Nuffnang

Thursday, December 31, 2020

Aduh! Orang lain jatuh, yang tengok pula tumpang ngilu


Aduh! Orang lain jatuh, yang tengok pula tumpang ngilu... pelajar akui salah step semasa nak tunjuk skill - “Hampir kena celah kangkang”


Video lama itu tiba-tiba tular di laman TikTok apabila dikongsi oleh rakan Hafiz.

DIA yang kena, kita yang rasa sakit.

Demikian antara komen netizen apabila seorang remaja gagal menyeimbangkan badan sehingga dia terjatuh dan menyebabkan bahagian celah kangkangnya terkena palang.

Menurut Muhammad Hafiz Daniel Ramzi, 17, dia juga tidak menyangka video dirakam seorang rakan yang memaparkan aksinya sedang bermain sukan bar (calisthenics) itu akan tular di laman sosial.


Bercakap kepada mStar, dia yang mesra disapa Hafiz turut mendedahkan bahawa ia merupakan rakaman lama, namun baru sahaja menjadi tular beberapa hari lalu.

"Ia sebenarnya video Februari lalu dan dirakam di sebuah taman di Plentong, Johor. Pada masa tu saya nak tunjuk skill Super 540, ia tak dirancang pun sebenarnya.

"Saya salah step dan dah jangka masa pusing kali kedua ia tak akan menjadi. Saya lepaskan bar terlalu awal.

Hafiz mula berjinak-jinak dengan sukan itu sekitar empat tahun lalu.

"Hampir kena celah kangkang. Sakit tu sakit juga, boleh tahan lah. Tapi sekejap je," ujarnya yang mula berjinak-jinak dengan sukan jalanan itu sejak empat tahun lalu.

Kata Hafiz, video itu dirakam oleh salah seorang rakannya sebelum ia tular di aplikasi TikTok dan menerima lebih 170,000 tontonan.

Namun katanya, ia bukanlah kejadian pertama seumpamanya dan ia dianggap sebagai asam garam dalam sukan berkenaan.

Selamat maju jaya dan saya harap sukan ini makin berkembang di ramai orang akan mengenalinya.

HAFIZ

"Bukan kali pertama. Banyak lagi yang gagal tapi tak dirakam. Saya rasa terkejut video tu viral. Rasa terharu, dalam masa sama malu juga.

"Ini kali pertama viral, ada tengok juga komen-komen netizen. Keluarga pun pakat gelak dan kesiankan saya. Ia sebenarnya satu senaman yang saya minat.

"Tapi sekarang dah kurang aktif. Badan dah berat sikit, saya pun sibuk tolong keluarga berniaga goreng pisang," ujarnya.

Dalam pada itu, Hafiz turut berkongsi tip untuk mereka yang berminat menceburi sukan jalanan itu.

Rakan-rakan Hafiz yang turut aktif bermain sukan jalanan itu.

Ujarnya, selain jimat kos, video tutorial juga boleh didapati dengan mudah di laman sosial dan YouTube.

"Banyak faedah dalam sukan ni, contohnya dapat kawan ramai. Badan mudah dibentuk tanpa memerlukan kos yang banyak.

"Sebelum mulakan work out tu, mulakan dengan rutin asas dahulu. Jangan terlalu rushing kalau buat routine tu dan kalau perlukan trainer, cari trainer... lebih bagus.

"Selamat maju jaya dan saya harap sukan ini makin berkembang di ramai orang akan mengenalinya," ujar Hafiz lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu ? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p

Wednesday, December 30, 2020

Akhirnya !!! Wanita sebar fitnah terhadap Neelofa, PU Riz akhirnya serah diri - “Dia hubungi saya secara peribadi di media sosial”


Akhirnya individu sebar fitnah serah diri.

SELEPAS diburu kerana membuat pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap Neelofa dan Pencetus Ummah (PU) Haris di laman Twitter, individu yang dicari tampil menyerah diri.

Pembantu peribadi Neelofa iaitu Nadiah Khairuddin berkata, dia sudah menyerahkan kes wanita dikenali Syamira Safiya itu kepada pihak peguam untuk tindakan lanjut.

“Tiga jam selepas saya memuat naik wajah serta memintanya untuk tampil memberikan penjelasan, akhirnya wanita itu menghubungi saya sendiri secara peribadi menerusi media sosial.

“Sebagai pembantu kepada Neelofa, saya sudah meminta dia untuk berurusan dengan wakil peguam saya. Hal ini kerana menerusi paparan skrin terbabit dia secara tidak langsung sudah mengaitkan nama saya.

“Kami tidak ada apa-apa kaitan, dia bukan saudara atau kawan saya cuma apa yang penting, saya hanya mahu membersihkan nama daripada terpalit dengan konflik membabitkan majikan dan Haris, ” katanya.



Individu dicari menghubungi Nadiah (duduk, baju putih) selepas tiga jam dia memuat naik maklumat wanita itu di laman Instagram.

Menerusi laporan mStar pada Isnin, Nadiah mencari wanita menggunakan nama Syamira Safiya yang dipercayai melemparkan dakwaan tidak berasas di laman sosial sehingga menjejaskan nama baik Neelofa dan PU Riz.

Nadiah menerusi InstaStory memuat naik foto dan meminta informasi daripada orang ramai yang mengenali wanita berkenaan supaya tampil membantu pihaknya mengesan wanita itu.

Pada Sabtu lalu, sebuah akaun Twitter dengan nama Syamirasafiya02 memuat naik paparan skrin mesej perbualan menceritakan kononnya Neelofa terkena minyak pengasih dan sedang berubat.

Menerusi perbualan itu juga mendakwa bekas pengacara MeleTOP itu memasukkan sejumlah wang ke akaun tunangnya atas tujuan tertentu.

Selain mendakwa pasangan tersebut sudah berkahwin di Kelantan.



Status fitnah yang dimuat naik di Twitter.

Bagaimanapun, pada malam Ahad, Neelofa tampil menerusi sebuah video menolak tuduhan-tuduhan yang dianggap telah menjejaskan nama baik dan maruah keluarganya.

Manakala, mengulas mengenai status terkini hubungannya dengan PU Riz, Neelofa bagaimanapun sekadar memberi bayangan seolah-olah dilanda badai.

Kisah mengenai hubungan Neelofa dan PU Riz hangat diperkatakan netizen selepas adik-beradik usahawan itu asyik berkongsi status berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan kepada PU Riz.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 1 November lalu di kediaman keluarganya di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Join grup Telegram mStar!


Tuesday, December 29, 2020

Tragis... suami bunuh diri, 2 anak selepas isteri mengaku lakukan seks dengan rakan sekerja

 

.

Polis menemui tiga mayat di dalam sebuah kereta, di lokasi kejadian. -foto IC in the Republic of Bashkortostan

SEORANG suami bertindak membunuh dua anaknya dan dirinya sendiri, hanya beberapa jam selepas isteri membuat pengakuan bersikap curang.

Fazyl Khalikov, 37, cuba menghubungi isterinya yang berusia 31 tahun, Galiya, beberapa kali sepanjang malam ketika isterinya menyambut Krismas bersama rakan-rakan di Ufa, Rusia.

Isterinya bagaimanapun tidak menjawab panggilan pada malam berkenaan.

Lebih mengejutkan, isterinya yang pulang ke rumah keesokkan harinya membuat pengakuan telah mengadakan hubungan seks bersama rakan sekerja.

Turut dilaporkan Galiya menuntut penceraian daripadanya, susulan kejadian itu.

Pasangan itu menaiki kereta sekitar bandar untuk mengadakan perbincangan, sebelum Fazyl menyuarakan hasrat mahu membawa anak-anak mereka keluar bersiar-siar.

Fazyl kemudian memandu sejauh kira-kira 190 kilometer ke sebuah perkampungan terpencil sebelum dikatakan membunuh anak-anaknya dan dirinya sendiri.

Menerusi satu mesej kepada abangnya, Fazyl berkata: "Isteri saya curang, dia membuat pengakuan pada hari ini.

"Dia beritahu mencintai lelaki lain dan mereka telah mengadakan hubungan seks di sebuah parti.

"Selamat tinggal, saya akan bawa anak-anak bersama saya," katanya yang menghubungi isteri bagi memaklumkan bahawa anak lelaki mereka berusia enam tahun, Askar dan Ayana yang berumur 18 bulan akan mati.

Polis menemui tiga mayat, dua jam kemudian dekat tepi sungai di lokasi kejadian.

Menurut pasukan siasatan, tiga mayat ditemui di dalam sebuah kereta.

"Kematian suspek dan mangsa disebabkan oleh keracunan karbon monoksida," menurut kenyataan itu.

Bedah siasat ke atas mayat dijalankan. - Daily Star




Monday, December 28, 2020

Tragedi Krismas! 18 penghuni pusat jagaan meninggal dunia dijangkiti Covid-19 selepas dikunjungi ‘Santa Claus’


Tragedi Krismas! 18 penghuni pusat jagaan meninggal dunia dijangkiti Covid-19 selepas dikunjungi ‘Santa Claus’

Seorang lelaki berpakaian Santa Claus mengunjungi sebuah pusat jagaan di Belgium sebelum disahkan positif Covid-19 beberapa hari kemudian. Foto: VRT

SERAMAI 18 penghuni di sebuah pusat jagaan di Belgium dilaporkan meninggal dunia kerana dijangkiti Covid-19, selepas premis itu dikunjungi seorang lelaki berpakaian Santa Claus.

Dilaporkan, 'Santa Claus' tersebut berkunjung ke pusat jagaan di Mol, Antwerp, pada awal Disember dan dia jatuh sakit tiga hari kemudian, yang kemudian disahkan positif Covid-19.

Lelaki itu dikatakan menjadi punca selepas 18 penghuni pusat jagaan itu meninggal dunia manakala seramai 121 disahkan positif termasuk 36 kakitangannya.

Lima penghuninya meninggal dunia pada malam sebelum perayaan Krismas dan Hari Krismas, lapor Mirror.

Bagaimanapun masih belum jelas sama ada dia yang menjadi punca kepada tragedi di pusat jagaan itu, namun kunjungannya ke premis itu digelar 'super spreader'.

Datuk Bandar pekan itu, Wim Caeyers menyifatkan apa yang berlaku di pusat jagaan itu sebagai satu tragedi hitam. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Sunday, December 27, 2020

Kejam! 9 anjing liar mati bergelimpangan akibat diracun


Bangkai anjing yang ditemui dipercayai akibat diracun. Foto: Sinar Harian

TIDAK berperikemanusiaan. Itulah yang dapat digambarkan dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab apabila tergamak meracun anjing liar sehingga haiwan berkenaan mati bergelimpangan.

Sebanyak sembilan ekor anjing liar ditemui mati berhampiran kawasan kilang di Puncak Jelapang, Ipoh sejak Khamis lalu.

Kejadian itu disedari seorang wanita berusia 40 tahun yang tinggal berhampiran kawasan berkenaan selepas menemui dua bangkai anjing di hadapan rumahnya kira-kira pukul 10 malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Racun anjing: "Orang ramai jangan viralkan, siasatan sedang berjalan" - PDRM

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah, pada keesokannya, wanita terbabit menemui tujuh lagi bangkai anjing di kawasan kilang berhampiran.

Ujarnya, sebelum kejadian wanita itu mendakwa ada terlihat lima lelaki tidak dikenali berada di lorong berhampiran rumahnya tanpa dikenal pasti tujuannya.

"Wanita itu kemudiannya tampil membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan diri.

"Siasatan awal dijalankan tidak menolak kemungkinan semua haiwan terbabit mati akibat diracun.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan membunuh atau mencacatkan haiwan," katanya.

Sementara itu, Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook, mengecam individu yang tergamak melakukan perbuatan kejam berkenaan.

Katanya, tindakan meracun mati haiwan berkenaan tidak akan menyelesaikan masalah kejiranan malah menyalahi undang-undang.

"SAFM mengutuk tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan sekumpulan individu ini dan kita akan berusaha menegakkan keadilan buat anjing-anjing ini," katanya yang turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu agar tampil membantu siasatan. - SINAR HARIAN

Friday, December 25, 2020

Tayar motor pecah, remaja terpaksa tolak sendirian sampai 10km... tak sangka tiba-tiba 'uncle' muncul -

 

Tayar motor pecah, remaja terpaksa tolak sendirian sampai 10km... tak sangka tiba-tiba 'uncle' muncul - “Dia tak mahu walau berkali-kali nak bagi sagu hati”

Perkongsian seorang remaja mengenai kisahnya dibantu lelaki India ketika tayar motosikalnya pecah, menjadi tular di Twitter.

BAGI penunggang motosikal, situasi kehabisan minyak petrol atau motosikal mengalami kerosakan ketika sedang menunggang di lebuh raya adalah antara perkara yang menakutkan mereka.

Begitu jugalah halnya dengan remaja ini apabila tayar belakang motosikalnya pecah ketika menunggang berseorangan di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).

Bayangkan, lokasi kejadian ketika itu berjauhan dengan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) manakala susur tol paling hampir pula terletak kira-kira 10 kilometer jauhnya.

Namun siapa sangka, kehadiran seorang pemandu lori berbangsa India membuatkan remaja ini terhutang budi dengan pertolongan ikhlasnya.

Mengimbas kembali peristiwa itu, remaja yang hanya mahu dikenali sebagai Danish berkata ketika itu dia dalam perjalanan dari Tapah ke Ipoh bagi mengambil tayar motosikalnya yang ditinggalkan di rumah sahabatnya.

"Rancangannya, saya ke rumah abang dulu di Ipoh untuk pinjam keretanya dan kemudian ke rumah rakan untuk ambil tayar. Tak sangka tayar motor yang saya naik tu pecah. Ironi pula.



Seorang lelaki India menawarkan bantuan untuk menghantar Danish ke bengkel dengan menaiki lorinya.

"Ketika menunggang, saya rasa goyang-goyang tapi bawak perlahan-lahan. Tapi makin tak boleh dikawal dan saya berhenti di lorong kecemasan. Rupa-rupanya getah tayar dah terkeluar rim.

"Saya terus telefon polis peronda PLUS... 10 minit kemudian mereka tiba, tapi tak dapat bantu kerana di luar kemampuan mereka. Tiada pilihan, saya terpaksa tolak motor perlahan-lahan untuk ke susur Plaza Tol Gopeng yang terletak kira-kira 10 kilometer dari situ," ujar remaja berusia 18 tahun ini.

Menurut Danish, kira-kira 10 minit menolak motosikalnya seorang diri, tiba-tiba sebuah lori berhenti di lorong kecemasan sejauh kira-kira 50 meter di hadapannya.

"Saya ingatkan lori tu rosak... tapi pemandu dia tak keluar pun. Bila motor saya hampir, barulah pemandunya keluar. Dia tengok tayar motor saya dan offer untuk tolong hantarkan.

"Saya beritahu nak ke Ipoh. Dia pun beritahu nak ke lokasi sama. Saya mulanya segan sebab takut menyusahkan tapi dia tetap nak tolong.



Danish membuat ciapan di Twitter kerana mahu berkongsi kisah kemanisan perpaduan sebagai rakyat Malaysia.

"Uncle tu walaupun dah berusia, tapi tenaganya memang kuat. Dia yang tolong angkat motor ke atas lori, saya pula jaga bahagian belakang.

"Syukur sangat uncle ni berhentikan lori dan offer bantuan. Sebelum tu saya tak tahan mana-mana kenderaan pun sebab tak nak menyusahkan orang," katanya yang juga pelajar sebuah Kolej Matrikulasi di Kedah.

Kata remaja ini lagi, lelaki berkenaan menghantarnya ke sebuah bengkel motosikal sebelum berlalu pergi kerana mempunyai urusan lain.@thestar.com.my

Thursday, December 24, 2020

Tudia!! “Tiap minggu kacau kami” - Menantu makan hati, ibu mentua asyik ajak beli barang di pasar raya..

 

“Tiap minggu kacau kami” - Menantu makan hati, ibu mentua asyik ajak beli barang di pasar raya... nak balik kampung pun tak bagi

Dia mula menjadi berang apabila permintaan itu menjadi satu 'acara mingguan' sehingga menganggu waktu rehatnya.
 
 
 
 

JIKA baru-baru ini tular kisah menantu wanita yang cukup akrab dengan ibu mentuanya, kali ini lain pula ceritanya.

Menerusi perkongsian luahan hati di Facebook, seorang wanita mengadu mengenai sikap mentua yang dianggap menjadi punca pergaduhan dia dan suami.

Menurut wanita yang enggan mendedahkan identitinya itu, jarak rumahnya dengan keluarga mentua hanyalah 15 minit perjalanan.

ADVERTISING


Namun katanya, mentua sering mengganggu waktu cuti dia dan suami dengan urusan yang tidak penting.

"Saya tak faham dengan mak mentua saya ni. Hampir tiap minggu akan kacau kami laki bini. Keluarga mentua saya ni memang tak ada kereta, nak ke mana-mana cuma ada motor je.

"Tiap minggu waktu kami cuti mestilah nak spend masa laki bini. Ini tidak, asal kami cuti je mesti minta kami bawakan ke sana sini.

Setiap minggu dia dan suami perlu membawa ibu mentuanya untuk membeli barang di pasar raya.

"Beli barang dapurlah, macam-macam tempat. Padahal jalan kaki depan rumah dah sampai kedai barang-barang basah. Barang yang dia beli di supermarket pun ada di kedai depan rumah tu," ujarnya.

Menurut wanita itu, dia mula menjadi berang apabila permintaan itu menjadi satu 'acara mingguan' sehingga mengganggu waktu rehatnya.

Lebih parah, dia turut berkecil hati kerana sikap suaminya yang seolah-olah menurut tanpa banyak soal.

"Setiap minggu ya. Kalau dua minggu sekali, sebulan sekali... saya boleh faham sebab dia tak ada kereta.

"Saya dah lama makan hati dengan mentua saya ni. suami pula jenis menurut je," ujarnya.


Lebih menambah bara di hati, ibu mentuanya meminta wanita itu agar tidak pulang ke kampung.

"Saya dah lama tak balik kampung sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bila dah boleh rentas negeri, mak dia cakap tak perlu baliklah, bawa mak pergi beli barang dapur.

"Serius saya sentap gila. Yang saya pelik bila nak keluar berjalan dengan adik beradik lain, pandai pula naik Grab dan pengangkutan awam," luah wanita itu lagi.

Wanita itu terasa hati apabila ibu mentua meminta agar dia tidak pulang ke kampung.

Katanya, dia buntu untuk mencari penyelesaian kerana suami lebih mementingkan keluarga sendiri.

"Suami saya lebihkan keluarga dia selalu. Sampai sanggup suruh saya jangan balik jumpa family sebab nak melayan mak dia ke sana sini tiap minggu.

"Saya rasa macam dah penat nak melayan kerenah mak dia. Setiap minggu makan hati.

"Selalu je bergaduh dengan suami sebab benda ni. Tapi masih tak buka mata," ujarnya.

Perkongsian di Facebook Kelab Rumah Tangga itu turut menerima lebih 1,000 komen netizen.

Sudut pandang Islam berkenaan perselisihan menantu dan mentua

Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Mohd Hasrul Shuhari berkata, aib ibu bapa mentua tidak wajar didedahkan di media sosial.

Wanita itu turut berkecil hati kerana sikap suaminya yang seolah-olah menurut tanpa banyak soal.

Malah jika tidak dapat diselesaikan perselisihan tersebut, mereka juga boleh memohon bantuan daripada pihak yang berautoriti.

"Sekiranya suami mempunyai adik-beradik yang lain, maka mereka semua perlu ada keselarasan dan persefahaman untuk sama-sama mengambil tanggungjawab menjaga, membantu dan berkhidmat kepada kedua ibu bapa.

"Dengan cara ini, tidaklah terbeban kepada satu-satu anak sahaja sedangkan yang lain lepas tangan. Sekiranya suami tidak mempunyai adik-beradik lain dalam masa yang sama mempunyai pendapatan yang terhad maka, secara turutannya perlulah mengutamakan isteri terlebih dahulu, kemudian anak-anak, kemudian ibu bapa," ujarnya kepada mStar.

Tambahnya, jika suami memutuskan sesuatu perkara berdasarkan ruangan syarak yang membenarkan ibu bapa masuk campur, maka isteri wajib menurutinya.

"Cuba bayangkan ketika si isteri menjadi ibu yang mempunyai menantu perempuan kelak, maka situasinya adalah sama, menantu perempuannya perlu mematuhi anak lelakinya yang menjadi suaminya dan suaminya perlu mematuhinya juga.

"Ia berkaitan dengan keberkatan yang akan diterimanya, inilah keuntungan yang kadang-kadang seseorang itu tidak perasan.

"Jika si isteri dapat bersabar dan bertolak ansur, pahalanya sangatlah istimewa dan mudahannya apabila si isteri menjadi mentua pula, Allah akan memudahkan urusannya pula di atas kesabarannya tersebut. Begitu jugalah suami apabila berkaitan tanggungjawab yang dipikulnya," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung