Nuffnang
Tuesday, March 31, 2020
Perghh !!! Covid 19 !!! Ibu tunggal dirogol, lelaki maut ditikam
Ibu tunggal dirogol, lelaki maut ditikam
Polis mengusung mayat lelaki berusia 28 tahun sebelum dihantar ke HPRZ II untuk proses bedah siasat. Gambar kecil: Abdullah Mohammad Piah
KOTA BHARU - Seorang lelaki bertindak kejam apabila bukan hanya merogol seorang ibu tunggal malah turut menikam seorang lelaki sehingga maut dalam kejadian di Kampung Mujur, Jelawat di Bachok dekat sini hari ini.
Kejadian kira-kira jam 7 pagi itu tersebut turut menyebabkan seorang lelaki lain yang juga rakan kepada si mati cedera.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, dalam kejadian jam 7 pagi itu, wanita berusia 40-an itu sedang tidur di dalam sebuah bilik sebelum rumahnya dipecah masuk suspek.
Menurutnya, suspek berusia 19 tahun dan dikenali mangsa itu dikatakan meletakkan pisau di leher ibu kepada lima anak tersebut sebelum merogolnya.
“Mangsa menjerit menyebabkan suspek cuba melarikan diri dan jeritan tersebut menyebabkan dua lelaki yang sedang tidur di ruang tamu dan di dapur terjaga.
“Lelaki berusia 28 tahun berkenaan cuba menangkap suspek dan berlaku pergelutan sebelum ditikam di perut serta dada lalu mati di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, seorang lagi lelaki berusia 25 tahun cuba membantu dan berlaku pergelutan yang menyebabkan mangsa juga mengalami kecederaan di belakang badan dan kedua-dua belah tangannya.
"Kita sedang memburu lelaki berkenaan dan motif masih dalam siasatan. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
"Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II untuk bedah siasat dan dan seorang lagi mangsa dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia," katanya.
Monday, March 30, 2020
Alhamdulillah !!! Muhyiddin tinjau pasar raya sambil beli barang
Muhyiddin tinjau pasar raya sambil beli barang
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pagi tadi mengambil kesempatan meninjau sebuah pasar raya di Kuala Lumpur, dan gembira dengan sikap rakyat Malaysia yang mematuhi saranan kerajaan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Melalui tinjauannya di pasar raya tersebut, beliau melahirkan rasa syukur dan lega kerana orang ramai semakin peka terhadap saranan pematuhan jarak sosial ketika tempoh PKP, yang mula dikuatkuasakan 18 Mac hingga 14 April ini.
"Pagi tadi saya sempat turun ke sebuah pasar raya di Kuala Lumpur. Cari barang-barang sedikit sambil melihat amalan orang ramai di pasar raya. Alhamdulillah, ramai sudah peka mengenai keperluan jarak sosial," katanya dalam catatan di media sosial rasminya.
Menerusi hantaran itu, Muhyiddin dilihat memakai penutup mulut dan hidung, sarung tangan dan mengamalkan jarak sosial ketika berada di pasar raya berkenaan.
Perdana Menteri juga melalui pemeriksaan suhu badan sebelum dibenarkan masuk ke pasar raya tersebut bagi mencegah penularan wabak Covid-19.
Selain melihat amalan orang ramai membeli barangan keperluan, Muhyiddin juga berbelanja di pasar raya tersebut yang penuh dengan stok barangan keperluan harian.
"Barang-barang di pasar raya pun penuh. Jadi kita tidak perlu panik," katanya.
Hantaran tersebut menerima komen positif daripada rakyat yang memuji Muhyiddin sebagai seorang pemimpin yang mengotakan apa dikatakan, iaitu hanya ketua keluarga dibenarkan keluar sekiranya perlu mendapatkan barang keperluan di rumah khususnya barangan makanan.
Malah, ada juga yang berjenaka dan mendoakan kesejahteraan serta kesihatan beliau.
Hafizah Husin (Facebook) : He walk the talk. Only ketua keluarga boleh shopping. A good leader he is. Semoga Allah sentiasa beri kesihatan kpd TSMY. Malaysia needs u!
Faiz Shauqi (Facebook) :Salam Tan Sri.. Mohon Tan Sri janganlah kerap keluar ke tempat awam.. Tan Sri ketua negara, kurangkan risiko. Kami rakyat doakan TSMY sihat walafiat.. Amin
SK Chew (Facebook) :Good example, Ketua isi rumah yg keluar seorang saja utk membeli barangan keperluan- social distancing
Jeremy Lim (Facebook) : Yes a Prihatin PM should always stand by the rakyat n feel like what the ordinary people behave.
@saiful_razali69 (Twitter): Jangan tertukar lengkuas dengan halia pulak Tan sri. Karang bising pulak puan sri. #MyPM
sidharta_bozz (Instagram): Keep safe and keep Healthy Tan Sri @muhyiddinyassin_official
amyzainudin (Instagram): semoga urusan PM @muhyiddinyassin_official Menerajui malaysia di permudahkan...
- Bernama
Sunday, March 29, 2020
Covid-19: Tedia !!!! Terperap di rumah, Ronaldo ajar anak-anak cara cuci tangan dengan betul
Covid-19: Terperap di rumah, Ronaldo ajar anak-anak cara cuci tangan dengan betul
Antara aktiviti yang dikongsikan oleh Ronaldo bersama keluarga di rumah.
WABAK Covid-19 yang melanda memaksa ramai individu untuk duduk di rumah demi mengekang penularannya.
Tidak terkecuali, bintang sensasi Cristiano Ronaldo.
Memandangkan semua acara suka ditangguhkan buat sementara waktu, dia berada di rumah bersama anak-anaknya.
Dia turut berkongsi aktiviti yang dilakukan menerusi laman Instagram Story.
Antaranya, Ronaldo mengajar tiga anaknya cara betul untuk mencuci tangan menggunakan cecair pembasmi kuman.
Selain itu, Ronaldo juga tidak lupa bersenam di rumah untuk mengekalkan kecergasan dirinya.
Selain Ronaldo, teman wanitanya iaitu Georgina Rodriguez turut merakamkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan di seluruh dunia khususnya dalam usaha mereka membendung Covid-19 ketika ini. - Goal.com.
Tags/Kata Kunci
Saturday, March 28, 2020
Perghh !!! Tak hirau perintah berkurung, polis serbu parti seks di Sepanyol
Tak hirau perintah berkurung, polis serbu parti seks di Sepanyol
Hasil serbuan, polis menemui empat wanita dan dua lelaki. FOTO: @policiademadrid.
TANPA menghiraukan perintah berkurung yang diumumkan kerajaan, sekumpulan individu di Madrid, Sepanyol nekad mengadakan satu parti seks di sebuah flat.
Bagaimanapun, beberapa jiran membuat laporan kepada pihak berkuasa sebelum serbuan dijalankan.
Hasil serbuan, polis menemui empat wanita dan dua lelaki, masing-masing dalam keadaan tanpa seurat benang.
Mereka kini didakwa kerana melanggar perintah kuarantin oleh kerajaan dalam membendung Covid-19.
Madrid misalnya menjadi kawasan paling teruk terjejas di Sepanyol yang merangkumi 60 peratus kematian keseluruhan akibat Covid-19 di negara itu.
Untuk rekod semasa, Sepanyol mencatatkan 57,786 kes positif Covid-19 dengan lebih 4,000 kematian setakat ini. - Daily Star.
Tags/Kata Kunci:parti seks , Sepanyol , Covid-19
Friday, March 27, 2020
Jururawat maut dijangkiti Covid-19, kematian jadi kontroversi selepas gambar staf hospital pakai plastik sampah tular di media sosia
Jururawat maut dijangkiti Covid-19, kematian jadi kontroversi selepas gambar staf hospital pakai plastik sampah tular di media sosial
Kious (kiri) meninggal dunia selepas dijangkiti Covid-19 di mana hospital tempatnya bertugas didakwa kekurangan bekalan pakaian perlindungan sehingga memaksa petugas memakai plastik sampah. Foto: Facebook
SEORANG jururawat yang berkhidmat di sebuah hospital di kota New York, meninggal dunia selepas dijangkiti wabak Covid-19.
Kious Jordan Kelly, 48, yang juga pengurus jururawat di Hospital Mount Sinai West dilaporkan meninggal dunia pada malam Selasa lalu.
Berita kematian jururawat itu menjadi kontroversi selepas beberapa keping gambar yang memaparkan petugas kesihatan di hospital itu memakai plastik sampah sebagai perlindungan gara-gara kekurangan bekalan, tular di media sosial baru-baru ini.
Menerusi posting yang tular itu, kelihatan tiga jururawat di hospital berkenaan memakai plastik sampah yang diubah suai sebagai pakaian perlindungan dipercayai kerana kekurangan bekalan peralatan berkenaan.
Turut tertulis ayat 'Tiada lagi gaun di seluruh hospital' di kapsyen gambar tersebut.
Kious dilaporkan mempunyai 'asma yang teruk' tetapi ahli keluarganya menafikan perkara itu dan mengatakan jururawat itu dalam keadaan yang sihat sebelum ini.
Seorang jururawat berkata kepada The New York Post: "Kious tidak layak menjadi seperti ini. Hospital harus dipertanggungjawabkan. Hospital itu membunuhnya." - Metro.co.uk
Thursday, March 26, 2020
Subhanallah !!! Nurse menitik air mata! Dedah keadaan mengejutkan di wad pesakit tabligh
Nurse menitik air mata! Dedah keadaan mengejutkan di wad pesakit tabligh, tersentak dengar soalan mereka - “Tahu tak dalam tu semua ilmu agama tinggi”
Sekumpulan pesakit Covid-19 solat berjemaah dalam tempoh menjalani rawatan. Gambar sekadar hiasan/Foto Twitter
ANGKA mereka yang positif Covid-19 di negara ini mencatatkan sebanyak 1,796 kes setakat Rabu, dan daripada jumlah itu, sebahagian besar merupakan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.
Dilaporkan, seramai 16,000 peserta program itu terdiri daripada 14,500 warga Malaysia, manakala 1,500 peserta warga asing dari 25 negara.
Saban hari, pihak kerajaan merayu agar jemaah tabligh membuat saringan kesihatan, sehingga menyebabkan golongan ini dikecam ramai.
Namun di sebalik pelbagai pandangan dan kata-kata kurang enak dilemparkan terhadap ahli tabligh, seorang jururawat sebak berkongsi pengalamannya mengendalikan pesakit tabligh yang positif Covid-19.
Kebanyakan jemaah tabligh membawa imej berkopiah. Gambar sekadar hiasan/Foto Bernama
Menerusi aplikasi 'story' yang dikongsikannya menerusi WhatsApp sehingga menjadi tular, jururawat itu menggambarkan suasana wad yang dipenuhi pesakit jemaah tabligh.
“Bila masuk dalam wad tu, macam masuk dalam masjid. Kebanyakan semua berjubah, ada yang berkopiah dan berserban... semua tersenyum je.
“Ada yang bertongkat seperti tok guru (Allahyarham Datuk Seri) Nik Aziz, ada yang sebaya dengan ayah kita, datuk kita.
“Sedih, sayu sampai menitik air mata. Tahu tak dalam wad Covid-19 tu semuanya orang yang ilmu agamanya tinggi,” katanya.
Tangan masing-masing ada tasbih, solat berjemaah, solat sunat, berzikir, mengaji al-Quran. Azan merdunya suara, lunaknya sampai tersentuh hati ini.
JURURAWAT
Malah, jururawat itu menyifatkan pesakit positif Covid-19 yang terlantar di wad cukup menyenangkan mereka sebagai petugas barisan hadapan (frontliner).
“Tak ada muka yang berkerut, tak ada marah-marah. Semua bercakap lembut.
“Tangan masing-masing ada tasbih, solat berjemaah, solat sunat, berzikir, mengaji al-Quran. Azan merdunya suara, lunaknya sampai tersentuh hati ini,” katanya meluahkan perasaan.
Luahan seorang jururawat yang mengendalikan pesakit Covid-19 dalam kalangan jemaah tabligh.
Menurut jururawat berkenaan, dia turut tersentuh apabila segelintir mereka sedia menghulurkan bantuan dalam keadaan yang genting itu.
“Mereka siap tanya lagi ‘ada apa lagi nurse yang kami boleh tolong’. Kadang-kadang terfikir kenapa Tuhan tak gantikan dengan manusia-manusia yang jahat kat muka bumi ni dengan mereka.
“Tapi nak buat macam mana, Allah lebih mengetahui orang-orang beragama yang beriman selalu diuji,” tambahnya.
Jururawat mempunyai persepsi yang berbeza mengenai jemaah tabligh yang dikritik banyak pihak.
Walaupun kepenatan menjaga 30 pesakit, tetapi jururawat tersebut lebih berasa simpati terhadap kumpulan pesakit jemaah tabligh.
“Ye letih memang letih, tapi rasa simpati dan kasihan tu lebih tinggi. Mereka langsung tak menyusahkan, semuanya sangat-sangat baik. Sudah-sudahlah kecam golongan tabligh,” katanya.
Pada masa sama, jururawat itu turut mendoakan agar kesemua pesakit positif Covid-19 segera sembuh dan segala urusan untuk merawat mereka berjalan lancar.
“Janganlah diambil nyawa mereka semua sebab mereka sangat baik. Doakan semoga dipanjangkan umur dan dipermudahkan urusan,” ujarnya.
Wednesday, March 25, 2020
Sabar kaki travel... pelbagai perkara boleh dibuat dalam tempoh kawalan Covid-19
Sabar kaki travel... pelbagai perkara boleh dibuat dalam tempoh kawalan Covid-19
Ayu berkongsi beberapa keping gambar ketika percutiannya ke Amerika Syarikat baru-baru ini.
BUKAN sahaja di Malaysia, bahkan hampir seluruh dunia berdepan dengan wabak paling berbahaya setakat ini dan dikategorikan sebagai tahap pandemik Covid-19.
Susulan penyebaran virus yang terlalu pantas itu, menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu, malah mungkin ia akan disambung jika wabak ini tidak menunjukkan pengurangan kes.
Perintah ini adalah untuk kebaikan semua bagi menyekat penularan rantaian wabak Covid-19. Susulan wabak ini juga, ramai kaki travel yang terpaksa membatalkan rancangan percutian mereka, sama ada dalam atau ke luar negara.
Namun, jangan risau sepanjang tempoh penggantungan percutian ini, banyak perkara yang boleh anda lakukan.
Apa kata dalam masa sehingga 31 Mac ini anda mengimbaskan kenangan-kenangan manis ketika percutian sebelum ini.
Ayu berkongsi tip untuk kaki travel sepanjang tempoh penggantungan percutian ke luar negara.
Seorang kaki travel yang dikenali Ayu Hasman berkongsi beberapa tip berguna untuk yang suka travel.
1. Muat naik throwback di Instagram & Facebook. Masa ni la anda boleh bersihkan memori telefon bimbit sendiri dengan upload ribuan gambar dari trip sebelum ini. Mana tau, lepas habis PKP ini anda tiba-tiba boleh hasilkan duit jadi Travel Influencer. Tak cuba, tak tahu (Jangan lupa letak hashtag #throwback.)
2. Setup blog dan mula menulis pengalaman travel. Kalau kena gaya, anda pun boleh menjana pendapatan dari situ.
Rakyat Malaysia atau pelancong tidak dibenarkan keluar dan masuk negara berikutan penularan Covid-19.
3. Edit dan print gambar holiday dalam bentuk photobook. Kalau masa bekerja... memang tak sempat nak buat semua benda ini.
4. Belajar online video editing. Lepas tu anda edit sendiri video travel itu. Dah siap edit, muat naik di Channel Youtube. Kalau tak reti juga, anda boleh cuba edit video guna mobile Apps FilmoraGo ataupun Quick. Mudah saja!
5. Merancang next percutian walaupun tak tahu bila nak pergi. Dreaming is free. Kalau berangan ni boleh membuatkan korang gembira semasa berada di rumah, why not!
Tags/Kata Kunci:
Tuesday, March 24, 2020
Tular video pesakit terbaring di lantai hospital di Sepanyol ketika tunggu giliran jumpa doktor
Tular video pesakit terbaring di lantai hospital di Sepanyol ketika tunggu giliran jumpa doktor
Video yang tular menunjukkan beberapa pesakit berbaring di lantai hospital di Sepanyol ketika sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan. Foto: Newsflash
SATU rakaman video yang tular di media sosial mengejutkan warga maya, apabila ia memaparkan beberapa pesakit berbaring di lantai sebuah hospital di Madrid, Sepanyol.
Dilaporkan, mereka sedang menunggu giliran untuk diperiksa oleh pegawai perubatan.
Menerusi video itu, kedengaran beberapa pesakit sedang batuk.
Malah kelihatan beberapa pesakit berada di sebelah tangki oksigen.
Video itu dirakam di Hospital Infanta Leonor dan Hospital Severo Ochoa de Leganes, diterbitkan oleh media tempatan dalam usaha untuk menggalakkan lebih ramai orang duduk di rumah dan mematuhi perintah penjarakan sosial (social distancing).
Hospital Severo Ochoa de Leganes mengesahkan bahawa mereka 'tidak menerima lebih ramai pesakit' kerana mereka berada di dalam 'kapasiti maksimum', lapor akhbar El Mundo.
Sepanyol kini menjadi negara keempat tertinggi yang mencatatkan kes kematian akibat Covid-19, selepas Itali, China dan Iran.
Negara itu kini merekodkan lebih daripada 33,089 kes Covid-19.
Monday, March 23, 2020
Kapal persiaran mungkin jadi ‘hospital terapung’ jika bilangan pesakit Covid-19 meningkat
Kapal persiaran mungkin jadi ‘hospital terapung’ jika bilangan pesakit Covid-19 meningkat
Syarikat kapal Saga turut menawarkan kemudahan mereka untuk membantu pasukan perubatan negara itu dalam berhadapan wabak berkenaan. foto Getty.
KAPAL PERSIARAN Spirit of Discovery dan Saga Sapphire yang berlabuh di Pelabuhan Tilbury, England mempunyai kapasiti mencukupi untuk menampung ribuan pesakit Covid-19.
Jika bilangan pesakit terus meningkat, idea menjadikan kapal berkenaan sebagai 'hospital terapung' mungkin akan dilaksanakan.
Malah, syarikat kapal Saga turut menawarkan kemudahan mereka untuk membantu pasukan perubatan negara itu dalam berhadapan wabak berkenaan.
Namun sehingga kini, tiada sebarang keputusan dibuat untuk menggunakan kapal sebagai pusat rawatan pesakit Covid-19.
Di London misalnya, berlaku kekurangan fasiliti termasuklah katil di Unit rawatan Rapi (ICU) ekoran pertambahan bilangan pesakit.
Malah, situasi kritikal sejak Jumaat memaksa pesakit dipindahkan ke beberapa hospital berdekatan yang lain. - Daily Star.
Sunday, March 22, 2020
Perghh !! Tediaa!!! Covid-19: Lori bawa muatan tisu tandas curi berjaya ditemui
Covid-19: Lori bawa muatan tisu tandas curi berjaya ditemui
Tisu tandas antara barang yang banyak kehabisan stok akibat wabak Covid-19.
PEMBELIAN panik susulan penularan wabak Covid-19 ternyata menimbulkan banyak masalah.
Antaranya, kehabisan stok barangan penting seperti topeng muka, cecair pembasmi kuman dan tisu tandas.
Malah, ada pula yang cuba mengambil kesempatan dalam hal itu.
Di Britain misalnya, sebuah lori membawa muatan tisu tandas curi berjaya ditemui.
Lebih mengejutkan, lori itu membawa lebih 8,000 kilogram stok tisu tandas.
Siasatan sudah dilancarkan, bagaimanapun tiada mana-mana individu ditahan setakat ini. - Daily Star.
Tags/Kata Kunci:Tisu tandas , lori , Covid-19
Tisu tandas antara barang yang banyak kehabisan stok akibat wabak Covid-19.
PEMBELIAN panik susulan penularan wabak Covid-19 ternyata menimbulkan banyak masalah.
Antaranya, kehabisan stok barangan penting seperti topeng muka, cecair pembasmi kuman dan tisu tandas.
Malah, ada pula yang cuba mengambil kesempatan dalam hal itu.
Di Britain misalnya, sebuah lori membawa muatan tisu tandas curi berjaya ditemui.
Lebih mengejutkan, lori itu membawa lebih 8,000 kilogram stok tisu tandas.
Siasatan sudah dilancarkan, bagaimanapun tiada mana-mana individu ditahan setakat ini. - Daily Star.
Saturday, March 21, 2020
Perghh Tedia !!! Instafamous mengaku minum sperma teman lelaki untuk elak Covid-19
Instafamous mengaku minum sperma teman lelaki untuk elak Covid-19
Pendapat Tracey mengenai hal itu disangkal oleh seorang doktor.
APABILA berbicara mengenai Covid-19, kita sebagai rakyat biasa seharusnya mendengar saranan mereka yang lebih pakar.
Selain arahan kerajaan dan pihak berkuasa, kita juga harus peka dengan arahan doktor untuk mengelakkan jangkitan wabak itu.
Namun, lain pula kisahnya melibatkan seorang Instafamous wanita berstatus ibu, Tracey Kiss yang mengakui minum sperma teman lelakinya agar tidak dijangkiti Covid-19.
Berusia 32 tahun, wanita itu berkongsi hal berkenaan kepada hampir 400,000 pengikutnya di Instagram.
Ujar wanita dari Aylesbury, Buckinghamshire itu, dia melakukan amalan berkenaan setiap hari.
Dalam pada itu, kenyataan Tracey pantas disangkal pakar perubatan yang menyifatkan amalan itu sebagai mitos sahaja.
Kata Dr Sarah Jarvis, idea itu dilihat cukup membimbangkan. - Daily Star.
Friday, March 20, 2020
Alahmdulillah !! Doa rakyat Palestin buat Malaysia
Doa rakyat Palestin buat Malaysia
Paparan Facebook Prof Dr Zainur Rashid menarik perhatian ramai.
KUALA LUMPUR - Warga Palestin mendoakan kesejahteraan buat Malaysia selepas merasai kepedihan apabila melihat negara ini dilanda penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang semakin membimbangkan.
Berita itu dikongsi Naib Presiden Ikatan Muslim Malaysia (Isma), Profesor Dr Zainur Rashid di Facebooknya.
Beliau muat naik satu video yang diperoleh daripada masyarakat Palestin yang mendoakan kesejahteraan buat Malaysia.
"Besarnya jiwa mereka, para wanita dari negara Palestin yang dijajah regim zionis Israel, mendoakan keselamatan dan kesejahteraan buat keseluruhan rakyat Malaysia daripada wabak coronavirus (Covid-19)," tulisnya yang tular di laman sosial.
Video berdurasi 1minit 21 saat ditonton lebih 38,000 tontonan dan 2,800 tanda suka sejak dimuat naik semalam.
Netizen bernama Siti Suraini Tauher menzahirkan rasa terharu di atas doa yang dititipkan buat Malaysia.
"ALLAH, angkatlah doa mereka buat negara Malaysia dan semua negara hilang dari Covid-19 serta penyakit yang bakal memudaratkan kami. Amin," katanya.
Menurut Samsu Siad, dia berasa kagum dengan ketabahan masyarakat Palestin meskipun dilanda kesusahan, tetapi masih ada ruang untuk doakan negara ini.
"Anda sendiri masih tak cukup namun anda berdoa seperti anda telah cukup segalanya. Inilah kehebatan umat Islam yang sentiasa tak senang jika saudaranya sendiri dalam kesusahan. Semoga Palestine sentiasa di bawah keredaan ALLAH." katanya.
Perghh !!! orang kaya dunia pun terjejas akibat Covid-19
Orang kaya dunia pun terjejas akibat Covid-19
Langkah nyah jangkit dilakukan di sebuah kereta api untuk membendung penularan Covid-19 di Seoul. - Foto AFP
PANDEMIK koronavirus (Covid -19) yang menular ke hampir serata dunia dalam tempoh tiga bulan lalu nampaknya turut menjejaskan nilai kekayaan manusia paling kaya di dunia.
Bloomberg Billionaires Index mendedahkan bermula 13 Mac lalu, individu yang terjejas adalah mereka yang terkenal dan berada dalam senarai 500 manusia paling kaya di dunia seperti Jeff Bezos, Bill Gates dan Bernard Arnault.
Pengasas Amazon, Microsoft dan Pengerusi LVMH Moƫt Hennessy itu masing-masing dilaporkan mengalami penyusutan kekayaan sehingga 10 peratus berbanding tahun lalu.
Bezos yang mempunyai kekayaan bernilai AS$110 bilion (RM480 bilion) mengalami penyusutan pendapatan sehingga 7.3 peratus manakala nilai kekayaan Gates menyusut kepada 5.09 peratus menjadi AS$99.2 bilion (RM432 bilion) berbanding AS$100 bilion (RM436 bilion) pada tahun lalu.
Nilai kekayaan Arnault pula dilaporkan menyusut sebanyak 8.57 peratus menjadi AS$82.5 bilion (RM358 bilion). Nilai kekayaan beliau dilaporkan menyusut selepas syarikatnya yang merangkumi 70 jenama terkenal seperti Louis Vuitton dan Sephora kehilangan pelanggan utama yang terdiri daripada rakyat China.
Nasib yang sama juga menimpa beberapa hartawan terkenal dunia seperti pengasas Kumpulan Alibaba, Jack Ma yang menyusut nilai kekayaannya sekitar 4.1 peratus iaitu kira-kira AS$1.7 bilion (RM7.4 bilion) kepada AS$39.4 bilion (RM171.6 bilion) daripada AS$41 bilion (RM179). Kekayaan pemilik jenama Zara, Amancio Ortega pula menyusut 8.17 peratus menjadi AS$58.1 billion (RM253 bilion) daripada AS$63.3 bilion (RM276 bilion).
Paling terjejas teruk ialah Mark Zuckerberg. Bloomberg Billionaire Index melaporkan pengasas Facebook itu mengalami penyusustan nilai kekayaan sehingga 9.5 peratus. Nilai kekayaan diperoleh sebanyak AS$63.1 bilion (RM275 bilion) berkurang kepada AS$57.4 bilion (RM250 bilion).
Penyusutan tersebut dilaporkan berpunca daripada kecaman orang ramai yang mendakwa syarikat dikendalikannya itu menyediakan berita palsu tentang penularan pandemik.
Nampaknya, Covid-19 menyerang dan menjejaskan sesiapa sahaja di muka bumi ini sama ada dari segi kesihatan ataupun kekayaan.
Wednesday, March 18, 2020
Pengalaman terburuk... mangsa Covid-19 kongsi pengalaman dikuarantin, paling cemas sukar tarik nafas panjang
Pengalaman terburuk... mangsa Covid-19 kongsi pengalaman dikuarantin, paling cemas sukar tarik nafas panjang
Hamdan menyifatkan pengalaman menjadi mangsa Covid-19 sebagai sangat teruk, tetapi berterima kasih kepada pasukan perubatan yang menjaganya dengan baik. -Gambar hiasan
PENULARAN wabak Covid-19 dan kes yang semakin meningkat membuatkan ramai yang panik.
Apatah lagi Malaysia kini menjadi negara tertinggi yang mencatatkan kes positif koronavirus di rantau Asia Tenggara.
mStar berpeluang untuk menemubual seorang pemuda yang disahkan positif Covid-19 pada 4 Mac lalu tetapi kini sudah semakin pulih.
Pemuda yang hanya ingin dikenali sebagai Hamdan itu memberitahu walaupun masih dikuarantin, dia dapat merasakan perbezaan dirinya yang beransur sihat berbanding ketika mula-mula dijangkiti wabak itu.
"Alhamdulillah saya semakin sihat berbanding minggu lalu. Saya baru sahaja menjalani saringan pertama pada Ahad dan menunjukkan keputusan negatif.
"Petang ini (Selasa) pula saya akan dapat tahu keputusan saringan kedua, sekiranya negatif, saya akan dibenarkan pulang ke rumah," ujar pemuda berusia 31 tahun itu.
Menceritakan pengalaman ketika disahkan positif Covid-19, dia memberitahu ia merupakan pengalaman terburuk yang pernah dilaluinya.
Pada awalnya, Hamdan yang tinggal di rumah hanya makan Panadol kerana mengandaikan ia hanya sakit biasa namun tidak lama selepas itu dia bergegas ke hospital setelah keadaan dirinya menjadi semakin teruk.
Malaysia mencatatkan peningkatan mendadak kes positif Covid-19. Gambar sekadar hiasan. Foto: BERNAMA
"Saya mengalami demam dengan suhu yang agak tinggi iaitu 38.2 darjah Celsius dan kesukaran untuk bernafas terutamanya ketika saya menarik nafas panjang.
"Saya juga mengalami batuk yang sangat teruk dan tidak berhenti tetapi hanya batuk kering yang tidak berkahak.
"Semasa tiba di hospital, saya menjalani ujian swab hidung (nasal swab) dan doktor mendapati saya positif wabak tersebut," ujarnya yang sudah sembilan hari dikuarantin di hospital.
Hamdan memberitahu dia pada awalnya dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban dan kemudian dipindahkan ke Hospital Rembau pada dua hari lalu selepas menunjukkan pengurangan simptom Covid-19.
Mengulas lebih lanjut bagaimana dia boleh dijangkiti wabak Covid-19, Hamdan memberitahu dia berjangkit daripadanya bapanya.
"Baru-baru ini, ayah saya menghadiri sebuah mesyuarat bersama kakitangan GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan) dan menyebabkan dia dan ibu saya positif Covid-19.
Saya mengalami demam dengan suhu yang agak tinggi iaitu 38.2 darjah Celsius dan kesukaran untuk bernafas terutamanya ketika saya menarik nafas panjang.
HAMDAN
"Namun, mereka langsung tidak menunjukkan tanda-tanda sakit malah sihat seperti biasa. Mereka kini bersama saya dikuarantin di Hospital Rembau, bezanya mereka sudah 15 hari dikuarantin manakala saya pula sembilan hari," jelas Hamdan yang memberitahu mereka tidak pernah berjumpa selepas duduk di bilik berasingan.
Dalam pada itu, Hamdan ingin mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat di kedua-dua hospital yang bekerja keras dalam menjaga kesihatan pesakit.
"Layanan yang diberikan oleh mereka sangat bagus terutamanya ketika permulaan saya dijangkiti Covid-19.
"Mujur saya dibenarkan untuk menggunakan telefon, kalau tak memang tak tahu nak buat apa semasa kuarantin tu.
"Setiap hari saya diberikan nasi, sayur dan ayam. Pada malam pula jururawat akan beri saya makan buah-buahan bagi menguatkan antibodi badan. Ubat-ubatan pula saya diberikan ubat batuk, antibiotik dan ubat HIV," ujar Hamdan yang memberitahu rawatan Covid-19 yang diterimanya adalah sama seperti digunapakai untuk wabak SARS.
Orang awam dinasihati untuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan penularan wabak Covid-19. Gambar sekadar hiasan.
Sementara itu, Hamdan menasihatkan orang ramai agar mematuhi perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi mengelak daripada terkena jangkitan Covid-19.
"Saya tengok di media sosial semalam ramai yang buat panic buying, mereka tak tahu risiko pergi ke tempat yang ada orang ramai boleh berisiko tinggi untuk berjangkit.
"Wabak ni kita tak tahu siapa yang sihat atau siapa yang tidak sihat, sebab tidak ada label untuk tahu orang itu sihat atau tidak," katanya.
Hamdan menasihati orang awam supaya mencegah daripada dijangkiti wabak tersebut dan menyifatkan pengalaman sebagai mangsa Covid-19 adalah sangat teruk.
Tuesday, March 17, 2020
Perghhh !!! ‘Pembelian panik’ bekalan ganja di Belanda
‘Pembelian panik’ bekalan ganja di Belanda
Kebanyakan pengguna sanggup beratur panjang demi untuk mendapatkan bekalan ganja di beberapa bandar di Belanda kelmarin. - FOTO: AFP
AMSTERDAM - Pengguna ganja di Belanda dilaporkan bergegas mendapatkan bekalan mereka selepas ‘kedai kopi’ terkenal di negara itu diarah tutup atas kebimbangan penularan koronavirus (Covid-19), menurut laporan akhbar Daily Mail.
Semalam, kebanyakan mereka dilihat sanggup beratur panjang di Amsterdam, Eindhoven dan The Hague semata-mata mahu memperoleh bekalan marijuana digelar Doctor, Bubble dan Purple Haze tersebut kerana bimbang jika langkah kuarantin dilaksanakan.
Pembelian panik luar biasa itu berlaku beberapa minit selepas Menteri Kesihatan dan Menteri Pendidikan mengumumkan penutupan kebanyakan premis perniagaan dan sekolah di seluruh negara.
“Mungkin kami tidak dapat memperoleh bekalan untuk tempoh dua bulan akan datang kerana tempoh kuarantin yang panjang,” kata seorang pembeli di The Hague.
Ganja secara teknikal adalah bahan terlarang di Belanda, namun ia boleh dimiliki kurang daripada lima gram di bawah dasar ‘toleransi’ yang diperkenalkan pada 1976.
Perdana Menteri, Mark Rutte hari ini memaklumkan sebanyak 20 kematian dan 1,135 kes jangkitan direkodkan di negara tersebut. - Agensi
Monday, March 16, 2020
Wow Tedia!!!! Gadis kaki palsu di puncak gunung
Gadis kaki palsu di puncak gunung
Arrohma berada di puncak gunung Andong. - Foto: Instagram Arrohma. Gambar kanan: Arrohma gembira tiba di gunung Andong. - Foto: Instagram Arrohma
JAWA TENGAH - Bayangkan perasaan seorang yang mempunyai fizikal sempurna kemudian berubah sekelip mata apabila kehilangan kaki kanan hingga paras betis akibat kemalangan jalan raya.
Itu yang perlu dilalui Arrohma Sukma Permada Marga Dineta selepas terbabit dalam kemalangan ketika menunggang motosikal dua tahun lalu.
Bercerita lanjut, dia pernah berputus asa dan berasa rendah diri selepas kehilangan kaki yang menyebabkan pergerakannya terbatas.
Namun gadis 20-an dari daerah Gresik, Jawa Tengah ini mula menyedari hidup perlu diteruskan dan mengambil keputusan untuk mencabar dirinya dengan aktiviti lasak seperti mendaki gunung.
"Pendakian di Gunung Andong merupakan percubaan pertama saya mendaki menggunakan kaki palsu. Mengambil masa tiga jam, syukur berjaya tiba di puncak.
"Selepas kemalangan, saya pernah mendaki gunung Prahu yang terletak di kawasan Dataran Tinggi Dieng, Jawa Tengah tapi guna tongkat sahaja." katanya kepada Tribun News.
Dirinya mengakui pendakian dengan menggunakan kaki palsu lebih sukar dibandingkan menggunakan tongkat.
"Kalau naik gunung lebih senang dan cepat jika sudah biasa guna tongkat.
"Guna kaki palsu belum biasa lagi jadi ia membataskan pergerakan ketika mendaki. Namun saya percaya, saya akan mahir dan selesa dengan kaki palsu ini." katanya.
Dia tidak menyangka gambarnya mendaki menggunakan kaki palsu tular di laman sosial hingga menjadi bualan hangat netizen.
"Gambar tular itu pada ketika daki gunung Andong pada 15 Februari lalu.
"Saya tidak kisah jika gambar itu tular, lagipun ia memberi manfaat dan sumber inspirasi kepada orang lain untuk belajar erti syukur dan kuat dalam mengharungi cabaran.
"Menerima secara terbuka apa yang diberikan oleh ALLAH kerana setiap kejadian pasti ada hikmah," katanya.
Sebelum ini gambar gadis ini tular di laman sosial selepas dimuat naik di Instagram @jelajah_pendaki.
Dalam posting @jelajah_pendaki menunjukkan gambar seorang gadis berada dipuncak gunung.
Namun yang mencuri perhatian gadis ini apabila memakai kaki palsu di bahagian kaki kanan dan memengang tongkat di tangan kirinya.
Sunday, March 15, 2020
Pergghh!!! Tiga sekeluarga maut makan ikan buntal
Tiga sekeluarga maut makan ikan buntal
Tiga sekeluarga maut makan ikan buntal.
BANYUWANGI - Tiga sekeluarga maut setelah mengalami pening kepala, sesak nafas dan muntah dipercayai selepas menjamu ikan buntal di Banyuwangi, Wilayah Jawa Timur Indonesia.
Muhlis Hartono, 65; isterinya, Dewi Ambarwati, 50, dan ibu kepada Dewi, Siti Habsah, 80, maut selepas menjamah ikan buntal hasil pancingan menantunya, Muhlis, lapor Kompas.
Ketua Polis Banyuwangi, Kombes Arman Asmara Syarifudin berkata, pasangan suami isteri itu meninggalkan seorang anak yang masih kecil kini di bawah jagaan saudaranya.
"Ketiga mereka menjamah masakan tersebut yang dimasak oleh Dewi. Mereka mengalami muntah dan pening kepala.
"Mereka telah dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia kerana keracunan," katanya.
Menurutnya, pihaknya kini melakukan ujian kimia untuk mengetahui kandungan yang terdapat pada masakan dan ikan buntal tersebut.
Tedia !! Khalid Samad tidak dipukul: Polis
Khalid Samad tidak dipukul: Polis
Khalid membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu malam tadi.
KUALA TERENGGANU - Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad membuat laporan polis selepas diprovokasi beberapa individu ketika menghadiri pertemuan bersama ahli Pakatan Harapan (PH) malam tadi.
Kejadian itu dipercayai berlaku pada jam 10.45 malam di hadapan Pejabat Parti Amanah Negara, Jalan Persinggahan, Ladang Tok Pelam di sini selepas Ahli Parlimen Shah Alam itu menghadiri pertemuan secara tertutup di situ.
Menurut sumber, ketika kejadian terdapat beberapa lelaki tidak dikenali berada di hadapan pejabat berkenaan sebelum mereka bertindak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Khalid, namun kehadiran mereka tidak dihiraukan Khalid yang segera masuk ke keretanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Bagaimanapun katanya, mangsa tidak dipukul sebagaimana maklumat ditularkan di media sosial hari ini.
Beliau berkata, mangsa juga tidak mengalami sebarang kecederaan, namun telah membuat laporan polis kerana terancam dengan tindakan kumpulan berkenaan.
"Saya harap orang ramai tidak membuat sebarang andaian atau menimbulkan sebarang spekulasi mengenai kejadian ini kerana ia masih dalam siasatan," katanya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
Sebelum ini, tular di laman sosial Facebook yang mendakwa Khalid dipukul dan diserang di Kuala Terengganu malam tadi.
Berdasarkan maklumat tular, tindakan itu dilakukan kerana dipercayai pemimpin politik itu mengeluarkan kata-kata kurang enak terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Friday, March 13, 2020
Perghhh !!! Pegang kemaluan pihak lawan, bintang England digantung 10 minggu
Pegang kemaluan pihak lawan, bintang England digantung 10 minggu
Alun Wyn Jones (kanan) terkejut apabila Joe Marler dilihat menyentuh bahagian kemaluannya. Foto Daily Star
JOE Marler digantung selama 10 minggu daripada menyertai perlawanan kerana memegang kemaluan Alun Wyn Jones, semasa aksi ragbi Six Nations.
Bintang England itu dirakamkan melakukan perkara tersebut ketika perbalahan dengan pasukan Wales, hujung minggu lalu.
Marler hadir pada pendengaran disiplin di Dublin, Ireland pada Khamis dan dia didapati bersalah di atas kesalahan itu.
Pada pendengaran yang sama, pemain tengah England, Manu Tuilagi juga digantung selama empat minggu daripada menyertai permainan kerana kad merah semasa perlawanan yang sama di Twickenham.
Kejadian berlaku ketika perlawanan menyaksikan England menang 33-30.
Marler mengaku bersalah kerana bertindak di luar kawalan itu.
Bagaimanapun, dia menolak dakwaan 'meramas atau menekan' kemaluan Jones. - Daily Star
Tags/Kata Kunci:kemaluan , ragbi , A
Thursday, March 12, 2020
Masyallah !!! Dr Muhammad Misyali dari Mesir dikenali sebagai doktor fakir miskin.
Dr Muhammad Misyali dari Mesir dikenali sebagai doktor fakir miskin. Beliau ialah lepasan Fakulti Perubatan tahun 1967 yang mendapat pangkat pertama dengan markah 99.3%.
Sejak 50 tahun, Dr Muhammad Misyali memberi rawatan percuma kepada pesakit yang fakir miskin di klinik beliau yang terletak di Tanta. Malah, beliau turut memberi wang kepada mereka untuk membeli ubat-ubatan. Bagi pesakit yang berkemampuan, beliau hanya mengambil bayaran sebanyak £10.00 (10 junaih Mesir) daripada mereka.
Setiap hari, kelihatan puluhan pesakit berkumpul di klinik beliau yang agak sederhana. Dr Muhammad bekerja merawat ramai pesakit selama 10 jam sehari bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 7.00 petang.
Beliau tidak mempunyai kenderaan apatah lagi telefon bimbit. Setiap hari beliau berjalan kaki dari rumah ke klinik walaupun ketika ini usia beliau sudah pun mencecah 80 tahun.
Pernah seorang hartawan dari Negara Teluk menyumbang sebanyak USD20,000.00 kepada Dr Muhammad setelah mendengar kisah beliau. Malah hartawan itu menghadiahkan sebuah kereta dek simpati dengan keadaan beliau. Namun, setahun kemudian, ketika hartawan itu melawat Mesir, beliau mendapat tahu yang Dr Muhammad menyumbangkan kesemua wang tersebut kepada pesakit-pesakit yang fakir miskin. Beliau juga menjual kereta yang dihadiahkan itu untuk membeli peralatan perubatan yang digunakan untuk merawat pesakit secara percuma.
Dr Muhammad Misyali berkata, “Selepas saya graduasi, saya mendapat tahu yang ayah saya mengorbankan semua duit kos rawatan beliau supaya saya dapat jadi doktor. Sejak itu, saya berjanji dengan Allah yang saya takkan ambil satu sen pun daripada pesakit yang fakir miskin.” š
Sumber @Pu Amin
#KhalifahUntukSemua
Sejak 50 tahun, Dr Muhammad Misyali memberi rawatan percuma kepada pesakit yang fakir miskin di klinik beliau yang terletak di Tanta. Malah, beliau turut memberi wang kepada mereka untuk membeli ubat-ubatan. Bagi pesakit yang berkemampuan, beliau hanya mengambil bayaran sebanyak £10.00 (10 junaih Mesir) daripada mereka.
Setiap hari, kelihatan puluhan pesakit berkumpul di klinik beliau yang agak sederhana. Dr Muhammad bekerja merawat ramai pesakit selama 10 jam sehari bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 7.00 petang.
Beliau tidak mempunyai kenderaan apatah lagi telefon bimbit. Setiap hari beliau berjalan kaki dari rumah ke klinik walaupun ketika ini usia beliau sudah pun mencecah 80 tahun.
Pernah seorang hartawan dari Negara Teluk menyumbang sebanyak USD20,000.00 kepada Dr Muhammad setelah mendengar kisah beliau. Malah hartawan itu menghadiahkan sebuah kereta dek simpati dengan keadaan beliau. Namun, setahun kemudian, ketika hartawan itu melawat Mesir, beliau mendapat tahu yang Dr Muhammad menyumbangkan kesemua wang tersebut kepada pesakit-pesakit yang fakir miskin. Beliau juga menjual kereta yang dihadiahkan itu untuk membeli peralatan perubatan yang digunakan untuk merawat pesakit secara percuma.
Dr Muhammad Misyali berkata, “Selepas saya graduasi, saya mendapat tahu yang ayah saya mengorbankan semua duit kos rawatan beliau supaya saya dapat jadi doktor. Sejak itu, saya berjanji dengan Allah yang saya takkan ambil satu sen pun daripada pesakit yang fakir miskin.” š
Sumber @Pu Amin
#KhalifahUntukSemua
Wednesday, March 11, 2020
Tedia !!! Hantar surat berhenti sekolah beberapa bulan sebelum SPM, remaja ada ‘kes’ dengan cikgu bikin kejutan... terima kasih ‘gadis Biologi’!
Hantar surat berhenti sekolah beberapa bulan sebelum SPM, remaja ada ‘kes’ dengan cikgu bikin kejutan... terima kasih ‘gadis Biologi’!
Meskipun tidak ke sekolah beberapa bulan sebelum SPM, Fariz berjaya mendapat keputusan cemerlang 6A+ dan 3A.
SEJAK minggu lalu, pelbagai kisah tentang pelajar yang mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tular di media sosial.
Suasana suka dan duka dirakam ketika mereka menerima slip yang diedarkan pada Khamis lalu.
Posting seorang remaja mencuri perhatian netizen apabila dia memuat naik keputusan cemerlangnya memperoleh 6A+ dan 3A.
Namun, terdapat kisah hiba di sebalik kejayaan Muhammad Fariz Annur Abdul Wahab apabila dia sebenarnya tidak ke sekolah hampir setahun ketika belajar di Tingkatan Lima iaitu pada tahun sama dia bakal menduduki SPM.
Bercerita kepada mStar, remaja berusia 18 tahun itu berkata, dia tidak ke sekolah selepas berlaku perselisihan faham antara dia dan dua guru termasuk cikgu disiplin di sebuah sekolah menengah yang terletak di Johor Bahru.
"Setiap hari saya asyik dipanggil oleh guru disiplin sampai fokus saya untuk belajar terganggu.
"Tiga minggu saya ponteng sekolah sebab nak elak jumpa cikgu tu sebelum akhirnya menghantar surat berhenti sekolah," ujarnya.
Fariz mengulang kaji sendiri subjek-subjek yang diambil untuk SPM.
Fariz bagaimanapun mengakui memang ramai yang tidak bersetuju dan menghalang tindakannya untuk berhenti sekolah pada masa itu.
"Guru dan rakan-rakan suruh saya pindah sekolah, bukan berhenti.
"Mereka risau pelajaran saya terganggu lebih-lebih lagi saya akan menduduki SPM, tetapi saya tetap dengan keputusan berhenti sekolah," katanya.
Ditanya bagaimana dia mengulang kaji pelajaran meskipun tidak ke sekolah, Fariz memberitahu memupuk sifat disiplin yang tinggi adalah kata kunci utama.
"Tak semua subjek saya belajar sendiri. Ada yang saya pergi tuisyen dan buat study group bersama rakan sekolah.
"Kadang-kadang saya yang ajar rakan saya tentang tajuk yang mereka tak faham, secara tak langsung saya dapat ingat semula apa yang saya belajar," katanya yang menetap di Bandar Baru Uda.
Bila study kat rumah ni banyak sangat gangguan, kalau tak ada disiplin memang akan kecundang.
FARIZ
Tambah Fariz lagi, dia sangat menghargai usaha rakan baiknya, Nur Husna Fatnin yang memainkan peranan penting untuk membantu dirinya memperoleh keputusan cemerlang.
"Saya sangat berterima kasih kepada dia sebab banyak ajar subjek Biologi.
"Setiap Sabtu kami buat study group, dia akan ajar sampai saya faham dan saya pula ajar dia Matematik Tambahan," ujar Faris sambil memaklumkan bahawa Husna mendapat 7A dalam peperiksaan sama.
Fariz yang merupakan adik kepada usahawan Syafiqah Aina juga berkongsi tip bagaimana dia mengulang kaji pelajaran meskipun tidak ke sekolah.
Antaranya merujuk kepada orang yang lebih pandai dalam satu-satu subjek, kerap melakukan study group, melakukan latihan secara berulang kali, sentiasa merasakan diri tidak cukup ilmu dan kurangkan waktu bermain.
Namun begitu, Fariz juga memberitahu tidak semua orang boleh kekal berdisiplin apabila tidak ke sekolah.
"Bila study kat rumah ni banyak sangat gangguan, kalau tak ada disiplin memang akan kecundang.
"Kalau kita ke sekolah, banyak latihan dan kelas tambahan disediakan untuk kita. Nak tak nak memang kena buat," katanya yang kini bekerja sambilan di syarikat milik keluarganya.
Fariz merupakan adik kepada usahawan kosmetik, Aina Syafiqah.
Anak bongsu daripada enam beradik ini sempat menjelaskan mengenai status nama sekolah yang tiada dalam slip keputusan SPM tersebut.
"Ketika menduduki SPM, status saya waktu itu sebagai calon persendirian dan hadir di sekolah lama sepanjang berlangsungnya peperiksaan," jelasnya.
Apabila ditanya tentang perancangan masa hadapan, Fariz memberitahu dia ingin memohon biasiswa bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi.
Tuesday, March 10, 2020
Perghhh !!! Kaki atas kepala, dua wanita buat hal dalam pesawat dimalukan di media sosial
Kaki atas kepala, dua wanita buat hal dalam pesawat dimalukan di media sosial
Aksi dua wanita itu yang menerima kecaman ramai.
APABILA menaiki penerbangan, kita pastinya mengharapkan perjalanan itu selamat tiba ke destinasi.
Malah, kita juga mahukan perjalanan yang selesa tanpa sebarang gangguan.
Namun, lain pula ceritanya melibatkan sebilangan penumpang sebuah pesawat apabila mereka terpaksa berhadapan dengan dua wanita yang cukup mementingkan diri sendiri.
Tanpa menghiraukan penumpang lain, dua wanita itu mengangkat kaki mereka ke bahagian atas kerusi.
Foto aksi tidak senonoh itu kemudiannya dikongsi menerusi akaun Instagram Passenger Shaming.
Posting itu ternyata menimbulkan kemarahan netizen sehingga ia dihujani lebih 500 komen.
"Betapa pengotornya mereka berdua.
"Manusia yang pengotor," tulis beberapa pelayar Instagram.
Malah, ada yang berjenaka kononnya dua wanita itu sedang membuat senaman yoga di dalam pesawat.
Bagaimanapun, lokasi serta maklumat mengenai penerbangan tidak didedahkan. - Daily Star.
Monday, March 9, 2020
Perghhh !!! Rider basah kuyup luar rumah pelanggan, ramai ‘panas hati’ sampai ada yang menangis – “Dah order tu standby lah siap-siap!”
Rider basah kuyup luar rumah pelanggan, ramai ‘panas hati’ sampai ada yang menangis – “Dah order tu standby lah siap-siap!”
Seorang penghantar makanan yang basah kuyup semasa tiba di luar sebuah rumah. Foto Facebook Penang Kini
MUNGKIN kelihatan mudah tugas seorang penghantar makanan, hanya menunggang motosikal dan menghantarnya kepada pelanggan di lokasi yang ditetapkan.
Namun, itu apa yang kita nampak tetapi bukan itu sahaja cabarannya terutama apabila diduga semasa menjalankan tugas.
Sekeping gambar yang dikongsi di laman sosial menunjukkan seorang penghantar makanan di luar sebuah rumah ketika hujan lebat mengundang sebak netizen.
Dalam keadaan hujan begitu lebat itu, sudah tentunya pemuda berkenaan basah kuyup tetapi masih setia menanti bersebelahan motosikalnya di luar rumah berkenaan.
Keadaan seorang penghantar makanan yang dibasahi air hujan.
Susulan perkongsian di halaman Facebook Penang Kini, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa kepada pemuda berkenaan.
“Allahu... berlinang air mata aku tengok. Aku dapat rasa perasaan ni macam mana,” tulis seorang netizen.
“Aku kalau jumpa macam ni... rasanya air mata aku sama lebat macam hujan,” ujar yang lain juga beremosi dengan posting berkenaan.
“Part ni lah paling kasihan. Pernah jumpa kat jalan raya. Hujan-hujan pun mereka redah juga sebab nak hantar cepat. Mungkin nak jaga rating mereka, kasihan sangat-sangat,” komen yang lain.
“Allahu, demi mencari sesuap nasi. Standby lah depan pintu bila ada tempahan... mudahkan urusan orang lain,” tulis seorang gadis.
Tugas penghantar makanan sememangnya berdepan dengan pelbagai dugaan. Foto Hadi Rahman
Selain itu, ada yang turut menyuarakan kekesalannya terhadap pelanggan yang tidak bertimbang rasa apabila berlaku kejadian seumpama itu.
“Dah order tu standby lah siap-siap supaya orang pun tak tertunggu-tunggu. Sifat keprihatinan tak ada dalam diri,” katanya.
Part ni lah paling kasihan. Pernah jumpa kat jalan raya. Hujan-hujan pun mereka redah juga sebab nak hantar cepat.
NETIZEN
“Kebiasaan jadi patung kat depan rumah bila pemiliknya tak tengok handphone mereka (pesanan) dah sampai, dan loceng rumah pemiliknya tu rosak,” ujar seorang pemuda yang berkongsi luahan daripada rakan yang turut bekerja sebagai penghantar makanan.
“Saya kalau waktu hujan, lapar macam mana pun tak akan order dengan runner mana-mana pun. Tak tergamak tengok hujan-hujan suruh mereka hantar makanan,” kata yang lain.
Antara komen netizen.
Malah, seorang penghantar makanan yang lain turut meluahkan perasaan mengenai tugasnya ketika hujan susulan perkongsian foto berkenaan.
“Saya pun rider tapi di Kuala Lumpur. ‘Koyak’ juga mental dengan hadap traffic jam, jalan lubang. Dapat pula pelanggan yang hanya tahu fikir perut dia saja. Pernah nyanyi dalam hujan, sendu hidup rasa,” katanya.
Dalam pada itu, netizen turut mendoakan agar penghantar makanan tersebut dimurahkan rezekinya kerana sanggup berkorban demi kepuasan pelanggan.
“Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan adik ni. Mencari rezeki halal banyak dugaan, sabar lah dik,” ujar netizen yang bersimpati.
“Terbaiklah kerja penghantar makanan ni. Kerja ni kan satu ibadah, moga Allah bukakan pintu rezeki buat brother ni,” kata seorang lagi.
Friday, March 6, 2020
Perghh Tedia !!! Curi barang peribadi bernilai RM520,000, pembantu rumah Ziela Jalil dipenjara lapan bulan
Curi barang peribadi bernilai RM520,000, pembantu rumah Ziela Jalil dipenjara lapan bulan
Pembantu rumah Ziela Jalil dipenjara lapan bulan.
PEMBANTU rumah kepada pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Ziela Jalil dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana mencuri barangan peribadi milik majikannya berjumlah lebih setengah juta bulan lalu.
Majistret M Saravanan menjatuhkan hukuman itu ke atas Julianah Omar, 32, yang merupakan warga tempatan, selepas Julianah mengaku bersalah dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula pada Khamis.
Wanita itu didakwa mencuri barangan peribadi kepunyaan Ziela yang keseluruhan berjumlah RM520,000 di Desa Sri Hartamas, Brickfields di sini, kira-kira 11 pagi, 26 Februari lalu.
Tertuduh dihukum mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda dan bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya boleh dihukum penjara dengan denda atau sebat.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa ASP Nom Phot Prackdit yang mengendalikan pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal ke atas Julianah.
Bagaimanapun, peguam Muhamad Razman Sahat yang mewakili tertuduh merayu hukuman ringan atas alasan anak guamnya telah menyesal dengan perbuatannya.
“Ini merupakan kesalahan kali pertama anak guam saya dan dia menjaga ibu bapanya,” katanya. - Bernama
Ziela Jalil
Thursday, March 5, 2020
Wow!!! Ada gaya! Pemuda ini ‘lulus’ cabaran push up terapung, siap buat beatbox serentak
Ada gaya! Pemuda ini ‘lulus’ cabaran push up terapung, siap buat beatbox serentak - “Saya nak buat 100 kali tanpa henti”
(kiri) Aksi Zender membuat push up challenge. (kanan) Zender menunjukkan otot lengannya hasil senaman. Foto ihsan Harris Shahrul Hisham
Ada gaya! Pemuda ini ‘lulus’ cabaran push up terapung, siap buat beatbox serentak - “Saya nak buat 100 kali tanpa henti”
(kiri) Aksi Zender membuat push up challenge. (kanan) Zender menunjukkan otot lengannya hasil senaman. Foto ihsan Harris Shahrul Hisham
NAMPAKNYA semakin banyak cabaran yang diperkenalkan di media sosial sehingga menjadi ikutan netizen, dan terbaharu adalah push up challenge.
Cabaran dari Barat itu menunjukkan mereka melakukan tekan tubi di hadapan kamera dan melepaskan kedua-dua tangan dengan pelbagai gaya.
Setiap gaya tekan tubi itu kemudian disunting dengan menggabungkan kesemuanya, seolah-olah klip tersebut menunjukkan mereka kelihatan seperti terapung di udara.
Menerusi perkongsian di laman sosial, seorang remaja Malaysia memuat naik videonya menyahut cabaran tersebut di tepi pantai dengan mempamerkan lebih 10 gaya push up.
Selain tekan tubi, Harris atau Zender juga suka melakukan aktiviti outdoor.
Pemuda berkenaan, Harris Shahrul Hisham berkata, video tersebut dihasilkan selepas mendapat inspirasi daripada model kecergasan antarabangsa, Scott Mathison dan Hunter Hobbs.
Remaja berusia 17 tahun itu memberitahu, dia menyahut cabaran tersebut bagi melihat kemampuan dirinya selain memupuk semangat dan minda yang positif.
“Cabaran tekan tubi ni macam workout di gim, dan ia dimeriahkan dengan muzik latar untuk nampak aktiviti sihat itu lebih menyeronokkan.
“Bukan mudah untuk buat push up, tapi ia melatih kita untuk sahut cabaran. Kalau orang lain boleh, kenapa kita tak boleh melakukannya,” katanya kepada mStar.
Zender berkebolehan bermain piano.
Harris yang lebih dikenali sebagai Zender berkata, sebelum cabaran tersebut diperkenalkan di media sosial, dia terlebih dahulu sering melakukan tekan tubi.
“Nak buat push up ni kena disiplin, kena selalu buat. Tak apa mulakan sikit-sikit ikut kemampuan, lama-lama otot tangan dan bahagian lain seperti dada akan jadi lebih kuat.
Kalau dia boleh buat, saya pun boleh buat. Kalau tak boleh, saya cuba dan berusaha sampai boleh.
ZENDER
“Setakat ini, paling banyak saya buat adalah 60 push up tanpa henti, dan saya meletakkan sasaran untuk melakukan 100 kali tanpa henti pada masa akan datang,” ujarnya yang berasal dari Sepang, Selangor.
Menurut anak sulung daripada dua beradik itu, dia juga aktif dalam kegiatan luar seperti tinju, mendaki, berbasikal, renang dan mendaki tebing batu (rock climbing).
Bekas pelajar Maktab Tentera Diraja ini turut mahir melakukan beatbox.
Namun, siapa sangka bekas pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD) itu turut mempunyai berbakat terpendam iaitu bermain alat muzik seperti piano dan dram.
Malah, Zender juga mahir membuat persembahan beatbox yang menghasilkan nada seperti alat muzik menggunakan mulut, bibir, lidah dan suara.
“Saya mula berjinak-jinak dengan beatbox sejak usia enam tahun, selepas menyaksikan sesi uji bakat Joseph Poolpo, seorang peserta dalam program realiti TV di luar negara.
“Ia macam mentera bagi saya, kalau dia boleh buat, saya pun boleh buat. Kalau tak boleh, saya cuba dan berusaha sampai boleh... contoh saya pernah buat beatbox semasa tekan tubi serentak,” tambahnya.
Aksi Zender ketika membuat beatbox.
Dia bagaimanapun menyangkal tanggapan segelintir pihak bahawa beatbox itu merupakan sesuatu yang sukar untuk dipelajari.
“Orang cakap susah, tapi ia sebenarnya lebih kepada menguji kesabaran kita. Paling asas adalah bagaimana kita hendak menggunakan teknik pernafasan untuk membuat bunyi.
“Beatbox itu mudah kerana kita hanya ingat melodi dalam otak dan kemudian diterjemahkan ke mulut. Kena buat yang asas mula-mula, dah lama-lama nanti bukan setakat lagu rancak, lagu berentak perlahan pun boleh buat beatbox,” katanya.
Tags/Kata Kunci:
Wednesday, March 4, 2020
Wow !!! Bimbang dijangkiti Covid-19, lelaki kunci isteri dalam bilik air
Bimbang dijangkiti Covid-19, lelaki kunci isteri dalam bilik air
Lelaki itu mengunci isterinya di dalam bilik air selepas mendakwa menerima nasihat tentang cara untuk mengelak dijangkiti virus tersebut.
SEORANG lelaki bertindak mengunci isterinya di dalam bilik air kerana bimbang dia positif koronavirus (Covid-19).
Lelaki dari Lithuania itu mendakwa dia mengunci isterinya selepas menerima nasihat daripada doktor tentang cara untuk mengelak dijangkiti virus itu.
Dia bimbang selepas mengetahui isterinya pernah bertemu dengan seorang wanita dari China yang baru tiba dari Itali.
Polis dikejarkan ke kediaman pasangan itu selepas seorang wanita tersebut memaklumkan dia dikunci suaminya di dalam bilik air.
Namun lelaki itu tidak ditahan dan isterinya mahu tindakan tegas dikenakan ke atas suaminya itu.
Wanita itu mendakwa dia menjalani ujian saringan pengesanan Covid-19 tetapi hasilnya negatif.
Buat masa ini hanya satu kes wabak baharu itu dilaporkan di Lithuania, lapor Daily Mail.
Di United Kingdom 40 kes baru dilaporkan setakat ini. - Dailystar.co.uk
Tuesday, March 3, 2020
Viral !!! “Kalau berduit, takkanlah dia duduk di kaki lima jual roti canai segera” Jual Roti Canai segera Demi Untuk Kelangsungan Hidup
“Kalau berduit, takkanlah dia duduk di kaki lima jual roti canai segera” - Pelanggan akui peniaga kecil ini malu disapa, tapi perlu teruskan hidup
Seorang kanak-kanak menjual roti canai segera di atas lantai di pintu sebuah pasar raya di Kota Bharu. Foto ihsan Nik Muhammad Amirul Mustaqim Nik Abd Rashid
BERNIAGA tidak mestinya memerlukan minat, tapi apa yang penting adalah kesungguhan seseorang itu untuk mencari rezeki demi menyara kehidupan.
Melihatkan seorang kanak-kanak perempuan yang duduk bersimpuh sambil berniaga di atas lantai di pintu sebuah pasar raya mengundang sebak.
“Dikhabarkan anak yatim, umur lingkungan sekolah rendah lagi. Datang ke Kota Bharu naik bas semata-mata nak jual roti canai segera,” tulis seorang pemuda menerusi perkongsian di laman sosial yang menjadi tular.
Pemuda berkenaan, Nik Muhammad Amirul Mustaqim Nik Abd Rashid berkata, dia pernah melihat kanak-kanak itu dari jauh berniaga di dua pasar raya di Kota Bharu, Kelantan sebelum ini, tapi baru tergerak hati untuk mendekatinya baru-baru ini.
Perkongsian Nik di laman sosial mengenai budak yang menjual roti canai segera.
Anak muda berusia 25 tahun itu memberitahu, dalam pertemuan secara spontan dan singkat, kanak-kanak itu kelihatan malu dan lebih banyak mendiamkan diri.
“Saya mula nampak dia semasa saya dan rakan-rakan membuat kerja-kerja sukarelawan memberi makanan dan minuman kepada golongan gelandangan dan kurang berkemampuan di sekitar Kota Bharu.
“Pada usianya yang sepatutnya menjadi murid sekolah rendah dan belajar di kelas seperti kanak-kanak lain, dia bersungguh-sungguh menjual roti canai segera,” katanya kepada mStar.
Nik mula terserempak dengan kanak-kanak itu semasa melakukan projek sukarelawan.
Lebih mesra disapa sebagai Nik, pemuda yang berasal dari Kota Bharu itu berkongsi perasaannya ketika bertemu dengan kanak-kanak perempuan itu.
Nik berkata dia merupakan anak sulung daripada lapan adik-beradik dan kesemua tujuh adiknya adalah perempuan termasuk seorang yang belajar di sekolah rendah.
“Apabila saya tengok wajah dia yang nampak tenang dan kadang-kadang sedih pun ada, saya teringat adik-adik perempuan saya.
“Ya Allah, tak sanggup saya bayangkan adik saya macam tu. Sedangkan dia yang bukan adik sendiri buat saya sebak, apatah lagi dengan adik kandung,” ujarnya.
Kanak-kanak berkenaan dapat pulang ke rumah awal sekiranya roti canai segeranya habis dijual.
Walaupun tidak mengetahui latar belakang kanak-kanak perempuan itu, Nik yang merupakan pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) percaya budak itu bukan daripada keluarga yang berada.
Namun katanya, apa yang lebih baik adalah bersangka baik dan mendoakan kesejahteraan kanak-kanak itu.
Kalau dia datang daripada keluarga yang berduit, takkanlah dia duduk atas lantai di kaki lima dan jual roti canai segera
NIK MUHAMMAD AMIRUL MUSTAQIM
“Kalau tak nak sumbangkan makanan dan minuman, berilah sokongan pada bisnes adik ni atau sekurang-kurangnya mendoakan dia.
“Kalau dia datang daripada keluarga yang berduit, takkanlah dia duduk atas lantai di kaki lima dan jual roti canai segera. Dia kata kalau cepat habis jual, cepatlah dia balik dan jika tidak, begitulah sebaliknya,” ujar pelajar Ijazah Sarjana Muda Seni Bina itu sambil menambah kanak-kanak itu berasal dari Melor di Kota Bharu.
Nik menggesa orang ramai agar menyokong bisnes kanak-kanak tersebut.
Nik berpendapat bahawa kanak-kanak itu sebenarnya tidak sesuai untuk berniaga kerana pada usianya itu seharusnya mengutamakan pelajaran.
“Saya jumpa dia berniaga masa hari persekolahan. Tapi kita kena bersangka baik, mungkin keluarga dia tak mampu untuk sekolahkan dia.
“Siapa pun adik ni, kita doakan yang baik-baik buat kanak-kanak ini agar segala urusannya dipermudahkan dan dimurahkan rezeki,” katanya.
Monday, March 2, 2020
Perghh !!! Tediaa !! Padah hina Agong di Facebook, lelaki ditahan polis
Padah hina Agong di Facebook, lelaki ditahan polis
Suspek lelaki yang menghina Agong sudah ditahan polis. Foto: FB
PADAH menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di laman sosial Facebook, seorang lelaki sudahpun ditahan oleh pihak polis, pada Sabtu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, suspek dikatakan memuat naik status berkenaan menerusi akaun Facebook menggunakan nama Aaron Yee.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan iaitu kecenderungan menghasut serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Sementara kes berlainan, polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas D5, JSJ Bukit Aman juga sedang menyiasat pemilik akaun Facebook, Gavin Lee dan Haizad Azhar kerana melakukan kesalahan sama.
"Selain itu, seorang pengguna Twitter, Fadiah Nadwa Fikiri @FadiahNadwa juga turut disiasat selepas memuat naik kenyataan berunsur hasutan dan boleh mendatangkan suasana tidak harmoni dan perpecahan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Huzir berkata, orang ramai digesa agar mendukung prinsip Rukun Negara iaitu kesetiaan kepada raja dan negara dengan tidak membuat, menerbitkan atau mengedarkan apa-apa kenyataan yang mempunyai kecenderungan menghasut sehingga mendatangkan suasana tidak harmoni.
"Polis Diraja Malaysia turut menasihatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang tindakan menyalahi undang-undang dan akan bertindak tegas mengheret pesalah ke muka pengadilan," katanya. - SINAR HARIAN
Subscribe to:
Posts (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Kiattikhun membuat laporan selepas dia diserang oleh suspek. - Channel 7 BANGKOK – Seorang leftenan polis dituduh menyerang pegawai kanan be...
-
Dr. Rozmey PETALING JAYA – Sekitar 2010, nama serta gaya Datuk Dr. Rozmey sering kali menghiasi akhbar-akhbar serta kaca televisyen tempat...
-
Gambar hiasan KUALA PILAH – Seorang bekas doktor didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menyimpan gambar ...
-
Johan Ghazali PETALING JAYA – Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali menafikan pendapatan yang diperolehinya ketika ini sehingga RM1 juta. Jo...
-
Aksi kanak-kanak tersebut ketika mengendalikan jentera berat. PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentera berat ...
-
SEEKOR lembu memakan martabak di Indonesia. - Foto pak_ributguru82/Instagram. JAKARTA – Seorang murid sekolah rendah di Lumajang, Indone...