Nuffnang

Monday, September 25, 2017

Perghhh !!! Hello Kitty “Biarlah Orang Panas Di FFM29”




“Biarlah Orang Panas Di FFM29”


Afina mencuri tumpuan di FFM29 menerusi busana berinspirasikan Hello Kitty.


PETALING JAYA: Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) yang diadakan di Dewan Merdeka pada Sabtu malam menghimpunkan penggiat seni dalam industri perfileman tanah air.
Acara karpet merah pastinya menjadi buruan lensa kamera dengan kehadiran selebriti dan pelakon dari segi penampilan dan busana yang digayakan mereka.
Walaupun bukan bergelar artis, wanita ini tetap mencuri tumpuan ramai semasa festival itu berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara.
Gambar dia berhijab sedondon dengan busana warna oren, yang bermotifkan kartun Hello Kitty, kini tular di media sosial.


Berpeluang bergambar bersama dengan Mia Sara (gambar kanan) dan Eira Syazira di FFM29.
Yus Amina Mohd Zawizah, 27, berkata, kehadirannya bersama suami ke FFM29 di atas jemputan seorang pengarah filem.
Lebih dikenali sebagai Afina, dia nekad menyarungkan busana itu pada majlis anugerah berprestij itu meskipun sebelum ini pernah dikecam netizen.
“Biarlah orang panas tengok saya pakai baju Hello Kitty di festival filem, yang penting saya selesa pakai. Dulu pun orang panas juga, memang saya risau dikecam bila ‘viral’ (tular) sampai terpaksa simpan semua baju Hello Kitty.
“Tapi tu dulu, sekarang semua dah kenal saya sebagai akak Hello Kitty. Pergi mana-mana pun, nama tu juga mereka panggil. Jadi, saya tak kisah apa orang nak kata kalau pakai baju ni. Mulut orang tak boleh nak ditutup,” katanya kepada mStar Online.
Rata-rata netizen memuji penampilan usahawan kosmetik ini yang disifatkan comel, sinonim dengan imejnya yang tular disebabkan busana watak kartun itu.

Kisah keluarga ini tular di media sosial kerana baju Hello Kitty.
Afina turut dilihat bergambar bersama pelakon cilik, Mia Sara dan pelakon drama, Eira Syazira.
Menurut Afina, baju Hello Kitty yang dipakainya pada FFM29 turut dibuat sedondon untuk suami dan anak perempuannya.
Bagaimanapun katanya, suami kemudian mengambil keputusan untuk tidak memakai pakaian yang ditempah itu pada Sabtu malam.
“Persiapan untuk ketiga-tiga baju bermotifkan Hello Kitty ni dibuat semalam juga, kami hantar kain pada waktu pagi dan siap tengah hari,” katanya.
Kisah Afina dan anak perempuannya berbaju raya Hello Kitty sebelum ini tular apabila seorang lelaki bergelar Datuk Z sanggup membeli baju berkenaan pada harga ribuan ringgit untuk anak perempuannya termasuk cucu yang menghidap kanser hati.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung