Nuffnang

Thursday, April 28, 2011

Jangan Jadi Keldai Dadah

Gambar Hiasan Google

Keldai dadah merujuk kepada seseorang yang secara rela atau diperdaya untuk menjadi kurier, membawa dadah atau barang seludup ke negara lain. Taktik ini mengurangkan risiko pengedar/penyeludup dadah itu ditangkap. Kaedah penyeludupan temasuklah menyembunyikan barang dalam kenderaan, bagasi atau pakaian, mengikat pada badan, ataupun dengan menelannya.

Sehingga kini,Seramai 365 wanita rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana terbabit menjadi "keldai dadah" sejak hampir 20 tahun lalu, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay, berkata jumlah itu adalah lebih separuh daripada 729 rakyat Malaysia yang ditahan atas kesalahan dadah di luar negara.

Sejak 1991 hingga Mac 2010, sebanyak 1,560 kes dilaporkan membabitkan rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas pelbagai kesalahan jenayah, termasuk 729 kes kesalahan dadah, katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar.

Kohilan berkata, sebuah Tabung Amanah Rakyat Malaysia diwujudkan bagi memberi bantuan guaman dan kewangan melalui perwakilan Malaysia serta membawa pulang rakyat Malaysia yang dibebaskan daripada tahanan.

Bagi menangani gejala "keldai dadah", beliau menggesa agensi berkaitan seperti Kastam, Imigresen dan Polis supaya mengetatkan lagi kawalan keselamatan di semua pintu keluar masuk lapangan terbang antarabangsa di negara ini.

"Di pihak kementerian, Wisma Putra baru-baru ini menerusi siaran langsung RTM (Radio Televisyen Malaysia) dalam segmen dialog keldai dadah telah menasihati terutamanya ibu bapa dan wanita supaya tidak terjebak atau teraniaya dengan sindiket pengedaran dadah berkenaan,".Bernama.

Ulasan : Ramai yang terjerbak adalah terdiri dari pelajar pelajar Malaysia, dan mereka pergi keluar negara melancung dengan rakan rakan atau teman teman..rapat, masa inilah mereka mengambil kesempatan untuk memasukkan dadah ke dalam bagasi teman mereka..hati hati ye.......

Wednesday, April 27, 2011

Dinar Pulau Mutiara...Jom Beli Dinar

Maaf gambar kurang Jelas

salam buat semua..syukur kehadrat Allah, hari ini saya mempromosikan Dinar Pulau Mutiara , dinar 999.. 24 k. Dinar saya direka bentuk dan dikeluarkan oleh DGE...

Tawaran Istimewa ini diberikan kepada sesiapa yang ingin membuat koleksi dinar anda..saya bagi diskaun 1% dari harga pasaran..sila lock dan book sekarang dengan SMS 019 577 6858.. dan saya akan bagi no akaun..

Tawaran ini berjalan selama 10 hari sahaja ..sehingga stok masih ada.. kempen sebulan satu dinar..dirham pun ada jual ye... sesiapa nak jadi wakil pengedar boleh SMS..

sila lihat di link dinarpenang

Monday, April 25, 2011

Ape ke Jadah Obesiti NIe.........?

PUNCA OBESITI



Obesiti ialah jumlah berat badan yang berlebihan akibat kandungan lemak yang tidak terkawal.

Obesiti menyerang tanpa mengira peringkat usia dan jika seseorang itu mengalami masalah obesiti, secara tak langsung, mereka berhadapan dengan penyakit yang berisiko tinggi seperti serangan jantung, diabetes, strok dan darah tinggi.

Punca obesiti ialah makan secara berlebihan terutamanya makanan yang mengandungi kalori, lemak dan gula yang tinggi.

Kesibukan bekerja dan malas bersenam juga menjadi salah satu punca obesiti dan lebih ketara ialah jika bekerja di pejabat serta kurang melakukan aktiviti kecergasan.

Terdapat beberapa gen dalam tubuh yang mengakibatkan berat badan berlebihan. Contohnya, jika ibu atau bapa seorang obesiti, tidak musatahil anak atau generasi akan datang mengalami masalah yang sama.

Selain itu, punca obesiti ini jjuga ialah mengamalkan pengambilan ubat-ubatan tanpa pengawasan doktor yang menyebabkan berat badan bertambah. Contohnya, steroid yang berlebihan boleh menyebabkan diabetes dan hipertensi.

Nota : Obesiti ni ada sikit je kaitan dengan nasi lemak, kalau makan pada sebelah malam pun boleh jadi obesiti..sebab malam kita kurang mengadakan aktiviti kecerdasan untuk membakar kalori ..kesian pada si penjual nasi lemak ye...makan burger yang berlebihan pun boleh juga kena kegemukan...huhu


Sunday, April 24, 2011

Nasi lemak bukan punca obesiti

Wow nampak memang sodap ye..tapi bukan puncanya obesiti

KUALA LUMPUR - Nasi lemak bukan punca utama masalah obesiti dalam kalangan murid sekolah kerana ia juga boleh berlaku menerusi pengambilan makanan harian lain yang berkalori tinggi secara tidak terkawal, kata Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia Dr. Tee E Siong .

"Kita tidak boleh menyalahkan nasi lemak sahaja sebagai punca utama (obesiti), sebenarnya banyak masalah atau faktor lain yang menyebabkan masalah ini berlaku.

"Salah satu faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku adalah mengambil makanan yang banyak kalori setiap hari.

"Seperti yang kita tahu, setiap makanan mempunyai kalori. Jadi kita perlu bijak mengawal makanan harian yang diambil," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Bulan Pemakanan Sihat Malaysia (NMM) 2011 bertemakan Kanak-Kanak Sihat, Negara Lebih Sihat - Mulakan Awal di sini semalam... KOSMO

Nota : Yang saya ingat ramai warga tua kita , duduk di kedai kopi minum teh tarik dan nasi lemak hari hari..setakat ni tiada masalah pun..berkemungkinan punca obesiti adalah kerana .makan banyak makanan berkalori , tetapi kurang bersenam..itu je..orang kampung selepas pekena teh tarik dan nasi lomak mereka akan turun ke bendang dan ke laut bagi menjalankan aktiviti mereka seharian yang membakar kalori dalam tubuh badan mereka.

Friday, April 22, 2011

Solat Magrib dan Tazkirah Bersama Abdurrahman As Sudais


Para Jemaah yang berdiri kerana dalam dewan Penuh

Penulis duduk di Tengah Dewan , gambar nampak kecil je
Shekh Sudais selepas, memberi Tazkirah... Allah hu Akhbar..seunggoh teruja aku..

Salam, buat semua semalam penulis ke Dewan Iq, di Mengkuang , Bukit Mertajam, Seb Prai, untuk solat magrib bersama Sheh Sudais.. mak datuk..jam pukul 6.45 tempat parking sampai 1 kM..manakla dalam dewan solat pun penuh. ada yang terpaksa solat diatas padang sebelah dewan. Solat Magrib di Imamkan oleh Sheh Sudais...aku dan jemaah yang lain pun rasa teruja..selepas solat magrib Sheh Sudais memberi tazkirah ringkas selama 30 minit. Beliau rasa terharu dengan sambutan yang diberikan, dan memohon supaya jemaah yang hadir teruskan perjuangan dalam membangun Islam Di Malaysia.

Wednesday, April 20, 2011

Ha..Hari nie Kita Makan Buger Kukus..Jom Layanz




KEPULAN asap dan percikan api di gerai Burger Junction menarik perhatian orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat cara penyediaan burger istimewa itu.


KEMAS beruniform seperti chef, dua orang lelaki di gerai Burger Junction begitu tekun menyediakan pesanan pelanggan yang berkunjung ke gerai mereka.

Seawal pukul 7 malam, gerai kecil yang terletak di Jalan Pandan Aman, Pandan Indah, Ampang itu dibuka bagi menyambut kehadiran pelanggan yang kebanyakan daripadanya merupakan pelanggan tetap bisnes mereka.

Sekali pandang, mungkin orang ramai beranggapan bahawa ia sekadar menyajikan burger biasa. Namun, sebenarnya terdapat keunikan di sebalik bisnes yang baru memulakan operasi Februari lalu itu.

Menggunakan teknik kukus dan gril untuk memasak burger, pengusahanya Nor Afif Rahimi, 24, ramah bercerita mengenai idea tersebut yang telah wujud sejak dia berumur 18 tahun.

“Jika kita lihat burger biasa yang digoreng, dagingnya akan ditekan-tekan di atas kuali leper hingga menyebabkan jus dalam daging menjadi kering. Teksturnya juga menjadi liat.

“Namun dengan teknik mengukus dan gril, daging burger menjadi lembut lantas membuatkannya mudah dipotong dan dikunyah. Jus berperisa dalam daging juga dapat dikekalkan,” jelas Afif.

Pada masa yang sama, menurutnya, teknik tersebut turut menyingkirkan kandungan lemak dalam daging iaitu lemak tersebut akan terkumpul di bahagian bawah pengukus.

Graduan Sains Pentadbiran Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu memberitahu, sekurang-kurangnya 10 minit diperlukan bagi mengukus burger tetapi tiada masa maksimum diperlukan kerana daging kukus tidak akan terlebih masak.

Semangat untuk berjaya dalam diri anak muda kelahiran Kuala Lumpur ini tidak pernah padam bahkan dia percaya perniagaan burger kukus dan gril yang dijalankannya kini mampu menjanjikan masa depan cerah buatnya.

Menyedari faktor merebut peluang sebagai salah satu resam berniaga, dia tidak mengambil masa yang lama untuk membuka gerai kedua Burger Junction. Awal April lalu, Afif menambah cawangan gerainya di padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Risiko yang diambil dirasakan berbaloi kerana sambutan di kedua-dua gerai amat menggalakkan. Dalam sehari, purata 200 biji burger berjaya dijual bagi kedua-dua gerai.

Tuesday, April 19, 2011

Wuekkkkkkk...Tak Nak makan Burger Ular ..ma...

Inilah dia kepala King Cobra yang di tetak..

Teknik teknik memproses cobra ..ma

Ular Tedung yang telah siap di buang kulitnya..

Ha tu dia cara nak masak Burger Cobra..Whuaaa


wah Buger Yang Sudah siap untuk di makan..ma..

salam buat semua, nampak kotor dan memualkan, tapi inilah realiti makanan buger yang dimakan oleh sesetengah rakyat Indonesia...aku tak lalu ma...hampa tak taulah..huhu..paksa pun aku tak makan ma.......

Monday, April 18, 2011

Teruja Melihat Ikan Paus

Satu Pos Akrobatik dari Ikan Paus
Kawanan paus sedang Berkumpul

Si ikan Paus sedang melonjak ke udara


Pemerhati dan penyelidik ikan paus, sedang mendekati ikan paus dengan lebih dekat lagi

salam buat semua aku rasa seronok dan teruja melihat gelagat ikan paus ini..tapi kesian , mereka hampir pupus kerana ada pihak yang sedang memburu untuk mendapatkan isinya, kerana isinya mahal di pasaran. mungkin satu hari nanti kita tidak akan dapat melihat aksi akrobatik dari ikan paus ini lagi...

Sunday, April 17, 2011

Sarawak bukan lagi 'simpanan tetap' BN


Pakatan Rakyat berjaya menembusi di Sarawak, dengan menggandakan bilangan wakil rakyatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan berjaya melumpuhkan parti parti komponen kedua terbesar BN Sarawak, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).
Penolakan rakyat terhadap BN jelas berlaku di kawasan bandar di mana SUPP tumpas teruk, manakala presidennya sendiri, Tan Sri George Chan gagal mempertahankan kerusi Piasau, yang sudah sekian lama diwakilinya.

Paling mengejutkan ialah kejayaan calon PKR - seorang muka baru - menewaskan timbalan menteri dari SPDP. Satu lagi kejutan ialah kemenangan calon Bebas, George Lagong, yang menewaskan calon muka baru PRS, Stanley Nyitar @ Unya Anak Malan dalam pertandingan empat penjuru.

PKR juga mencatat kemenangan simbolik di Ba'Kelalan, di mana pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian - walaupun menang tipis dengan majoriti 473 undi - tetapi merupakan kemenangan pertama parti itu di pedalaman Sarawak. Dan apa yang sudah jelas ialah kemenangan besar DAP yang memenangi 12 daripada 15 kerusi yang ditandinginya. MALAYSIAKINI

Nota : apa pun kita bersyukur kerana tiada kejadian yang tidak di ingini berlaku..tahniah kepada rakyat Serawak itu pilihan anda....

Saturday, April 16, 2011

Keputusan pihanraya Serawak : Terkini

LAPORAN LANGSUNG : MALAYSIAKINI.com

BN kekal majoriti 2/3 tapi hilang 8 kerusi

Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006. DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching.


LAPORAN LANGSUNG

9.30pm Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006. DAP dan PKR juga menyapu bersih kesemua lima di Kuching.

9.21pm: Keputusan rasmi

N019: KEDUP: SARAWAK: 17,466

1. Lainus ak Andrew Luwak (PKR)...................4,211
2. MACLAINE BEN @ MARTIN BEN (BN-PBB).............6,476
3. Amin ak Banti (Bebas)............................397
4. Belayong ak Jayang (SNAP)........................666

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................11,915
Peratus/Percentage................................69.44%
Undi rosak/Spoilt votes.............................165
Majoriti/Majority.................................2,265

Penyandang/Incumbent: Frederick Bayoi ak Manggie (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 5,635
Majoriti/Majority: 1,981

N014: ASAJAYA: SARAWAK: 13,799

1. ABD KARIM RAHMAN HAMZAH (BN-PBB)...............7,597
2. Arip Ameran (PKR)..............................3,108

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................10,853
Peratus/Percentage................................78.85%
Undi rosak/Spoilt votes.............................148
Majoriti/Majority.................................4,489

Penyandang/Incumbent: Abdul Karim Rahman Hamzah (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 6,949
Majoriti/Majority: 5,063

N048: PELAWAN: SARAWAK: 28,808

1. Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP)..............6,927
2. DAVID WONG KEE WOAN (DAP).....................13,318

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................20,336
Peratus/Percentage................................70.74%
Undi rosak/Spoilt votes..............................91
Majoriti/Majority.................................6,391

Penyandang/Incumbent: Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP)
Undi diperolehi/Votes polled: 7,375
Majoriti/Majority: 263

N040: MERADONG: SARAWAK: 15,337

1. Ling Kie King (BN-SUPP)........................4,197
2. TING TZE FUI (DAP).............................6,884

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................11,188
Peratus/Percentage................................73.06%
Undi rosak/Spoilt votes.............................107
Majoriti/Majority.................................2,687

Penyandang/Incumbent: Ting Tze Fui (DAP)
Undi diperolehi/Votes polled: 5,990
Majoriti/Majority: 3,578

Buat Macam mana !! Isteri lari ikut Mat Afrika

Gambar Hiasan Je Nie

JOHOR BAHRU: Bukan sekadar memikat dan melarikan isteri seorang pemandu lori yang hamil tiga bulan, seorang pelajar ‘Awang Hitam’ didakwa berlagak sebagai suami wanita berkenaan sejak setahun lalu dan tinggal sebumbung meski pun mereka berdua tiada sebarang ikatan sah.

Lebih membimbangkan, penuntut Afrika di kolej swasta di Selangor dipercayai bukan Muslim dan sekiranya mereka bersekedudukan ia dikhuatiri menyimpang akidah wanita dan bayi yang dijangka lahir Disember lalu.


Tidak cukup dengan kejayaan melarikan wanita itu, Awang Hitam berkenaan dengan berani menghantar SMS kepada suami wanita itu mengugut mahu mengambil tindakan sekiranya masih mengganggu keluarganya.

Selain itu, Awang Hitam terbabit mendakwa suami wanita itu pernah merogol dan memukul wanita berkenaan, sebelum mengakui wanita itu kini isterinya.


Mangsa, Zakaria Hitam, 35, berkata, dia tidak sangka mahligai dibina sejak enam tahun lalu lenyap selepas isterinya, Jasnianih Japar, 31, berkenalan dengan lelaki Afrika berusia 20-an yang dipercayai menerusi rakan sekerjanya, awal tahun lalu.


“Hampir setiap hari saya melihat isteri berbalas SMS dan berbual di telefon tetapi tidak pernah menyangka ia perkara serius hingga menjadi punca kehancuran rumah tangga saya.

“Bagaimanapun, rahsia itu terbongkar selepas menghidu perbuatannya menerusi bil telefon yang mencecah ratusan ringgit sebulan.


“Saya pelik dengan perubahan isteri kerana mudah terpaut dengan kata romantis dan bentuk fizikal lelaki itu yang juga pelajar asing sebuah intitusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor.

Selepas bersemuka, saya memberi peluang kedua dan memaafkan perbuatannya demi anak pertama di dalam kandungan yang berusia tiga bulan ketika itu,” katanya.


Zakaria berkata, isterinya hanya berubah buat seketika sebelum menjalin semula hubungan dengan lelaki berkenaan dan nekad menghilangkan diri dengan membawa pakaian dari rumah mereka di Taman Tampoi Utama, 20 Mac tahun lalu.


Selain itu, katanya, isterinya yang bekerja sebagai kerani di syarikat swasta di Kempas juga memohon cuti selama sebulan daripada majikan dengan alasan mahu berehat.


“Hati saya tersinggung dengan perbuatan isteri yang sanggup memburukkan nama saya di kalangan rakan sekerjanya sebelum menghilangkan diri.


“Selepas setahun saya berusaha mencari isteri, pada 24 Mac lalu saya menerima SMS daripada lelaki Afrika berkenaan yang mengakui dirinya sebagai Kenneth serta mengugut mahu membuat laporan polis dan mendakwa saya mengganggu isteri dan pernah merogolnya,” katanya.


Menurutnya, selain itu lelaki berkenaan menghantar 20 SMS termasuk dakwaan menyatakan dia berkahwin dengan wanita itu dan mereka kini hidup berkeluarga.


Katanya, berikutan kejadian itu, dia membuat tiga laporan polis mengenai perbuatan lelaki Afrika berkenaan yang memporak-perandakan rumah tangganya di Balai Polis Skudai pada 28 Mac lalu (Isnin lalu).


“Dia datang ke sini menggunakan pas pelajar sepatutnya menuntut ilmu dan bukannya mengganggu rumah tangga orang lain. Selain polis, saya membuat laporan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ), namun hingga kini masih tiada sebarang maklumat diberikan,” katanya.


“Selain isteri, saya tidak tahu nasib zuriat sama ada isteri selamat melahirkannya kerana anak sepatutnya dilahirkan Disember tahun lalu.


“Saya bukan saja bimbang isteri dipergunakan untuk kesenangan lelaki Afrika berkenaan, malah anak dan isteri mungkin terjebak dengan ajaran bukan Islam.


“Berikutan itu, saya memohon dan merayu pihak berkuasa menyiasat perkara ini sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku terhadap anak mahupun isteri,” katanya yang datang ke Pejabat Harian Metro, semalam.


Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Jasnianih diminta menghubungi talian 019-7400116.

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

Thursday, April 14, 2011

Harga Emas Melambung...Betul Ke ?


HARGA emas dijangka meningkat sehingga RM4,840 satu auns pada tahun ini. - Gambar hiasan

LONDON - Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).

Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.

"Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini," kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.

Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.

"Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.

"Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi," kata Klapwijk. KOSMO

Untuk Lihat Harga emas Sila Layari.. Dinarpenang untuk keterangan lanjut..jom beli emas

Wednesday, April 13, 2011

Ada ke Patut ..Kencing Kat Muka Isteri


Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Berang kerana diminta membantu membuang sampah, seorang warga emas bertindak di luar kewarasan akal apabila bukan saja memukul isterinya menggunakan tongkat, malah turut kencing di muka wanita dikahwininya selama 26 tahun itu selepas mangsa terjatuh.

Kejadian mengaibkan itu berlaku di hadapan rumah pasangan terbabit di Taman Wahyu di sini, kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.


Sumber polis berkata, lelaki warga emas terbabit yang berusia lewat 60-an panas baran dan sering memukul isterinya yang beberapa tahun muda daripadanya, terutama dalam sepanjang enam bulan lalu.

“Lelaki itu sering berkata dia benci melihat wajah isterinya yang sudah tua,” katanya Menceritakan lebih lanjut mengenai kejadian itu, sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa menyapu sampah di hadapan rumah sebelum meminta suaminya membantu membuang sampah ke dalam tong di hadapan rumah.


“Berang dengan permintaan itu, suspek yang bertongkat menghampiri isterinya sebelum menumbuk mukanya. Tumbukan berkenaan yang tepat di muka menyebabkan wanita terbabit terjatuh.


“Selepas itu, suspek bagaikan dirasuk hantu memukul isterinya menggunakan tongkat,” katanya.


Beliau berkata, ketika itu, mangsa merayu dikasihani selain menutup kepalanya menggunakan tangan.


“Selepas puas membelasah isterinya, lelaki terbabit yang hilang pertimbangan bertindak jijik dengan kencing di muka dan tubuh mangsa.

“Lelaki terbabit kemudian meninggalkan rumah mereka dan tidak pulang sehingga kini,” katanya.


Sumber itu berkata, mangsa sebelum ini tidak membuat laporan polis kerana terlalu menyayangi suaminya itu, namun selepas lelaki terbabit kencing di muka dan tubuhnya, wanita itu nekad membuat laporan. METRO

Monday, April 11, 2011

Oh Macam itu ka.!!!.Teknik Teknik Membuat Tuas (Unjam Ikan)

Buluh Duri yang di bawa sebagai penada tuas atau.unjam untuk rumah Ikan
Daun pokok Ibus..sebagai daya tarikan Ikan tenggiri ..masukke tuas, lubuk Wan Dulang
Bro kita..Abang Ibrahim tunggu arahan untuk menolak Kok Ke dalam laut
Hah Kok Yang telah di tolak dalam laut..bedebuih....
Buluh Yang Di Hulurkan bersama kok ke dalam laut..sebagai penanda..tuas
Hah Itulah Tuas, Tempat ikan bermain dan bertelur..dan tempat gua memancing..hehe
Nampak memang mudah, tapi susah ooi..kos pun tinggi juga..nak buat tuas ni..modal kurang kurang RM 15,000 hingga RM 20 , 000. Bukan apa, ada tuas mudahlah ikan masuk dan berlegar legar dan bertelu di dalam tuas ni.dan mudahlah kawan kawan Abu Luqman Nak Gi Memancing ye..jom gi memancing

Friday, April 8, 2011

Tenggiri Tewas Di Tangan Abu Luqman


Inilah Tuas tempat kami memancing terletak 30 KM dari pantai Yan Kedah...


Inilah rupa sang tenggiri yang menjadi impian pemancing ikan plagik..


Penulis bersyukur kehadrat ilahi..setelah berjaya..strike 8 ekor ikan..bro.adik.. kakak,


Inilah Sebahagian Tenggiri yang berjaya didaratkan.

Penulis dan rakan pemancing setibanya kami di Jety Dulang,Yan Kedah

Salam buat semua,

Bersyukur kehadrat ilahi, pada 7/8/2010 aku bersama 4 lagi rakan pergi menjelajah lautan luas, yang bertemankan badai disisi. Aku dari Butterworth keluar seawal pagi jam 3.30 kerana perlu sampai disana jam 4.30. (sebab takut air surut)setibanya aku di jetty Dulang , Yan Kedah.. aku lihat telah ramai pemburu 2 tenggiri tiba lebih awal dari aku, sementara menunggu tekong aku pekena teh dan 2 butir kueh pau..panas panas.

Jam 5.30 baru kamu bertolak.. setibanya di Tuas ( unjam Ikan) tekong memberhentikan bot jam 8 pagi, manakala aku dan rakan rakan memasang rod dan kekili untuk memancing. Dalam masa 5 minit je..umpan kembung hidup pertama di lepaskan rentapan pertama oleh sang tenggiri membedal pancingan kami "berdesit bunyi kekili" dalam masa 10 minit ikan pertama di daratkan. selepas itu seorang demi seorang berjaya mendaratkan ikan tenggiri.. sampai jam 1 tgh hari sahaja kami berjaya mendaratkan 28 ekor tenggiri ..dalam masa itu aku dan tekong berehat makan nasi...baru sahaja nak suapkan nasi..sekali lagi kami dikejutkan oleh sang tenggiri.
Itulah yang dikatakan rezeki bro..dan adik ,kakak..sampai jam 3.30 petang kami berjaya mendaratkan sebanyak 45 ekor tenggiri... syukur kehadrat ilahi.inilah pertama kali aku dapat strike 8 ekor seorang...seberat 4 hingga 6 kg

Wednesday, April 6, 2011

Pergh..............Memiliki Insurans Rambut Sampai RM 3 juta


ROY POLAMALU memiliki rambut yang unik
Bintang sukan dedah rahsia rambut unik

PITTSBURG, Amerika Syarikat - Seorang pemain bola sepak Amerika, Troy Polamalu berusia 29 tahun mendedahkan rahsia rambut uniknya yang memiliki nilai insurans sebanyak AS$1 juta (RM3.02 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Menurutnya, dia mula menyimpan rambut unik itu semasa di zaman pembelajarannya di kolej dan ia kini menjadi sebahagian daripada identitinya.

Polamalu berkata, semasa musim sukan bola sepak, dia syampu rambutnya selang sehari.

"Namun, semasa musim sukan itu berakhir, saya hanya membasuh rambut saya sekali seminggu tetapi saya menggunakan perapi rambut pada setiap hari," katanya.

Menurutnya, dia mempunyai rambut yang lebih panjang daripada isterinya.

"Isteri saya tidak terlalu gembira dengan rambut ini," katanya. - Agensi

Tuesday, April 5, 2011

Apa yang Di Cari selama Ini..........


Salam buat semua..

Apa yang kita cari selama ini...

Selama ini kita menimba ilmu untuk kejayaan dunia dan akhirat...
yang mustahak kita perbetulkan niat kita...pekerjaan itu datang kemudian secara tidak langsung.
Gunalah ilmu yang ada dengan manfaatnya untuk diri sendiri dan ummah
dan jangan pula kita gunakan ilmu yang Allah berikan untuk kita selangkup wang rakyat dan wang kerajaan. Jadikanlah kita manusia yang berguna kepada masyarakat dan negara.
Ilmu yang ada untuk bekalan dunia dan akhirat..manakala harta adalah juga untuk di dunia , malah kalau siapa yang cerdik dia akan mafaatkan hartanya kepada akhirat..
kita bagaimana..??
Apa yang kita cari selama ini ialah ,, kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat.
bukan sekadar duduk di kedai kopi untuk memikirkan ..
hari ini siapa aku nak makan..
hari ini siapa aku nak tipu..
hari ini duit siapa aku nak curi
hari ini aku nak penaik harga barang apa
hari ini siapa aku nak fitnah..

fikir fikirkanlah wahai sahabat.....

Monday, April 4, 2011

Sehari Program Datuk Dr Harun Din , Di Pulau Pinang

Majlis Perasmisn Pusat Kecermelangan As Syafie


Mudir Pusat Kecemerlangan As Syafie. Ybg Ustaz Abdullah Khairi menyampaikan ucapan aluan .

Dato Dr Harun Din , Bercahaya serta kebersihan wajahnya , merasmikan Pusat Kecemerlangan As Syafie, di Lahar Yooi. Bworth.


Kelihatan ramai daripada pengunjung di Majlis perasmian , Pusat Pengajian As Syafie, di Lahar Yooi, Bworth, meletakkan air sebagai air penawar,sementara menunggu doa dari Dato Dr Harun Din kehadrat ilahi.


Pada sebelah malamnya Dato Dr Harun Din , mengupas beberapa persoalan dalam Nostaljia Forum Perdana. di Yayasan An Nadoh.. Seb Perai.

salam buat semua. semalam penulis menghadiri majlis Perasmian pecah tanah Pusat Kecemerlangan As Syafie di lahar Yooi yang menelan belanja hampir 2 juta ringgit. Majlis ini di sempurnakan oleh Yg Berbahagia Dato Dr Harun Bin Din. sesiapa -yang ingin memberi sumbangan bolehlah menginfakan wang anda ke akaun BIMB 0704-3011-0265-43 atau Tel Ustas Abdullah Khairi No Tel 019 4454544

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung