Nuffnang

Thursday, September 28, 2017

Perghhh Dahsyatt !!! Langgar Orang Ala 'Drive Thru'...



LIHAT bagaimana pemandu ini melepaskan amarahnya kepada seorang guru di Woking, England gara- gara tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah

Isu Dobi Mesra Muslim : Pemilik Dobi Mohon Maaf



Pemilik Dobi Mohon Maaf



Papan tanda "mesra Muslim" telah diturunkan selepas mendapat titah daripada Sultan Johor.


MUAR: Pemilik dobi kontroversi yang menawarkan khidmat "mesra-Muslim" memohon maaf di atas tindakannya dan telah mematuhi titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk menurunkan papan tanda berkenaan.
"Saya kesal dengan isu ini dan akan mematuhi titah Tuanku," kata pemilik dobi di Taman Seri Cempaka yang enggan namanya didedahkan.
Dia telah menurunkan papan tanda itu pada pagi Rabu susulan laporan yang dikeluarkan oleh The Star.
"Saya tidak sedar mengenai perkara itu pada awalnya. Saya hanya mengetahuinya selepas rakan-rakan memaklumkan tentang titah Tuanku," katanya pada Rabu.
Tinjauan yang dilakukan oleh The Star pada Rabu menunjukkan papan tanda itu tidak lagi dipamerkan di pintu masuk dobi berkenaan, namun masih beroperasi seperti biasa.
Dilaporkan, Sultan Ibrahim menitahkan agar dobi kontroversi yang hanya membenarkan pelanggan Muslim untuk menggunakannya agar menghentikan diskriminasi tersebut atau berdepan risiko ditutup oleh baginda.
"Beta tidak boleh terima perkara mengarut seperti ini. Ini adalah negeri Johor, negeri milik Bangsa Johor dan milik semua rakyat tidak kira bangsa dan agama. Negeri ini adalah progresif, moden dan bersederhana.
"Ini bukan negara Taliban dan sebagai Ketua Agama Islam di Johor, beta merasakan tindakan ini sama sekali tidak boleh diterima dan bersifat ekstremis," titah baginda.
Tuanku Sultan Johor turut mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abdul Mutalip Abd Rahim, majlis agama dan majlis daerah untuk menyiasat perkara itu.
Gambar dobi mesra Muslim itu tular minggu lalu apabila dilaporkan hanya pelanggan Islam sahaja dibenarkan menggunakan mesin pencuci pakaian di premis itu.

Wednesday, September 27, 2017

Perghhh !!! Aksi 'Superwoman' Dikecam

Aksi 'Superwoman' Dikecam



PETALING JAYA: Aksi berani mati seorang gadis jelita yang membuat aksi 'superwoman' dikecam netizen kerana bukan sahaja membahayakan nyawanya, malahan pengguna jalan raya lain.
Adegan gadis tersebut yang seolah-olah terbang di luar tingkap kereta dalam video berdurasi 15 saat menjadi tular di media sosial baru-baru ini.
Dengan wajah selamba, gadis itu menunjukkan aksi 'terbang' persis superwoman sambil melambai-lambai tangan dan tersenyum ke arah rakan-rakannya yang turut berada di dalam kereta itu.
Lebih memalukan, aksi berbahaya itu turut mendapat pujian di kalangan rakan-rakannya yang menjadi penumpang dan pemandu kereta tersebut.
Malah, suasana di dalam kereta tersebut juga kecoh apabila gadis berkenaan diminta memandang ke arah kamera supaya aksinya dirakam.
Video tersebut mengundang kemarahan dalam kalangan netizen yang mengaitkan gadis cantik sering melakukan perbuatan tidak masuk akal demi meraih perhatian.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/09/26/aksi-superwoman/~/media/14b88d11637b4e12a9b3c4ec3addd03d.ashx?la=en
Antara komen netizen yang mengecam tindakan berbahaya gadis tersebut.
Bagaimanapun lokasi kejadian tidak diketahui.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/09/26/aksi-superwoman/#1u7CQh2CrxqWbXYE.99

Tuesday, September 26, 2017

Perghhh Gila !! Ratusan Renang Berbogel Kumpul Dana





Ratusan Renang Berbogel Kumpul Dana


Sebahagian peserta yang berenang di laut tanpa seurat benang.

RATUSAN orang 'berani mati' berenang tanpa seurat benang di laut dekat pantai Northumberland, timur laut England.
Tanpa menghiraukan kesejukan pada waktu pagi, kesemua mereka terbabit dalam acara tahunan North East Skinny Dip.
Acara tersebut menyaksikan ratusan peserta berenang di Laut Utara, sempena Autumn Equinox dan mengumpul dana untuk kebajikan kesihatan mental, MIND.
Sejak dilaksanakan pada 2012, acara tersebut telah mengumpul lebih £25,000 (RM141,801).
Lebih 400 peserta berhimpun di pantai Druridge Bay, sebelum matahari terbit pada Ahad bagi menyertai acara tahunan itu. - Mail Online

Monday, September 25, 2017

Perghhh !!! Hello Kitty “Biarlah Orang Panas Di FFM29”




“Biarlah Orang Panas Di FFM29”


Afina mencuri tumpuan di FFM29 menerusi busana berinspirasikan Hello Kitty.


PETALING JAYA: Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) yang diadakan di Dewan Merdeka pada Sabtu malam menghimpunkan penggiat seni dalam industri perfileman tanah air.
Acara karpet merah pastinya menjadi buruan lensa kamera dengan kehadiran selebriti dan pelakon dari segi penampilan dan busana yang digayakan mereka.
Walaupun bukan bergelar artis, wanita ini tetap mencuri tumpuan ramai semasa festival itu berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara.
Gambar dia berhijab sedondon dengan busana warna oren, yang bermotifkan kartun Hello Kitty, kini tular di media sosial.


Berpeluang bergambar bersama dengan Mia Sara (gambar kanan) dan Eira Syazira di FFM29.
Yus Amina Mohd Zawizah, 27, berkata, kehadirannya bersama suami ke FFM29 di atas jemputan seorang pengarah filem.
Lebih dikenali sebagai Afina, dia nekad menyarungkan busana itu pada majlis anugerah berprestij itu meskipun sebelum ini pernah dikecam netizen.
“Biarlah orang panas tengok saya pakai baju Hello Kitty di festival filem, yang penting saya selesa pakai. Dulu pun orang panas juga, memang saya risau dikecam bila ‘viral’ (tular) sampai terpaksa simpan semua baju Hello Kitty.
“Tapi tu dulu, sekarang semua dah kenal saya sebagai akak Hello Kitty. Pergi mana-mana pun, nama tu juga mereka panggil. Jadi, saya tak kisah apa orang nak kata kalau pakai baju ni. Mulut orang tak boleh nak ditutup,” katanya kepada mStar Online.
Rata-rata netizen memuji penampilan usahawan kosmetik ini yang disifatkan comel, sinonim dengan imejnya yang tular disebabkan busana watak kartun itu.

Kisah keluarga ini tular di media sosial kerana baju Hello Kitty.
Afina turut dilihat bergambar bersama pelakon cilik, Mia Sara dan pelakon drama, Eira Syazira.
Menurut Afina, baju Hello Kitty yang dipakainya pada FFM29 turut dibuat sedondon untuk suami dan anak perempuannya.
Bagaimanapun katanya, suami kemudian mengambil keputusan untuk tidak memakai pakaian yang ditempah itu pada Sabtu malam.
“Persiapan untuk ketiga-tiga baju bermotifkan Hello Kitty ni dibuat semalam juga, kami hantar kain pada waktu pagi dan siap tengah hari,” katanya.
Kisah Afina dan anak perempuannya berbaju raya Hello Kitty sebelum ini tular apabila seorang lelaki bergelar Datuk Z sanggup membeli baju berkenaan pada harga ribuan ringgit untuk anak perempuannya termasuk cucu yang menghidap kanser hati.

Sunday, September 24, 2017

Petghh !! Buaya Buat LDP Sesak



Orang ramai berhenti untuk melihat buaya yang dilihat berenang di Sungai Klang.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Seekor buaya yang dikesan berada di Sungai Klang dekat tol Batu 13 mengakibatkan kesesakan di Lebuhraya Damasanra-Puchong (LDP) apabila orang ramai berkumpul untuk melihat reptilia itu.
Jurucakap Jabatan Penyelamat Bomba Malaysia (JPBM) berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut kira-kira pukul 9 pagi Sabtu.
Katanya, buaya tersebut dianggarkan sepanjang tiga hingga empat meter.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/09/23/buaya-sungai-klang/~/media/e0c3db8ac40e4b2b87b1009f649e2f48.ashx?la=en

Difahamkan, terdapat orang awam termasuk pengguna jalan raya dan penduduk setempat yang tinggal berdekatan telah berkumpul di tebing sungai itu untuk melihat buaya berkenaan.
Jurucakap tersebut berkata, kes berkenaan telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Wednesday, September 20, 2017

Isu daging babi selesai: PPIM

Isu daging babi selesai: PPIM

Isu daging babi selesai: PPIM
Shamsuri (kiri sekali) semasa sidang media mengenai isu daging babi di ibu pejabat PPIM, hari ini. - 
 
KUALA LUMPUR - Isu daging babi yang telah mengemparkan negara kira-kira dua bulan lalu telah selesai setelah pihak kerajaan mengesahkan bahawa daging babi yang dirampasnya adalah daging kambing.
Pengarah Urusan ZS Armin Sdn Bhd, Shamsuri Mohd Yusof berkata, perkara tersebut disahkan sendiri oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) setelah menjalankan ujian kimia terhadap daging kambing yang dirampas oleh pihak  Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).
"Jabatan Veterinar telah mengesahkan daging itu adalah daging kambing selepas menghantarnya di beberapa makmal. Pihak Maqis juga telah membuat permohonan maaf kepada kami berhubung perkara ini secara peribadi," katanya semasa sidang media di ibu pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, hari ini.
Menceritakan kembali peristiwa itu, Shamsuri amat terkejut apabila syarikat perkhidmatan penghantar yang diupahnya mendakwa bahawa daging kambing itu adalah daging babi.
Apabila berita itu tersebar, peniaga yang membeli daging daripada syarikatnya telah menghubunginya untuk mendapatkan maklumat mengenai perkara itu dan pihaknya terpaksa memberi penerangan mengenai insiden terbabit.
"Alhamdulillah, pelanggan saya dapat menerima penerangan yang diberikan dan saya berharap, penjelasan ini dapat memberikan pencerahan kepada masyarakat bahawa kami tidak pernah mengimport daging babi.
"Sementara itu, kami akan menyaman syarikat penghantar itu berhubung perkara ini," katanya.
Sebelum ini, beberapa akhbar tempatan melaporkan Maqis telah menyita empat kontena yang disyaki berisi daging babi bercampur dengan daging kambing yang dibawa masuk dari Sepanyol dalam satu serbuan di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor.

Tuesday, September 19, 2017

Perghh !!! “Saya Bukan Acah-Acah Lawa” - Gadis Traktor


Nurul Syifa merupakan pelajar lepasan Diploma Pemasaran dari Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Kedah. - Instagram/Syifa Majid

PETALING JAYA:  Lumrah gadis cantik, setiap apa yang dilakukan pasti akan jadi perhatian masyarakat, lebih-lebih lagi apabila ia tular di laman sosial.
Inilah yang berlaku kepada pembantu tadbir komunikasi korporat di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) yang berniat untuk berkongsi kebolehannya mengendalikan jentera berat di sebuah sawah, tetapi niatnya disalah anggap dan akhirnya dikecam hebat oleh netizen.
Nurul Syifa Mat Dzahid, 22, berkata video yang dimuat naik itu hanyalah satu sesi latihan yang biasanya akan dilakukan oleh kakitangan Mada apabila membuat lawatan tapak.
Namun, siapa sangka netizen tidak berminat untuk melihat bakatnya itu, sebaliknya lebih tertumpu kepada warna kasutnya yang putih kerana tidak tercalit sebarang kotoran walaupun berada di kawasan sawah yang dipenuhi lumpur.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/09/19/gadis-bawak-trektar/~/media/6b1e1239d2c14ffda7cc4c6809ebb9bb.ashx?h=337&la=en&w=620
Reaksi netizen selepas menonton rakaman tersebut.
Kata Nurul Syifa, dia tidak menyangka video berkenaan akan mengundang rasa tidak puas hati netizen apabila ada pihak yang berkongsi video tersebut di laman sosial mereka.
"Kasut saya bukannya tidak kotor, masa rakaman tu dibuat, saya naik dari tebing. Sebab itu nampak bersih.
"Tapi kemudian barulah kotor ketika saya hendak turun dari jentera tersebut. Tidak terfikir pula orang akan kecam pasal kasut," ujarnya sambil berseloroh.

Nurul Syifa ketika mewakili Mada sempena perarakan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos lalu.

Setakat ini, video tersebut sudah mencecah 333,000 tontonan, selain 1,629 perkongsian dan 12,000 likes.
Tambah gadis kelahiran Jitra, Kedah itu lagi, dia agak terkilan apabila ada pihak yang menyifatkan gadis cantik gemar melakukan perkara 'bodoh' semata-mata ingin tular di media sosial.
Soal pakaian yang dikenakannya dianggap tidak sesuai ketika membuat latihan tersebut, Nurul Syifa mengakui kesilapannya, menyatakan sudah lumrah golongan wanita suka 'bersiap-siap' ketika ingin keluar rumah atau bekerja.
klik sini
https://www.facebook.com/thesiakapkeli/videos/1819110141445332/
 
Rakaman Nurul Syifa mengendalikan sebuah jentera berat ketika menjalani latihan di Kompleks Latihan Mada, Alor Serdang di Kedah.
"Saya bukan acah-acah lawa seperti yang didakwa netizen. Bila difikirkan balik, memandu jentera berat bukanlah sesuatu yang bodoh atau boleh mengaibkan saya.
"Sewaktu mengetahui mengenai video tersebut tular, saya terus bertanya kepada majikan sama ada apa yang saya lakukan telah menjejaskan nama Mada, tetapi majikan kata tiada apa yang perlu dibimbangkan," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Jelas Nurul Syifa, dia juga menolak dakwaan netizen yang mengatakan perbuatan tersebut hanyalah ingin meraih pengikut di Instagram untuk membuat ulasan produk bagi menambah pendapatan sampingan.
Menurut gadis yang mempunyai lebih 76,600 pengikut di Instagram itu, dia memang membuat ulasan produk sebelum ini dan menganggap ia satu bentuk rezeki yang diberikan oleh Allah kepadanya.



Perghhh !!!! PKR Nafi Belot Bersama Mat Taib


PKR Nafi Belot Bersama Mat Taib


Mat Shuhaimi Shafiei.

KLANG: Tiada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR dari Selangor akan lompat parti dan menyertai Umno bersama-sama dengan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib pada Ahad.
Perkara itu disahkan Adun Sri Muda Mat Shuhaimi Shafiei yang juga setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali.
Sebuah portal dalam talian melaporkan Muhammad atau lebih popular dengan panggilan Mat Taib sepatutnya menggumpulkan lapan Adun PKR untuk hadir pada sidang media khas oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad.
Laporan itu mendakwa tindakan lompat parti itu dibatalkan pada saat akhir.
Mat Shuhaimi mendakwa Muhammad berjaya mengelirukan Najib agar mempercayai pembelotan Adun PKR.
"Beliau mesti memutarbelitkan khabar angin itu untuk mengelirukan Najib dan pemimpin Umno lain supaya percayai kami akan menyertainya," kata Mat Shuhaimi.
Selain Mat Shuhaimi dan Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa, Adun PKR yang lain adalah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Kajang),  Dr Idris Ahmad (Ijok), Amiruddin Shari (Batu Caves), Nik Nazmi Nik Ahmad ( Seri Setia), Haniza Mohamad Talha (Kg Medan), Yaakob Sapari (Kota Angerrik), Rodziah Ismail (Batu Tiga) dan Dr Daroyah Alwi (Sementa).
Amiruddin, Nik Nazmi dan Dr Daroyah merupakan exco kerajaan negeri Selangor.
Muhammad yang juga bekas menteri besar Selangor keluar Umno lima tahun lalu untuk menyertai PAS sebelum memilih untuk bersama PKR pada 2015.
Mat Shuhaimi berkata pemergian Muhammad dari PKR bukan satu kehilangan besar kepada parti atau negeri kerana beliau tidak memainkan peranan penting sepanjang dua tahun menganggotai parti itu.





Monday, September 18, 2017

Keluhan Seorang Artis.. “Don’t Fitnah Me... Don’t Fitnah Me” – Fathia Sambil Menangis


“Don’t Fitnah Me... Don’t Fitnah Me” – Fathia Sambil Menangis


Fathia Latiff dihimpit kontroversi

PETALING JAYA: Selepas dihimpit kontroversi penyebaran video mirip wajahnya, pelakon Fathia Latiff akhirnya membuat kemunculan penuh emosi sambil menitiskan air mata pada malam Ahad.
Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 30, dalam rakaman langsung menerusi Instagram miliknya berulang kali mengucapkan perkataan don’t  fitnah me… don’t  fintah me (jangan fitnah saya).
Dalam rakaman video berdurasi kria-kira 1.44 saat itu, Fathia antara lain berkata dia masih belajar mengenai Islam termasuklah untuk mengenal Tuhan.
Dia juga cuba bersikap jujur dengan peminatnya selain merayu agar dia tidak terus difitnah.
“Perangai Tak Berubah, Fathia Digugurkan” - Produser
image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/09/18/dont-fitnah-fathia/~/media/0452ed43046242bfad8d2db7e542b091.ashx?la=en
Fathia muncul menerusi siaran langsung di Instagram miliknya.
“I'm still learning about Islam, I’m still learning about god and I am being honest to you guys and don’t fitnah me. It's not right to fitnah me. (Saya masih melajar mengenai Islam, saya masih belajar mengenai Tuhan dan saya bersikap jujur kepada anda semua dan jangan fitnah saya. Tak adil memfitnah saya),” katanya dalam rakaman itu.
Fathia turut menyentuh mengenai andaian terhadapnya oleh pihak di luar sana selain dia berharap agar semua pihak memahaminya selain berdoa untuk kebaikan dirinya.
Dia juga mengambil contoh rakannya yang mahu memakai tudung namun apabila mendapat cacian, mereka rasa kecewa kerana tiada pihak yang ingin memberi sokongan.
“Saya still learning and I hope you guys understand. I hope you guys pray for me and don’t fitnah me (saya masih belajar dan saya harap anda semua faham. Saya harap anda semua berdoa untuk saya dan jangan fitnah saya),” katanya.
Selain penyebaran video dari aplikasi Bigo Live yang menampakkan wanita mirip Fathia menari seksi, pelakon ini turut digugurkan daripada penggambaran drama Laluna kerana dikatakan tidak berdisiplin.




Saturday, September 16, 2017

Pelayar FB Dikecam Panggil Pelajar Tahfiz 'Ayam Dalam Reban'


  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Ketika semua rakyat Malaysia sayu dengan tragedi kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat, Kuala Lumpur, masih ada insan yang seolah-olah tiada perasaan.
Akibatnya, seorang lelaki membangkitkan kemarahan netizen dan teruk dikecam kerana mengeluarkan kenyataan tidak sensitif membabitkan 23 mangsa yang terbunuh dalam kebakaran itu.
Menerusi posting di laman sosial pada Khamis, pemuda terbabit dengan beraninya menyamakan pelajar-pelajar tahfiz yang menjadi mangsa kebakaran sebagai 'ayam di dalam reban'.
“Dah terbakar, kau jangan salahkan sesiapa. Kalau dah satu dorm (bilik tidur asrama) tu kau sumbatkan macam ayam dalam reban ayam,” katanya di laman sosial.
Malah dia mendakwa bangunan pusat tahfiz tersebut tidak mempunyai kelulusan dari segi keselamatan. Tidak cukup dengan itu, ibu bapa pelajar turut menjadi sasarannya.
“Yang jadi mangsa budak-budak tu. Mak bapak budak tu semua bukan kisah pun keselamatan anak-anak mereka. Yang mereka tau ‘Oh! Anak ku ahli syurga,” katanya yang menyifatkan tragedi itu dilihat sebagai satu pengajaran dengan mendakwa bahawa 'sekolah tahfiz membunuh'.

Kenyataan seorang lelaki yang membangkitkan kemarahan netizen.
Seorang netizen membalas kenyataan itu dengan berkata: “Kalau ye pun nak cakap pasal isu keselamatan di sekolah tahfiz ni, perlu ke nak keluarkan kenyataan macam ni? Dia faham ke tak semua orang tengah bersedih.”
Walaupun terdapat netizen sependapat dengan lelaki tersebut berhubung kebanyakan kes sekolah tahfiz dikaitkan dengan litar pintas, tetapi diakui cara penyampaiannya agak kasar.
“Ada betul dia cakap, tetapi dia cakap dalam nada yang agak kasar. Di mana menyentuh hati ibu bapa si anak-anak syurga,” katanya.
“Bahasa budak ni kurang cantik, nak kena ajar. Baru tahu menghormati orang,” kata seorang lagi netizen.

Sebahagian bangunan asrama pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat, Kuala Lumpur yang musnah dalam kebakaran. Foto Bernama
Bagaimanapun, siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mendapati kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di Kuala Lumpur bukan berpunca daripada litar pintas.
Pengarahnya, Khirudin Drahman berkata pihaknya percaya terdapat unsur lain dari luar bangunan yang menyebabkan kebakaran tersebut berlaku dan siasatan terperinci berpandukan ujian makmal sedang dijalankan.
Khirudin berkata, hasil siasatan Unit Forensik dan Suruhanjaya Tenaga mengesahkan litar elektrik pada suis utama bangunan pusat tahfiz itu berada dalam keadaan baik.
Seramai 21 pelajar dan dua guru yang merupakan warden pusat tahfiz itu terkorban dalam kebakaran jam 5.15 pagi Khamis.

Friday, September 15, 2017

Sedih : Tragedi Tahfiz: Hilang Tiga Anak Serentak


Tragedi Tahfiz: Hilang Tiga Anak Serentak


PETALING JAYA: Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan sedih seorang ibu apabila menerima berita kehilangan tiga anaknya dalam tragedi yang menyayat hati ketika azan Subuh berkumandang pada awal pagi Khamis.
Mashawani Mohamed Shahid, 29, kehilangan tiga anak lelakinya yang menjadi mangsa dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung di ibu negara.

Mashawani ditenangkan oleh anggota keluarga. 
Tiga anak lelakinya adalah Muhammad Syafiq Haikal,13, Muhammad Hafiz Iskandar,12, dan Muhammad Harris Ikhwan (10).
Setakat ini, usia ketiga-tiga beradik ini belum dapat disahkan dan akan dikemaskini dalam masa terdekat.
Kebakaran tersebut meragut 24 nyawa termasuk dua tenaga pengajar pusat tahfiz berkenaan.
Sepupu ibu mangsa, Rosnani Mohd Nor berkata, dia hanya tahu anak-anak kepada sepupunya itu meninggal dunia selepas semua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.
"Kami sekeluarga bersedih dengan kejadian malang ini terutama ibu kepada anak-anak ini," katanya sambil menambah bapa mangsa telah meninggal dunia lapan tahun lalu.
Rosnani yang masih terkejut  apabila menerima berita itu baru saja tiba di HKL untuk bersama sepupunya.
"Saya masih belum bertemu dengan sepupu saya. Saya doakan dia tabah melalui dugaan ini," tambah Rosnani kepada mStar Online.

Nota Terakhir Salah seorang Pelajar Tahfiz



Thursday, September 14, 2017

Perghh !!! Sebab Ubat Gigi, Wanita Ditahan Ancam Suami



Sebab Ubat Gigi, Wanita Ditahan Ancam Suami


Pertengkaran antara majikan dan pembantu rumah disebabkan ubat gigi. Foto SHIN MIN DAILY NEWS

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 41 tahun ditahan pada Isnin lalu kerana mengancam suaminya menggunakan gunting, selepas satu pertengkaran disebabkan ubat gigi.
Polis memberitahu The Straits Times bahawa mereka telah dimaklumkan mengenai jenayah ancaman di sebuat unit di Blok 447, Hougang Avenue 10 pada pukul 8.53 pagi.
Menurut laporan Shin Min Daily News, wanita itu dikenal pasti sebagai Yu Hong Hong, seorang warga Cina yang baru-baru ini diberikan kewarganegaraan Singapura.
The Straits Times difahamkan pertengkaran berlaku apabila pembantu pasangan itu yang merupakan warga Myanmar meminta kebenaran suami Hong Hong sekiranya dia boleh menggunakan ubat gigi mereka.
Suaminya memberi kebenaran bagaimana Hong Hong tidak gembira dengan keputusan itu, sebelum didakwa memarahi dan menampar pembantu rumahnya.
Hong Hong kemudian mendekati suaminya sambil memegang gunting dan mengancamnya.
Suaminya bagaimanapun menolaknya. Hong Hong kemudian menghubungi polis, tetapi ditahan kerana melakukan jenayah ancaman.
Menurut Shin Min, wanita itu dibebaskan dengan ikat jamin.

Wednesday, September 13, 2017

Perghh Dahsyatt !!! CEO Disyaki Cabul Jururawat


CEO Disyaki Cabul Jururawat


KUALA LUMPUR: Seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat terkemuka ditahan polis kerana dipercayai mencabul seorang jururawat berusia 19 tahun ketika menerima rawatan di wad sebuah hospital swasta di Subang Jaya, Selangor pada Jumaat lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner (SAC) Fadzil Ahmat berkata, lelaki bergelar datuk berusia 58 tahun itu ditahan di sekitar Subang Jaya tengah hari Selasa.
“Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 petang itu, suspek dikatakan mencabul mangsa dengan memegang punggung, payudara dan mencium pipi jururawat itu yang sedang menjalankan tugas,” katanya kepada Bernama.
Fadzil berkata suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Jumaat.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Tuesday, September 12, 2017

Subhanallah !!! 200 Air Laut Tiba- Tiba Hilang




LONG ISLAND: Taufan Irma yang membawa angin berkelajuan lebih 321 kilometer sejam pada Jumaat lalu telah menyebabkan berlaku fenomena luar biasa di Bahamas.
Pengguna Twitter @Kaydi_K dari Long Island menerusi tweet berkata, "Saya tidak percaya sekarang.Ini adalah Long Island, Bahamas dan laut telah hilang!!!"
Wanita itu turut memuat naik rakaman video berdurasi dua minit memaparkan dia berjalan di atas 'laut kering' yang hanya dilitupi pasir dan lumpur itu.
Seorang lagi pengguna laman blog mikro, @deejayeasya bagaimanapun menghantar tweet gambar di pantai berbeza di Bahamas yang menunjukkan ia kembali seperti biasa dalam tempoh kurang 24 jam.
Susulan kejadian itu, Perkhidmatan Cuaca Terp menjelaskan 'angin kencang' telah menyebabkan air laut itu 'ditarik' dari teluk.
"Angin kencang yang dibawa taufan Kategori 5 itu telah 'menyedut' air dari teluk cetek hingga menghasilkan kesan seperti sebelum tsunami," ujar agensi itu lagi.

Monday, September 11, 2017

Perghhh..Dahsyatt !!! Bapa Terkejut temui anak hanya bertuala dengan teman lelaki


PDRM

BUKIT BELIMBING - Alangkah terkejutnya seorang bapa angkat apabila melihat anak gadisnya berdua-duaan dengan teman lelaki di dalam rumah semasa ketiadaannya.
Lebih menyebabkan hatinya berkecai ialah keadaan anak gadisnya yang masih bersekolah di Tingkatan Empat itu hanya memakai tuala mandi.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Dzaffir Mohd Yussof berkata, lelaki berkenaan yang baru pulang dari pejabat melihat pintu hadapan rumahnya berkunci.
Mohd Yussof berkata, dia kemudiannya masuk melalui pintu belakang dan melihat kedua-duanya sedang berada dalam bilik anak perempuannya.
"Teman lelaki anak angkat perempuannya itu kemudian juga pelajar Tingkatan 4 direman selama empat hari bagi membantu siasatan,” katanya.

Sunday, September 10, 2017

Perghh..Berbogel Naik Motosikal Sekitar Bangkok Sebelum Ditahan



image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/09/09/13/26/mabuk.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
  (Ubah saiz teks)
BANGKOK: Seorang penunggang motosikal tanpa nombor pendaftaran yang kelihatan seperti mabuk ditahan dalam keadaan bogel di Lebuhraya Din Daeng-Rama IV pagi Jumaat.
Tangkapan dibuat selepas polis Lebuhraya mendapat panggilan pada jam 10.45 pagi.
Penunggang terbabit yang belum dapat dikenal pasti dipercayai mabuk dan tidak dapat memberikan namanya.
Dia ditahan sebelum disoal siasat.
Saksi-Saksi telah melihat penunggang bogel itu sepanjang jalan dari Saraburi, melalui daerah Wang Noi di Ayutthaya, dan ke Bangkok melalui lebuhraya dan Jalan Phaholyothin.  -The Nation/Asia News Network

Friday, September 8, 2017

Fuh Dahsyatt !!! Wanita Rampas Kereta Polis Selepas Digari


AKSI tangkas wanita dari Texas, Amerika Syarikat ini berjaya mencetuskan rasa panik sekumpulan anggota polis.
Selepas berjaya meloloskan diri daripada digari, Toscha Fay Sponsler, 33, bertindak melarikan kenderaan pasukan keselamatan itu.

Thursday, September 7, 2017

Perghh !!! Dahsyatt Ambulans 'Makan' Orang Di Bukit Mertajam



Ambulans 'Makan' Orang Di Bukit Mertajam





SEORANG penunggang motosikal cedera selepas sebuah ambulans terbabas di persimpangan lampu isyarat Jalan Son Ban Kheng, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada pagi Rabu.

Wednesday, September 6, 2017

Perggg !!! Anda mahu Kenali 'kota iblis' di China



Kenali 'kota iblis' di China
Kota Iblis adalah sebuah kota mati terletak di daerah Xinjiang, China.
MOGUICHENG atau Kota Iblis adalah sebuah kota mati yang terletak tidak jauh daripada daerah Xinjiang, China.
Kota ini kelihatan agak misteri kerana ia berada terdapat batuan yang membentuk seperti tiang-tiang menyerupai istana kuno.
Malah ada antara batuan yang dikatakan terbentuk seperti istana lengkap dengan anak tangga.
Terdapat dakwaan ia terhasil daripada ribut pasir yang pernah membadai suatu ketika dahulu, bagaimanapun, dakwaan tersebut tidak dapat dipastikan kesahihannya.
Namun bukan bentuk atau warna batuannya yang menarik pengunjung ke Kota Iblis, sebaliknya apa yang menjadi tarikan pelancong adalah bunyi-bunyi aneh di kawasan tersebut.




Moguicheng atau Kota Iblis adalah sebuah kota mati terletak di daerah Xinjiang, China.
Menurut mereka yang pernah ke Kota Iblis, sekiranya pelancong berkunjung ke Kota Iblis ketika cuaca baik dengan angin bertiup lembut, pengunjung akan mendengar bunyi dentingan ribuan loceng atau alunan indah seolah-olah petikan gitar.
Bagaimanapun semua itu boleh bertukar dalam sekelip mata sebaik sahaja angin kencang melanda kawasan tersebut.
Menurut pengunjung, alunan muzik yang sedang mengalun boleh bertukar kepada bunyi ngauman ngeri, suara jeritan perempuan atau suara tangisan bayi aneh sekiranya angin kuat melanda kawasan tersebut.
Tidak ada sesiapa dapat menjelaskan misteri penghasilan bunyi-bunyian aneh di Kota Iblis.
Apa yang pasti, ia tidak akan menghentikan kota itu daripada menerima kunjungan pengunjung dan pelancong secara berterusan.

Tuesday, September 5, 2017

Pergg!!! Netizen pertikai Alif Syukri heboh ambil lesen pisto


Netizen pertikai Alif Syukri heboh ambil lesen pistol
(Ubah saiz teks) 
 
PENGASAS kosmetik DHerbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman terus mendapat pelbagai reaksi daripada netizen selepas memuat naik satu status berkaitan permohonan menggunakan senjata api.
Aliff Syukri meminta agar pengikut di laman sosial Instagramnya dapat mendoakan permohonannya itu diluluskan.
“Demi keselamatan. Doakan permohonan pistol saya diluluskan...
“Supaya saya lebih selamat, no more bodyguards I’m stronger,” tulisnya.
Bagaimanapun, rata-rata netizen mula mepersoalkan tindakan Aliff Syukri memuat naik status berkenaan yang dilihat boleh mengundang bahaya terhadapnya.
“Maaf Datuk, sebaik-baiknya benda yang macam ni, tak payahlah, nak diheboh-hebohkan. Lagi bahaya orang tahu daripada orang tak tahu.
“Senjata api ini ibarat nyawa kita sendiri. Fikir-fikirkanlah.... Datuk, Maaf yea....,” tulis saifulaznanshafi.
Pendapat sama turut ditulis kamarulzamanbinsaad yang bergarap perkara sebegini harus dirahsiakan.
“Please la Dato. Ada benda memang elok untuk di share and ada benda is to keep for yourself and your family. Saya harap next time dato bijak utk buat keputusan,” tulisnya.
Namun, bagi datinseri_yayaabdu menyokong segala tindakan Aliff Syukri dan berharap perkara itu tidak diendahkan.
“Just ignore what peoples are taking about you dato. As long as you know what you are doing and what the best for you and your family.
“Hidup kat dunia ni kite tak boleh tutup mulut orang. Asalkan ALLAH merahmati you dah cukup,” katanya.
Bagi syiramaria pula berharap Aliff Syukri akan terus menggunakan khidmat pengawal peribadi biarpun sudah memiliki senjata api.
“Dato, lesen senjata pun elok ada untuk Dato dan family dan bodyguard pun kena ada juga dan biarlah extra safety dan satu lagi jangan putus berdoa dan sentiasa amalkan baca ayatul kursi pagi petang siang malam ia baik untuk segala-galanya untuk kehidupan seharian kita,” katanya.
Dalam masa sejam, hampir 8,000 netizen meninggalkan komen di ruangan komen.

Monday, September 4, 2017

Perghh SksiDahsyattt ,!!! Gadis Kangkang' Sekadar Suka-Suka



image: 
Gambar 'pose' mengangkang dengan keterangan 'nasi kangkang' kini tular di media sosial.
  
PETALING JAYA: Tindakan seorang gadis memuat naik beberapa keping gambar 'pose' berhijab sambil mengangkang di laman sosial mengundang kemarahan netizen.
Lebih parah lagi apabila salah satu gambar tersebut disertakan dengan keterangan 'berani mati', “Nasi kangkang nak?” membuatkan pengguna media sosial tidak teragak-agak untuk mengecam dirinya.
‘Nasi kangkang’ merupakan sejenis ilmu hitam yang digunakan oleh wanita untuk menundukkan suami atau lelaki tertentu, yang hukumnya haram di sisi agama Islam.
Bagaimanapun, keterangan gambar tersebut telah dipadam dan ditukarkan dengan emoji, malah ruangan komen pada gambar tersebut di Instagram telah ditutup.

Lagi gambar dengan gaya mengangkang.
Gadis itu atau lebih dikenali sebagai Yaya tampil menjelaskan dia tidak menyangka dirinya akan diserang netizen kerana apa yang dilakukannya itu hanyalah untuk tujuan ‘suka-suka’.
Duta produk kecantikan berusia 19 tahun itu bagaimanapun mengakui gambar-gambar dengan aksi mengangkang itu dianggap tidak sesuai dalam kalangan masyarakat di negara ini.
“Pada mulanya, saya sekadar suka-suka muat naik gambar mengangkang tu. Tapi, ramai yang DM (mesej langsung) menyindir saya tanya buat ‘nasi kangkang’ ke?
“Sebab tu lah, saya buat keterangan ‘nasi kangkang’ pada gambar seterusnya bagi membalas pertanyaan dan sindiran netizen,” katanya kepada mStar Online.
Yaya yang berasal dari Kuala Terengganu ini berkata, akibat gambar kurang sopan itu, dia turut dimarahi keluarganya.

Gambar dengan keterangan "Tak kangkang hari ni".
Bagaimanapun anak kedua dari tiga beradik ini mempunyai alasan tersendiri berhubung tindakan tersebut dan terpulang kepada masyarakat untuk menilainya.
Mengenai keterangan gambar yang telah dipadam, Yaya berkata, ia dibuat selepas ditegur majikannya selain tidak mahu kekecohan terus berlaku di media sosial.
“Ini pertama kali saya dikecam hebat oleh netizen. Mungkin inilah dugaan yang terpaksa dihadapi oleh usahawan-usahawan yang berjaya," katanya.
Dalam pada itu, model sepenuh masa ini turut mempertimbangkan untuk memadam semua gambar ‘kangkang’ tersebut bila tiba masanya.
“Saya okay saja apa orang nak kata tapi terkilan sebab rakan-rakan saya sendiri yang turut mengecam,” katanya yang menjadikan jutawan komestik, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman sebagai idolanya di atas kejayaannya dalam bidang perniagaan.

Saturday, September 2, 2017

Dahsyat. Al Kisah Kapak Hero Tak Didendang



image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/09/02/08/17/uncleoon1.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
Thoo Seen cuba memecahkan pintu kereta mangsa menggunakan sebilah kapak.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Tangisan dua anak kecil di tempat duduk belakang sebuah kereta tidak dapat menyedarkan pasangan suami isteri yang dipercayai ibu bapa kanak-kanak itu yang berada di tempat duduk hadapan kenderaan yang terlibat dalam satu kemalangan.
Kemalangan membabitkan dua kereta dekat Pengkalan Hulu, Perak, pada Rabu lalu itu menyaksikan api mulai marak dari kereta sebelah dan bila-bila masa boleh meletup sebelum menyambar kenderaan yang dinaiki empat beranak itu.
Kesemua mereka terperangkap di dalam kereta dan cubaan orang awam untuk memecahkan kenderaan tersebut tidak berjaya.
Namun tindakan pantas seorang warga emas mencapai sebilah kapak yang disimpan dalam pacuan empat rodanya berjaya memecahkan pintu kereta tersebut.
Keberanian lelaki bernama Oon Thoo Seen, 66, itu dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib di laman sosial pada Khamis.
Wakil rakyat itu memuji keberanian Thoo Seen mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan insan-insan yang memerlukan pertolongan.
“Saya kagum dengan keberanian Oon. Sikap prihatin dan kemurnian Oon sebagai ‘hero tak didendang’ wajar dicontohi rakyat Malaysia,” kata Mohd Khusairi kepada mStar Online.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/09/02/hero-kapak-tak-didendang/~/media/a2566bdb04544bfba1aadcdf9e29e42e.ashx?la=en

Dua kereta musnah terbakar dalam satu kemalangan dekat Pengkalan Hulu, Perak, Rabu lalu.
Sementara itu, bercakap kepada portal berita ini, Thoo Seen berkata, ia merupakan pengalaman kedua dia membantu menyelamatkan mangsa kemalangan dengan yang pertama kira-kira 30 tahun lalu.
Warga emas dari Sungai Petani, Kedah ini menjelaskan bahawa apa yang dilakukannya sekadar tanggungjawab kecil sebagai manusia dan rakyat Malaysia.
“Saya hanya membantu, yang menyelamatkan mereka (mangsa) adalah Tuhan. Kalau ada orang susah, kita kena sama-sama tolong.
“Tak kan nak tunggu polis atau bomba dulu. Sementara tunggu bantuan datang, kita sebagai orang awam yang berada di tempat kejadian perlu cuba apa saja yang boleh,” katanya kepada mStar Online.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/09/02/hero-kapak-tak-didendang/~/media/386ef124ca504d2482502fb422076260.ashx?la=en

Salah seorang mangsa yang terperangkap di dalam kereta berjaya dikeluarkan dengan bantuan Thoo Seen dan beberapa orang awam.
Berkongsi detik cemas itu semasa dalam perjalanannya dari Sungai Petani ke Pengkalan Hulu, bapa kepada empat anak dan datuk kepada dua cucu ini memberitahu, pada awalnya, pintu kereta cuba dipecahkan menggunakan batu tetapi tak berjaya.
“Kebetulan ada kapak di dalam kereta, jadi tanpa berfikir panjang, saya cepat ambil dan pecahkan pintu kereta.
“Setelah pintu berjaya dibuka, beberapa orang awam lain turut bantu mengeluarkan mereka sebelum api dari kereta sebelah menyambar kereta mangsa,” katanya.
Mengenai kisahnya sebagai hero tidak didendang kini tular, kontraktor pembinaan ini hanya mampu mengucapkan terima kasih di atas penghormatan tersebut.
“Saya biasa-biasa saja, saya masih Oon. Namun saya berharap lebih ramai rakyat Malaysia terutama anak muda bersikap prihatin terhadap keadaan sekeliling.
“Kalau kita lebih peka, mungkin kita sedar sebenarnya ada orang lain dalam kesusahan yang memerlukan bantuan,” ujar Thoo Seen.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung