Nuffnang

Monday, December 31, 2018

Berita beg tangan Birkin, jantina Sajat dan Anwar bebas awal paling ‘hangat’ tahun 2018


SAMA ada isu panas, suam-suam kuku atau sejuk, semuanya menjadi perhatian masyarakat dan menjadi modal untuk netizen mengupasnya.
Sebelum melabuhkan tirai tahun ini, mStar Online membawa anda mengimbas kembali antara berita yang 'panas' di portal ini sepanjang tahun 2018.
Kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) sehingga membawa kepada pertukaran kepimpinan negara menjadi isu nasional dan antarabangsa.
Malah, kemunculan semula Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri buat kali kedua mencatatkan senario baharu dalam dunia politik.
Bagaimanapun, kisah beg tangan birkin mengungguli carta teratas berita paling hangat di mStar Online susulan pendedahan mengenai pemindahan barangan jenama peribadi, didakwa milik isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Laporan polis dibuat oleh Exco Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Ben Ali menerima maklumat dan rakaman video menunjukkan lebih kurang 50 buah tas tangan jenama ‘Birkin’ sedang dipindahkan dari sebuah van milik Jabatan Perdana Menteri ke beberapa buah unit kondominium di Pavillion Residence KL.
Dalam kenyataan bersama itu, beliau berkata, setiap satu tas tangan yang diisi di dalam kotak berasingan itu dianggarkan bernilai RM200,000 ke atas dengan setiap kotak tertera label nama si pemberi kepada penerima, dipercayai penerimanya adalah Rosmah, dan meminta pihak polis melakukan siasatan.


Ben bersama Bendahari Pemuda Bersatu, Rafiq Hakim Razali selepas membuat laporan polis. Foto Facebook Ben Ali
Umum mengetahui beg tangan Birkin daripada pembuat barangan mewah Hermes ini berharga tinggi, mencecah ratusan ribu ringgit untuk sebuah sahaja.
Selain menjadi simbol kedudukan, beg tangan itu juga dikatakan sebagai pelaburan yang lebih baik daripada emas. Kiranya, berbaloi-baloi buat setiap pemiliknya.
Mengenai siasatan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), hampir 300 kotak beg berjenama dan berpuluh-puluh beg dipenuhi wang tunai dan barang kemas adalah antara barangan dirampas polis dalam serbuan itu.
Namun bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan bahawa penyitaan beg tangan dan barangan mewah lain dari kediaman dikaitkan dengannya menimbulkan persepsi negatif, sedangkan kebanyakannya adalah hadiah diberikan kepada isteri dan anak perempuannya dan tiada kaitan dengan 1MDB.
Berita bertajuk ‘Cubaan pindah 50 beg tangan Birkin, laporan polis dibuat’ yang disiarkan pada 12 Mei 2018 mencatatkan lebih setengah juta page view.
Identiti Nur Sajat jadi tanda tanya
Awal tahun ini, usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman hangat diperkatakan dengan kontroversi mengenai identitinya yang menimbulkan tanda banyak pihak.
Pelbagai spekulasi dan khabar angin dilemparkan terhadap ahli perniagaan yang berusia 33 tahun ini, termasuk dakwaan yang menyatakan dirinya adalah 'mak nyah'.
Bagi meredakan kekecohan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tampil mencari jalan penyelesaian untuk mendapatkan pengesahan identiti sebenar Nur Sajat.
Penolong Pengarah Kanan, Cawangan  Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof mengadakan pertemuan dengan Nur Sajat, termasuk ibu bapa usahawan itu.


Pertemuan antara pihak Jakim dan Sajat bersama ibu bapa usahawan itu.
Mohd Izwan mendedahkan identiti Nur Sajat sebagai khunsa, iaitu seseorang yang mempunyai dua alat kelamin, seperti yang dimaklumkan oleh kedua ibu-bapanya.
“Ye betul, ibu bapa Sajat telah bersumpah bahawa Sajat adalah khunsa,” kata Mohd Izwan kepada mStar Online.
Beliau yang juga pakar dalam menangani isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bagaimanapun menjelaskan bahawa pengakuan atau sumpah tetap memerlukan pengesahan pihak berautoriti dari sudut perubatan.  
Malah, Jakim telah menawarkan bantuan agar Sajat mengikuti beberapa prosedur pengesahan jantinanya oleh pakar perubatan yang bertauliah dan diperakui kerajaan. 
Sehingga kini, tiada pengesahan rasmi daripada Jakim mahupun di pihak Nur Sajat berhubung identiti sebenarnya, tetapi sebuah video yang dimuat naik beliau di laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini memaparkan perbualan bapanya yang memberitahu usahawan itu sebagai perempuan.
Berita bertajuk ‘Akhirnya Jakim dedah identiti Sajat’ yang disiarkan pada 15 Februari 2018, mencatatkan hampir 220,000 page view.
Anwar kembali ke pentas politik
Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim turut menjadi tumpuan apabila beliau mendapat pengampunan penuh selepas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V menitah pekenan rayuan pengampunannya, 16 Mei lalu.
Bapa Reformasi Malaysia itu sebelum ini berdepan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Persekutuan selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Kelibat Anwar ternyata mencuri perhatian lensa kamera sebaik sahaja muncul dekat laluan keluar dari Unit Kemasukan Pesakit menuju ke kenderaan Jabatan Penjara untuk pergi ke Istana Negara bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong.  


Anwar sewaktu keluar dari Unit Kemasukan Pesakit menuju ke kenderaan Jabatan Penjara untuk pergi ke Istana Negara bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong. Foto AZHAR MAHFOF
Kembalinya beliau dalam dunia politik lebih rancak apabila bergelar ahli Parlimen selepas menang besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson dengan majoriti 23,560 undi.
Ia dikatakan sebagai sebahagian daripada rancangan Pakatan Harapan (PH) bagi melantik Anwar sebagai perdana menteri kelapan bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2018/12/31/birkin-sajat-anwar/#G7IfpkAaKjcWfFx7.99

Sunday, December 30, 2018

Tediaaa !!!Buntu fikir hadiah pelajar praktikal, bos Cina beri telekung tanda perpisahan


Peng Koon memberikan Naqia sepasang telekung sebagai tanda perpisahan.

SETIAP majikan pasti ada cara tersendiri untuk menghargai keringat pelajar praktikal yang bertungkus-lumus memberikan yang terbaik sepanjang menjalani latihan industri di syarikat mereka.
Namun, pengarah syarikat Terang Bulan Landscape Sdn Bhd, Tan Peng Koon pada asalnya buntu untuk mencari hadiah yang sesuai buat seorang pelajar praktikal cemerlang, Naqia Musleh, 22.
Peng Koon, yang juga seorang arkitek landskap berkata sudah menjadi kebiasaan bagi syarikatnya untuk menghadiahkan saguhati kepada pelajar pelatih apabila mereka menamatkan latihan industri.
image: https://video.unrulymedia.com/native/images/in-art-close-icon-128x128-16481b937f87b244a645cdbef0d930f8.png

–– ADVERTISEMENT ––
image: https://video.unrulymedia.com/native/images/unmiss-sound-button-muted-e74d67a0c85c3548f07d7564782a269c.svg

"Biasanya, kami akan tanya pelajar itu sendiri apakah hadiah yang diinginkan. Tapi, Naqia tidak memberikan hint tentang hadiah yang disukainya.


Naqia tidak kekok melakukan kerja-kerja di tapak pembinaan.
"Saya tidak tahu nak hadiahkan apa. Selepas bertanya kepada kawan-kawan, ada yang cadangkan untuk berikan dia telekung," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.
Tambah Peng Koon, beliau tidak menyangka bahawa pelajar dari Universiti Putra Malaysia itu memang berhajat untuk memiliki telekung baharu.
Menurut usahawan yang berasal dari Kemaman, Terengganu itu, pada pandangan peribadinya, hadiah telekung adalah pilihan paling tepat kerana ia bersesuaian dengan personaliti pelajar wanita berkenaan.
Beliau turut memuji prestasi pelajar tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Landskap berkenaan yang disifatkan amat cemerlang sepanjang enam bulan menjalani latihan industri di syarikatnya.
"Kami ada satu projek di Kuala Lumpur yang mempunyai masalah dengan pekerja-pekerja tapak.

Peng Koon amat berpuas hati dengan prestasi Naqia sebagai seorang pelajar praktikal.
"Projek itu agak membebankan kerana para pekerja sukar mendengar kata. Saya cuba hantar Naqia untuk selesaikan dan tak sangka pekerja Bangladesh itu boleh mematuhi arahan dia.
"Lebih mengagumkan, dia sendiri pergi tanam pokok bersama-sama dengan pekerja tersebut," katanya yang turut menawarkan pekerjaan kepada Naqia selepas pelajar itu menamatkan pengajian pada tahun depan.
Menurut Peng Koon, perbezaan agama dan kaum tidak pernah menjadi batas kepadanya untuk memberikan peluang kepada mereka yang ingin menjalani latihan industri atau bekerja di syarikatnya.
Perkara utama yang dititikberatkan oleh pengarah syarikat reka bentuk dan bina landskap itu adalah kesungguhan individu tersebut untuk belajar dan menjalankan amanah dengan sebaiknya

Saturday, December 29, 2018

Teddia Gadis Di Kecam akibat Putus Cinta..


HANYA beberapa hari lagi tahun 2018 bakal melabuhkan tirai, pelbagai perkara direncanakan seperti azam sempena tahun baharu.
Menjelang 2019, muncul satu lagi ikutan di media sosial apabila masing-masing berlumba-lumba membuat cabaran akhir tahun atau dipanggil ‘End of Year Challenge’.
IKLAN
Cabaran ini menyaksikan dua gambar dimuat naik, dengan gambar pertama diambil pada awal tahun, manakala sekeping lagi yang paling baharu bagi menunjukkan perbandingan antara kedua-duanya.
image: https://video.unrulymedia.com/native/images/in-art-close-icon-128x128-16481b937f87b244a645cdbef0d930f8.png
–– ADVERTISEMENT ––
image: https://video.unrulymedia.com/native/images/unmiss-sound-button-muted-e74d67a0c85c3548f07d7564782a269c.svg

Seorang gadis bagaimanapun menarik perhatian di laman sosial, apabila paparan cabarannya itu tular, sehingga diulang kicau lebih 25,000 kali!


Perkongsian seorang gadis mengenai cabaran akhir tahun atau 'End of Year Challenge'.
Gambar pertama (awal tahun) menunjukkan dirinya bersama seorang pemuda, manakala gambar kedua sebagai gambaran akhir tahun adalah dirinya bersama selonggok sampah. Ia telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.
Bercakap kepada mStar Online, gadis berusia 19 tahun itu berkata, ‘cabaran akhir tahun’ itu mendedahkan dirinya telah putus cinta bersama seorang pemuda seusia dengannya, selepas menjalinkan hubungan hampir setahun.
Hanya mahu dikenali sebagai Wani, cabaran itu sebenarnya dibuat sebagai satu bahan jenaka selepas kebanyakan rakannya melakukan perkara yang sama, dan tidak menyangka ia menjadi tular.
“Kebanyakan mereka meletakkan dua gambar wajah tunjuk perbezaan awal dan akhir tahun. Ada yang dulu tak cantik tapi sekarang semakin berseri-seri, begitu juga yang dulunya OK, kemudian yang selekeh mungkin stres selepas peperiksaan.
“Lelaki dalam gambar tu adalah bekas boyfriend (kekasih) saya, kami baru saja putus cinta sebulan lalu. Dia ‘kantoi’ sebab curang dengan perempuan lain,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.


Wani bersama bekas teman lelakinya, putus cinta selepas menjalinkan hubungan hampir setahun.
Mengulas lanjut, pelajar kolej berasal dari Kuala Lumpur ini menjelaskan bahawa kecurangan teman lelakinya disedari selepas menemui mesej peribadi menerusi akaun media sosial kekasihnya.
“Dulu boyfriend saya ada buka akaun sosial media dia guna telefon saya dan butiran log masuk masih ada. Saya kesan dia dan perempuan tu ada bermesej secara peribadi.
“Hubungan kami kadang-kadang baik, kadang-kadang gaduh, adatlah orang bercinta. Tapi sepatutnya dia cuba perbaiki hubungan kami, bukannya ‘mengorat’ perempuan lain. Perempuan tu pula ambil kesempatan bermesra dengan dia,” tambah Wani.


Wani menjelaskan gambar sampah itu sebagai naratif menunjukkan mereka yang bersikap curang, tanpa mengira jantina.
Bagaimanapun, Wani menegaskan bahawa gambar dirinya menunjukkan selonggok sampah tersebut bukan gambaran kepada semua lelaki itu adalah sampah.
“Saya tak kata lelaki itu sampah. Naratif yang saya cuba sampaikan itulah perangai orang yang bersikap curang tanpa mengira jantina. 
“Ramai yang komen termasuk memberi sokongan kepada saya selepas putus cinta. Bukan setakat perempuan, ada juga netizen lelaki yang berkongsi pengalaman mereka dicurangi kekasih sendiri. Jadi, kita semua ni sama, bezanya perangai baik dan buruk saja,” katanya.


Siri tulisan Wani di twitter berhubung paparan 'End of Year Challenge' yang dimuat naiknya.
Sejak putus cinta, gadis ini dihujani begitu banyak mesej daripada pengguna Twitter terutama lelaki yang mahu mengenalinya, tetapi tidak dipedulikan.
Susulan daripada perkongsiannya menjadi tular, Wani turut dikecam sebagai tidak matang, bersikap kebudak-budakan, tidak boleh ‘move on’, malah keterlaluan dilabelkan sebagai pendendam hanya kerana memaparkan gambar bekas kekasih.
“Kebanyakan kecaman ini daripada netizen tempatan. Mereka tak berada di tempat saya, jadi mudah untuk berkata-kata. Saya banyak juga terima komen dan mesej dari luar negara, tapi kebanyakannya lebih positif dan memberi semangat.
“Paling menarik perhatian saya adalah seorang lelaki dari Amerika Syarikat (AS) kerana mesej-mesej begitu intelektual dan memberikan bantuan dari sudut psikologi. Bagaimanapun, kami baru saja mengenali sebagai kawan,” katanya tanpa mahu mengulas lanjut mengenai lelaki warga AS itu sambil menambah dirinya kini mahu memberi tumpuan kepada diri sendiri termasuk keluarga dan pelajarannya.

Friday, December 28, 2018

Anak duduk atas tangga bersama wanita tidak dikenali pukul 4 pagi bikin ibu saspens


Gambar hiasan.
SEORANG ibu berdepan detik cemas apabila dia terbangun tengah malam dan menyedari anak lelakinya berusia dua tahun sedang duduk di atas tangga bersama individu tidak dikenali.
Polis dikejarkan ke lokasi kejadian selepas wanita yang tidak dinamakan itu menyedari rumahnya dimasuki penceroboh kira-kira pukul 4 pagi.
Seorang wanita ditahan kerana disyaki cuba melakukan penculikan dan masih lagi ditahan untuk soal siasat.
image: https://video.unrulymedia.com/native/images/in-art-close-icon-128x128-16481b937f87b244a645cdbef0d930f8.png
–– ADVERTISEMENT ––
image: https://video.unrulymedia.com/native/images/unmiss-sound-button-muted-e74d67a0c85c3548f07d7564782a269c.svg

Dalam satu posting di Facebook, ibu kepada kanak-kanak tersebut menyifatkan insiden itu berlaku di rumahnya di Hyde, Greater Manchester semasa Boxing Day.
Dia turut menggesa ibu bapa supaya memastikan tingkap dan pintu rumah sentiasa dikunci.
"Pada pukul 4 pagi saya terbangun dan mendapati seorang wanita duduk di atas tangga bersama anak lelaki saya. Dia cuba menculik anak saya ketika saya tidur di bilik bersebelahan.
"Ini kawasan Hyde. Sebarkan biar orang ramai tahu.
"Saya bertuah kerana terbangun atau saya tidak akan dipertemukan semula dengan anak saya," katanya.
Jurucakap polis Greater Manchester berkata mereka bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan daripada ibu mangsa pada pukul 4 pagi Rabu.
"Seorang wanita ditahan dan soal siasat sedang dilakukan untuk mengetahui punca dia menceroboh rumah mangsa," katanya

Thursday, December 27, 2018

Virall !!!Kudung terkena bom, jiwa kental Syahrain jadi perhatian setiap kali hantar makanan


Syahrain sebelum ini bekerja sebagai penghantar alat ganti kenderaan sebelum bekerja sebagai penghantar makanan, sekitar sebulan lalu. FOTO: Instagram @Syahrain_Fadzil.
KUDUNG kedua-dua tangan, namun ia langsung tidak menjadi penghalang buat seorang jejaka untuk mencari rezeki halal bagi menampung kehidupannya.
Malah, kisah mengenai Syed Syahrain Syed Fadzil yang bekerja sebagai penghantar makanan yang dimuat naik ke laman Twitter pada Sabtu lalu ternyata menarik perhatian ramai.
Jejaka berusia 24 tahun itu ketika dihubungi mStar Online mengakui tidak menyangka video dirinya sedang menghantar makanan menadi tular dan mampu memberi inspirasi kepada netizen.

ADVERTISIN
Posting mengenai Syahrain yang dimuat naik oleh salah seorang pelanggannya sehingga tular.
"Sewaktu hantar makanan, pelanggan tu cakap nak rakam video sebab dia kagum tengok saya bekerja tanpa tangan. Tak sangka lepas tu viral di Twitter, ramai yang hubungi saya.
"Saya hanya sedar mengenai hal itu bila ada yang hantar paparan skrin pasal posting tu, sebab saya tak aktif sangat di Twitter.
"Sepanjang bekerja pun, tak pernah saya hadapi benda-benda buruk atau ada pelanggan yang pandang negatif, cuma mereka tertanya-tanya macam mana saya bawa motor," katanya pada Rabu.
Menurut Syahrain, dia kehilangan kedua-dua tangannya pada 2003 apabila ia hancur selepas terkena letupan dalam satu kejadian di Sungai Buloh.
Tambah jejaka itu lagi, dia mengambil masa sekitar tiga tahun untuk menyesuaikan dirinya semula selepas kehilangan anggota badannya itu.
"Masa tu umur saya sembilan tahun, saya terkena bom berhampiran Penjara Sungai Buloh. Saya berada dekat satu kawasan pondok tepi jalan.
"Saya tak tahu itu bom. Saya main dan ia meletup. Tangan saya tak putus tapi ia macam hancur. Saya terima dan reda dengan kejadian ini. Mungkin ada sebab takdir saya macam tu," luah Syahrain.

Menurut Syahrain, kekurangan diri bukanlah penghalang untuk dia bekerja dan mencari pendapatan sendiri.
Ujarnya lagi, dia sebelum ini bekerja sebagai penghantar alat ganti kenderaan selama enam tahun di Batu Caves sebelum bertukar menjadi penghantar makanan di bawah FoodPanda, sekitar sebulan lalu.
Menurut jejaka itu, dia bersyukur kerana diterima bekerja oleh majikannya dan ia sekali gus membuktikan golongan sepertinya juga mampu menjalankan tugas, seperti individu normal yang lain.
"Saya juga berterima kasih dengan semua yang bercakap mengenai saya di Twitter, ia macam satu pengajaran kepada semua orang.
"Walau apapun kekurangan diri, tak ada alasan untuk kita malas bekerja. Terima kasih kepada netizen yang doakan baik-baik untuk saya," kata Syahrain.


Syahrain banyak menerima panggilan selepas posting mengenai dirinya tular
Dalam pada itu, posting mengenai Syahrain yang dimuat naik ke laman Twitter oleh seorang individu menerima lebih 8,000 ulang kicau (Retweet).
Rata-rata netizen turut memuji kesungguhan pemuda itu biarpun dia mempunyai kekurangan diri.
"Kalau ada insan sempurna tapi masih merungut, aku hanya mampu geleng kepala. Semoga dipermudahkan segala urusan beliau," tulis @Matt_Lawi.
"Semoga Allah permudah dan luaskan rezeki beliau dengan berkat kesungguhan... terharu dapat lihat kecekalan insan ini, tiada alasan untuk terus mara dalam hidup," @tulis @AkmalViolet pula.
"Salute! Ramai aje yang cukup sifat malas nak kerja, kuat mengeluh, complain berpanjangan. Malulah sikit ye... jadi kan ini sebagai pengajaran," tulis seorang lagi pelayar Twitter.

Wednesday, December 26, 2018

Lagu 'Kemarin' nyanyian Ifan (Seventeen) bagai untuk diri sendiri

Ifan kehilangan tiga ahli kumpulan Seventeen termasuk isterinya, Dylan Sahara akibat tsunami yang melanda Selat Sunda Sabtu lalu.

BENCANA tsunami yang melanda Selat Sunda, Indonesia malam Sabtu lalu sehingga mengorbankan tiga ahli kumpulan Seventeen serta isteri vokalisnya Ifan iaitu Dylan Sahara menyentuh hati netizen.
Malah lagu Kemarin ciptaan seorang anggota kumpulan itu, Herman yang turut terkorban dan dinyanyikan Ifan seolah-olah terkena pada diri sendiri
Kemarin mengisahkan seorang kehilangan kekasih untuk selama-lamanya dan ia dirakamkan beberapa tahun lalu.

Lagu itu turut menjadi perbualan warga media sosial yang memperkatakan perkara yang sama.


Status Rozi yang akui sedih dengan berita bencana alam tersebut.
Juliana Moechtar, iaitu isteri Herman seperti dilaporkan media Indonesia berkata, lagu itu kerap dinyanyikan Allahyarham suaminya sebelum berlakunya musibah berkenaan.
Lebih terkesan apabila Ifan turut kehilangan isterinya yang meninggal dunia selepas dibadai ombak tsunami itu.
Lagu berkenaan turut mendapat ulasan pengurus Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga penulis lirik Rozi Abdul Razak apabila dia turut tersentuh dengan karya itu.
"Beberapa hari ini, saya tidak putus-putus membaca, melihat, menanti berita terbaru mengenai musibah tsunami yang salah satunya mengenai band Seventeen.
"Saya juga menggemari muzik seberang, band Seventeen ini adalah di antaranya yang saya ikut termasuk mempunyai playlist lagu mereka seperti Selalu Mengalahdan Kemarin.
"Lagu Kemarin ini, didengar kala ini sangat dalam rasa sedihnya, persis menceritakan sendiri bagaimana @ifanseventeen Ifan (vokalis) kehilangan semua rakan band dan isteri tersayang. Lagu ini seperti dinyanyikan buat dirinya sendiri kala ini," tulisnya di Instagram.
Rozi berkata, dia juga tersentuh apabila membaca status-status penyanyi berkenaan yang menzahirkan rasa kasih, sayang dan cinta yang mendalam kepada isterinya.
"Saya baca posting beliau di Instagram pada detik-detik masih bersama isterinya, saat beliau mencari isterinya yang belum ditemui akibat musibah itu dan setelah menemui arwah isterinya juga.
"Tidak hilang kata-kata pujuk, belai, manisnya. Tidak tinggal kata-kata sayang dan cintanya. Meskipun berkata-kata kepada isteri yang kaku dalam keranda sebelum persemadian. Mengikhlaskan segalanya buat isteri tercinta, beruntungnya arwah Dylan Sahara, suaminya reda," tulisnya.
Sementara itu, rata-rata netizen turut bersimpati terhadap kejadian malang yang menimpa kumpulan berkenaan.
Muzik video lagu Kemarin yang dilancarkan pada 21 Disember 2016 itu turut dihujani ucapan takziah peminat-peminat kumpulan itu.
Dalam kejadian Sabtu lalu, ombak tsunami yang membadai bahagian pantai Selat Sunda sehingga mengorbankan ratusan nyawa termasuklah tiga anggota kumpulan muzik Seventeen yang ketika itu membuat persembahan di Tanjung Lesung Beach Resort.
Ahli kumpulan yang terkorban ialah Herman (gitaris), Bani (bes), Andi (dram), pengurus mereka, Oki Wijaya dan seorang kru iaitu Ujang.
Individu terselamat ialah vokalis kumpulan itu, Ifan atau Riefan Fajarsyah, 35, apabila dia sempat berpaut pada kotak ketika tsunami melanda namun isterinya Dylan Sahara ditemukan meninggal dunia.

Monday, December 24, 2018

Berita isteri sudah ditemui palsu, Ifan (Seventeen) tetap menantikan isterinya


Nasib isteri kepada vokalis kumpulan Seventeen, Ifan iaitu Dylan Sahara masih belum diketahui.

NASIB isteri vokalis kumpulan Seventeen, Ifan iaitu Dylan Sahara masih belum diketahui walaupun ada sumber mendakwa pelakon sinetron itu terselamat dan berada dalam keadaan baik selepas menjadi mangsa Tsunami yang melanda Selat Sunda pada Sabtu lalu.
Rakan baik kepada Ifan iaitu Ifan Govinda mengesahkan berita penemuan Dylan yang tersebar sejak semalam adalah tidak benar.
"Ada info mengatakan Dylan berada dalam keadaan selamat dan dibawa ke sebuah klinik di SMP A. Saya telefon sendiri Ifan dan dia mengesahkan ia berita palsu selepas dia sendiri ke sana untuk mencari isterinya," kata Ifan Govinda.
Luahan Ifan di Instastory menyentuh hati.
Ketika kejadian Dylan menemani suaminya mengadakan persembahan bersama Seventeen bersempena hari keluarga sebuah syarikat korporat di Tanjung Lesung Resort, Banten sebelum Tsunami melanda.
Akibat kejadian tersebut, dua anggota kumpulan itu, Bani (bes), Herman (gitar), berserta seorang kru, Ujang dan pengurus mereka, Oki Wijaya terkorban.
Ifan menerusi Instagram peribadinya turut memaklumkan kesemua mereka akan dikebumikan di kampung halaman masing-masing pada Isnin.

Ifan (dua dari kiri) bersama Bani (paling kiri, terkorban), Andi (masih hilang) dan Herman (paling kanan, terkorban).
Selain isterinya, seorang lagi anggota Seventeen, Andi (drum) masih belum ditemui.
Sementara itu, Ifan Govinda memberitahu, Ifan enggan pulang ke Jakarta dan akan terus berada di Banten selagi tidak bertemu dengan isterinya.
Katanya, Ifan yakin Dylan berada dalam keadaan selamat dan akan terus berusaha mencari isteri kesayangannya itu.

Kru Seventeen, Ujang (kiri) dan pengurus mereka, Oki Wijaya turut terkorban.
Ifan dalam hantaran lain di Instastory mengundang kesedihan peminat apabila memberitahu dia tidak akan berganjak dan meminta isterinya menunggunya dan pulang bersama-sama.
"Pulanglah sayang, aku kangen banget (Pulanglah sayang, aku rindu sangat).
"Aku masih di sini, tak ke mana-mana, aku jemput kamu, kita pulang sama-sama sayang ya. Tunggu ya," tulisnya. - TRIBUN JAKARTA 

Perghh !!! Kejam! Anak pijak kucing sampai mati, ibu pula kuis dengan kaki

Kejam! Anak pijak kucing sampai mati, ibu pula kuis dengan kaki

Seorang kanak-kanak bertindak memijak seekor kucing, menerusi video yang tular di media sosial sejak Sabtu. Foto paparan skrin video di Facebook Persatuan Haiwan Malaysia
KEJAM! Begitulah yang boleh digambarkan mengenai insiden seekor anak kucing yang mati dipijak seorang kanak-kanak, menerusi video yang tular di media sosial.
Namun yang membangkitkan kemarahan netizen adalah perlakuan itu hanya dipandang ringan oleh ibu kanak-kanak itu yang turut menyaksikan kejadian tersebut.
Menerusi video berdurasi seminit, daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah pangsapuri, ibu kanak-kanak terbabit hanya menguis anak kucing yang sedang nyawa-nyawa ikan itu menggunakan kakinya tanpa belas kasihan untuk menyelamatkannya.

Tindakan dua beranak itu turut dibangkitkan dengan penuh kesal oleh Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika pada Ahad.
Bercakap kepada mStar Online, maklumat mengenai video itu diterima beberapa hari lalu sebelum ia tular di media sosial pada Sabtu.
“Saya kesal dengan tindakan kanak-kanak yang mungkin berusia di bawah 12 tahun itu, tetapi pada usia sebegitu, saya pasti dia boleh membezakan antara baik dan buruk.
“Tapi melihat keadaan ibu pelaku yang hanya membiarkan kucing itu selepas dipijak bagaikan tiada perasaan sehingga hampir mati, mungkin itulah yang dapat digambarkan pemikiran dan didikan terhadap anaknya,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Ibu kanak-kanak itu hanya menguiskan badan kucing tersebut menggunakan kakinya.
Menurut persatuan itu, anak kucing mati itu akibat patah tengkuk berlaku di hadapan lif di sebuah blok di Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara, di Puchong, 27 November lalu.
Berdasarkan maklumat sumber, pelaku dan ibunya merupakan penduduk yang mendiami kawasan yang sama tetapi berlainan blok.
Arie berkata, beberapa penduduk prihatin dengan nasib kucing malang tersebut lalu membawanya ke klinik veterinar untuk rawatan namun malangnya doktor mengesahkan bahawa kucing itu telah pun mati.
Namun apa yang lebih dikesalkan, kata Arie, teguran penduduk kepada ibu kanak-kanak tersebut mengenai kelakuan kejam itu telah dibalas dengan maki hamun kepada penduduk yang mengadu.
“Sudahlah tak tolong selamatkan kucing itu, penduduk dimarahi pula. Si ibu nampaknya membiarkan kelakuan kejam yang dibuat anaknya, tanpa belas kasihan.
“Sebagai ibu bapa, mereka sepatutnya menjadi contoh yang baik dan memberi pengajaran yang berguna kepada anak-anak dengan bersikap bertimbang rasa dan penyayang,” katanya.

Dua beranak itu hanya berlalu pergi membiarkan kucing yang sedang nyawa nyawa ikan akibat dipijak.
Tambah Arie, pihaknya telah menghantar laporan berhubung kejadian yang tular itu kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar pada Ahad.
“Kita berharap pihak jabatan dapat menyiasat perkara ini dan mendapatkan maklumat berkaitan daripada persatuan kerana kes penganiyaan terhadap haiwan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015,” katanya.
Tambah Arie, tahun ini saja menyaksikan lebih 300 aduan membabitkan penganiayaan dan pengabaian terhadap haiwan, yang diterima persatuan itu daripada orang ramai.
Ia merupakan kejadian keganasan terhadap kucing yang terbaru, susulan insiden sekumpulan lelaki bertindak memasukkan seekor kucing bunting ke dalam mesin pengering pakaian di sebuah kedai dobi layan diri di Gombak, Selangor pada September lalu.

Sunday, December 23, 2018

Rupa cantik tak semestinya hidup indah” - Pengakuan gadis bekas pesakit psikiatri


Qishi berani berkongsi tentang penyakit psikiatri yang dialaminya.
BUKAN mudah bagi seorang individu untuk tampil bersuara mengenai masalah kesihatan mental yang menghantui mereka.
Takut berdepan dengan stigma masyarakat dan disisihkan adalah antara punca pesakit psikiatri memilih untuk memendam rasa.
image: https://video.unrulymedia.com/nat16481b937f87b244a645cdbef0d930f8.png
–– ADVERTISEMENT ––

Namun, bagi gadis jelita yang hanya ingin dikenali sebagai Qishi, dia enggan menyorokkan status kesihatan mentalnya kepada orang awam.
Kata Qishi, dia disahkan menghidapi Gangguan Tekanan Utama (MDD), Gangguan Ambang Personaliti (BPD), kerunsingan dan serangan panik.


Pengalamannya dimasukkan ke wad psikiatri selama hampir sebulan menjadi tular di Twitter sehingga ia diulang kicau lebih 10,000 kali.
"Saya sedar alami masalah ini pada pertengahan 2018. Sebenarnya, sejak saya berumur 13 tahun lagi dah ada simptom ni.
"Cuma masa tu saya tak sedar tu simptom kemurungan kerana pengetahuan tentang kesihatan mental belum tersebar meluas pada masa tu," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.
image: https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2018/12/22/~/media/ce393f7b936f48da98444e38cdd6b992.ashx?la=en

Selepas pelajar diploma pengajian perniagaan dari universiti awam itu membuat pendedahan tersebut, dia mengakui semakin ramai yang sedar bahawa penyakit mental bukan perkara yang boleh dipandang remeh.
Tambah gadis kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu, dia sudah biasa dihina disebabkan penyakitnya, namun Qishi tidak pernah tunduk dengan kejian masyarakat kerana baginya, perkara itu membuang masa.
image: https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2018/12/22/~/media/ae1c2b5b4ad8467fadba5bd39fcdb96a.ashx?la=en

"Mak saya selalu pesan selagi tak hilang mata, hidung, telinga dan mulut, jangan layankan kata orang. Orang boleh cakap apa yang mereka nak sebab tak kenal diri kita yang sebenar," ujarnya.
Gadis yang memiliki paras menawan itu juga ingin menghakis tanggapan masyarakat bahawa orang cantik sentiasa menjalani kehidupan yang indah.
"Saya pernah dapat komen dekat Twitter. Dia cakap “awak ni cantik, apa lagi yang kurang dalam hidup, tak cukup ke muka dah cantik, hidup mewah”.
image: https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2018/12/22/~/media/561213e9a2014d83a07d020023222b57.ashx?la=en

Qishi telah mendaftar keluar dari wad psikiatri, namun mengakui masih mengalami masalah kemurungan.
"Reaksi saya senang je, cantik tak menjamin kebahagiaan dan tak bermaksud kita tak boleh sakit.
"Muka cantik tak ada kena mengena dengan diri kita yang sakit. Apa-apa pun, jangan mudah menilai hidup seseorang.
"Dekat laman sosial ni, kita tunjuk apa yang kita nak je. Selebihnya simpan sendiri," luah gadis itu.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung