Nuffnang

Sunday, April 30, 2017

Perghhh Anjing 'Selamatkan' Peniaga Dari Tedung Selar 4 Meter



image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2015/06/26/15/17/tedung.ashx?w=620&h=413&crop=1&/

- Gambar hiasan
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Bunyi salakan anjing yang gamat telah menyelamatkan sepasang suami isteri pemilik kedai buah yang menyedari kehadiran ular tedung selar sepanjang empat meter di bawah rak buah kedai mereka di Kampung Melayu, Batu Arang di Selangor malam Jumaat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang Yazli Yahya berkata pasangan suami isteri berusia 50-an itu berasa hairan apabila anjing peliharaan mereka membuat bising luar biasa berhampiran rak buah yang terletak di belakang kedai pada kira-kira pukul 7 malam.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2017/04/29/anjing-selamatkan-peniaga-ular/~/media/47ee87a9b9c1490faa5c736f14805a5a.ashx?la=en

-fotoBERNAMA
"Setelah mereka memeriksa kawasan rak buah itu, mereka tergamam apabila menemui seekor ular tedung selar yang besar dan berukuran sepanjang 13 kaki (4 meter).
"Kami segera mengerahkan seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 7.13 malam dan tiba di lokasi kira-kira lima minit kemudian," katanya ketika dihubungi Bernama.
Yazli berkata pasukan bomba berjaya menangkap haiwan reptilia berbisa berkenaan menggunakan alat penjerut ular dalam masa kurang dari tiga minit.
"Ular itu dipercayai datang dari hutan simpan berhampiran," katanya.
Beliau berkata ular berkenaan dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang sebelum dilepaskan ke Hutan Simpan Batu Arang yang terletak jauh dari kawasan perumahan.

Saturday, April 29, 2017

Perghhh Dahsyatt !!! Isteri potong kemaluan suami kaki perempuan

Isteri potong kemaluan suami kaki perempuan
Mark Betita,33, dikejarkan ke hospital selepas diserang isterinya. - Foto News Wire
ILOILO CITY - FILIPINA . Dek kerana tidak tahan dengan sikap suami kaki perempuan, seorang wanita bertindak memotong kemaluan suaminya dengan gunting.
Mark Betita,33, sedang tidur di kediamannya di bandar Carles di sini ketika isterinya Leizel memotong kemaluannya menggunakan gunting 22 April lalu
Leisel kini ditahan di balai polis di bandar Carles sementara menunggu penyelesaian kes yang difailkan terhadapnya kerana mencederakan suaminya.
"Saya tidak menyesal kerana memotong kemaluannya. Ini sebagai hukuman kepadanya kerana kaki perempuan. Saya bersedia berdepan apa-apa kemungkinan kerana tindakan saya ini," kata Liezel dipetik inquirer.net
Pegawai polis Carles, Alexis Bataga berkata, siasatan menunjukkan Liezel bersama-sama dengan suaminya yang juga penyelia pembinaan minum pada malam kejadian.
"Apabila suaminya mabuk, mereka masuk ke bilik tidur. Tidak berapa lama kemudian, mangsa keluar dalam keadaan berlumuran darah.
"Isteri mangsa didakwa memotong kemaluan suaminya," kata Bataga.
Mangsa dibawa ke hospital namun doktor gagal menyambungkan semula zakarnya.
Leizel menjelaskan dia hanya mahu memberi pengajaran kepadanya.
"Saya bosan dengan sikapnya yang kaki perempuan. Dia mempunyai teman wanita baharu baru -baru ini," kata Liezel.
Liezel mendakwa kekasih baru suaminya itu adalah isteri kepada rakan sekerja lelaki itu namun Mark menafikan dakwaan isterinya dan bertekad memfailkan kes terhadap wanita itu.

Dahsyatt !!! Dua kali rogol kekasih kawan

Dua kali rogol kekasih kawan
Dua kali rogol kekasih kawan
Tertuduh (kiri) dikawal polis keluar dari bilik mahkamah selepas dihukum.
KOTA BHARU - Seorang pembantu kedai makan dihukum penjara 16 tahun dan enam sebatan selepas didapati bersalah dua kali merogol kekasih rakannya yang berusia 15 tahun.
Hakim, Adli Abd Ghalib menjatuhkan hukuman itu terhadap Rosfaizal Rosdi, 34, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Rosfaizal didakwa kali pertama merogol mangsa berusia 15 tahun empat bulan di sebuah rumah di Jalan Pekan Lama, Gua Musang pada jam 10.50 malam, 18 Februari 2014.
Kejadian kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa di lokasi sama pada jam 2.50 pagi, 19 Februari 2014.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mohd Waffy Ismail, manakala tertuduh diwakili peguam Siti Zainah Zainal.
Tertuduh dihantar ke Penjara Pengkalan Chepa, di sini, bagi menjalani hukuman itu.

Thursday, April 27, 2017

Perghhh !!! Video Ketam Serang Selatan Cuba








BAY of Pigs diserang lagi, namun kali ini bukan dilakukan oleh tentera Amerika Syarikat dalam misi anti- Fidel Castro sebaliknya diserang oleh jutaan ketam.
Seperti setiap tahun, selepas musim hujan, jutaan ketam akan keluar dari hutan untuk ke pantai di selatan negara berkenaan.

Wednesday, April 26, 2017

Perghhh Dahsyatt !!! Lelaki gantung bayi, diri sendiri di FB Live

Lelaki gantung bayi, diri sendiri di FB Live
Lelaki gantung bayi, diri sendiri di FB Live
Seorang lelaki merakam perbuatannya membunuh diri dan anaknya melalui Facebook Live.
BANGKOK - THAILAND. Seorang lelaki bertindak merakam perbuatannya membunuh anak serta diri sendiri melalui  FB Live, lapor AFP
Polis di pulau peranginan selatan itu berkata, pihak polis dimaklumkan berhubung video berkenaan oleh rakan-rakan lelaki itu dan bergegas ke hotel terbiar berhampiran lapangan terbang antarabangsa pada petang Isnin.
"Mereka telah mati ketika saya tiba di sana," kata Leftenan Jullaus Suvannin, individu pertama yang tiba di tempat kejadian memberitahu AFP.
Menurut Jullaus, telefon pintar lelaki berkenaan turut ditemui disandar pada dinding.
Polis berkata, mereka percaya lelaki berkenaan telah bertengkar dengan ibu kanak-kanak yang berusia 11 bulan itu sebelum bertindak menggantung diri sendiri serta anak perempuannya.
Saluran 3 menyiarkan rakaman ibu bayi berkenaan dilihat bersama ahli keluarga menuntut kedua-dua mayat di hospital tempatan pada Selasa.
Facebook tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen berhubung insiden berkenaan.
Pemilik Facebook, Mark Zuckerberg sebelum ini berikrar untuk memastikan rangkaian sosial terkemuka dunia itu tidak digunakan untuk menyebarkan perbuatan mengerikan seperti pembunuhan dan bunuh diri.
Sementara itu, Gabenor Phuket menggesa rakyat Thailand supaya tidak berkongsi rakaman pembunuhan berdurasi empat minit tersebut yang masih boleh didapati di rangkaian sosial pada Selasa

Tuesday, April 25, 2017

Perghhh Kes Hina Bapa Watson Nyambek: Polis Akan Panggil Hos TV




Hina Bapa Watson Nyambek: Polis Akan Panggil Hos TV


Ammar sewaktu mengendalikan program TV pada malam Sabtu lalu.


MIRI: Polis akan memanggil seorang penyampai TV bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mempersendakan nama mendiang bapa Watson Nyambek dalam satu program yang dikendalikannya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, bekas jaguh pecut negara itu membuat satu laporan polis dan kes tersebut diklasifikasikan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.
"Kita telah meneliti rakaman program TV tersebut.
"Kita juga telah menerima laporan polis daripada Watson Nyambek di Miri pada Isnin.
"Kita mengklasifikasikan kes ini di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana penghinaan yang disengajakan untuk mencetuskan gangguan.
"Kita akan panggil penyampai TV dan penerbit program berkenaan untuk disoal siasat," katanya kepada The Star pada Isnin.
Dev berkata, jika disabitkan bersalah, hukumannya adalah penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Menerusi program ulangan yang disiarkan pada malam Sabtu, hos program itu, Azizul Ammar Abu Hassan atau Ammar mempersendakan nama mendiang bapa Watson dengan menyamakan dengan bunyi seekor binatang.

Monday, April 24, 2017

Perghhh !!! Sanggup Guna Ahli Sihir Tamat Kemarau Trofi


ZULEMA melakukan upacara pembersihan untuk menamatkan kemarau trofi pasukan Cruz Azul. -Sumber Mirror
  (Ubah saiz teks)
SEKUMPULAN penyokong kelab bola sepak di Mexico sanggup mendapatkan khidmat 'ahli sihir' untuk 'membersihkan' badi dan pasukan mereka yang gagal memenangi sebarang piala sejak 20 tahun lalu.
Dikenali sebagai Zulema, ahli sihir itu dibawa ke stadium pasukan Cruz Azul di bandar Tula de Allende untuk melakukan upacara pembersihan tersebut pada minggu lalu.
Menurut laporan portal Mirror, wanita itu amat dikenali kerana kehebatan dalam dunia sihir dan mendapat perhatian peminat kelab terbabit bagi menamatkan kemarau trofi.
Kelab terbabit tidak memenangi gelaran liga sejak 1997 dan tidak bermain di Liguilla selama tiga tahun.
Kini dengan khidmat ahli sihir tersebut, penyokong berharap badi pasukan itu dapat ditamatkan.
"Saya tidak meminta bayaran untuk perkhidmatan ini. Saya hanya mahu membuktikan ahli sihir benar-benar wujud," kata Zulema.
Dia menggunakan pokok, air, lilin berwarna hitam dan putih, kepala lembu dan babi serta beberapa barangan lain dalam upacara berkenaan.
Selepas upacara itu berakhir Zulema menjelaskan bahawa stadium itu telah disumpah pada 1997.
"Saya telah membersihkan sumpahan itu dan membuatkan pasukan itu menang sekurang-kurangnya pada perlawanan selepas ini.
"Malah jika pasukan ini menang, saya akan melakukan upacara pembersihan untuk pemain," katanya.
Ternyata ramalan ahli sihir itu tepat apabila Cruz Azul berjaya menewaskan kelab Giadalajara 2-2 dalam aksi Liga Mexico.

Saturday, April 22, 2017

Pergh..berita Panas !!! Nelydia Senrose Dikenakan Waran Tangkap



image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/04/21/19/23/nelydia1.ashx?w=620&h=413&crop=1&/

Nelydia gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) LHDN bagi lima tahun taksiran iaitu tahun taksiran bermula 2009 hingga 2013.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pelakon Nelydia Senrose bernasib tidak baik apabila mahkamah Majistret Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadapnya kerana tidak hadir bagi menghadapi tuduhan gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-mahkamah/2017/04/21/nelydia-senrose-waran-tangkap/~/media/9cc60a6407a4449c819b9be16b5860a7.ashx?la=en

Gambar yang dimuat naik Nelydia di Instagram tiga hari lalu.
Nelydia atau nama penuhnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen gagal mengemukakan Borang B bagi lima tahun taksiran iaitu tahun taksiran bermula 2009 hingga 2013.
Selain itu Nelydia, 23, turut berhadapan satu lagi pertuduhan kerana gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 ACP1967 bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDNM.
Peguam LHDN, Nurulsheeda Mohd Yahaya memohon perintah waran tangkap dikeluarkan terhadap Nelydia selepas gagal hadir sesi sebutan kes pada 12 April lalu.
Saman dikeluarkan terhadap tertuduh pada 11 April.
Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih enam bulan, atau kedua-duanya sekali.
Majistret P. Sarulatha menetapkan 24 Mei depan sebagai tarikh baharu sebutan kes berkenaan.

Friday, April 21, 2017

Perghhh !!! Doktor keluarkan belut dari perut pesakit

Doktor keluarkan belut dari perut pesakit
Doktor keluarkan belut dari perut pesakit
Belut berukuran setengah meter dikeluarkan dari perut seorang lelaki. –Foto Guangzhou Daily
GUANGZHOU - CHINA. Doktor di selatan China berjaya mengeluarkan belut berukuran setengah meter dari perut seorang lelaki yang memasukkannya di dalam badannya sebagai ubat tradisional untuk merawat sembelit yang dialaminya.
Pesakit memberitahu doktor, dia ada mendengar bahawa belut boleh digunakan bagi merawat penyakit sembelitnya, lapor Guangzhou Daily.
Lelaki itu dimasukkan ke hospital minggu lalu apabila belut itu mula mendatangkan kesan pada usus yang dimasukkannya melalui dubur.
Memetik South China Morning Post, seorang doktor berkata, ketika lelaki berkenaan tiba di hospital, perutnya mengembang seperti belon.
Melalui pembedahan, mereka mendapati belut berkenaan telah memecahkan ususnya dan menyebabkan kesan pada rongga perut dan hampir membunuhnya.
Pada 2013, seorang lelaki dari Guangdong dimasukkan ke hospital selepas memasukkan belut dalam badanya bagi keseronokan seksual.
Awal tahun ini, seorang wanita turut dilaporkan dimasukkan ke hospital atas sebab yang sama.

Thursday, April 20, 2017

“Penceraian Bukan Pengakhiran Hidup” - Chef Wan



PASTI ramai yang sudah mengetahui mengenai pergolakan rumah tangga yang menimpa selebriti tanahair, Serina Redzuawan dan suami, Gavin Edward O'luanaigh atau nama islamnya Salahudin Ghafar.
Sebagai bapa , Chef terkemuka negara, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan yang baru- baru ini meluahkan perasaan melalui instagram tentang isu ini berkata walaupun sedih apabila mengenangkan nasib anak dan dua cucunya namun dia merasakan Serina berhak untuk menjalani kehid

Wednesday, April 19, 2017

Perghh !!! Tentera AS nyanyi lagu Assalamualaikum ustazah


Tentera AS nyanyi lagu Assalamualaikum ustazah
'US pacific Fleet Band. - Foto Cats FM

SHAH ALAM - Nyanyian lagu 'Assalamualaikum Ustazah' oleh kumpulan kugiran tentera Amerika Syarikat di konti radio 'Sarawak Cats FM'menjadi tular di media sosial sejak ia disiarkan minggu lepas.
Memetik laman Facebook Cats FM, lagu nyanyian asal kumpulan Khalifah itu dinyanyikan oleh kumpulan kugiran itu yang dikenali sebagai US pacific Fleet Band ‘Pipeline’ yang dianggotai oleh Brent Mitchell (vokalis), Ray Lappoon, Trans Stanley, Mike DeLorean dan Paul Tomson berjaya menarik perhatian netizen di alam maya.
"Terbaik la," komen M Amirul Asyraf berhubung video berkenaan.
Sementara itu menurut Zaleha Hamid pula menyatakan 'nyanyian mereka sedap didengar'.
"Bestlah mereka nyanyi," katanya.
Difahamkan, 'US pacific Fleet Band' hadir ke Malaysia bersempena program Eksesais Pacific Partnership 2017 (PP17) anjuran Kementerian Pertahanan pada 19 April (Rabu) ini di dewan Auditorium Pustaka, Sarawak.
Pada tarikh berkenaan Us pacific Fleet Band akan menganjurkan konsert live, kerjasama Perpustakaan Negeri Sarawak (Pustaka) dengan kerjasama Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kementerian Pertahanan.
Antara lagu-lagu mereka akan mainkan pada konsert berkenaan adalah 'medley Bruno', 'Sunday Morning', 'Brown Eyed Girl', 'Love Yourself', 'Chicken Fried', 'Assalamualaikum', 'Letusan' dan 'Island' Rude

Tuesday, April 18, 2017

Saya Berjuang Bukan Untuk Jadi Jutawan - Azizulhasni





SEPANG: Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang mengakui tidak pernah terfikir untuk bergelar jutawan apabila terus berusaha meraih kejayaan dan kegemilangan dalam acara sukan yang diceburinya sejak 10 tahun lalu.
Mohd Azizulhasni yang meraih kejuaraan di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Hong Kong pada Khamis lepas berkata, perjuangan dalam sukan berbasikal yang masih diteruskan sehingga kini tidak ada kena-mengena dengan 'ganjaran'.
"Saya aktif dalam sukan basikal, kalau untuk jadi jutawan mungkin saya akan tukar sukanlah, main bola sepak atau badminton...tapi saya dalam sukan ini kerana minat.
"Kalau tengok dalam kalangan pelumba basikal senior, hanya saya seorang yang tinggal, tapi saya masih meneruskan perjuangan di peringkat dunia," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program inisiatif sukan AirAsia #daretodream di ibu pejabat AirAsia di sini, Isnin.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad Aireen Omar.
Mohd Azizulhasni yang terkenal dengan jolokan 'The Pocket Rocketman' ini bagaimanapun berkata, beliau sentiasa percaya bahawa ganjaran akan menyusul selepas mencipta kemenangan atau pencapaian.
"Macam sekarang AirAsia tengok pencapaian saya yang memberi insipirasi kepada seluruh rantau, jadi mereka ambil saya jadi duta untuk program #daretodream.
"Benda-benda ini akan datang kemudian, saya percaya, kita hanya perlu beri persembahan terbaik," katanya.
Mohd Azizulhasni berkata, beliau kini mahu memberikan tumpuan penuh untuk mencapai impian merangkul pingat emas Olimpik Tokyo pada 2020.
"Saya lebih fokus untuk mencapai impian, saya ada senarai yang nak dicapai iaitu gelaran juara dunia dan pingat emas Olimpik.
"Satu (impian) saya dah dapat dan kini ada satu lagi (Olimpik 2010), saya tak fikir soal wang ringgit atau ganjaran, ia satu bonus," katanya.
Dalam pada itu beliau turut mengakui kurang memberi tumpuan untuk mengejar ranking terbaik dunia.
Pelumba berusia 29 tahun itu yang kini berada di ranking ke-13 dunia berkata, beliau tidak banyak menyertai kejohanan utama dunia untuk memberi fokus dalam usaha meraih gelaran dunia yang telah dimenanginya.
"Selepas menang gelaran ini, mungkin ranking saya akan naik tapi bukan nombor satu. Selepas ini saya akan berusaha mengumpul mata tetapi fokus utama tetap diberikan untuk menang gelaran dan pingat emas Olimpik," katanya.
Pada perlumbaan akhir berlangsung di Velodrom Hong Kong itu, Mohd Azizulhasni mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menewaskan pelumba Colombia, Fabian Hernando Puerta Zapata yang meraih pingat perak, manakala Tomas Babek dari Republik Czech memenangi gangsa dalam acara Keirin.
Untuk rekod, Mohd Azizulhasni memperoleh pingat perak pada 2010 di Denmark, selain memenangi dua gangsa di Perancis pada 2015 dan 2016 di United Kingdom dalam acara Keirin.

Monday, April 17, 2017

Video Live : Lelaki Bunuh Secara Langsung Di FB Diburu

Lelaki Bunuh Secara Langsung Di FB Diburu



FACEBOOK Live kembali disalah guna sebagai medium untuk memaparkan tindakan ganas, kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Kali ini seorang lelaki di Cleveland, Amerika Syarikat  sedang diburu polis selepas menyiarkan insiden pembunuhan secara langsung di Facebook miliknya.

Perghh !! Dahsyatt Budak 5 Tahun Maut Kepala Tersepit Di Restoran Berputar




Budak 5 Tahun Maut Kepala Tersepit Di Restoran Berputar


Restoran berputar 360 darjah dan mangsa dilaporkan tersepit di antara dinding dan meja yang bergerak. Foto YouTube


SEORANG kanak-kanak lima tahun maut pada tengah hari Jumaat lalu selepas kepalanya tersepit di restoran berputar di Atlanta.
Kanak-kanak malang itu dikatakan berkunjung ke restoran itu bersama keluarganya dari Charlotte, North Carolina untuk menikmati makan tengah hari di restoran Sun Dial di tingkat 72 Hotel Westin Peachtree Plaza.
Restoran tersebut berputar bagi memberikan pemandangan pencakar langit 360 darjah, dan mangsa dilaporkan tersepit di antara dinding dan sebuah meja yang sedang bergerak.
Menurut laporan WSBTV, keluarga mangsa merupakan pelanggan terakhir di restoran itu semasa mangsa berkeliaran jauh daripada pengawasan ibu bapanya untuk melihat pemandangan luar.
Pegawai keselamatan dan kakitangan hotel cuba mengeluarkan budak lelaki selepas dilihat tersepit. Lantai bergerak di restoran juga dihentikan.
Bagaimanapun sudah terlambat kerana kanak-kanak tersebut mengalami trauma yang teruk di kepala.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Grady tetapi kemudiannya disahkan meninggal dunia.
"Satu kemalangan tragik membabitkan seorang budak lelaki berlaku di hotel," kata Pengurus Hotel Westin Peachtree Plaza, George Read dalam satu kenyataan yang diperoleh AJC.
"Kesedihan kami tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ingatan dan doa buat keluarganya (mangsa)," katanya.
Restoran Sun Dial dikatakan ditutup buat sementara waktu, dan siasatan dijalankan oleh Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. - Mail Online

Sunday, April 16, 2017

Perggg!!!! JANDA DICEKUP DENGAN PENJAWAT AWAM BERUNIFORM

Rogol
Sekadar gambar hiasan
KOTA BHARU - Seorang ibu tunggal dipercayai berkhalwat dengan suami orang dicekup dalam serbuan oleh penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, di Lorong Kubur Maras, Jalan Langgar, di sini, pagi tadi.
Wanita dua anak berusia 29 tahun terbabit ditahan bersama pasangannya seorang penjawat awam beruniform berusia 30 tahun

Saturday, April 15, 2017

Perghh !!! Pemungut sampah maut dirempuh lori sampahnya



Kemalangan‎
Gambar Hiasan.
KUALA NERUS - Seorang pemungut sampah maut selepas dirempuh lori sampahnya di Pusat Pelupusan Sampah Kampung Lingai di sini, pagi tadi.    
Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.40 pagi ketika lori itu sedang mengundur dan terlanggar Shafie Abd Rahman, 60, dari Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu.

Pemandu lori berkenaan dikatakan tidak menyedari mangsa sedang melintas di belakang lori tersebut.     
Mangsa cedera parah pada kepala dan badan. Mangsa juga dikatakan mempunyai masalah pendengaran.    
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Abd Razak Hasan mengesahkan kejadian tersebut. - Bernama

Friday, April 14, 2017

Tahniah !!! Jijoe Rangkul Juara Dunia



image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/04/14/00/14/jijoe.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Impian jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang untuk menyarung jersi pelangi pada Kejohanan Dunia di Hong Kong akhirnya tercapai apabila muncul juara acara keirin, Khamis malam.
Azizulhasni yang terkenal dengan gelaran The Pocket Rocketman itu mempamerkan kayuhan luar biasa dengan mengetepikan pencabarnya, Fabian Hernando Puerta Zapata dari Colombia dan pelumba No.1 dunia Tomas Babek.
Pemenang pingat gangsa Olimpik, Rio itu menyifatkan kemenangan tersebut sebagai amat bermakna buat dirinya yang mengimpikan untuk bergelar juara dunia selama 10 tahun.
"Alhamdulillah impian saya untuk muncul juara dunia tercapai malam ini. Penantian selama 10 tahun berakhir jua.
"Terima kasih di atas sokongan dan doa anda semua. Kemenangan ini adalah hadiah untuk  semua rakyat Malaysia," katanya kepada mStar Online.


Dengan kemenangan itu, Azizulhasni atau mesra disapa Jijoe merupakan pelumba Malaysia pertama memenangi gelaran juara dunia sekali gus menyarung jersi pelangi.
Jersi pelangi dengan warna asas putih serta lima jalur mendatar berwarna hijau, kuning, hitam, merah dan biru di bahagian dada adalah jersi yang dihadiahkan kepada juara dunia, yang boleh dipakai dalam perlumbaan di sepanjang tahun oleh pemiliknya.
Sementara itu, isteri Azizulhasni, Athiah Ilyana Abd Samad turut memanjatkan syukur di atas pencapaian luar biasa suaminya itu.
"Alhamdulillah, terima kasih Allah. Sukar nak diungkap dengan kata-kata, luar biasa. Malaysia sudah ada juara dunia dan dia ialah suami saya," katanya menerusi Facebook.

Thursday, April 13, 2017

Fuh!! Dahsyatt !!! Dipenjara 12 tahun, 7 sebatan rogol isteri jiran

Dipenjara 12 tahun, 7 sebatan rogol isteri jiran
Tertuduh dibawa keluar dari perkarangan mahkamah.
KOTA BHARU - Seorang buruh dihukum penjara 12 tahun dan tujuh sebatan oleh mahkamah sesyen, di sini, petangtadi kerana kesalahan merogol isteri jirannya.
Mohd Rifaudin Che Azmi, 24, didakwa merogol guru agama yang ketika itu berusia 27 tahun di sebuah rumah di Kampung Tok Kerawat Dalam Mata Ayer, Pulai Chondong, Machang, pada jam 8.30 malam, 25 Oktober 2012.
Dipenjara 12 tahun, 7 sebatan rogol isteri jiran
Tertuduh dibawa keluar dari perkarangan mahkamah.
KOTA BHARU - Seorang buruh dihukum penjara 12 tahun dan tujuh sebatan oleh mahkamah sesyen, di sini, petangtadi kerana kesalahan merogol isteri jirannya.
Mohd Rifaudin Che Azmi, 24, didakwa merogol guru agama yang ketika itu berusia 27 tahun di sebuah rumah di Kampung Tok Kerawat Dalam Mata Ayer, Pulai Chondong, Machang, pada jam 8.30 malam, 25 Oktober 2012.

Wednesday, April 12, 2017

Perghhh !!! Terima mesej tanpa henti, nafi terdesak kahwin


Terima mesej tanpa henti, nafi terdesak kahwin
Status ibu tunggal yang menjadi tular di media sosial.
KUALA KRAI - Seorang ibu tunggal tidak menyangka status yang dimuat naik di laman sosial petang Selasa lalu, menjadi tular sehingga mengganggunya.
Mira, 32, (bukan nama sebenar) berkata, status berkenaan dimuat naik semata-mata untuk menghilangkan rasa geram dan kecewa dengan sikap individu tertentu sahaja.
Menurutnya, statusnya itu adalah hal peribadi dan tidak perlu dijelaskan secara terperinci kepada pengetahuan umum.
"Saya muat naik status ini pada jam 5 petang dan selepas itu saya mula terima mesej secara berterusan.
"Tapi pada jam 6 petang saya padam status ini kerana bosan menerima mesej tanpa henti. Malah disebabkan itu juga, telefon saya 'hang'," katanya.
Ibu kepada dua anak berusia 5 dan 12 tahun ini juga berkata, kebanyakan mesej dihantar kepadanya daripada lelaki yang mengajaknya berkahwin.
Menurutnya, dia bukan terdesak untuk berkahwin tetapi mahu menunjukkan status tersebut kepada individu berkenaan.
“Saya cuma berharap dia baca dan faham, itu sahaja. Tak sangka lain pula jadinya. Saya juga tak sangka ramai orang kongsi status saya,” katanya.
Dia percaya, status tersebut dikongsi di pelbagai kumpulan media sosial sehingga menyebabkannya tular hingga kini.
Susulan status itu juga katanya, ramai kawan-kawannya yang hubunginya kerana terkejut membaca status tersebut.
“Kebanyakan kawan-kawan faham situasi saya sekarang. Walaupun kecewa dengan apa terjadi, tapi saya bersyukur mereka berikan kata-kata semangat.
“Saya harap selepas ini orang ramai tak lagi hantar mesej ajak saya berkahwin,” katanya.
Tambahnya, bagi individu yang tidak mengetahui perkara sebenar mungkin menganggap dia terdesak untuk berkahwin berdasarkan status berkenaan.
Katanya, status itu tidak menggambarkan kehendaknya sekarang dan hanya yang benar-benar mengetahui situasi sebenar memahami dirinya.

Tuesday, April 11, 2017

Cisss !! Setelah Kena Gasak Baru Nanyang Siang Pau mohon maaf hina Abdul Hadi

Nanyang Siang Pau mohon maaf hina Abdul Hadi
Hadi Awang
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
KUALA LUMPUR - Akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau hari ini memohon maaf kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung penyiaran kartun yang dianggap menghina kedua-dua pemimpin itu.
Akhbar itu dalam satu kenyataan berkata mereka memohon maaf dan mengakui penyiaran kartun itu adalah tidak wajar untuk tatapan umum.
"Pihak kami juga telah menarik balik kartun sama yang disiarkan di laman berita Nanyang Siang Pau, iaitu eNanyang.my," menurut kenyataan itu.
Pada 8 April lalu, akhbar berkenaan menyiarkan sebuah kartun di portal mereka, yang menggambarkan seekor monyet memakai songkok dan dilabelkan sebagai ‘speaker’ manakala seekor lagi monyet memakai serban dan diberi label ‘Hadi Awang’.
Kedua-dua monyet berkenaan digambarkan sedang bertenggek di atas dahan sebuah pokok yang diberi label 'Akta 355'. - Bernama

Monday, April 10, 2017

Wow !! "Kami Tumpang Tuah Buntat" - Ziela Jalil


 

PUTRAJAYA: Penerbit drama Datuk Ziela Jalil menyifatkan kejayaan yang peroleh 7 Hari Mencintaiku  dalam Drama Festival Kuala Lumpur 2017 (DFKL2017) sebagai menumpang tuah pelakon kanak-kanak Muhammad Ariff Abdullah, 12, atau dikenali sebagai Buntat.
Pemilik syarikat produksi Pena Creative Pictures ini berkata, lakonan kanak-kanak berkenaan telah menyentuh hati penonton sehingga menjadikan episod 20 drama berkenaan meraih populariti secara mendadak.
"Semua yang terlibat dalam drama ini sama ada watak besar atau kecil memainkan peranan dan saya juga berterima kasih kepada Buntat kerana kejayaan ini juga sebenarnya menumpang rezeki dan tuah dia.
"Cerita ini menerima impak yang kuat pada episod 20 bila Buntat meninggal dunia dan kemudian mendapat perhatian sehingga menjadi fenomena," ujarnya kepada mStar Online.



Barisan pelakon drama 7 Hari Mencintaiku. Muhammad Ariff atau Buntat di bahagian tengah (depan) Foto THE STAR M.Azhar Arif.

Ziela ditemui pada sidang media Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 (DFKL) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam Ahad.
Drama 28 episod yang disiarkan di slot Akasia itu turut merangkul enam kategori iaitu Drama Pilihan, Pengarah Pilihan yang dimenangi oleh Jamal Khan, dan Skrip Pilihan daripada PGRs Team.
Selain itu, pelakon utama drama berkenaan iaitu Shukri Yahaya dan Siti Saleha memenangi kategori Pasangan Pilihan dan Aktor Pilihan.
Manakala, lagu nyanyian Dayang Nurfaizah dalam drama berkenaan berjudul Lelaki Teragung turut meraih anugerah Lagu Tema Pilihan.
Dalam pada itu, menceritakan tentang watak Buntat, Ziela berkata, kanak-kanak itu dipilih selepas dicadangkan oleh pembantu produksi.
"Dalam naskhah itu ada watak kanak-kanak lembam (masalah pembelajaran) dan pembantu produksi mengenali Buntat menerusi sebuah filem yang pernah dilakonkan sebelum ini iaitu Jibam.
"Lakonan dia ikhlas dan sampai ke hati sehingga membuatkan penonton rasa betul-betul sedih, dia juga seorang yang senang terima tunjuk ajar," ujarnya.
Dalam pada itu, Ziela berkata, kerjasama berpasukan juga menjadi kekuatan drama yang turut mencecah tontonan 12 juta tontonan itu.
Selain itu, katanya, dia tiada perancangan untuk melanjutkan drama tersebut kepada edisi istimewa.
"Biarlah drama ini berakhir di situ dan saya tidak merancang untuk ada edisi khas raya atau apa-apa lanjutan lain," ujarnya.

Huh Dahsyttt : Bedah punggung tertusuk roket berjaya


Bedah punggung tertusuk roket berjaya
Keadaan lelaki berkenaan yang punggungnya tertusuk roket. - Foto Mirror Online
SANA'A - YEMEN. Seorang lelaki berhadapan dengan momen menakutkan apabila sebuah roket tertusuk pada bahagian punggungnya.
Memetik laporan Mirror Online, lelaki itu bernasib baik apabila roket berkenaan tidak meletup dan dia berjaya diselamatkan oleh pakar bedah.
Difahamkan lelaki itu menjadi mangsa perang di negara yang masih bergolak tersebut.
Sementara itu, video rakaman lelaki berkenaan tular di media sosial dan telah dimuat naik dalam laman sosial, Live Leak.
Video yang berdurasi selama 48 saat itu memaparkan keadaan lelaki itu yang dilihat berada dalam keadaan meniarap atas katil di sebuah hospital, sementara menunggu pembedahan dilakukan oleh sekumpulan pakar bedah.
Difahamkan walaupun keadaan agar sukar ketika sesi pembedahan dilakukan, namun dengan bantuan pakar, roket itu kemudian berjaya dikeluarkan daripada punggung lelaki berkenaan.
Selepas sesi pembedahan,lelaki itu dikatakan berada dalam keadaan stabil dan bernasib baik kerana kakinya tidak perlu dipotong semata-mata untuk mengeluarkan roket
tersebut.
Bagaimanapun, lelaki itu difahamkan mungkin akan menjalani satu lagi sesi pembedahan untuk membaiki tulang pahanya yang rosak akibat tusukan roket berkenaan.

Sunday, April 9, 2017

Perghhh !!! Lelaki lembut ugut sebar video bersama pemandu GrabCar

PDRM
KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki berperwatakan lembut dikenali sebagai 'Alia', dipercayai mengugut untuk menyebarkan video lucahnya bersama seorang pemandu GrabCar di Jalan Loke Yew, di sini, Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, suspek bertindak mengugut lelaki berusia 24 tahun itu kerana enggan menyerahkan wang tunai sebanyak RM1,000 kepadanya selepas mereka melakukan hubungan bersama.
"Suspek yang berusia 28 tahun itu telah ditahan dan polis masih lagi meneruskan siasatan berhubung kes berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kedua-dua lelaki berkenaan bertemu pada Rabu (5 April) lepas di Flat San Peng, Jalan Pudu, sebelum bersetuju untuk mengadakan hubungan sulit.
Menurut Hamzah, mangsa diugut untuk menyerahkan wang kepada suspek pada hari yang sama.
Suspek ditahan reman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. - Bernama

Saturday, April 8, 2017

Astro Gugurkan Najip Ali Mahu Redakan Kemarahan Rakyat

mage: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/04/08/01/43/aznil%20%20bob%20azrai.ashx?w=620&h=413&crop=1&/

Bob Azrai (kiri) dan Aznil ketika mengadakan sidang media berhubung penyingkiran Najip Ali sebagai juri tetap Maharaja Lawak Mega 2017.
  (Ubah saiz teks)
SHAH ALAM: Pengguguran pelawak terkenal Singapura, Najip Ali sebagai juri tetap program Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM2017) bertujuan meredakan kemarahan rakyat di negara ini.
Ketua Pengisian dan Komedi Astro, Bob Azrai Kamaruddin berkata, keputusan berkenaan terpaksa dibuat bagi menjaga sensitiviti segelintir pihak susulan keceluparan Najip mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Adalah lebih elok dan sesuai untuk kita rehatkan Najip Ali bagi menjaga hati pihak-pihak tertentu. Jadi pihak produksi dan Astro buat keputusan itu demi kebaikkan semua.
"Malah Najip sendiri telah membuat permohonan maaf secara terbuka, ia tindakan yang amat baik.
"Kami berharap tindakannya itu akan meredakan keadaan. Kami harap semua pihak boleh move on," katanya kepada mStar Online.
Dia ditemui selepas persembahan minggu ke-8 MLM2017 di Shah Alam Royale Theatre di sini, lewat malam Jumaat.
image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/04/08/mlm-reda-kemarahan/~/media/8f81c32f411d4f6e95df3b9dde3a2b11.ashx?la=en
Aznil (kiri) menggambil alih tugas Najip Ali sebagai juri tetap Maharaja Lawak Mega 2017.
Persembahan kali ini menyaksikan kumpulan Nice yang dianggotai Tauke, Acong dan Ropie tersingkir.
Tugas Najip sebagai juri tetap kini digalas pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi disamping Datuk Rosyam Nor dan Luna Maya.
MLM2017 diterajui Datuk AC Mizal sebagai hos turut diserikan dengan kehadiran pelakon dan pengacara Neelofa sebagai juri jemputan.
Sementara itu ditanya sama ada Najip akan diberi peluang terlibat dalam mana-mana program hiburan stesen penyiaran itu selepas kontroversi ini, Bob berkata perkara itu bukan sesuatu yang mustahil.
"Astro tak rasa dia perlu disenarai hitamkan. Setiap manusia akan buat kesilapan, dan dia telah memohon maaf... itu sudah memadai.
"Namun biar reda dulu keadaan, insyaAllah suatu hari nanti... jangan terus menghukum kerana Najip Ali adalah bakat yang diterima rakyat Malaysia. Kita pun rasa kehilangan, tapi kita kena move on," katanya.
Najip dan beberapa selebriti Singapura menerima kecaman hebat daripada banyak pihak termasuk netizen dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) kerana mempersendakan Perdana Malaysia menerusi rancangan hiburan di negara itu.
Pada 29 Mac lalu, saluran televisyen Channel 5 terbitan Mediacorp Singapura menyiarkan racangan hiburan OK Chope yang memerlukan pesertanya melengkapkan tajuk berita berkaitan Najib yang dikurangkan satu perkataan iaitu Najib slams______for threatening Malaysia’s progress.
Perkataan asal yang tertinggal pada berita itu ialah fake news.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung