berlaku di Manchester Arena yang boleh memuatkan 21,000 orang.
Sekeping lagi gambar menunjukkan pasangan itu berdoa bersama-sama, dengan Patel menekup mukanya dan Black menangis sambil menundukkan kepala.


Patel juga, dalam satu lagi foto dilihat membiarkan Black yang berjalan dengan tongkat merangkul lengannya ketika mereka berjalan bersama-sama.
Sebelah lagi tangannya dilihat memegang bangku milik Black.
Tindakan pasangan ini mencetuskan reaksi penuh emosi di media sosial.
Pengguna Twitter @taseulima berkata: "Gambar seperti ini hanya membuatkan hati saya cair."
Seorang lagi pengguna @QudsiyaMashhadi, menganggapnya sebagai sesuai yang memberi inspirasi.

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/05/27/muslim-tenangkan-yahudi/#WRMGJCOJ96kxBUvT.99

Saturday, May 27, 2017

Perghhh !!! Doktor 'Cun', Mat Motor Kini Berkawan


image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/05/27/13/06/doccun1.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: "Bagai mimpi", demikian kata seorang mat motor kerana tidak menyangka doktor wanita yang membantunya dalam kemalangan, Ahad lalu, tiba-tiba muncul di depan matanya.
Faizal Hasbullah Alimin, 20, berkata, dia terkejut apabila seorang pelawat cantik tiba-tiba menghampiri katilnya di hospital, petang Jumaat.
“Masa tu saya tengah 'main' handphone, dari jauh saya tak perasan, bila semakin dekat barulah saya ingat dialah orang yang tolong saya masa kemalangan hari tu,” kata Faizal kepada mStar Online.
Kisah Faizal dibantu seorang doktor wanita menjadi tular apabila rakan mangsa, Muhammad Aizuddin Mohd Sharif, 21, yang berada di tempat kejadian memuat naik gambar dan posting penghargaan untuk doktor berkenaan, Selasa.
Selain dipuji atas keprihatinannya, doktor berkenaan turut mendapat perhatian netizen kerana beliau, yang berbangsa Cina dan masih muda bersikap profesional dan menghulurkan bantuan tanpa mengira bangsa atau agama.
Faizal yang terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Genting Sempah berkata, dia sedikit kekok apabila doktor berkenaan sudi menjenguknya walaupun beliau berhasrat menemuinya untuk mengucapkan terima kasih apabila sembuh nanti.


“Tak sangka dia datang, ada segan sikitlah, tak macam dia, nampak selamba je.
“Dia datang borak, periksa tangan saya, check x-ray, dia kata dia sendiri pun terkejut sebab kisah ni jadi viral,” katanya.
Menurut Faizal, doktor berkenaan datang tanpa ditemani sesiapa dan meluangkan masa kira-kira satu jam berbual dengannya.
Difahamkan, beliau kini sedang bertugas di sebuah hospital kerajaan.
“Dia cerita masa kemalangan tu dia berhenti tepi, tapi dia pun tak tahu nak buat apa sebab barang tak lengkap, dia cuma boleh tolong periksa paru-paru dan jantung saya saja,” katanya.
Faizal berkata, sepanjang tempoh itu, dia berkali-kali mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada doktor berkenaan yang tidak prejudis terhadap dirinya yang digelar mat rempit dan telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor dengan baik.
“Bila saya ucap terima kasih, dia kata ‘sama-sama’, dia kata memang itu kerja dia, tugas dia.
“Dia harap saya cepat sembuh dan minta saya jaga pemakanan,” katanya.


Sementara itu, Mohd Aizuddin memberitahu, doktor berkenaan mengakui beliau kini menganggap Faizal sebagai kawannya.
Dalam kejadian 11.35 pagi itu, Faizal yang menunggang motosikal Kawasaki RR150 dari Hulu Langat ke Bentong patah tangan kanan, manakala hampir seluruh belakang badannya cedera.
Selepas dihantar ke hospital, Mohd Aizuddin telah memuat naik posting di Facebook: “Respect' kat amoi ni. Walaupun dia tau kami mat rempit, dia berhenti tolong sebab dia doktor. Aku suruh dia gerak dia cakap 'tak apa, saya tunggu ambulans sampai’.
"Kau carilah dia bila kau dah sihat. Dialah yang suruh aku beli air gula, dialah yang siram luka kau. 'Gentle' gua respect.” 

Friday, May 26, 2017

Tawar RM3,000 tangkap pencuri barang kemas


Tawar RM3,000 tangkap pencuri barang kemas
Gambar suspek yang telah ditularkan di laman Facebook
KULIM - Seorang pemilik kedai emas di satu pusat beli belah dekat sini menanggung kerugian RM50,000 apabila 20 jenis barang kemas dilarikan pekerja yang baru diupahnya, lewat petang semalam.
Pemilik kedai, Khoo berkata, pekerja wanita berusia 29 tahun itu telah ditemuduga melalui telefon pada 22 Mei lalu dan mula bekerja sejak semalam.
"Saya hanya temuduga dia secara umum sahaja, tanya umur, nama dan tempat tinggal melalui telefon sebelum memintanya mulakan kerja pada semalam.
"Sepatutnya dia masuk kerja waktu pagi seperti pekerja lain namun pelbagai alasan diberikan termasuk motosikal rosak jadi dia datang kerja lingkungan jam 4.30 petang, bila masuk kerja kita ada minta kad pengenalan tapi pelbagai alasan diberikan," katanya kepada Sinar Harian.
Seorang pekerja menunjukkan barang kemas yang diletakkan dirak telah dicuri suspek
Menurutnya, kehilangan barangan kemas itu disedari seorang lagi pekerja yang menjadi rakan setugas suspek pada hari tersebut kira-kira jam 6.45 petang yang terus menghubunginya memaklumkan hal berkenaan.
"Saya telah dihubungi seorang lagi pekerja di situ memaklumkan barang kemas telah hilang dan mengesyaki pekerja baru itu yang ambil, saya bergegas ke lokasi dan apabila melihat CCTV yang dipasang memang benar suspek telah larikan barang kemas itu," katanya.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubunginya di talian 016-4447626 dan sekiranya sesiapa yang berjaya menangkap suspek akan diberi ganjaran RM3,000.
Selain itu, rakan sekerja suspek yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian dia dan suspek sedang bertugas seperti biasa di kedai.
"Saya duduk atas kerusi di ruang kosong belakang, manakala suspek sedang melihat barang kemas di dalam cermin pamiran, tak lama kemudian dia minta nak buka rak kabinet pamiran untuk menyusun barang kemas.
"Saya tak pula syak apa-apa, kemudian saya beritahu dia mahu pergi ke tandas. Kira-kira beberapa minit kemudian saya kembali ke kedai sebelum dia (suspek) meminta izin untuk pergi ke medan selera untuk makan.
"Ketika itu dia bersilang tangan dan diletakkan di dada dan berjalan ke arah medan selera berjarak beberapa meter dari kedai, lebih 30 minit saya tunggu dia tak datang semula.
"Saya tergerak hati nak periksa barang kemas di kabinet pameran, setelah beberapa kali kira memang ia tak cukup, terus saya telefon pemilik kedai," katanya.
Dalam pada itu, menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang pada penjuru kedai didapati suspek berpura-pura menyusun sebelum memasukkan barang kemas ke dalam lengan bajunya tidak sampai 10 minit.
Suspek juga dilihat sempat menyapu sampah di dalam kedai terbabit sebelum menunggu seorang lagi rakan setugasnya pulang dari bilik air.

Thursday, May 25, 2017

Perghh !!! Letupan Di Jakarta Timur, Anggota Badan Berselerakan



Letupan Di Jakarta Timur, Anggota Badan Berselerakan 

 JAKARTA: Satu serangan bom bunuh diri di luar terminal bas yang sibuk di sini, malam Rabu meragut nyawa tiga pegawai polis.

Serangan itu adalah yang terbaru melanda negara berpenduduk majoriti Islam itu yang bergelut dengan peningkatan plot keganasan.
Beberapa pegawai polis dan orang awam lain cedera apabila dua pengebom melancarkan serangan di jalan bersebelahan stesen bas, menyebabkan orang ramai yang panik berlari menyelamatkan diri daripada letupan itu yang disusuli kepulan asap hitam.
Bahagian-bahagian tubuh manusia dan serpihan kaca berkecai bertaburan di jalan raya berikutan serangan itu, yang berlaku kira-kira pukul 9 malam.

-fotoAFP
Masih tidak jelas dalang di sebalik serangan, tetapi Indonesia, negara dengan penduduk Islam paling ramai di dunia, telah berada dalam keadaan berjaga-jaga dengan plot dan serangan yang ilham daripada kumpulan militan Negara Islam (IS) sejak kebelakangan ini.
Terminal Kampung Melayu di timur Jakarta yang sering dikunjungi oleh penduduk tempatan dan tidak popular di kalangan pelancong asing kecoh apabila serangan itu berlaku dan saksi menyifatkan situasi amat panik dengan dua letupan yang berlaku.
Dicky Wahyudin, 37, berkata, dia sedang minum kopi di seberang jalan apabila serangan itu berlaku, menyebabkan orang ramai melarikan diri.
"Tiba-tiba saya dengar dua letupan yang kuat, saya segera melarikan diri," katanya kepada AFP.
Seorang peniaga, Rosmala berkata: "Pada mulanya saya nampak asap dan kaca berkecai, dan rasa bergegar, saya terkejut. Selepas beberapa minit terdapat satu lagi letupan."
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/05/25/letupan-jakarta-timur/~/media/6cbe73419b3a443291b2d32fd7d01a9c.ashx?la=en
Jurucakap polis kebangsaan Setyo Wasisto memberitahu pemberita bahawa dua pengebom berani mati telah terlibat dalam serangan itu dan tiga pegawai polis telah meninggal dunia.
Beliau sebelum ini berkata percaya hanya seorang sahaja penyerang terlibat.
"Saya perlu menyampaikan ucapan takziah kerana tiga pegawai polis meninggal dunia," katanya.
Lima pegawai polis yang lain dan lima orang awam cedera, kata Wasisto.
Kedua-dua pengebom berani mati, kedua-duanya lelaki, meninggal dunia dalam serangan itu.
Sementara itu Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ketika dihubungi Bernama memaklumkan setakat ini, tiada warga Malaysia dikesan menjadi mangsa berikutan insiden berkenaan.
"Setakat ini, kejadian tersebut masih disiasat oleh pihak polis Indonesia," katanya.
Jurucakap Wisma Putra ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya sedang memantau perkembangan insiden tersebut dan mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa terbabit.

Perghhh !! Lionel Messi Gagal Rayuan Hukuman Penjara 21 Bulan


image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/05/25/08/41/messi.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
  (Ubah saiz teks)
MAHKAMAH Agung Sepanyol telah mengekalkan keputusan mahkamah Barcelona yang menjatuhkan hukuman sehingga 21 bulan penjara terhadap Lionel Messi dan bapanya  kerana penipuan cukai.
Pemain antarabangsa Argentina itu dan bapanya, Jorge Horacio Messi, dituduh menipu cukai berjumlah €4.1 juta antara 2007 dan 2009 selepas gagal membayar €10.1 juta untuk hak cipta imej.
Mahkamah Barcelona mendapati dia bersalah atas kesalahan itu pada 2016 dan berikutan rayuan, Mahkamah Agung telah mengekalkan keputusan asal.
Selain itu, Messi juga dikenakan denda €2 juta, manakala bapanya didenda €1.5 juta.
Bagaimanapun hukuman terhadap bapanya telah dikurangkan kepada 15 bulan berikutan pemain itu telah memberikan kerjasama dengan membayar semula jumlah wang yang ditipu.
Di bawah undang-undang Sepanyol, melainkan jika terdapat kesalahan terdahulu, hukuman penjara kurang dari dua tahun sering tergantung, mengikut budi bicara mahkamah, seperti yang dijangka akan berlaku dalam kes ini di sini.
Justeru Messi dijangka tidak akan dipenjara dan boleh terus bermain bola sepak.
"Saya berdedikasi untuk bermain bola sepak," Messi memberitahu mahkamah Barcelona ketika prosiding.
"Saya percayakan bapa dan peguam yang kami telah pilih untuk berurusan dengan hal ehwal kami. Tak pernah terfikir oleh saya bahawa mereka boleh menipu saya."
Messi juga memberitahu bahawa tidak banyak yang dia tahu mengenai urusan kewangan yang dibuat.

Wednesday, May 24, 2017

Perghhh Dahsyattt : Pemburu maut dihempap gajah


Pemburu maut dihempap gajah
Gambar hiasan - Foto sumber FunFix
 
GWAYI - ZIMBABWE. Seorang pemburu untuk tujuan keseronokan (big game hunter) maut dihempap gajah yang ditembak oleh rakannya, Jumaat lepas.
Menurut laporan CNN, Theunis Botha bersama kumpulannya sedang memburu di Good Luck Farm di Gwayi ketika dikepung sekumpulan besar gajah.
Mangsa dan kumpulannya kemudian diserang oleh beberapa ekor gajah betina.
Seekor gajah yang ditembak kemudian menghempap Theunis dan mangsa maut serta-merta.
Theunis yang berumur 51 tahun sebelum ini menubuhkan taman memburu safari Theunis Botha Big Game sejak 1983.
Jurucakap Taman Nasional Zimbabwe, Nyasha Simukai mengatakan aktiviti memburu oleh Theunis adalah 'halal'.
Kejadian yang menimpa Theunis menarik reaksi berbeza di kalangan pelayar laman sosial.
"Pemburu gajah maut dihempap gajah..gajah tersebut hero saya," kata @mamagotyou di laman Twitter.
"Karma serta-merta," kata @RitaPanahi.

Tuesday, May 23, 2017

Perghhh !!! Video Kanak Kanak Di Tarik Ke Dalam Laut Oleh Anjing Laut

KENANGAN indah dah bertukar trauma buat kanak- kanak ini.
Kenapa? Apa yang terjadi? Saksikan video ini ...



Monday, May 22, 2017

Perghhh !!! Netizen Terkejut Mat Over Jadi Tetamu Khas




Netizen Terkejut Mat Over Jadi Tetamu Khas


Sepanduk program "Santai Bersama Mat Over" mencetuskan kemarahan netizen. 
PETALING JAYA: Ruang laman sosial menjadi hangat sekali lagi disebabkan oleh Mat Over.
Netizen tidak berpuas hati apabila sepanduk yang mempromosikan pelawak itu sebagai tetamu undangan dalam satu acara Hari Belia di Hulu Terengganu tersebar.
"Hanya di Malaysia anda akan diberi penghormatan yang tinggi apabila anda menampar seseorang di depan Perdana Menteri," tulis Asrul Muzaffar melalui akaun Twitter miliknya.
Seorang pengguna Twitter, Mohsen Alkaff pula menulis: "Saya bukan sesiapa tetapi saya rela menggantikan Mat Over untuk Hari Belia di Terengganu.
"Bukan bermaksud saya ini bagus, tetapi saya lebih baik daripada dia."
"Hari Belia bersama Mat Over. Adakah dia masih dianggap belia? Dia sudah berusia 60 tahun!" kata Aiediel Jamal di Facebook.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Terengganu,  Datuk Rozi Mamat mengesahkan bahawa Mat Over dijemput pada Sabtu sebagai pengacara program "Santai Bersama Mat Over" dan program itu sudah dirancang sebelum insiden pelawak itu menampar penerbit, David Teoh pada Rabu lalu.
"Mat Over ialah orang tempatan dan dia sering dijemput menghadiri pelbagai acara," kata Rozi ketika ditemubual pada Sabtu.
"Hal ini berlaku kerana insiden itu dan orang ramai mula menjadikan ia sebagai satu isu yang besar."
Mat Over atau nama asalnya Sulaiman Yassin merupakan seorang pelawak dan dilaporkan telah menampar David Teo di hadapan Datuk Seri Najib Tun Razak pada sesi dialog Transformasi Nasional (TN50) di Seri Perdana, Putrajaya awal minggu ini

Sunday, May 21, 2017

Perghh!!! Enam pramugari antara 12 ditahan kerana dadah


dadah
Gambar hiasan.
SHAH ALAM - Enam pramugari sebuah syarikat penerbangan terkemukaantara 12 individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kota Warisan, Sepang, semalam.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, dalam serbuan jam 1.30 petang itu, penghuni rumah pada mulanya enggan membuka pintu walaupun diketuk beberapa kali oleh polis.

Saturday, May 20, 2017

Perghhh !!! Mahu Undur, Tapi Tertekan Pedal Minyak


image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/05/19/21/27/rempuh%202.ashx?w=620&h=413&crop=1&/

Enam orang cedera termasuk orang awam dalam kejadian rempuhan di tapak penjaja sementara Lorong Baru. - Penang Kini
  (Ubah saiz teks)
GEORGE TOWN: Lain jadinya apabila seorang pemandu wanita yang berniat mahu mengundurkan keretanya tetapi berakhir dengan kejadian rempuhan di tapak penjaja sementara Lorong Baru di sini.
Kejadian yang berlaku pada pukul 6.30 petang Jumaat itu telah mencederakan seramai enam orang awam yang terdiri daripada peniaga dan pelanggan di tapak penjaja berkenaan.
The Star melaporkan, pemandu tersebut terlibat dalam satu kemalangan kecil dengan sebuah van sebelum insiden rempuhan itu berlaku.
Kereta yang dipandunya meluncur laju sejauh beberapa meter lalu merempuh beberapa gerai dan orang awam sebelum akhirnya berhenti di sebuah kedai kopi.
Sementara itu, pihak polis sedang menyiasat kes tersebut dan mangsa yang terlibat sudah dihantar ke hospital berhampiran.
Terdahulu, mStar Online melaporkan, rakaman mengenai kejadian rempuhan kereta yang berlaku pada petang Jumaat mula dikongsikan di laman sosial Facebook, Penang Kini kira-kira pukul 8 malam.
Dalam rakaman video selama lebih seminit itu menunjukkan seorang lelaki berpakaian hitam berlumuran darah dan terbaring di atas jalan raya sambil cuba dibantu oleh orang awam.

Friday, May 19, 2017

Perghhh !!! Video : David Teo kena mohon maaf!


David Teo kena mohon maaf!
Mejar (B) Razali Zakaria bercakap kepada media selepas mengadakan bantahan di hadapan bangunan Metrowealth, di Petaling Jaya, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
PETALING JAYA - Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth (MIG), Mejar (K) Datuk David Teo didesak mengemukakan permohonan maaf berhubung Insiden kebiadabannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presiden Gerakan Memartabatkan Perjuangan Negara, Mejar (B) Razali Zakaria berkata, David perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia secara terbuka.
Menurut Razali, pihaknya tidak mahu perkara ini berulang pada program dialog Tranformasi Nasional 2050 (TN 50) lain.
"Satu tindakan perlu diambil kepada David Teo untuk beri pengajaran kepada semua orang tidak kira lapisan bangsa supaya tidak biadap dalam program yang dihadiri perdana menteri," katanya kepada media selepas mengadakan bantahan di hadapan bangunan Metrowealth, hari ini.

Razali berkata, pihaknya memberi masa selama tiga hari kepada David untuk memohon maaf.
"Sekiranya gagal berbuat demikian, kita akan bertemu Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk mendesak menteri mengambil apa sahaja tindakan mengikut bidang kuasa mereka ke atas David," katanya.



Beliau turut mewakili badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat di negara ini mengutuk sikap David sewaktu program berlangsung.
"Ini melibatkan media massa di negara ini. Insiden itu berlaku sewaktu siaran langsung dan bukan sahaja di tonton rakyat Malaysia tetapi seluruh dunia," katanya.
Menurutnya, Kementerian Pertahanan perlu menarik semula pangkat yang dianugerahkan kepada David.
"Dia telah melakukan perkara biadab dan kita tidak akan berhenti. Kita akan ambil tindakan susulan macam mana David boleh dapat pangkat itu," katanya.
Ditanya adakah wajar tindakan diambil oleh pelakon Sulaiman Yassin atau Mat Over ke atas David, Razali berkata, beliau bersetuju dengan tindakan berkenaan.
"Kalau Mat Over tidak bertindak, mungkin perkara akan berpanjangan. David mungkin akan cakap macam-macam lagi.
"Tahniah kepada Mat Over sebab bertindak cepat menghalang perkara lain daripada berlaku," katanya.
Majlis Dialog TN50 bersama penggiat seni malam semalam kecoh selepas Mat Over menampar David di hadapan Najib.
Insiden itu berlaku ketika majlis dialog berlangsung apabila David dilihat mahu memberi pendapatnya dan pengacara Datuk Rosyam Nor membuka ruang kepada produser itu selama satu minit.
David dikatakan tidak berpuas hati cara Rosyam mengendalikan majlis sebagai moderator.
Berlaku sedikit ketegangan antara David dan Rosyam yang cuba mengawal keadaan sehinggalah pelawak Mat Over yang tidak berpuas hati terhadap sikap David itu kerana bercakap kurang sopanndi hadapan Najib sebelum menamparnya.
 

Thursday, May 18, 2017

Gelabah Penjual Durian, Tunku Azizah Buat Lagi Kejutan


  (Ubah saiz teks)
CEMAS ada… takut pun ada… Itulah rekasi yang dapat dilihat pada wajah penjual durian selepas menerima kunjungan kali kedua Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah di gerainya. 
Dalam rakaman video yang menjadi tular sebelum ini, pemuda itu yang dikenali sebagai Rafi tidak mengetahui pelanggannya ialah seorang kerabat dari Istana Pahang. 

Wednesday, May 17, 2017

Perghh !!! Pak andam pulang semula wang, selesai cara baik

Pak andam pulang semula wang, selesai cara baik

Pak andam pulang semula wang, selesai cara baik
Pak andam berkenaan (kiri) memulangkan semula wang deposit kepada Sarifah ketika mereka bersemuka, Ahad lalu.
SEREMBAN - “Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Saya pun dah dapat semula duit deposit,” kata Sarifah Malek, 53, yang sebelum ini berdepan pengalaman pahit apabila pak andam diupahnya menghilangkan diri beberapa jam sebelum majlis akad nikah anaknya berlangsung.
Menurut Sarifah, pak andam berkenaan sudah menyerahkan wang sebanyak RM3,600 yang dibayarnya sebelum ini dalam satu majlis perjumpaan diadakan di Balai Polis Paroi, di sini, Ahad lalu.
Pada masa sama, katanya, mereka juga saling bermaaf-maafan dan sedia menamatkan persengketaan serta menarik balik kenyataan dibuat dalam laman sosial berhubung insiden itu.
“Tiada lagi perasaan geram dan marah yang disimpan dalam hati kerana semuanya sudah dileraikan dengan baik. Lagipun saya pun tak berhasrat untuk memanjangkannya lagi.
“Mungkin bagi sesetengah orang jumlah RM3,500 itu sedikit, tapi tidak bagi saya yang hanya berniaga secara kecil-kecilan,” katanya di sini, semalam.
Sarifah bagaimanapun berkata, kejadian yang dihadapinya itu diharap dapat dijadikan iktibar semua pihak sama ada mereka yang menyediakan perkhidmatan atau mereka yang menjadi pelanggan.
Menurutnya, apa sahaja masalah boleh diadakan perbincangan berbanding mengambil tindakan menghilangkan diri.


“Walaupun ia menjadi pengalaman pahit buat saya, tapi saya bersyukur semuanya telah selesai. Apa-apa pun terima kasih kepada Sinar Harian dan semua pihak yang membantu,” katanya.
Minggu lalu, Sinar Harian melaporkan impian seorang ibu untuk melihat majlis perkahwinan anak bongsunya berjalan dengan meriah berkecai, akibat perbuatan pak andam diupahnya.
Suasana majlis menjadi kelam kabut apabila pak andam diupah menghilangkan diri beberapa jam sebelum majlis berlangsung.
Malah, pakej perkah-winan berharga RM5,000 ditawarkan meliputi tiga pasang persalinan dengan solekan, pelamin serta hiasan meja pengantin hanya indah khabar dari rupa.

Perghhh Dahsyatt !!! Bawa kepala ibu pergi kedai, tikam peniaga


Bawa kepala ibu pergi kedai, tikam peniaga
Joshua Lee Webb. - Foto KTLA 5 
OREGON - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki yang berlumuran darah membawa kepala ibunya yang dipenggal sebelum menikam seorang pekerja di sebuah kedai, kelmarin.
Menurut laporan KTLA 5, pekerja lain sempat menahan lelaki berkenaan sebelum menikam lebih ramai mangsa.
Suspek, Joshua Lee Webb, 36 akan disiasat atas dakwaan membunuh dan cubaan membunuh.
Joshua didakwa membunuh ibunya, Tina Marie Webb, 59 selepas mayat mangsa ditemui oleh saudara maranya.
Anggota polis, Sarjan Nate Thomas mengesahkan kepala yang dibawa oleh Joshua adalah kepala Tina.
Kejadian masih disiasat polis.

Tuesday, May 16, 2017

Perghhh !!! Macam Mana ikan Boleh Masuk


image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/05/15/10/57/ikan%20mulut.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
HANYA ekor ikan yang boleh dilihat doktor untuk mengeluarkan haiwan tersebut. - Mirror.uk
  (Ubah saiz teks)
NEW DELHI: Seorang lelaki di India mengalami detik-detik mencemaskan apabila seekor ikan 'menceroboh' masuk ke dalam rongga tekak sehingga menyebabkan mangsa sukar bernafas dan bercakap.
Dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini, mangsa yang dikenali sebagai Santos Dash sedang memancing di sebuah kolam dekat Odisha sebelum ikan yang ditangkapnya terlepas dan melompat memasuki mulutnya secara tidak sengaja.
Ikan itu cuba 'berenang' memasuki rongga tekak menyebabkan dia mengalami kesukaran untuk bernafas.
Orang ramai yang kebetulan berada di lokasi kejadian kemudiannya membawa Dash ke hospital berdekatan tetapi pasukan perubatan gagal mengeluarkan ikan tersebut.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/05/15/ikan-masuk-mulut/~/media/ffbe50cd37ff4f28b536e96ec0b912a0.ashx?la=en

Kemudian dia dipindahkan ke Hospital Appolo di Bhuwaneshwar yang terletak kira-kira 200 kilometer dari kampungnya di Podadhia dan doktor di sana berjaya mengeluarkan ikan itu menggunakan alat penyepit khas.
Pemeriksaan lanjut mendapati tekak lelaki itu mengalami luka teruk akibat terkena sirip tajam ikan berkenaan.
Wakil hospital itu, Dr Sanjeev Gupta berkata, pada awalnya, beliau hanya nampak ekor ikan tersebut yang berukuran 10 sentimeter.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/05/15/ikan-masuk-mulut/~/media/91ffeeeb14de461f9ae9f2b29d38874f.ashx?la=en

"Kami membawanya ke dewan bedah sebelu memulakan proses mengeluarkan ikan tersebut menggunakan alat khas," katanya menurut laporan portal Mirror.
Dash kini dalam proses pemulihan dan perlu memakai tiub hidung selama 10 hari sehingga benar-benar pulih.

Perghhh !!! Macam Mana ikan Boleh Masuk


image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/05/15/10/57/ikan%20mulut.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
HANYA ekor ikan yang boleh dilihat doktor untuk mengeluarkan haiwan tersebut. - Mirror.uk
  (Ubah saiz teks)
NEW DELHI: Seorang lelaki di India mengalami detik-detik mencemaskan apabila seekor ikan 'menceroboh' masuk ke dalam rongga tekak sehingga menyebabkan mangsa sukar bernafas dan bercakap.
Dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini, mangsa yang dikenali sebagai Santos Dash sedang memancing di sebuah kolam dekat Odisha sebelum ikan yang ditangkapnya terlepas dan melompat memasuki mulutnya secara tidak sengaja.
Ikan itu cuba 'berenang' memasuki rongga tekak menyebabkan dia mengalami kesukaran untuk bernafas.
Orang ramai yang kebetulan berada di lokasi kejadian kemudiannya membawa Dash ke hospital berdekatan tetapi pasukan perubatan gagal mengeluarkan ikan tersebut.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/05/15/ikan-masuk-mulut/~/media/ffbe50cd37ff4f28b536e96ec0b912a0.ashx?la=en

Kemudian dia dipindahkan ke Hospital Appolo di Bhuwaneshwar yang terletak kira-kira 200 kilometer dari kampungnya di Podadhia dan doktor di sana berjaya mengeluarkan ikan itu menggunakan alat penyepit khas.
Pemeriksaan lanjut mendapati tekak lelaki itu mengalami luka teruk akibat terkena sirip tajam ikan berkenaan.
Wakil hospital itu, Dr Sanjeev Gupta berkata, pada awalnya, beliau hanya nampak ekor ikan tersebut yang berukuran 10 sentimeter.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/05/15/ikan-masuk-mulut/~/media/91ffeeeb14de461f9ae9f2b29d38874f.ashx?la=en

"Kami membawanya ke dewan bedah sebelu memulakan proses mengeluarkan ikan tersebut menggunakan alat khas," katanya menurut laporan portal Mirror.
Dash kini dalam proses pemulihan dan perlu memakai tiub hidung selama 10 hari sehingga benar-benar pulih.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung