Nuffnang

Thursday, December 28, 2023

Sekolah tinggi benar tubuh Kelab Syaitan

 


GAMBAR fail menunjukkan Sekolah Tinggi Barat Laut Olathe, pinggir Bandar Raya Kansas. - Foto Sekolah Awam Olathe

WASHINGTON  –  Sebuah sekolah tinggi di negeri Kansas mengundang kontroversi kerana meluluskan Kelab Syaitan walaupun terdapat petisyen menentang penubuhannya, lapor portal berita Fox News semalam.

Sekolah Tinggi Barat Laut Olathe, pinggir Bandar Raya Kansas diberi lampu hijau untuk menubuhkan Kelab Syaitan.

Jurucakap Sekolah Awam Olathe menyatakan, permohonan penubuhannya memenuhi kriteria dan ia diiktiraf sebagai kelab yang dimulakan oleh pelajar sekolah tinggi tersebut.

ADVERTISING
Ads by Kiosked

Bagaimanapun, sebagai tindak balas, seorang pelajar yang menentang penubuhan kelab tersebut membuat petisyen di internet pada awal bulan ini.

“Ini amat menyusahkan saya dan ramai lagi kerana kami percaya bahawa sekolah harus menjadi tempat pendidikan dan bukan platform untuk mengindoktrinasikan syaitan atau amalan kontroversi,” kata pelajar itu, Drew McDonald dalam catatan petisyennya.

Sehingga Selasa lalu, petisyen itu mendapat 81 tandatangan baharu, menjadikan jumlah keseluruhan adalah hampir 7,800 penandatangan.

Namun, ia tidak mencukupi untuk menghalang pihak sekolah untuk meluluskan kelab itu.

Pada minggu lalu, Kuil Syaitan mengumumkan rancangan untuk menganjurkan Kelab Syaitan Selepas Sekolah (ASSC) pertamanya di Sekolah Rendah Chimneyrock, Cordova. – AGENSI

Monday, December 25, 2023

60 remaja ditahan berpesta bahan terlarang di bilik karaoke

 


LEBIH 60 remaja ditangkap kerana berpesta dadah di bilik karaoke sebuah hotel di Phetchaburi semalam. - Foto The Pattaya News

BANGKOK – Sepasukan anggota polis dan beberapa agensi kerajaan di wilayah Phetchaburi melancarkan serbuan selepas menerima laporan mengenai aktiviti berkaitan dadah melibatkan sekumpulan remaja termasuk bawah umur, di sebuah hotel di Ban Lat, lapor laman berita The Pattaya News.

Operasi itu dilakukan bagi menghapuskan penggunaan bahan-bahan terlarang semasa cuti Tahun Baharu oleh anggota Polis Diraja Thailand.

Menurut polis, lebih 60 remaja termasuk yang berusia bawah 18 tahun didapati menggunakan bilik karaoke hotel tersebut dan berparti dengan menggunakan bahan terlarang.

ADVERTISING

Anggota polis menahan mereka dan merampas sejumlah pil ketamin serta metamfetamin, selain pistol tidak berpeluru yang dimiliki secara haram. 

“Ramai pengunjung parti didapati positif dadah,” kata polis. – AGENSI

 

Suami bayar isteri RM1.4 juta juta setiap kali hamil

 


JAMAL dan Soudi sudah berkahwin selama tiga tahun. - Foto Instagram/@soudi

LONDON – Seorang wanita mendedahkan bahawa suaminya berjanji untuk membayar ‘elaun’ sebanyak AS$300,000  (RM1.39 juta) sebelum dia bersetuju untuk hamil, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Soudi Al Nadak, 26, dari Sussex, Britain mendirikan rumah tangga bersama suaminya, yang merupakan seorang jutawan, Jamal Al Nadak.

Mereka kini tinggal di Dubai dan sudah berkahwin selama tiga tahun.

Stay

Dalam video yang dimuat naik di akaun TikTok @soudiofarabia baru-baru ini, Soudi bercakap mengenai kehamilannya.

“Sebelum saya hamil, ini semua adalah perkara yang tidak boleh dirunding,” katanya yang merujuk kepada syarat-syarat kehamilan.

Soudi menjangkakan akan dibayar elaun setiap kali hamil serta akses penuh kepada kad kredit suaminya jika dia memerlukannya.

Dia memberitahu pengikut-pengikutnya di media sosial: “Jelas sekali, saya akan mempunyai akses penuh kepada kad suami jika berlaku kecemasan. 

“Saya juga menjelaskan kepada Jamal bahawa jumlah ini adalah untuk setiap bayi. Ini bermaksud untuk seorang, ia akan menjadi AS$300,000 dan untuk dua bayi, nilainya sebanyak AS$600,000 (RM2.79 juta).” – AGENSI 

 

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung