Nuffnang

Thursday, January 31, 2019

Perghhh Tediaa !!!! Lupar ikan RM60,000 sekilogram!


RM60,000 sekilogram. Itu harga ‘tidak masuk akal’ limpa ikan terusan jantan menjadi buruan kaki pancing di Sungai Rajang sejak sekian lama.
Dikenali dengan panggilan ‘lupar ikan’ dalam bahasa tempatan, khazanah berharga Sungai Rajang ini dikatakan mempunyai khasiat yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit kronik.
Peniaga, King Chiew Ming, 55, berkata, limpa ikan berkenaan dijadikan sebagai bahan campuran dan popular dalam kalangan pengamal perubatan alternatif.
Katanya, limpa ikan itu juga mampu menjadi bahan awet muda selain penawar penyakit kronik seperti buah pinggang, jantung dan lemah tenaga batin.
“Harga limpa ikan ini berbeza mengikut jenis dan kualiti. “Namun kebiasaannya spesis ikan jantan lebih mahal berbanding betina kerana dikatakan mempunyai khasiat yang lebih baik.
“Limpa ikan jantan boleh dijual sehingga RM60,000 sekilogram manakala betina pula RM3,300 hingga RM5,000 sekilogram. Sudah pasti dengan harga yang tinggi ia menjadi buruan pemancing dan nelayan,” katanya di Sarikei.
Menurut Chiew Ming, sebelum dijual, limpa ikan perlu dikeringkan terlebih dulu dan perlu disimpan di tempat yang sesuai bagi mengekalkan kualitinya.
Katanya, kebanyakan limpa yang dijualnya diperoleh daripada nelayan selain pemancing tempatan dan hanya dipasarkan pasaran tempatan berikutan permintaannya yang tinggi tanpa mengira waktu.
“Walaupun harganya mahal namun permintaan pelanggan untuk limpa ikan ini sentiasa ada menyebabkan ia antara tumpuan nelayan dan pemancing di Sungai Rajang,” katanya.
Nelayan, Firdaus Jemain, 43, berkata, ikan terusan boleh diperolehi sepanjang Sungai Batang Rajang terutama di kawasan muara sungai.
Katanya, bagi menangkap ikan berkenaan tidak semudah disangka kerana mereka yang mempunyai kepakaran dan pengalaman mampu menaikkan ikan itu yang dianggap ‘liar dan sensitif’.
“Sifatnya yang liar dan sensitif dengan persekitaran menyebabkannya sukar diperoleh. Jadi mereka yang berpengalaman saja mampu menjinakkan ikan berkenaan,” katanya.
Menurutnya, pendapatan lumayan membuatkan pemburunya sanggup bersabar dan bersengkang mata kerana lebih banyak ikan ditangkap, semakin tinggi pulangan dapat diraih.
Firdaus berkata, rezeki menaikkan ikan terusan dianggap tuah kerana ia mampu memberi pulangan yang tidak mengecewakan selain permintaan yang sentiasa tinggi sepanjang masa
Khalid Latip
cnews@nstp.com.my

Pegrghhh !!! Kampung 'Stan, bukan setan'

'Stan, bukan setan'

Pintu gerbang Kampung Parit Stan, Benut.

PONTIAN - Nama Kampung Parit Stan mungkin kedengaran agak pelik, tambahan pula ejaan asal nama kampung terletak di Benut menggunakan huruf ‘E’.
Mantan Ketua Kampung, Hassan Malilu, 76, berkata, tanda huruf ‘E’ merupakan cara penulisan Bahasa Melayu awal sekitar 70-an bagi melambangkan tulisan berkenaan berbunyi ‘se’.
Namun, lama kelamaan ejaan ‘E’ tidak lagi digunakan menyebabkan nama kampung disebut dengan pelbagai cara sehingga kedengaran agak pelik.
“Kampung Parit Stan telah dibuka oleh peneroka dari Riau, Indonesia. Mereka juga telah membuka Kampung Parit Kerimon dan Kampung Parit Hasan.
“Ramai yang keliru dengan ejaan Kampung Parit Stan, bila ejaaan ‘E’ tidak digunakan, mulalah jadi lain bunyinya,” katanya.

Hasaan menunjukkan papan tanda yang masih menggunakan nama Parit Setan.

Tragedi amukan Jaafar Petola

Kampung Parit Stan turut dikenali sebagai Kampung Rahmat selepas tragedi amukan oleh seorang penduduk bernama Jaafar Patola pada 1981.
Namun nama Kampung Rahmat jarang digunakan berbanding Kampung Parit Stan.
Menyelami kisah tragedi amukan pernah berlaku di Kampung Stan, penduduk Mohd Noor Daeng Mapunah, 70, yang juga saksi menceritakan detik anaknya Nor Hayati, 4, menjadi salah seorang mangsa amukan ketika itu.
Menurut Mohd Noor, tragedi malang itu berlaku pada hari ketiga Aidiladha.
Katanya, dia dikejutkan dengan teriakan “Jaafar mengamuk” ketika berada di kebun kelapa sawit.
“Selepas keluar dari kebun, saya nampak sebuah kereta membawa seorang lelaki cedera di bahagian mulut.
“Saya terus berlari ke sekolah berdekatan iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Semangat. Sampai sahaja yang nampak seorang ibu menggendong anaknya yang penuh berdarah,” katanya.
Katanya, dia sempat menghulurkan bantuan kepada seorang penduduk bernama Zainab yang luka ditemui di belakang rumah.
“Kemudian saya pergi ke jambatan. Saya nampak Jaafar menghayun parang. Saya terus ke sekolah sebab fikir keselamatan budak-budak ketika itu.
“Mujur Jaafar tidak ke sekolah dan menyorok di tempat lain. Saya segera ke hospital untuk menyelamatkan nyawa anak saya yang cedera selepas ditetak di bahagian tengkok,” katanya.
Jelasnya, walaupun tragedi itu satu detik hitam yang tidak dapat dilupakan, namun tidak ramai generasi muda yang mengetahuinya.
Mohd Noor menunjukkan ejaan nama Kampung Parit Stan yang sering kali disalah anggap.

Sultan cemar duli ziarah

Namun, kejadian itu melakar sejarah kampung apabila Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail ketika itu mencemar duli datang ke Kampung Parit Stan.
“Sultan Iskandar mencadangkan agar nama kampung diubah, supaya mudah mendapat rahmat. Tetapi bila ditulis dalam berita di akhbar dikatakan nama kampung ditukar kepada Kampung Rahmat,” katanya.
Tragedi amukan itu menyaksikan enam orang penduduk meninggal dunia dan Jaafar Petola mati di tempat kejadian.
Kampung Parit Stan kini memiliki kemudahan surau, balai raya, sekolah agama dan sekolah kebangsaan yang dikenali dengan nama Sri Semangat.
Terdapat sekurang-kurangnya 81 buah rumah penduduk di situ dan kebanyakan penduduknya bekerja sebagai pekebun.

Wednesday, January 30, 2019

Fuh !!! Cemas! Pengusung terjatuh atas keranda semasa pengebumian, mayat terkeluar


BANYAK kejadian boleh berlaku semasa upacara pengebumian, dan kejadian ini mungkin antara yang paling teruk.
Seorang pengusung keranda tersadung dan terjatuh di atas keranda yang sedang dimasukkan ke dalam lubang kubur ketika orang ramai di sekelilingnya sedang sedih, dalam kejadian di daerah Pampas, Peru.
Pembawa keranda tersebut tergelincir, jatuh di atas keranda sebelum ‘mendarat’ di dalam lubang. Keranda tersebut turut terhempas dan terbalik.

Ketika lelaki itu bergelut untuk naik ke atas, mereka yang lain cuba menghalang penutup keranda daripada terbuka bagi mengelakkan mayat terjatuh, tetapi penutupnya kelihatan rosak.

Bagaimanapun lelaki itu berjaya keluar dari lubang kubur dan mayat tersebut berjaya dibawa naik walaupun tanpa penutup dan orang ramai dapat melihatnya.
Mayat kemudian dikebumikan semula seperti yang dirancang. -MetroUK

Perghhh !!! Gigit kaki buaya demi selamatkan anak

Gigit kaki buaya demi selamatkan anak

Diego Abulhasan, 12, diserang buaya ketika berenang di sebuah sungai berhampiran rumahnya. - Foto ViralPress

PALAWAN - FILIPINA.Demi menyelamatkan nyawa anaknya yang diserang seekor buaya, seorang ayah dengan berani berlawan dan menggigit kaki haiwan berkenaan.
Ketika kejadian, Diego Abulhasan, 12, bersama seorang adik lelakinya sedang berenang di sebuah sungai berhampiran rumah mereka di bandar Balabac, apabila seekor buaya tiba-tiba menyerang dan menariknya ke dalam air.
Tejada Abulhasan yang terdengar jeritan anaknya meminta tolong, segera berlari ke arah sungai dan tanpa berfikir panjang terjun ke dalam air dengan membawa kayu.
Lelaki itu memukul haiwan terbabit berulang kali, namun ia masih tidak melepaskan Diego.
Terdesak untuk menyelamatkan anaknya, Tejada bertindak menggigit kaki buaya itu sekuat hati untuk beberapa kali sehingga ia akhirnya melepaskan gigitan dan berenang meninggalkan mereka.
"Saya memukul buaya terbabit berulang kali namun ia tetap tidak melepaskan anak saya.
"Secara tiba-tiba saya terfikir untuk menggigit kakinya sekuat hati," kata Tejada yang bersyukur anaknya terselamat daripada maut.
Disebabkan kepantasan ayahnya bertindak, Diego tidak mengalami kecederaan serius dan dibenarkan keluar dari hospital selepas dua hari.- Dailymail

Tuesday, January 29, 2019

Perghhh !!! Penang Route 6 Buat Sale , Ada Diskaun Jom Mai Bossku


S

Baju Tangan Panjang Tinggal 11 helai , Sehelai RM 45 pos rm 10


Stkiker Island cuma RM 3.00


Stiker RM 3


Baju Jenis ini Harga Asal RM 35  diskaun RM 3o


Pasangan Ride To England pun Sudah Datang


Group Belut TV pun sudah datang.


Penang Rout 6 Shop
Susur Keluar Highway Sungai Dua
PM dulu sebelum datang 0195776858

Waktu Operasi

Isnin hingga Jumaat 8 malam hingga 11 ..malam
Hari Sbatu dan ahad mula jam 6 Petang hingga 11.30 malam

Hari Rabu tutup

Tediaaa !!! Keluarga tiada hajat mahu ‘Baby Iqy’ membesar sebagai pelakon

Mika atau dikenali sebagai Baby Iqy yang mula mendapat perhatian netizen bersama Mira Filzah.


WATAK seorang bayi bernama Baby Iqy dalam drama bersiri Pujaan Hati Kanda mula menjadi bualan penonton yang teruja melihat comel wajah dan keletahnya.
Anna Abdullah Kim, 32, ibu kepada bayi yang nama sebenarnya Ayden Mikael Mohamad Zainuddin, berkongsi pengalaman anaknya ketika menjalani penggambaran drama tersebut.
Menurut Anna, Ayden Mikael atau Mika seorang bayi yang mudah dijaga dan waktu penggambaran akan bertukar jika anaknya mengantuk atau lapar.

Mika seorang bayi yang mudah dijaga.
"Mika seorang anak yang sangat baik. Jadi, dia tak banyak meragam sangat kecuali apabila lapar dan mengantuk barulah dia mengamuk sikit.
"Tapi alhamdulillah pengarah dan kru produksi semua baik-baik dan sukakan Mika. Jadi mereka pun selalu dukung Mika sementara menunggu babak yang memerlukan lakonannya.
Drama lakonan Mira Filzah, Remy Ishak, Sarah Hildebrand dan Azar Azmi ini yang mula ditayangkan pada Disember tahun lalu akhirnya tamat pada Isnin.
Dalam pada itu, Anna dan suaminya iaitu Mohamad Zainuddin Azhar, 29, tidak mahu terlalu fokus untuk anak mereka yang kini berusia 9 bulan itu menjadi pelakon.
Namun sekiranya ada rezeki tawaran diberikan, mereka menerima mengikut kesesuaian dan keselesaan kanak-kanak tersebut.

Mika mencuri perhatian penonton menerusi drama Pujaan Hati Kanda.
"Saya dan suami tak ada la nak fokus Mika untuk jadi pelakon. Tapi kalau ada tawaran lepas ni, kami akan teliti terlebih dahulu jadual.
"Supaya mengikut keselesaan Mika dan tidak menganggu proses tumbesaran dia seperti bayi lain. Lagipun buat masa ini, belum ada sebarang tawaran.
"Kami pun tak fokus sangat untuk masuk dalam bidang seni. Tapi kalau dah rezeki, kami ambil sahaja," ujarnya.

Monday, January 28, 2019

Pergghh !!! Malu Apa Bossku.. Pasangan Ride Ke London Singgah Di Penang Route 6


Alfif Sahrin Dan Diana ANN singgah di Penang Rout 6


Pasangan ini Membeli cenderamata buat Kenangan


Diana Ann Dan Alfif Sharin


Pasangan ini semasa Di PHuket


Alfif sharin dan Diana Ann Semasa di Paris


Admin Penang Route 6 mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melapangkan masa
singgah di Penang Route Shop sebagai kenangan bersama sebagai seorang Bikers , Terbaik u all semoga kita tunggu ride mereka seterusnya.

Penang Route 6 Lokasinya
Betul betul Tepi Highwy sungai Dua , Bworth
Jualan Baju, Stiker , Key Chain
PM dul 019 5776858


Perggh !!!! IG live dapat lebih sejuta notifikasi, siapa gadis tular ini Yang Jelita ?


Wardina merupakan seorang model bebas.

KALAU dah cantik, pakai apa pun dan buat mimik muka macam mana sekali pun tetap nampak menawan. Itulah yang dikatakan natural beauty.
Kata-kata itu disampaikan netizen kepada Wardina Anuar Aziz Khan, gadis yang tular selepas videonya sedang live di Instagram memukau pelayar media sosial dek kerana kejelitaannya.
Video dengan kapsyen 'when your mom enter your instagram live' itu yang dimuat naik gadis tersebut di Twitter mendapat kira-kira 1.3 juta tontonan sejak dimuat naik di Twitternya pada 21 Januari lalu.

Sunday, January 27, 2019

Politik perut berkeroncong


ULASAN | Banyak ilmu baru yang boleh dipelajari daripada PRK Cameron Highlands.
Pertama, jangan berlawak ketika perut rakyat kosong. Ingatlah, kelaparan boleh membunuh kesabaran, dan boleh menyebabkan rakyat bertindak tanpa belas kasihan.
Esok-esok jangan pula pelik jika rakyat yang menjadi sahabat paling akrab sesebuah parti boleh bertukar menjadi musuh paling ketat.

Saturday, January 26, 2019

Perghh!!! Pinggul Wanita di gigit ular Ketika Dalam Tandas


  • Ular sawa itu berjaya ditarik keluar dari mangkuk tandas.



    NIAT seorang wanita yang mahu membuang air kecil terbantut apabila pinggulnya digigit seekor ular sawa ketika sedang duduk di atas mangkuk tandas di rumahnya.
    Helen Richards, 59, berkata dia dapat merasakan gigitan ular tersebut di bahagian pinggulnya.
    IKLAN
    Insiden berlaku di kediaman Helen di Brisbane, Australia.
    Dia melompat selepas digigit dan terkejut apabila melihat seekor ular sawa berada di dalam mangkuk tandas tersebut.
    "Saya melompat dan terkejut melihat objek seperti kura-kura berleher panjang di dalam mangkuk tandas," katanya kepada akhbar The Courier Mail.
    image: https://www.mstar.com.my/global/dunia/2019/01/26/~/media/9f1fbf8e375d422b903a947ba64f7f35.ashx?la=en

    Namun Helen menarik nafas lega apabila gigitan ular sawa itu tidak serius dan lukanya itu hanya perlu dirawat dengan ubat anti-septic.
    Helen menghubungi penjinak ular, Jasmine Zeleny yang berjaya mengeluarkan ular sawa tersebut dari rumahnya.
    Ular sawa permaidani sering ditemui di Australia dan akan mencari air di dalam tandas semasa cuaca panas.
    Ular tersebut biasanya 



IKLAN

Pinggul wanita digigit ular ketika duduk di mangkuk tandas


image: https://www.mstar.com.my/~/media/upload/2019/01/26/08/38/ularsawa.ashx?w=830&h=553&crop=1

Ular sawa itu berjaya ditarik keluar dari mangkuk tandas.



NIAT seorang wanita yang mahu membuang air kecil terbantut apabila pinggulnya digigit seekor ular sawa ketika sedang duduk di atas mangkuk tandas di rumahnya.
Helen Richards, 59, berkata dia dapat merasakan gigitan ular tersebut di bahagian pinggulnya.
IKLAN
Insiden berlaku di kediaman Helen di Brisbane, Australia.
Dia melompat selepas digigit dan terkejut apabila melihat seekor ular sawa berada di dalam mangkuk tandas tersebut.
"Saya melompat dan terkejut melihat objek seperti kura-kura berleher panjang di dalam mangkuk tandas," katanya kepada akhbar The Courier Mail.
image: https://www.mstar.com.my/global/dunia/2019/01/26/~/media/9f1fbf8e375d422b903a947ba64f7f35.ashx?la=en

Namun Helen menarik nafas lega apabila gigitan ular sawa itu tidak serius dan lukanya itu hanya perlu dirawat dengan ubat anti-septic.
Helen menghubungi penjinak ular, Jasmine Zeleny yang berjaya mengeluarkan ular sawa tersebut dari rumahnya.
Ular sawa permaidani sering ditemui di Australia dan akan mencari air di dalam tandas semasa cuaca panas.
Ular tersebut biasanya tidak berbahaya tetapi kerap mengigit mangsanya.
Australia berdepan cuaca panas beberapa minggu ini dengan sesetengah kawasan merekodkan suhu panas melampau. - Mirror.co.uk

Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/global/dunia/2019/01/26/gigit-ular/#9AVbYysMMi4cFPLy.99

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung