Nuffnang

Thursday, March 31, 2022

Panas isu pensyarah perlekeh pelajar, Dr Amalina kongsi kisah zaman student di luar negara... walau difitnah tapi memilih berdiam diri


Panas isu pensyarah perlekeh pelajar, Dr Amalina kongsi kisah zaman student di luar negara... walau difitnah tapi memilih berdiam diri

Dr Amalina yang bertugas sebagai pakar bedah berpangkalan di London merupakan doktor kebanggaan Malaysia.

MEDIA sosial serta portal berita sepanjang hari ini 'panas' dengan kisah seorang pelajar yang diherdik pensyarah gara-gara tidak mampu memiliki komputer riba untuk tujuan pembelajaran.

Pelbagai pandangan mahupun kritikan yang disuarakan warganet susulan tularnya video pensyarah wanita berkenaan yang dirakam ketika sesi pembelajaran dalam talian (online).

Di tengah-tengah kerancakan kontroversi tersebut, doktor jelita yang kini berkhidmat sebagai seorang pakar bedah berpangkalan di London, Dr Amalina Che Bakri berkongsi kisah kehidupannya yang tidak lekang dengan cabaran ketika melanjutkan pelajaran di luar negara.


"Sejak hampir 18 tahun saya berkelana di luar negara, pelbagai cabaran saya tempuhi untuk menggapai impian menjadi doktor terbaik dalam bidang yang saya ceburi.

"Sejak saya tinggal di luar negara, pelbagai fitnah yang sama sekali tidak benar dilontarkan oleh sesetengah pihak kepada saya. Namun saya lebih senang berdiam diri kerana saya tidak mahu panjangkan isu.

"Saya ada ibu dan keluarga yang sangat saya sayangi dan perlu saya lindungi. Tohmahan yang ditujukan kepada saya juga terkesan pada mereka.

amalina 2

Dr Amalina banyak membuat perkongsian perihal isu kesihatan, perubatan sambil memberi inspirasi khususnya kepada anak-anak muda menerusi media sosial.

"Bagi saya, berkemungkinan besar pihak ini tidak mempunyai maklumat yang sebenar. Ada juga yang mungkin mempunyai agenda tertentu. Menyalin apa yang ada di dalam internet memang senang, tetapi tidak semestinya betul dan sudah menjadi fitnah," ujar doktor berusia 35 tahun ini menerusi satu hantaran di Instagram, tiga jam lalu.

Tambah Dr Amalina, bagaimanapun, kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya dianggap sebagai sebahagian daripada dugaan dan perkara tersebut tidak sesekali melemahkan semangatnya untuk menggapai cita-cita.

"Saya sangat bersyukur kerana mempunyai kasih sayang ibu, suami, keluarga, rakan-rakan dan anda di sini yang banyak memberi dorongan.

amalina 1

Coretan yang dikongsikan Dr Amalina di Instagram.

"Saya sangat bersyukur kerana dapat belajar daripada pakar-pakar terbaik dunia dan saya akan gunakan kemahiran yang saya pelajari untuk manfaat semua tidak kira di mana saya berada.

"Dari dahulu sampai sekarang, inilah saya. I always stay true to myself.

"Saya hanyalah manusia biasa yg mempunyai banyak kekurangan dan masih banyak impian yang saya mahu capai. Namun, saya berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat menjalankan fardu kifayah.

Sejak saya tinggal di luar negara, pelbagai fitnah yang sama sekali tidak benar dilontarkan oleh sesetengah pihak kepada saya. Namun saya lebih senang berdiam diri.

DR AMALINA CHE BAKRI

"Saya bukanlah genius, namun saya ingin menggunakan apa yang dikurniakan untuk manfaat orang ramai," tulisnya lagi.

Dr Amalina kini sedang melanjutkan pelajarannya di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang inovasi pembedahan kanser payudara tajaan Institut Penyelidikan Kesihatan Kebangsaan (NIHR) United Kingdom (UK).

Doktor ini juga gemar berkongsi perihal isu kesihatan, perubatan sambil memberi inspirasi khususnya kepada anak-anak muda untuk terus berusaha mencapai impian mereka.

"Semoga dengan pengalaman yang saya belajar di sini dapat membantu mereka yg berada di UK, Malaysia dan seluruh dunia. InsyaAllah," tulisnya.

Untuk rekod, Dr Amalina pernah mencatat rekod apabila memperoleh keputusan cemerlang 17A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004.

amalina 4

Dr Amalina turut terlibat dalam pasukan perubatan yang menjayakan pembedahan Ainul Mardhiah pada 2019.

Tersenarai antara 10 doktor pakar pelatih surgikal terbaik di UK, Dr Amalina menjadi sebutan rakyat negara ini selepas memulakan ikhtiar untuk membawa Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, bayi yang menghidap 'Germ Cell Tumour' untuk dibedah di UK.

Anak jati Johor ini juga memiliki 814,000 pengikut di Instagram @dramalinabakri; 781,000 pengikut di Twitter @dramalinabakri dan 19,600 subscriber di saluran YouTube.

Wednesday, March 30, 2022

Rangka pemain bola sepak Brazil diserang piranha ditemui

 

Tulang milik Andrade ditemui tersangkut pada jala ikan selepas dilaporkan digigit ikan piranha. – CEN

Rangka pemain bola sepak Brazil diserang piranha ditemui

Share on facebook
 
Share on twitter
 
Share on whatsapp
 
Share on email
 
Share on telegram

MANAUS, BRAZIL – Pihak berkuasa Brazil menemui cebisan rangka milik seorang pemain sebuah pasukan bola sepak yang diserang kawanan ikan piranha selepas dia  terjatuh ke dalam sebatang sungai, lapor akhbar Daily Star semalam.

Mayat Luiz Henrique Coelho de Andrade, 21, ditemui dalam keadaan mengerikan dan sukar dikenali  pada Sabtu lalu.

Menurut laporan, anggota-anggota polis memaksa Andrade terjun ke dalam Sungai Rio Negro dan melepaskan beberapa das tembakan kerana menyangka  dia ialah penjenayah yang dikehendaki.

ADVERTISING
Ads by Kiosked

Seorang lelaki lain yang mendayung  sampan di kawasan berhampiran cuba menyelamatkan Andrade, namun dihalang oleh polis.

Menurut ibunya, Leila Coelho, anaknya sebelum itu disedari hilang dari Educandos di bandar Manaus, 11 jam sebelum mayatnya ditemui.

Dia mendakwa bahawa anggota-anggota  polis mengarahkan Andrade terjun ke dalam sungai meskipun tahu dia tidak tahu berenang serta melepaskan tembakan ke arahnya bagi memaksanya terjun.

Sesetengah media tempatan bagaimanapun melaporkan bahawa anggota polis yang terlibat ketika itu  sedang mengejar sekumpulan penjenayah, manakala Andrade terjatuh ke dalam sungai ketika cuba mengelak mereka.

Pasukan polis dan bomba yang turut serta dalam misi mencari pemain bola sepak itu akhirnya menemui mayat mangsa di Sungai Rio Negro.

Beberapa imej yang dikongsikan menunjukkan kesan gigitan  ikan piranha yang mengoyak daging Andrade serta tulangnya yang ditemui tersangkut pada jala ikan.

Ads by Kiosked

Pihak polis telah mengarahkan keluarga lelaki itu untuk membuat aduan kepada Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri Sistem Keselamatan Awam berhubung dakwaan mereka. – AGENSI 

Tuesday, March 29, 2022

AS temui wabak virus maut baharu

 

SEEKOR sengkenit di AS didapati mengandungi virus yang boleh membawa kematian manusia. – Getty/iStockphoto


ATLANTA, Georgia – Gigitan sengkenit atau kutu babi di negeri Georgia, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berisiko membawa kepada kematian selepas sejenis virus maut ditemui pada serangga berkenaan, lapor akhbar Daily Star semalam.

-ADVERTISEMENT-

Pakar-pakar kesihatan telah menemui virus Heartland pada kutu babi spesies lone star selepas kuman pembawa penyakit itu ditemui pada rusa ekor putih di Georgia.

Virus Heartland atau juga dikenali sebagai Heartland Bandavirus pertama kali ditemui di negeri Missouri pada 2009. Ia didapati hanya boleh ditularkan kepada manusia melalui gigitan kutu pada 2013. 

Penyelidikan tersebut yang disiarkan dalam jurnal Emerging Infectious Disease menunjukkan bahawa satu daripada setiap 2,000 kutu membawa virus berkenaan.

Gejala yang dikesan termasuk demam, sakit kepala, sakit otot, hilang selera makan serta hilang kuantiti platelet dalam jumlah yang banyak. Platelet penting untuk pembekuan bagi mengelakkan pendarahan. 

Menurut artikel oleh pakar bernama Dr. Tomislav Mestrovic, virus Heartland boleh membawa maut.

“Perlu ditekankan bahawa virus Heartland boleh mengakibatkan jangkitan yang boleh membawa maut dan merebak dengan pantas sehingga menyebabkan pelbagai kegagalan sistem organ dan kejutan yang teruk walaupun terhadap pesakit tanpa sebarang komorbiditi yang ketara,’’ jelas beliau.

Ia mengambil masa dua minggu untuk gejala pertama muncul dan kebanyakan kesan gigitan akan mengakibatkan kemasukan ke hospital.

Bagaimanapun, tiada vaksin atau ubat tersedia untuk mencegah atau merawat jangkitan virus Heartland, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC). – Agensi

Monday, March 28, 2022

Fuh Tudia !!! Kapal selam ‘halimunan’ Rusia ditakuti Barat

 


KAPAL selam Kronstadt mengambil bahagian dalam pertunjukan tentera laut. – Bloomberg/Getty


MOSCOW – Rusia dilaporkan mempunyai kapal selam ‘halimunan’ yang tidak dapat dikesan oleh Barat, lapor akhbar Daily Star semalam.

-ADVERTISEMENT-

Kekejaman berterusan di Ukraine menyaksikan Rusia terus mengebom dan cuba menawan negara itu. 

Pelan kontigensi telah dirangka oleh Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden sekiranya Presiden Vladimir Putin memutuskan untuk menggunakan senjata kimia atau nuklear di Ukraine.

Selain keupayaan untuk menggunakan senjata nuklear, Putin juga mempunyai kapal selam yang hampir tidak dapat dikesan oleh musuh Baratnya dan pertama kali diperkenalkan pada 2018. 

Pada Disember 2021, Rusia akan memulakan ujian laut melibatkan kapal selam tersebut, Kronshtadt.

Kapal selam Kronshtadt adalah seberat 2,700 tan dan sepanjang 71.93 meter serta dijana enjin diesel-elektrik.

Ia mengeluarkan bunyi pada tahap sangat rendah sehingga membolehkannya mengelak sistem sonar musuh dan menyelinap ke arah sasaran.

Kronshtadt direka untuk memerangi kapal musuh, melancarkan serangan peluru berpandu ke daratan, melakukan misi pengintipan dan melindungi pangkalan tentera laut. 

Kapal itu boleh menembak beberapa peluru berpandu pada sesuatu masa. – Agensi

Sunday, March 27, 2022

Perghh !!! Polis bogel tunggang motosikal ke tempat kerja

 


Tangkap layar video yang memaparkan seorang anggota polis Bali yang mempunyai masalah gangguan mental berbogel ketika mahu ke tempat kerja. - Twitter


JAKARTA – Sebuah klip video yang dirakam di Pulau Bali, Indonesia tular kerana memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal tanpa seurat benang, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Menerusi rakaman berdurasi 46 saat itu, lelaki itu kelihatan bersahaja menunggang motosikal secara berbogel ketika menunggu giliran di lampu isyarat.

Menurut Balai Polis Buleleng, Bali, lelaki tersebut ialah seorang anggotanya dan mempunyai masalah gangguan mental.

Ads by Kiosked

Ketua Perhubungan Awam Balai Polis Buleleng, Asisten Komisioner Gede Sumarjaya mengesahkan identiti mangsa yang masih berkhidmat sebagai penjawat awam.

“Dia sudah dua kali dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Pada hari kejadian, dia mahu masuk bertugas di balai.

“Sejurus dia tiba, rakan sepasukan memberinya pakaian dan membawa mangsa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” kata Gede.

Tambah Gede, anggota berpangkat konstabel itu masih boleh bertugas seperti biasa selepas menjalani rawatan pada 2015 dan 2016.- Agensi

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung