Nuffnang

Wednesday, July 31, 2013

Pergh Haru Biru,,Ucap Selamat Hari Raya AidilFitri ..Bersama Anjing..



Awal Ramadhan baru-baru ini pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee mempersenda Ramadan dan umat Islam dengan memuat naik gambar sedang makan hidangan daging babi, Bak Kut Teh, beserta kapsyen dan logo halal di Facebook.

Menjelang akhir Ramadhan dan tibanya Hari Raya Aidilfitri ini pula Video '1 Hari Di Hari Raya' dengan kata-kata "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesis, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu) pula dimuatnaik kelaman FaceBook.

Pihak SKMM diarah siasat video 'hari raya' dengan anjing


Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata beliau menerima banyak pertanyaan berhubung satu video di Youtube yang didakwa menunjukkan seorang pemuda menyambut hari raya dengan tiga ekor anjing.

Allahhu Akhbar. imam yang Syahid Mati Di Tembak Polis Mesir..Terasa ..macam Masih Hidup....


SAKSI TUKANG MANDI JENAZAH ASY SYAHID YANG MATI AKIBAT TEMBAKAN SAMSENG POLIS


Saksi tukang mandi jenazah Asy Syahid Dr Muhammad As Sayyed Ismail Al Azhari :

Dari dalam biliik mayat sedang kami memandikan jenazah saudara kami Asy-Syahid Muhammad Sayyed Ahmad seorang imam di Majis Al Firdaus di Iskandariyah yang telah syahid akibat tembakan empat peluru yang dilepaskan oleh samseng pihak polis di hapadan pentas.

Aku bersumpah demi Allah semasa aku memandikan jenazah beliau, beliau kelihatan seolah-olah masih hidup bersama kami dan darah masih mengalir dari tubuhnya dan baunya sangat harum. Bergembiralah wahai si syahid.

Cukuplah Allah sebaik-baik penolong.

Sumber : شبكة نبض الاخوان
‪#‎mesirkini‬

Lagi Berita SEMPOI KLIK SINI 

Tuesday, July 30, 2013

DEWAN RAKYAT BRITISH GESA BRITAIN PUTUSKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN MESIR..NEGARA ISLAM SENYAP JE


DEWAN RAKYAT BRITISH GESA BRITAIN PUTUSKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN MESIR

Dewan Rakyat British menggesa kerajaannya, di bawah pimpinan perdana menteri David Cameron supaya mengisytiharkan bahawa apa yang berlaku di Mesir merupakan rampasan kuasa oleh tentera.

Mereka juga menggesa kerajaan British agar memutuskanhubungan diplomatik dengan kerajaan yang melakukan rampasan kuasa dan menolak untuk berurusan dengannya.

United Kingdom hanya akan berurusan dengan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

PERGHH !!! SEORANG JURURAWAT DIKATAKAN MENERIMA SURAT TUNJUK SEBAB DARI JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU..BACA SINI

SEORANG JURURAWAT DIKATAKAN MENERIMA SURAT TUNJUK SEBAB DARI JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU KERANA MENERIMA KEK DARI ADUN PAS ALUR LIMBAT SEMPENA HARI JURURAWAT!!!!

Begitulah info yang diterima....Rakaman gambar diatas mengundang padah kepada seorang Jururawat yang tidak ada niat langsung mauh dijadikan bahan politik.

Difahamkan seorang jururawat dari sebuah Klinik Kesihatan di Daerah Marang, Kuala Terengganu,  Terengganu telah diberi surat tunjuk sebab dari Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu kerana menerima sebuah kek dari ADUN Alor Limbat YB Ariffin Deraman sempena Hari Jururawat baru-baru ini.

Hina sangatkah menerima kek dari seorang ADUN dari Pakatan Rakyat?

Apa punya peraturan yang diguna pakai...Terima sebuah kek dari seorang ADUN yang dipilih rakyat pun menjadi suatu kesalahan??????

Harap pihak berkenaan respon jika apa yang dimaklumkan ini benar lagi sahih!!!!

Tida mau negara kita dijadikan bahan ketawa dunia dengan perkara yang kebudak-budakan ini..Langsung tidak matang politik.

Dimana letaknya asas demokrasi???? Omakau

Lagi Berita SEMPOI KLIK SINI 

Lagi ditembak mati, Pengasas Arab-Malaysian Development Bank pula menjadi mangsa


..


Insiden tembakan yang terbaru ini telah menjadikan jumlah kes yang melibatkan senjata api ini telah mencecah puluhan kes sepanjang tahun ini sahaja..

Sepertimana mercun yang dikatakan diharamkan tetapi riuh rendah berbunyi malam ini begitulah juga dengan senjata api ini.. diharamkan tapi digunakan penjenayah merata ceruk negara.

Persoalannya disini ialah bagaimana kedua-dua benda itu iaitu Mercun dan Senjata Api boleh membolosi sempadan negara?

Bukannya sikit dah tu...

Ini laporannya..

Pengasas Arab-Malaysian Development Bank, Hussain Ahmad Najadi (gambar), 75, yang berasal dari Bahrain ditembak mati di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur hari ini sementara isterinya cedera terkena tembakan.

Beliau yang kini merupakan penduduk tetap Malaysia berjalan menuju ke keretanya bersama isteri apabila seorang yang bersenjata menuju ke arahnya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah belakang menyebabkannya terbunuh di tempat kejadian kira-kira pada jam 1.30 tengahari.

Isterinya yang cedera terkena tembakan di badan dikejarkan ke hospital.



Saksi kejadian berkata pasangan itu terdahulu melawat kuil yang berada di hadapan tempat letak kereta.

Saksi yang tidak mahu namanya didedahkan berkata dia berada di gerai makan apabila seorang lelaki berjalan mendekati pasangan itu.

“Kemudian saya mendengar bunyi beberapa das tembakan dan melihat pasangan itu tumbang. Saya berlari menyelamatkan diri apabila lelaki itu menuju ke arah saya,” katanya.

Dia berkata lelaki bersenjata itu yang memakai topi dan cermin mata hitam bergegas meninggalkan tempat kejadian menaiki teksi.

Kejadian tembakan itu berlaku selang beberapa hari selepas pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan ditembak di Bahau. Bulan lalu juga mencatatkan beberapa siri tembakan.

Berita Semasa..Keadaan Pengerusi MyWatch: Sanjeevan makin serius









Penasihat MyWatch S Gobi Krishnan berkata keadaan Pengerusi MyWatch R Sri Sanjeevan, yang ditembak Sabtu lalu, kini dikatakan semakin teruk.

Gobi Krishnan berkata pemindahan Sanjeevan ke Hospital Serdang sedang diatur supaya peluru yang tersangkut di tulang rusuknya dapat dikeluarkan melalui pembedahan.

"Keadaan beliau semakin teruk dan kami sedang atur perpindahannya ke Hospital Serdang. Beliau demam dan ia semakin teruk," kata Gobi sewaktu dihubungi.

Beliau bercakap dari Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban, tempat Sanjeevan diwadkan sejak dua hari lalu.

"Beliau ditahan di sini selama dua hari kerana mereka kata Hospital Serdang belum beri kebenaran untuk beliau dipindahkan," katanya.

Monday, July 29, 2013

Pengerusi MyWatch ditembak. Cedera Parah. Petang semalam


SEREMBAN - Pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO), MyWatch, R Sri Sanjeevan, 29, cedera parah akibat ditembak dua lelaki dipercayai India di persimpangan Taman Cempaka, Bahau, Jempol di sini, kelmarin.

Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, dalam kejadian 3.40 petang itu, mangsa sedang memandu kereta jenis BMW bersama seorang rakannya menghala ke Pekan Bahau.

Gambar Menarik Di Penang Yang Tiada Dalam Media Utama


LGE Berbuka Puasa Bersama Imam Haslan  D Pulau Pinang


LGE menyampaikan sumbangan ..sempena Ramadhan Al Mubarak.

Sunday, July 28, 2013

Perghh..Kerana Sokong PR.Seorang .Guru ..Dapat Surat Tunjuk Sebab..


Oleh Kerana..menunjukan sokongan kepada pakatan rakyat seorang guru mendapat surat tunjuk sebab dari jabatan Pelajaran..Apa nak jadi ni..inilah dikatakan  Demokrasi terpimpin namanya ni.....

Lagi Berita SEMPOI KLIK SINI 

Hehe .. Abby Tak Takut BerSuami Muda..


 Abby
Abby dan suami
“SAYA bukan memilih suami kerana dia lebih muda daripada saya tetapi ini adalah jodoh yang ditentukan oleh ALLAH SWT,” jelas Abby mengenai perkahwinan keduanya yang berlangsung pada 9 Julai lalu.

Menurut Abby, segala-galanya telah ditentukan oleh ALLAH SWT kerana hanya selepas dua minggu dia dan suami, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, berkenalan mereka telah sepakat untuk mendirikan rumah tangga.

2,374 PEMANDU TEKSI TERIMA INSENTIF RM600 DARIPADA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG!!!..PASTI BERITA NI TIADA DLM MEDIA UTAMA


BERITA YANG DISOROKKAN OLEH UTUSAN DAN BERITA HARIAN...




GEORGE TOWN, 27 JULAI: Seramai 2,373 pemandu teksi menerima 

insentif sebanyak RM600 daripada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR)
 Pulau Pinang, semalam. 

Saturday, July 27, 2013

Perghh Jurulatih Buaya ..Nyaris Putus Kepala...Jom layannn



[HM] Samut Prakan: Seorang jurulatih di ladang ternak buaya yang popular di kalangan pelancong bernasib baik apabila terselamat daripada mengalami cedera parah selepas seekor reptilia itu menutup mulutnya dengan pantas ketika kepala jurulatih berkenaan berada di dalam.

Uthen Youngprapakorn, pemilik Ladang Buaya dan Zoo Samut Prakan berkata, kejadian yang dirakam seorang pelancong itu berlaku Ahad lalu.

Allahhu Akhbar 10 Maut, 300 Cedera, Serangan Berdarah Menjelang Sahur.


10 Maut, 300 Cedera, Serangan Berdarah Menjelang Sahur.

PENYOKONG Morsi mengerjakan solat semasa meneruskan bantahan aman di luar Masjid Rabaa Al-Adawiya di Kaherah pada 25 Julai lalu.

KAHERAH - MESIR. Bumi Mesir terus berdarah apabila 10 orang termasuk wanita menjadi korban bedilan peluru hidup polis dan tentera menjelang waktu sahur. Insiden itu juga menyebabkan 300 yang lain turut cedera. Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital awam Raba'ah.

Laporan Ikhwanonline menyebut, pasukan penempak tepat polis Mesir mengambil posisi di atas bangunan Fakulti Dakwah, Universiti Al-Azhar Madinah Nasr bagi menembak rakyat dalam situasi kelam-kabut selepas ditembak gas pemedih mata sebelum itu.

Penyokong yang menjadi mangsa adalah mereka yang berada di hadapan Universiti Azhar, Jalan Austorad, berhampiran Kubur Anwar Sadat. Polis juga menggunakan kereta perisai mereka membelah lautan peserta yang berhimpun.

Semalam, himpunan aman besar-besaran yang digelar "Jumaat Furqan" oleh penyokong Mohamed Mursi berlangsung usai solat Jumaat. Lautan manusia itu kemudiannya sekali lagi berdepan tindakan kejam polis dan tentera Mesir yang melancarkan serangan berdarah kepada mereka, awal pagi tadi.

Sementara itu, sebuah mahkamah Mesir telah mengarahkan Presiden yang digulingkan, Mohamed Morsi ditahan untuk disoal siasat berhubung kerjasama beliau dengan kumpulan Hamas di Palestin, lapor agensi berita rasmi MENAsemalam.

Hasan Samir, hakim  di mahkamah tersebut mengeluarkan surat penahanan Presiden Mursi dengan masa 15 hari guna penyidikan. Dikeluarkannya surat ini setelah dilakukan interogasi, pengajuan bukti-bukti dan tuduhan-tuduhan yang dilakukan Presiden Mursi, presiden yang sah..

Di antara tuduhan yang didakwakan kepada Presiden Mursi adalah..

  1. melakukan tindakan intelijen dengan gerakan Hamas untuk merencanakan aksi-aksi memusuhi negara,
  2. menyerang gedung-gedung kepolisian, menyerang perwira dan tentara,
  3. mendobrak penjara, membakar penjara, membuka penjara sehingga para narapidana kabur, merusak catatan-catatan resmi dalam penjara,
  4. menyerang pos-pos polisi, merusak fasilitas umum dan pribadi ketika kerusuhan,
  5. membunuh beberapa narapidana dan tentara, dan menculik beberapa perwira.

Gambar dan video sebenar Jumaat di Mesir semalam

Gambar dan video sebenar Jumaat  di Mesir semalam

Salah satu stesen televisyen di Mesir menayangkan berita palsu tentang keadaan terkini di Medan Rabiatul Adawiyah seperti tertera dalam gambar dibawah.
Sumber : شبكة نبض الاخوان
Bagi menunjukkan kepada rakyat Malaysia betapa penyokong Morsi dan Ikhwan  jauh lebih besar daripada penyokong kudeta, maka admin membuat keputusan bagi menyiarkan  gambar-gambar dan video sebenar keadaan di Mesir sekarang.

Perghhh ..Wang tanpa syarat undi bukan rasuah..Kata SPR

Pemberian "duit minyak" kepada pengundi tanpa mengarahkannya memilih mana-mana calon bukan rasuah, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusinya Tan Sri Aziz Yusof berkata, beliau dimaklumkan perkara itu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

NONE"Jika wang minyak yang diberi itu tanpa meletakkan apa-apa syarat tetapi hanya meminta pengundi-pengundi itu balik mengundi tanpa mengarahkan kepada calon mana-mana parti, ia tidak dianggap sebagai rasuah," katanya.

Dalam SMS jawapan kepadaMalaysiakini, Aziz juga berkata, pihaknya tidak menerima laporan rasmi tentang perkara itu.

Beliau diminta mengulas berhubung dakwaan pembelian undi dalam pilihan raya kecil Kuala Besut apabila bayaran dibuat oleh Ketua Kampung Beris Lampu Yaakob Kadir.

Yaakob bagaimanapun menafikannya sebagai rasuah dan menegaskannya "insentif kepada pengundi luar", diberikan secara terbuka dan kepada semua pengundi, termasuk orang PAS.

Nota : Tak pe  ..BN memerintah semua OK..buat macam mana pun..tak apa..

Friday, July 26, 2013

Bila Terkantooi..Serta Merta Letak Gambar Orang Lain Di FB..Kes Nak Bogel..bila BN menang


Dengar kata fb budak ni deactive dah. samada kerja dia sendiri @ org lain wallahualam.
Abg k cuma nk share sb abg k kenal owner Saranaqi Beauty ni. prgnant tgh sarat skrg.Suami dia pun aku kenallah. so budak Damia Izzara (lawonya nama) mung bogel la sorg diri jgn nk sabitkan org lain. JKKK fan club

TIADA UNSUR POLITIK. CUMA NAK TERANGKAN KEDUDUKAN SEBENAR.
Ada 2 3 org yg baik hati inbox sy, mengatakan gadis bernama Damia Izzara ni dah guna pic sy utk cover malu dia. Dah ramai yg sebar konon2nya sylah Damia Izzara. Samada Damia Izzarasendiri @ org lain yg cuba nak memfitnah saya, harap bertaubatlah ya di bulan yg mulia ni. sy x kenal anda, anda pun mungkin tak kenal sy, cuma curi gambar saya, hentikanlah. Di akhirat nanti susah2 pula anda nak cari saya utk minta maaf.
Sekian selamat berpuasa. Jgn buat kerja tak brfaedah. Salam.


Lagi Berita SEMPOI KLIK SINI 

Guru Besar Diarah Bercuti .Isu Kantin : . Sepatutnya mencari Dimana Silapnya..Bukan Menghukum

Guru besar SK Seri Pristana di Sungai Buloh Mohamad Nasir Mohd Noor berkata beliau diarahkan bercuti seminggu ekoran kontroversi melibatkan bilik persalinan sekolah tersebut yang dijadikan kantin sementara untuk muridnya.
Laporan Utusan Online yang memetik kenyataan Mohamad Nasir menyebut, Jabatan Pelajaran juga akan memutuskan tindakan selepas tempoh tersebut.

NONEMohamad Nasir berkata beliau juga membuat laporan polis atas dakwaan difitnah oleh ibu bapa dan pihak tertentu “secara tidak bertamadun”.

"Saya menerima panggilan telefon yang mencerca dan termasuk mengugut berikutan fitnah tersebut," katanya seperti dipetik Utusan Online.
Katanya lagi, murid berkenaan juga menggunakan bilik persalinan tersebut sebagai kantin sejak tiga bulan lalu memandangkan kantin sekolah tidak boleh menampung jumlah murid berkenaan.

Beliau berkata, kawasan itu juga telah dibersihkan dan dilengkapi sinki untuk mencuci tangan.

Para murid berkenaan dilarang membuang air di bilik persalinan tersebut manakala paip air di bilik persalinan tersebut juga telah dikunci, katanya lagi dalam laporan tersebut.

Lagi Berita SEMPOI KLIK SINI 

Perghh ::: Damia Izara Sanggup Berbogel Di atas Kemenangan BN ..


Akhirnya Damia Izara Berbogel di Atas Kemenangan BN di Besut
Kali ini seorang pengguna FB dengan nama Damia Izara pula membuat janji untuk bogel keliling Kuala Besut andai Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya kecil (PRK) di sana.


Lagi Berita SEMPOI KLIK SINI 

Thursday, July 25, 2013

Gambar Menarik Dari Azmin Ali Sebelum ..Buat UMRAH ..Pasti tiada Dlm Media Perdana


Kasih Ibu. Saya, Shida dan anak - anak sempat menziarahi bonda tersayang sebelum ke KLIA untuk penerbangan kami ke Makkah bagi menunaikan ibadah Umrah di bulan Ramadhan ini

Keputusan Kuala Besut :: BN pertahan kerusi Dun Kuala Besut...Cuba lagi..


BN pertahan kerusi Dun Kuala Besut
PRK Dun Kuala Besut
















BESUT - Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut yang berlangsung di sembilan pusat mengundi dimenangi oleh calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dengan 2, 592 undi.

KUALA BESUT - Sejumlah 79.78 peratus atau 14,108 orang daripada 17,683 pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Besut menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam Pilihan Raya Kecil kawasan itu hari ini.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jumlah itu termasuk 13,188 pengundi biasa, 911 pengundi awal dan sembilan orang pengundi pos.

Perghhh : Setelah dia Gasak Mufti , la Baru Nak Minta Maaf....Mangkuk ..la dia ni

Dua daripada empat peserta Muslim dalam pertandingan Miss Malaysia World 2013 menafikan mempertikaikan fatwa yang mengharamkan umat Islam terlibat dalam acara ratu cantik.

Sara Amelia Muhammad Bernad (gambar besar di atas), 20 berkata, kenyataannya sebelum ini berhubung perkara itu pendapat peribadi dan tidak berniat melanggar fatwa, lapor Berita Harian.

"Saya tidak berniat menghina agama Islam, sebaliknya hanya menyatakan pendapat peribadi berhubung fatwa itu.

"Jika saya dianggap seolah-olah mencabar, saya mohon maaf," katanya melalui SMS kepada harian itu.

Sementara itu, Wafa Johanna De Korte (kiri), 19, pula dilapor berkata, beliau akur dengan pembatalan penyertaannya walaupun kecewa tidak dapat memenuhi impiannya.

"Saya berpendapat perlu ada wakil peserta Melayu, tetapi fatwa menetapkan orang Islam tidak dibenarkan menyertainya dan saya terpaksa akur," beliau dilapor sebagai berkata.

Wednesday, July 24, 2013

Allah Huakhbar ..Sultan Kelantan Meyempurnakan Solat Trawih Di Masjid Pulau Melaka

Sultan Kelantan bersolat terawih di Masjid Pulau Melaka semalam bersama-sama YB Tuan Guru dan pembesar-pembesar negeri. Tengku Mahkota turut sama berangkat....

Di antara perkara yang saya bersetuju dengan pendekatan Tuanku Sultan ialah baginda mengormati pemimpin negeri sebagaimana pemimpin negeri menghormati baginda. Rabu lepas baginda berbuka puasa dan terawih di masjid hadapan rumah Menteri Besar dan semalam berbuka puasa dan terawih di masjid Tuan Guru...

Sepanjang saya berkhidmat dengan Tuan Guru, saya tahu Tuan Guru amat menghormati Tuanku Sultan. Namun, nilai ulama yang ada pada Tuan Guru tidak pernah terjejas. Pernah Tuan Guru terus bersolat di atas pentas selepas usai satu majlis bersama Tuanku sekalipun sekalian VVIP lain mengiringi Tuanku Sultan menuruni pentas.

Ketegasan Tuan Guru tidak menjauhkan Tuanku Sultan bahkan lebih mendekatkan lagi hubungan di antara kedua-duanya. Demikianlah para ulama, akan terus disayangi selagi mana mereka berpegang dengan nilai ilmu mereka.

Semoga hubungan di antara Sultan dan kerajaan negeri Kelantan harmoni selamanya dan semoga Allah SWT terus memelihara kerajaan negeri Kelantan yang berdiri di atas tonggak Membangun Bersama Islam.




Lagi Berita SEMPOI KLIK SINI 

Astagfirullah : Adakah ini cara Kempen UMNO Di Bulan Ramadhan ?

Astagfirullah : Adakah ini cara Kempen UMNO Di Bulan Ramadhan ?

Tuesday, July 23, 2013

Perghh Dunia Akhir Zaman .Mufti Ditempelak Oleh Peserta Ratu Cantik Malaysia Kerana Digugurkan dari Fanalis

Mufti Ditempelak Oleh Peserta Ratu Cantik Malaysia Kerana Digugurkan Dari Senarai Finalis Pertandingan Ratu Cantik | Mereka Menanggap Kubur Itu Masing-Masing Punya Hal | Kelakarkan Stetement Ratu Cantik yang jahil ini, tapi bagi aku ada betulnya juga, kenapa hanya Ratu cantik diishtiharkan haram, waktu peserta Renang, Gimnastik yang pesertanya seorang Islam di mana mufti. Sewaktu mufti mengharamkan Shisha bagi aku satu tindakan yang bagus dan berani, tapi di mana Mufti dikala pusat hiburan masih beroperasi di bulan Ramadhan yang Mulia lagi Berkat ini seperti kelab malam yang menghidangkan arak dan GRO di mana fatwa mereka. 

Gambar Sempoi Abbby Berbuka Puasa Rumah Ibu Mertuanya.


6 Gambar Abby Abadi Buka Puasa Bersama Keluarga Mertua

6 Gambar Abby Abadi Buka Puasa Bersama Keluarga MertuaJa

Monday, July 22, 2013

Gambar Cun Majlis Kahwin Abby Abadi Dan Suami Barunya Farhan Yang Sempoii

[GAMBAR] Kahwin Abby Abadi Yang Awesome!!! | Barakallah lakuma,wa baraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fie khair. Tahniah diucapkan ke atas Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan atas pernikahan beliau baru-baru ini di Thailand dengan jejaka bernama Farhan atau nama penuhnya Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang berusia 24 tahun jauh lebih muda darinya.

Kenapa sejak akhir-akhir ini orang Malaysia asyik kahwin di Thailand jer. Bermula dengan Ustaz Fathul Bari kemudian Ashraf Muslim dan beliau sendiri. Adakah prosuder di Malaysia begitu menyusahkan..lepas nie aku pun nak nikah kt Thailand laa..hehe

gambar-pernikahan-abby-abadi-dan-farhan-yang-menarik

Kerajaan PR Selangor Ni Tak Patutlah...Naikan elaun Guru KAFA Pula...Ni Yang AMANO Marah..



Kerajaan PR Selangor Ni Tak Patutlah...Naikan elaun Guru KAFA Pula...Ni Yang AMANO Marah....Baik baik nanti depa buat demo pulak.kiki..Tahniah PR Selangor ..


Perghh Tengah Sujud Solat Diangkat Oleh SB..Ini Di Terengganu







Anok besut

Kezaliman umno
Lihatlah bagaimana BN perintah Malaysia khususnya terengganu tanpa hirau dan sensitif umat islam. mohon tag share video ini demi ISLAM ...kbt

--> Jkkk Fan Club
 — 

Untuk maklumat terkini / FB  KLIK SINI 

Sunday, July 21, 2013

Kuliah UAI Di Kota Baharu Kelantan Tetap Sempoi ..dlm bulan Ramadhan






Kuliyah Iftar Sempena Program Ihya Ramadhan Kota Baru(4 photos)

Uatas Azhar Idrus senantiasa memberi kuliah tak kira masa dan tempat ..Syukran...Ustaz

Lagi Berita SEMPOI KLIK SINI 

Gambar Sempoi.DSAI ni Pasti Tiada Dalam Media.Utama

Gambar Terkini DS Anwar Ibrahim Di Kota Suci Mekah... Semoga Dilanjutkan Usia & Dimurahkan Rezeki Dato' Seri... Selamat Menunaikan Ibadat Umrah. Mudah-Mudahan Diterima Disisi ALLAH SWT... Jangan Lupa Doakan Kemenangan PAS/PR Di Kuala Besut Yer, Dato Seri!!!... Amin!!!

Gambar CUN Abby Abadi Yang Tiada Dalam .Media Utama


Berkempen Di UPU Seberang Barat, Kuala Besut, Malam Tadi, Abby Abadi Ditemani Suami, Saudara Farhan (Anak Jati Kelantan)... Terbaik Boh!! ::.kikiki.:: 

untuk maklumat sempoi KLIK sini 


Tabik Spring Kat Abby. Baru Jer ADMIN Cakap Lepas Kahwin, Perjuangan Kena Diteruskan, Tup2 Keluar Berita Abby Turun Berkempen Untuk Che Long... Dikhabarkan Penyanyi Aishah Pun Turut Turun Berkempen Di Kuala Besut... Tahniah Abby & Aishah!!! ::.kikiki.::


Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung