Nuffnang

Friday, April 30, 2021

Tersentuh tengok remaja ‘setia’ tunggu pelanggan dalam hujan lebat, guru borong semua kuih yang dijual.

 

Tersentuh tengok remaja ‘setia’ tunggu pelanggan dalam hujan lebat, guru borong semua kuih yang dijual... tak sangka ada yang kenal ibunya!

Dalam keadan cuaca hujan lebat, kelihatan seorang remaja menjual kuih di tepi jalan sekitar Kampung Sungai Tekali, Ulu Langat, Selangor.

JARANG sekali kita melihat remaja umur belasan tahun mahu berniaga, apatah lagi secara bersendirian di tepi jalan.

Selalunya mereka lebih suka menghabiskan masa melakukan aktiviti santai dengan rakan sebaya sementara tugas mencari rezeki diletakkan sepenuhnya di bahu ibu bapa.

Tetapi lain pula kisah remaja lelaki yang ditemui oleh Muhammad Zamri, 38, ketika dia dalam perjalanan pulang dari rumah rakannya yang terletak di Kampung Sungai Tekali, Ulu Langat, Selangor.

Muhammad Zamri memuat naik rakaman pengalaman bertemu remaja berkenaan di TikTok dan video itu berjaya meraih lebih 200,000 tontonan di aplikasi tersebut.


Berkongsi cerita dengan mStar, dia yang mesra disapa Muhammad berkata pada waktu itu hari sudah petang dan dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Gombak.

Sepanjang perjalanan, Muhammad perlu memandu di kawasan kampung dalam keadaan cuaca hujan lebat dan diiringi guruh serta kilat

“Jalan yang saya lalu tu kawasan kampung dan memang tiada kedai atau gerai lain. Tiba-tiba ada dia seorang saja yang berniaga, dalam keadaan hujan lebat pula.

“Saya sebenarnya memang dah perasan budak tu berniaga masa dalam perjalanan nak pergi rumah kawan. Bila nak balik saya lalu semula, dia masih ada lagi di situ dan masih ada lagi kuihnya yang tak terjual.

“Disebabkan waktu itu hujan lebat dan sudah hampir waktu berbuka, saya pun tak fikir panjang dan terus berhenti di gerai adik tu," ujarnya.

Muhammad merupakan seorang guru muzik di SMK Sungai Kertas, Gombak.

Menurut Muhammad, remaja tersebut seolah olah memang menunggu kuih yang dijual, dipercayai dibuat sendiri oleh ibunya habis dijual.

Tetapi disebabkan tidak ramai yang lalu di situ pada waktu tersebut, ditambah dengan faktor cuaca, maka masih terdapat baki kuih yang tidak bertuan.

Ketika itulah hatinya sangat tersentuh melihat kesungguhan remaja berkenaan yang sanggup berniaga dalam cuaca yang buruk demi membantu keluarganya pada usia begitu muda.

“Saya tengok ada lagi enam kuih atas meja tu. Niat nak beli dua je tapi nanti adik tu kena tunggu lagi sampai kuihnya habis dijual. Kesian pula kalau dia kena berbuka seorang diri di tepi jalan.

“Jadi saya pun beli kesemua kuihnya dan membayar lebih sebagai duit belanja dia. Waktu nak beredar dari situ saya tengok dia dah kemas meja serta payung dan bergegas pulang ke rumah,” katanya yang merupakan seorang guru muzik di SMK Sungai Kertas, Gombak.

Ye la, sekarang ni kan kuih canggih je, susah nak nampak orang jual kuih tradisional macam ni. Rasanya sedap pula tu.

MUHAMAD ZAMRI

GURU MUZIK

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]



Rupanya ada yang mengenali remaja tersebut dan memuji kuih hasil air tangan ibunya.

Netizen memuji tindakan murni yang dilakukan oleh guru tersebut dan ada juga yang meninggalkan komen mengatakan mereka kenal dengan remaja berkenaan.

Berdasarkan komen tersebut, ibu kepada remaja itu memang seorang yang pandai membuat kuih-kuih tradisional dan hasil air tangannya memang sedap.

Muhammad juga memuat naik satu lagi video yang menunjukkan kuih yang dijual oleh remaja itu memandangkan dia sendiri tidak pernah melihat dan mencubanya sebelum ini.

Muhammad mengajak netizen untuk meneka nama kuih yang dijual oleh remaja tersebut.

"Mak saya pun pandai buat kuih juga dan saya pula memang suka berjalan-jalan di bazar Ramadan mencari juadah berbuka. Tapi saya memang tak pernah nampak kuih seperti adik tu jual.

"Ye la, sekarang ni kan kuih canggih je, susah nak nampak orang jual kuih tradisional macam ni. Rasanya sedap pula tu," katanya sambil menambah, kuih tersebut dikenali dengan nama kuih jongkong atau lebih dikenali sebagai kuih bongkol jika di Sarawak.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Thursday, April 29, 2021

Fuh Tedia !!! Dulu ada persepsi buruk, doktor kacak ini akhirnya ‘terjebak’ juga main TikTok

 

Dulu ada persepsi buruk, doktor kacak ini akhirnya ‘terjebak’ juga main TikTok - “Orang kalau boleh nak zoom semua benda”

Dr Aizul kini mengorak langkah dan tampil lebih santai menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok.

NAMA Dr Aizul Hafizi sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Malah, sudah acap kali wajahnya yang kacak terpapar di televisyen, akhbar dan juga majalah.

Tidak pernah jemu berkongsi ilmu, doktor perubatan dan pakar estetik itu kini mengorak langkah dan tampil lebih santai menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok.

Bercerita lanjut kepada mStar, Dr Aizul, 32, mengakui dia juga sama seperti kebanyakan insan lain yang pada awalnya sedikit ragu-ragu dengan aplikasi itu.

"Sebenarnya saya masih baru lagi di aplikasi TikTok. Pernah sekitar empat ke lima bulan lepas, kongsi satu video kemudian saya biarkan je.

"Kemudian saya mula aktif dalam dua bulan lepas. Dulu saya ada persepsi negatif mengenai TikTok.

Dr Aizul gembira dengan sambutan yang diterima menerusi platform itu.

"Sebab nampak banyak menari, nampak macam platform untuk remaja. Saya fikir ia sesuai untuk content begitu.

"Tak lama kemudian baru saya sedar bahawa saya boleh kongsi apa sahaja video menerusi TIkTok," ujarnya.

Dekat media sosial, orang kalau boleh nak zoom semua benda.

DR AIZUL HAFIZI

Menurut Dr Aizul, dia terharu dengan sokongan ramai yang diterima menerusi perkongsian video di TikTok.

Selain berkongsi ilmu, dia juga banyak menimba pengetahuan baharu menerusi platform itu.

"Bila share, tiba-tiba ada satu video dapat perhatian, kemudian video-video seterusnya pun dapat jumlah tontonan yang tinggi.

Dr Aizul juga tak terlepas menerima komen negatif di TikTok.

"Saya rasa ia platform yang bagus. Saya sendiri banyak belajar menerusi TikTok. Antaranya, ada banyak perkongsian mengenai bisnes.

"Sekarang zaman dah berubah. Dulu nak belajar kena baca buku atau pergi kelas. Sekarang, ia semudah menonton dan mendengar di TikTok.

"Menggunakan dua deria itu, saya rasa ia lebih senang untuk ingat dalam kepala," ujarnya berseloroh.

Menurut Dr Aizul, dia juga tidak terlepas menerima komen negatif, khususnya apabila menghasilkan video berkaitan vaksin Covid-19.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kadang-kadang, apa yang kita sampaikan, lain yang orang faham. Contohnya apabila saya berkongsi video mengenai vaksin.

Dr Aizul setuju bahawa platform TikTok sangat bermanfaat untuk menyampaikan ilmu.

"Ada orang yang negatif terhadap vaksin, menentang apa yang diberitahu. Pada saya, kalau kita jawab elok-elok, mereka OK sahaja.

"Dekat media sosial, orang kalau boleh nak zoom semua benda. Ada benda terkurang, tersalah cakap atau tersalah pakai, itu mereka lagi suka komen berbanding apa yang kita sampaikan.

"Perkongsian saya pula lebih kepada health and beauty. Seronok di TikTok sebab crowd suka bertanya dan mereka lebih relax," ujarnya lagi.

Untuk rekod, Dr Aizul memiliki lebih 40,000 pengikut di platform TikTok.

Tq Mstar

Wednesday, April 28, 2021

Sedih tengok ayah termenung, siap mengadu restoran sepi tanpa pelanggan minggu pertama Ramadan

 

Sedih tengok ayah termenung, siap mengadu restoran sepi tanpa pelanggan minggu pertama Ramadan... tak sangka apa dilakukan si anak meletup, tiba-tiba meriah!

Dari kedai makan kurang mendapat sambutan pada minggu pertama Ramadan, keluarga ini boleh tersenyum selepas tempahan untuk berbuka puasa sentiasa penuh.

SIAPA sangka satu keluarga diuji di bulan Ramadan, apabila kedai makan yang diusahakan mereka kurang mendapat sambutan untuk waktu berbuka puasa.

00:36
/
08:34
×

Dugaan itu diluahkan oleh seorang gadis yang begitu bimbang melihat kesedihan bapanya menghadapi situasi itu.

Luahan tersebut dikongsi menerusi satu ciapan di laman Twitter, sehingga menjadi tular selepas diulang kicau lebih 20,000 kali.


Gadis berkenaan, Yzmeen Saniah Zainuddin berkata, bapanya mengusahakan sebuah restoran di Bukit Jelutong di Shah Alam, Selangor sejak Ogos tahun lalu.



Luahan Yzmeen mengenai bapanya di laman Twitter.

Namun katanya, bisnes makanan dan minuman (F&B) itu yang awalnya beroperasi dari pukul 5 petang hingga 10 malam sepanjang Ramadan kurang mendapat sambutan.

"Pada minggu pertama puasa, kedai makan ayah tak ada sangat pelanggan yang datang. Kalau ada pun cuma seorang atau dua orang datang untuk berbuka puasa.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Dalam tempoh seminggu itu juga, selama dua hari langsung tak ada pelanggan. Bayangkanlah kedai sunyi je dari pukul 5 pagi hingga 10 malam," katanya kepada mStar.

Namun, Yzmeen yang berusia 20 itu tidak mengetahui punca ia tiada sambutan kerana hebahan mengenai restoran itu beroperasi untuk berbuka puasa telah dibuat lebih awal.



Restoran keluarga Yzmeen dikenali dengan hidangan Chicken Chop.

"Sejak sebelum Ramadan lagi kami sekeluarga telah edarkan flyer promosi tentang kedai kami di seluruh Bukit Jelutong. Malah mak ada beli iklan di Facebook.

"Mencabar, setiap hari ayah pergi pasar beli barang mentah. Fikir nak bayar sewa kedai, nak bayar gaji pekerja lagi... semuanya pakai duit," ujarnya yang menetap di Shah Alam.

Ayah pendam saja perasaan dia. Kadang-kadang ayah berdiri di depan atau belakang kedah termenung seorang diri

YZMEEN

Lebih membimbangkan anak sulung daripada tiga beradik itu apabila bapanya berusia 52 tahun itu memendam kesedihan di kedai mahupun di rumah.

"Ayah pendam saja perasaan dia. Sebagai anak, saya nampak kesedihan itu. Kadang-kadang ayah berdiri di depan atau belakang kedai termenung seorang diri.

"Suatu hari di rumah, ayah termenung dan tanya saya 'Macam mana ni?'. Jadi malam tu saya luahkan apa yang berlaku di Twitter dengan harapan ada yang ambil perhatian," kata Yzmeen.



Bapa Yzmeen berpengalaman sebagai cef lebih 25 tahun.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Penyiaran) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau di Negeri Sembilan itu sama sekali tidak menyangka luahannya menerusi satu ciapan di Twitter itu menjadi tular semalaman.

"Saya tak sangka tweet tu blow up. Ramai yang telefon kami nak buat tempahan untuk berbuka puasa, mesej masuk di WhatsApp memang tak henti-henti.

"Dari ada hari-hari yang seorang pelanggan pun tak muncul selepas tular setiap hari penuh. Malah tempahan juga penuh untuk beberapa hari. Syukur Alhamdulillah, ” katanya sambil menambah operasi kedai turut dibantunya bersama ibu dan adik lelaki berusia 19 tahun.



Operasi kedai makan semakin sibuk selepas tular.

Yzmeen berkata, restoran yang diusahakan oleh bapanya yang berpengalaman sebagai cef selama lebih 25 tahun menyajikan sajian Barat dan terkenal dengan hidangan chicken chop.

"Ayah sebelum ini diberhentikan tahun lalu selepas syarikat terkesan dengan pandemik Covid-19. Sebab itu ayah memulakan operasi kedai makan ini secara kecil-kecilan.

"Jika dulu operasi di bulan Ramadan setakat pukul 10 malam saja, tapi sekarang kami lanjutkan hingga 12 tengah malam. Mudah-mudahan lebih ramai yang akan datang ke kedai makan kami bukan sahaja untuk waktu berbuka puasa selepas ini," katanya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung