Nuffnang

Tuesday, November 30, 2021

Wow Terbaikk !!! Pasangan suami isteri ini naik kapcai tawan berpuluh negara, paling ngeri dan ‘menyesal’ ketika lalu jalan raya kedua tertinggi dunia

 

Kembara kapcai Mohd Alfishahrin bersama isteri sudah berjaya menakluk Menara Eiffel dan Menara Condong Pisa.

TANPA keberanian, mimpi tak akan menjadi kenyataan.

Itulah kata-kata yang sesuai bagi menggambarkan semangat pasangan suami isteri ini yang tekad mengembara beribu-ribu kilometer sehingga ke benua Eropah.

Apa yang menariknya, pasangan ini menggunakan jalan darat dengan hanya menunggang sebuah motor kapcai untuk ke setiap destinasi!

U.N. urges Philippines to let Nobel laureate Ressa travel to Norway
Ads by


Berkongsi cerita dengan mStar, Mohd Alfishahrin Zakaria berkata, misi kembaranya yang turut disertai isteri, Diana Latief, 34, bermula pada April 2017 dengan destinasi utamanya adalah kota London.

Pasangan ini yang menunggang motosikal Honda RS150R berjaya menamatkan misi dalam masa 146 hari dan terus mengibarkan Jalur Gemilang di Kedutaan Malaysia di London sempena Hari Kemerdekaan yang ke-60.

"Trip pertama pada 2017, misinya adalah sempena merdeka. Setiap kali keluar mengembara memang ada misi, seperti pada 2018 misinya adalah ke Piala Dunia di Rusia dan pada 2019 misi bantuan bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) ke Syria.

"Idea untuk menggunakan kapcai ni, pertamanya kerana ia menjimatkan kos. Saya juga nak membuktikan, walaupun guna kapcai, atau apa kenderaan sekali boleh sampai juga. Syaratnya, semangat dan mental kena kuat," ujar lelaki berusia 35 tahun ini.

passu pakistan

Laluan bergunung di Passu, Pakistan.

Ditanya bagaimana bermulanya misi kembara bersama motosikal kapcai, Mohd Alfishahrin berkata pada peringkat awal dia hanya meneroka ke negara-negara Asean.

"Mula-mula saya start masuk Thailand dan negara-negara Asean. Bila saya kaji, jalan darat rupa-rupanya boleh sampai ke Eropah. Dari situ saya menanam satu impian untuk mengembara ke Eropah menggunakan jalan darat," ujarnya.

Setakat ini sudah berpuluh negara sudah ditakluk Mohd Alfishahrin dan isteri bersama motor kapcai mereka.

greece

Kembara kapcai Mohd Alfishahrin turut menawan Greece.

Antaranya termasuklah Thailand, Myanmar, India, Nepal, Pakistan, Turki, Armenia, Georgia, Greece, Mentenegro, Croatia, Bosnia dan Herzegovina, Belanda, Belgium, Austria, Switzerland, Itali, Jerman, Perancis dan United Kingdom.

Sudah tentunya sepanjang tiga kali trip ekspedisi ini, pelbagai kenangan pahit dan manis ditempuhi pasangan ini.

"Kenangan yang tak boleh saya lupa, yang saya anggap pengalaman ngeri adalah ketika melalui jalan di Ladakh, India. Ia laluan bergunung dan jalan raya kedua tertinggi di dunia. Ketika itu saya terikut geng motosikal lain dari India.

cappadocia

Mengabadikan kenangan manis di Cappadocia.

"Sudahlah waktu malam, jalan pula licin sebab bersalji. Masa tu terasa menyesal tapi nak patah balik pun gelap dan jauh. Memang tawakal sajalah masa tu.

"Menyesal dan marah pun tak guna. Saya cuma berpegang prinsip, mulut kena jaga, hati kena jaga. Memang kena positif sebab kita musafir. Tapi saya tak serik, kalau ada peluang, nak repeat lagi ke sana.

"Kenangan manis pula terlalu banyak. Namun apa yang mengajar saya sepanjang ekspedisi, kita boleh melihat perbezaan antara negara moden dan negara kurang membangun. Ia mengajar kita erti bersyukur," ujarnya yang menggunakan nama pena Kapcaipackers di Instagram untuk berkongsi momen kembaranya bersama pengikut.

Kenangan yang tak boleh saya lupa, yang saya anggap pengalaman ngeri adalah ketika melalui jalan di Ladakh, India.

MOHD ALFISHAHRIN ZAKARIA

Memandangkan sempadan di kebanyakan negara sudah dibuka, Mohd Alfishahrin yang merupakan seorang runner dari Klang berkata dia berhasrat untuk memulakan kembaranya pada tahun hadapan, sekiranya ada peluang dan kesempatan.

"Saya berimpian nak sambung menakluk Eropah sebab masih ada lagi negara yang belum sempat takluk dengan jalan darat," ujarnya.

misi bantuan

Misi kembara pada 2019 bersama Mapim.

Menggunakan laman sosial Facebook dan Instagram sebagai medium utama perkongsian momen kembaranya bersama isteri, Mohd Alfishahrin tidak menyangka percubaannya untuk memuat naik video di TikTok meraih sambutan yang sangat tidak dijangka.

"Saya suka meneroka segmen baharu di mana di TikTok ini kebanyakannya generasi muda. Jadi saya guna medium ini bukan saja untuk share video tetapi info-info penting untuk seorang pengembara.

rusia

Misi kembara ke Rusia sempena Piala Dunia pada 2018.

"Saya suka kongsi sebab nak galakkan orang untuk melihat dunia. Tak payah tunggu kaya. Dengan cara bajet dan buat kajian pun dah boleh pergi. Bagi saya, persediaan mental, duit dan masa adalah tiga benda yang mesti ada untuk seseorang keluar mengembara," ujarnya lagi.


Monday, November 29, 2021

Perghhh !!! Wanita tertembak kemaluan sendiri

 



UPSON, GEORGIA – Seorang model wanita dikejarkan ke hospital selepas tertembak kemaluan  a sendiri ketika melakukan aksi tidak senonoh menerusi sebuah laman web lucah untuk tatapan penonton, lapor akhbar New York Post semalam.

Hunter Daman, 27, secara tidak sengaja melepaskan tembakan ke arah bahagian sulitnya ketika melakukan rakaman aksi tidak senonoh.

“Mangsa menembak alat sulitnya sendiri secara tidak sengaja,’’ kata anggota paramedik, Brittany Riversmed.

Siasatan lanjut mendapati mangsa bersendirian di dalam bilik tidurnya apabila tembakan dilepaskan menggunakan sepucuk pistol.

Polis mengesahkan kejadian tersebut  sebagai kegagalan pengendalian senjata api.

Pemilik pistol tersebut, Jordan Allen berkata, dia yang merupakan teman serumah Daman ketika itu berada di bahagian dapur,  sebelum menemui mangsa dalam keadaan berlumuran darah pada bahagian kakinya. 

Allen turut menjelaskan bahawa Daman mempunyai pengikut di sebuah laman web lucah, di mana orang ramai membayarnya untuk membuat video seks.

Dia percaya tembakan itu dilepaskan ketika mangsa sedang merakam satu klip video untuk platform tersebut. – Agensi

Sunday, November 28, 2021

Pergh !!! Aksi pak cik bonceng motosikal bawa cermin undang tawa

 


Lelaki itu dilihat memegang cermin ketika membonceng motosikal. – TikTok
Share on telegram

JAKARTA – Sebuah klip video yang memaparkan aksi seorang lelaki berpangkat ‘pak cik’ memegang cermin ketika membonceng sebuah motosikal menjadi tular kerana disifatkan netizen sebagai lucu, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Video yang dirakam pengguna jalan raya lain itu dimuat naik di TikTok pada akaun bernama @fiskal_99. 

‘’Saya tidak kuat,’’ tulis keterangan pada hantaran tersebut.

ADVERTISING

Berdasarkan klip video tersebut, lelaki itu memegang cermin besar sehingga menutupi penunggang di hadapannya jika dilihat dari belakang. 

Bukan itu sahaja, kedudukan cermin yang menghadap dirinya membuatkan keadaan lelaki tersebut kelihatan lucu kerana refleksi dirinya dapat dilihat dengan jelas oleh orang ramai.

Orang ramai bahkan ada yang berasa risau kerana dia dilihat seolah-olah menunggang motosikal dalam keadaan terbalik.

Netizen yang menonton video itu mula membanjiri ruangan komen.

“Definisi cermin diri sendiri sebelum mengata orang lain,” kata seorang netizen.

“Lihat macam ini pun kelakar, kenapa tak dipusing sahaja cerminnya,’’ ujar yang lain. – Agensi

Saturday, November 27, 2021

Perghhh Tudia !!! Sempoiii Je !!! Bayar Tol Guna Jam Touch N Go...

"Kalau top up mesti kena sound" - Wanita disindir, siap dituduh penipu gara-gara bayar tol guna jam... jangan terkejut, dah ada yang bida nak beli!

Fatin membayar tol menggunakan jam tangannya.

NIATNYA sekadar berkongsi fungsi "canggih" jam tangannya yang boleh digunakan untuk membayar tol di lorong Touch N Go, namun wanita ini tidak menyangka perkongsiannya itu bakal menarik perhatian ramai.

Ada yang kagum serta bertanyakan lanjut mengenai jam tangan Time Traveller keluaran Touch N Go ini, namun ramai yang tidak percaya sebaliknya menuduh wanita itu "menipu".


"Dia pakai smart tag la woii, pastu acah acah jam tu smart sangat, haha," tulis seorang pengguna media sosial.

Video Player is loading.
partner logo
Advertisement (1 of 2): 0:01

Bercakap kepada mStar, Fatin Rehanna Yusof, 31 berkata dia terpaksa membuat satu lagi video untuk menjelaskan serta membuktikan mengenai fungsi jam yang dibelinya sekitar tahun 2016 itu.

Jelasnya, bukan hanya warga maya, dia turut mendapat soalan sinis setiap kali dia ke kedai untuk top up jam berwarna biru itu.

"Kalau pergi top up mesti kena sound "ni jam dik bukan kad Touch N Go".

"Saya cakap letak je jam macam letak kad tu, tap je," katanya.

Menurut Fatin, jam yang dibeli pada harga sekitar RM200 itu kebiasaannya digunakan ketika dia menggunakan pengangkutan awam.

"Selalunya saya guna jam tu bila naik kereta api sebab senang tak payah nak sibuk keluarkan kad, guna jam tu memang scan dekat mana pun boleh detect.

"Tapi hari tu kebetulan smart tag saya insufficient balance jadi saya pun guna la jam tu, pada masa sama saya buat la content untuk post di TikTok.

"Ramai yang tak tahu pasal jam tu rupa-rupanya," katanya sambil menambah, jam tangan itu mempunyai sim card bersaiz mini.



Jam tangan keluaran Touch N Go milik Fatin.

Jelasnya, selain membayar tol, jam tangan tersebut juga boleh digunakan untuk melakukan pembayaran secara e-pay.

"Jam tu boleh connect dengan e-wallet jadi boleh guna untuk buat pembayaran," katanya yang menetap di Shah Alam, Selangor.



Iklan Touch N Go Traveller Watch yang dijual suatu ketika dahulu.

Menurut Fatin, perkongsiannya mengenai jam tangan tersebut menarik perhatian ramai untuk mencari jam tangan tersebut.

"Ramai duk cari sekarang, ada yang direct message dekat Instagram tanya, kemudian ada juga yang sanggup nak bid jam tu.

"Tapi saya tak nak jual, saya sayang jam tu, walaupun dah hampir lima tahun beli dia elok lagi," katanya.



Video yang dikongsikan Fatin (kiri) menarik perhatian orang ramai untuk turut mencari jam yang sama.

Setakat hari ini, video yang dikongsikan Fatin pada 20 November itu telah mendapat lebih satu juta tontonan.

Sementara itu semakan mStar dengan pihak Touch N Go mengesahkan bahawa jam tersebut sudah tidak lagi dikeluarkan.


Friday, November 26, 2021

Perghhh Tudia !!! Beli roti cuma AS$5, beri tip AS$2,000

 


Pelanggan itu meninggalkan tip sebanyak AS$2,000 (RM 8,454). - MICHELLE KAISER


LINCOLN, NEBRASKA – Pekerja sebuah kedai roti di Nebraska terkejut apabila pelanggan yang membuat pesanan cuma AS$5 (RM 21.13) memberikan mereka tip sebanyak AS$2,000 (RM 8,454) lapor United Press International (UPI) kelmarin.

Seorang pekerja di The Omaha Bakery di Bellevue bernama Preston Rath berkata, pelanggan bernama Nicholas itu memesan dua pastri dengan harga AS$5 (RM 21.13) dan kemudiannya menyertakan AS$2,000 sebagai tip.

‘’Saya berkata, ‘itu salah, kamu memberi terlalu banyak tip’ dan dia menjawab ‘kalau kamu tidak kisah, saya okay sahaja’,’’ kata Rath kepada KETV.

Kedai itu berkongsi gambar resit tersebut di laman Facebook. Pemiliknya malah berkata, tip itu akan dikongsikan kepada pekerja hariannya. 

‘’Dia tahu bahawa ia adalah masa yang sukar disebabkan Covid-19. Dia tahu bahawa orang ramai secara umumnya sedang bergelut. Dia juga perasan kakitangan kami bekerja sangat keras,’’ kata Kaiser. – Agensi

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung