Nuffnang

Friday, November 30, 2018

Model Rusia kongsi gambar menyentuh hati dukung mayat bayinya sebagai sokongan kepada ibu lain Jumaat,


Yatskovskaya merupakan seorang model dan blogger kecantikan dari Rusia.

SEORANG model dan blogger kecantikan Rusia yang kehilangan bayi yang baru dilahirkan telah berkongsi dengan pengikutnya sekeping gambar bersama mayat anaknya itu.
Yana Yatskovskaya, 27, menyiarkan gambar itu untuk menunjukkan sokongan kepada semua ibu yang kehilangan bayi baru lahir atau seorang anak
Gambar tersebut menunjukkan Yatskovskaya memangku tubuh kecil anaknya yang meninggal dunia selepas melahirkan bayi itu di rumah.
Yatskovskaya berkata bahawa dia hamil enam bulan ketika dia memutuskan untuk pergi bercuti ke Maldives bersama suami dan anak perempuannya yang berusia tiga tahun.
Semasa percutian itu, dia berasa pergerakan bayi telah berhenti dan segera berkunjung ke hospital tempatan.
Yatskovskaya mendukung mayat bayinya yang baru dilahirkan.
Menurut model yang berasal dari Moscow itu, dia 'pulang' dan terpaksa melahirkan anaknya.
Bagaimanapun, dia tidak memberikan butiran lanjut mengenai kaedah bayinya itu dilahirkan.
Yatskovskaya berkata: "Saya tidak memberikan bayi saya kepada sesiapa dan tiada siapa yang membawanya pergi daripada saya. Saya melahirkannya di rumah dan kami mengebumikannya kerana dia ialah ahli keluarga kami.
"Dia telah menjadi 'angel' dan sekarang melindungi keluarga kami dari syurga."
Model itu menjelaskan bahawa dia mahu menyokong semua ibu yang kehilangan anak mereka dengan berkongsi gambar itu kepada seramai 772,000 pengikutnya di Instagram. - Daily Mail

Thursday, November 29, 2018

Perghhh !!! Selepas 10 jam yang menyakitkan, jiran ternampak wanita mencangkung di awal pagi


Penyelamat terpaksa memotong batang besi sebelum mengeluarkan kepala Aree yang tersepit selama lapan jam.
BANGKOK: Selepas hampir 10 jam menanggung kesakitan, akhirnya wanita yang kepalanya tersepit pada batang besi pagar kediamannya di Nakhon Ratchasima.
Jirannya terlihat Aree Peklang dalam keadaan mencangkung dengan kepalanya tersepit pada pagar itu pada pukul 4.45 pagi.
IKLAN
Susulan itu, unit kecemasan Hospital Khong dipanggil untuk mendapatkan bantuan.
Pemotong besi digunakan untuk memotong sebahagian pagar itu bagi membolehkan kepala Aree 'bebas'.
Pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira lima minit untuk memotong besi itu, sekali gus Aree dapat bernafas dengan sempurna.
Pegawai perubatan juga melakukan rawatan kecemasan ke atas Aree sebelum membawanya ke hospital.

Menjelaskan mengenai kejadian itu, kata Aree dia terjatuh hingga kepalanya tersepit pada pagar itu pada pukul 7 malam ketika berjalan masuk ke kawasan rumahnya. - The Nation/Asia News Network

Wednesday, November 28, 2018

Ribut pasir gergasi lenyapkan sebuah bandar di China



Keadaan bandar itu sewaktu berlakunya ribut pasir. FOTO: ImageChina/REX
SATU kejadian ribut pasir di wilayah Gansu, China berjaya dirakam baru-baru ini.
Rakaman tersebut ternyata mengejutkan ramai pihak kerana ribut berkenaan membawa kabus pasir yang banyak, seolah-olah melenyapkan bandar berkenaan.
Sewaktu kejadian, pemandu diarahkan berhenti di tepi jalan manakala orang awam dinasihatkan berada di dalam bangunan atau rumah sahaja tanpa membuka pintu dan tingkap.


Suasana ribut pasir yang menakutkan.
Ribut pasir gergasi itu melanda pada Ahad lalu, lapor Meteorologi China.
Ribut berkenaan bergerak pada kelajuan 17 meter sesaat, melewati bangunan dan rumah dengan debu pasir yang tebal.
Menurut pihak metereologi, ribut pasir itu dibawa dari Gurun Gobi.
Jabatan bomba dan pihak polis turut melakukan rondaan sewaktu kejadian berlaku.
Malah, tahap penglihatan pada waktu itu juga terhad kepada 10 meter sahaja.
Satu lagi ribut pasir dijangka melanda Beijing tidak lama lagi, lapor agensi Xinhua.- Mirror.UK.

Tuesday, November 27, 2018

Cepat bangun kamu, rayu tunang Muhammad Adib

Cepat bangun kamu, rayu tunang Muhammad Adib





Kenderaan Bomba Yg di Rosakkan

Kenderan Bomba di Rosakkan

Nurul Najihan, tunang Muhammad Adib Mohd Kassim yang cedera parah diserang perusuh di sekitar Kuil Maha Mariamman, USJ 25 awal pagi tadi memohon rakyat supaya mendoakan agar anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya itu selamat dan segera sembuh.
Dalam hantaran di Facebook, katanya, beliau tidak cukup kuat untuk melihat keadaan Muhammad Adib, 24, ketika ini.
"Kamu kuat. Cepat bangun kamu Muhammad Adib. Doakan tunang saya. Tak kuat tengok kamu macam tu," kata Nurul Najihan.
Beliau turut berkongsi gambarnya bersama Muhammad Adib.


Pasangan itu dijadual diijab-kabulkan pada bulan Disember ini.
Sementara itu, tinjauan Malaysiakini juga mendapati ramai warga maya yang mendoakan supaya Muhammad Adib sembuh seperti sedia kala.
Doa yang dititipkan di Facebook tunang anggota bomba itu, Nurul Najihah antara lain juga menasihatkannya supaya bersabar.
“Adib kuat... awak pun kena kuat...,” kata Qaseh Myzara.
“Saya tak kenal awak tp sy doakan agar diberikan kesembuhan kepada tunang,” Sue Khal.
“Semoga Tunang Cik cepat sembuh. Saya betul2 kesal atas apa yg dah berlaku kepada beliau.
“Saya harap pihak berkuasa akan kesan saitan2 yg telah mencederakan tunang Cik.
"Beliau tak bersalah apa pun.. dan mereka2 yg serang tunang cik ni x akan hidup bahagia. Mereka bersamaan dengan taik.
“Harap cik tabah bersama beliau, saya doakan supaya beliau cepat sembuh dan kembali berjasa,” kata Lakshmi Kumar.


Muhammad Adib, kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital swasta di Subang Jaya. Beliau sedang ditemani oleh anggota keluarga dan tunangnya setelah keadaannya dilaporkan agak parah.
Beliau juga dilaporkan dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai mengalami kecederaan patah tulang rusuk serta beberapa kecederaan dalaman.
Pada kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, anggota berkenaan diserang apabila pasukannya tiba di lokasi selepas mendapat maklumat sebuah kereta terletak di luar kuil terbakar.
Anggota yang duduk di bahagian penumpang hadapan unit EMRS itu ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul.
Selain itu, serangan berkenaan turut menyebabkan dua jentera bomba iaitu satu unit van EMRS dan jentera pemadam (FRT) turut dirosakkan kumpulan perusuh dianggarkan seramai 1,000 orang.
Antara kerosakan ialah cermin depan dan belakang pecah, tayar pecah serta tercabut, pintu jentera tercabut selain kemek pada bahagian badan kenderaan dipercayai akibat diserang dengan objek keras

Kaitkan orang Islam, Exco 'gelabah' edit semula status FB'

Kaitkan orang Islam, Exco 'gelabah' edit semula status FB'

Kenyataan sebelum dan selepas, V Ganabatirau Veraman.
Kenyataan sebelum dan selepas, V Ganabatirau Veraman.
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Tuduhan melulu Exco Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor V Ganabatirau Veraman yang mengaitakan insiden rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, semalam di dalangi oleh orang Islam 'memakan diri'.
Mana tidaknya, beliau yang juga merupakan Adun Kota Kemuning, itu terpaksa menarik balik kenyataan itu di Facebooknya setelah didakwa netizen cuba mengapikan insiden berkenaan dengan menggunakan isu perkauman.
V Ganabatirau pada awalnya memuat naik status  mendakwa bahawa 'Serangan itu dilakukan oleh kumpulan orang Islam', kemudian membuat 'u turn' dengan mengemas kini statusnya di perenggan berkenaan dengan menyatakan bahawa insiden itu 'didalangi oleh kumpulan gengster'.
Sebelum itu, status V Ganabatirau itu menarik perhatian Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM), Firdaus Wong Wai Hung yang ternyata kesal dengan sikap Adun berkenaan.
Katanya, beliau tidak faham apa tujuan sebenar Adun itu memuat naik kenyataan seumpama itu.
"Apakah tujuan YB V. Ganabatirau menulis; “The attack by a group of Muslims group”.
"Sebagai seorang wakil rakyat yang mewakili rakyat berbilang bangsa dan agama, tindakan YB menulis dan menuduh semberono “Muslim Group” tanpa siasat amat mengecewakan dan boleh menimbulkan ketegangan kaum dan agama," katanya.
Justeru beliau memohon agar orang ramai membuat laporan polis terhadap kenyataan itu agar pihak Polis Diraja Malaysia menyiasat beliau di atas kenyataannya yang tidak bertanggungjawab itu.
"Sahabat semua bertenang dan jangan bertindak melulu. Ada pihak yang cuba menangguk di air yang keruh salam situasi sekarang. Jangan kerana sebilangan kecil yang tak menghormati undang-undang negara, kita menggadaikan keharmonian dan keamanan negara yang kita kecapi selama ini," katanya.

Berhubung insiden kekecohan itu difahamkan berlaku berikutan perselisihan antara dua kumpulan mengenai isu perpindahan tapak kuil.
Video kejadian itu viral dalam media sosial. Turut dilaporkan banyak kenderaan terperangkap dalam kesesakan di sekitar kawasan berkenaan pada waktu puncak pagi semalam.


Berdasarkan fakta, kuil tersebut sepatutnya dipindahkan pada 22 November lalu berdasarkan arahan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11 Mac 2014.
Empat pihak terlibat telah bersetuju memindahkan kuil tersebut dan menyerahkan kembali tapak kuil dalam keadaan kosong kepada pemilik tanah.
Empat pihak terlibat dalam penghakiman berkenaan ialah kerajaan negeri, pemilik tapak kuil berkenaan One City Development Sdn Bhd (One City) serta dua individu yang mendakwa pentadbir kuil tersebut, K. Chellappa dan M. Nagaraju.
Kerajaan negeri turut menyerahkan tanah seluas kira-kira 0.4 hektar (satu ekar) yang terletak kira-kira tiga kilometer dari lokasi asal kuil.
One City juga menyumbangkan RM1.5 juta kepada pihak kuil sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian.
Bagaimanapun, ada pihak terus menentang usaha memindahkan kuil itu yang dilaporkan telah wujud sejak 1891.

Monday, November 26, 2018

Swafoto terakhir sebelum dua gadis terjun ke dalam telaga ‘bunuh diri"


Swafoto terakhir dirakam oleh kedua-dua gadis tersebut. - CEN

DUA remaja perempuan memuat naik gambar swafoto pada aplikasi WhatsApp sebelum mereka dipercayai melompat ke dalam sebuah telaga dan lemas kerana cuba membunuh diri.
Mayat kedua-dua mangsa yang berusia 17 tahun itu dijumpai di tempat bunuh diri popular yang terletak di Mumbai.
Polis berkata, remaja perempuan terbabit mengambil gambar tersebut berhampiran sebuah telaga dan menjadikannya gambar profil WhatsApp sebelum mereka berdua terjun ke dalam telaga itu.
Telefon pintar, kasut dan gelang kaki mereka yang ditemui oleh polis di kawasan berdekatan telah membuatkan pihak berkuasa yakin bahawa kedua-dua gadis itu sengaja melompat masuk ke dalam telaga berkenaan.
Keluarga mangsa yang terkejut dengan insiden itu berkata, gadis-gadis tersebut tidak menunjukkan sebarang tanda mereka mengalami tekanan atau ingon membunuh diri dan mereka sangat misteri.
Salah seorang bapa mangsa mendedahkan anak perempuannya baru-baru ini meminta agar dia membeli beberapa pakaian yang pernah dilihatnya di televisyen.

Telaga ini dikenali sebagai lokasi popular untuk bunuh diri.
"Saya berjanji untuk mendapatkannya ... pakaian itu akan tiba dalam beberapa hari lagi tetapi anak perempuan saya tidak akan dapat memakainya," katanya.
Seorang lagi bapa mangsa memberitahu Indian Express: "Apakah jenis persahabatan ini bila seorang berkata ingin melompat ke dalam telaga bersama-sama dan seorang lagi benar-benar melakukannya?
"Walaupun pada saat-saat terakhir mereka, mereka berpakaian pada baju kemeja dan seluar hitam yang sama."
Polis sedang menyiasat telefon kedua-dua gadis tersebut dengan harapan dapat mencari motif di sebalik insiden itu.
Bagaimanapun, remaja terbabit telah memadam perbualan WhatsApp mereka.
Polis berkata, salah seorang gadis tersebut telah memutuskan hubungan dengan teman lelakinya dan memberitahu bahawa dia bertemu lelaki lain.
Klu itu mungkin boleh dikaitkan dengan punca kejadian tersebut.
Dipercayai empat insiden bunuh diri telah berlaku di telaga tersebut dalam tempoh dua tahun. - Daily Mail

Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/global/dunia/2018/11/25/terjun-telaga/#6iigdXA7O3UpGSkg.99

Sunday, November 25, 2018

Perghh !!! Pengunjung gempar lelaki cuba terjun dari tingkat 6 Suria KLCC


Pasukan penyelamat menyelamatkan seorang lelaki yang cuba terjun dari tingkat enam Suria KLCC pada Sabtu. Foto: Bernama
KUALA LUMPUR: Pengunjung di pusat membeli belah Suria KLCC di sini gempar hari ini apabila seorang lelaki dilihat cuba terjun dari tingkat enam pusat membeli belah itu.
Dalam kejadian kira-kira 5 petang ini, lelaki berusia 40-an yang berdiri di bahagian penghadang koridor utama pusat membeli belah itu bertindak mengugut untuk terjun apabila didekati beberapa individu.
Lelaki berkenaan turut melakukan aksi-aksi berbahaya antaranya menghulurkan sebelah kaki ke bawah serta memegang penghadang dengan sebelah tangan apabila cuba dipujuk.
Selepas lebih dua jam, lebih 10 anggota keselamatan terdiri daripada bomba dan polis berjaya menyelamatkan lelaki itu.
Ketika dia leka dipujuk, beberapa anggota bomba dan keselamatan itu dengan pantas menerpa ke arahnya dan memegang erat tubuhnya.
Tindakan cekap pasukan keselamatan mendapat tepukan gemuruh daripada lebih 1,000 pengunjung  pusat beli-belah itu.
Seorang saksi wanita dikenali sebagai Adeq, 35, berkata dia terkejut apabila melihat seseorang cuba terjun dari tingkat atas pusat beli-belah.
“Saya dan ahli keluarga datang dari Senawang, Negeri Sembilan untuk membeli barang keperluan, sekarang semua tergendala apabila ada kejadian ini.
“Kami tidak boleh pergi ke kawasan kedai kerana dihalang oleh pasukan keselamatan,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak dan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian pukul 5.02 petang.

Friday, November 23, 2018

Separuh badan anak hancur 'ditelan' mesin kitar sampah, keluarga mohon bantuan


Keadaan mangsa ketika kedua-dua kakinya terperosok masuk ke dalam mesin pengisar sampah tersebut. - Gambar ikhsan aktivis Malaysia di Seoul
PETALING JAYA: Seorang rakyat Malaysia nyaris maut selepas ditimpa kemalangan di tempat kerja dalam satu insiden yang berlaku di sebuah kilang kitar semula di Korea Selatan.
Dalam kejadian yang berlaku pada petang Isnin, Daniel Arif Ahmad Fuad, 21, kehilangan hampir separuh anggota tubuhnya selepas 'ditelan' sebuah mesin pengisar sampah di kilang yang terletak di Samseong, Seoul.
Menurut bapa mangsa, anak sulungnya yang baru dua bulan bekerja di negara tersebut kini berada dalam keadaan tidak stabil dan terpaksa diberikan ubat tidur oleh pihak hospital yang merawat anaknya.
IKLAN
Ahmad Fuad Yun, 52, memberitahu dia berasa amat terkejut ketika dimaklumkan mengenai tragedi yang menimpa Daniel Arif oleh rakan anaknya.
"Saya dapat tahu daripada kawan-kawan dia yang berada di sana. Saya memang terkejut, tapi saya percaya dengan berita tersebut kerana kawan dia tu memang bersahabat rapat dengannya.
"Saya memang ada halang dia nak ke sana dulu (bekerja). Sedih tu... sesiapa pun akan sedih. Tapi, kita sebagai orang Islam, kita terima qada dan qadar Allah," ujarnya dalam nada sebak ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Usaha menyelamatkan mangsa.
Anggota badan mangsa dari bahagian paha ke hujung kaki tidak dapat diselamatkan.
Tambah Ahmad Fuad, dia dan isterinya, Zainah Mohamad ketika ini sedang menguruskan dokumen berkaitan di Jabatan Imigresen sebelum meneruskan perjalanan ke Korea Selatan untuk melihat keadaan anaknya.
"Saya tak tahu nak cakap apa sekarang, saya cuma nak jumpa dia dulu je," katanya yang dijangka terbang ke Korea Selatan pada Sabtu.
Pihak keluarga mangsa turut berharap agar rakyat Malaysia yang prihatin dapat menghulurkan sumbangan kewangan kepada anaknya yang kini mengalami kecacatan kekal
Kaki mangsa yang hancur ditelan oleh mesin pengisar sampah tersebut.
Bagi mereka yang ingin menyampaikan sumbangan boleh menghubungi Ahmad Fuad di talian 019-558 9488.
Sementara itu, aktivis Malaysia yang enggan dikenali berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai insiden itu pada petang kejadian oleh rakan mangsa.
"Saya difahamkan, mangsa telah turun ke mesin pengisar tersebut untuk melihat punca ia tidak berfungsi seperti biasa. Namun, sambungan elektrik pada mesin itu telah pun dipadamkan.
"Mengikut kes yang biasa kita terima, kalau kes macam ini, mungkin ada benda yang tersangkut pada mesin itu.
"Tapi, tiba-tiba mesin itu bergerak sehingga menelan separuh badan mangsa," ujarnya kepada mStar Online

Thursday, November 22, 2018

Juruteknik jet pejuang menangis ‘buta’ al-Quran, akhirnya diberi hidayah dapat ajar mengaji


Syed Walid memperkenalkan kaedah kotak untuk mereka yang tidak tahu membaca al-Quran.

PETANG itu selepas habis syfinya sebagai jururteknik penyeleggaraan pesawat Hawk, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Syed Walid pulang ke berek bujangnya sambil berehat selepas seharian penat bekerja.
Baharu beberapa bulan ditukarkan ke Pengkalan Udara TUDM di Kuantan selepas tamat latihan sebagai juruteknik kejuruteraan pesawat tentera, dia cuba membiasakan dirinya dengan tempat baharu itu.
Ustaz Syed Walid atau nama sebenarnya Syed Walid Al Giffa Syed Ibrahim mendedahkan pada usia mudanya dia leka dengan suruhan Allah, sembahyang pula ikut mana sempat sementara mahu baca al-Quran pula jauh sekali.
Bercerita tentang perubahan hidupnya Syed Walid, 38, berkata, segala-galanya bermula ketika dia bertemu teman lamanya ketika di Kuantan.
Ketika rakannya bercerita tentang keindahan al-Quran, Syed Walid hanya tersenyum dan mengangguk kepala sahaja. Maklumlah, dia sudah lama tidak sentuh kitab suci itu.

Syed Walid yang dahulunya buta al-Quran tetapi denggan izin Allah, dia kini boleh membuka pusat pengajian al-Qurannya sendiri.
Akhirnya ketika pulang ke berek bujangnya dia tergerak hati mencari al-Quran, hajat mahu membacanya.

Wednesday, November 21, 2018

Fuh Sempoii Terbaik !!! Mohd Adib Ride Ke China Singgah Di Penang Route 6 Shop

Mohd Adib Hendak Bertolk Ke Pintu sempadan Malaysia Thailand


Adibg Mengenakan topi keledar

Mohd Adib Bersama Rombongan NVOG yang mengirinya

Mohd Adib Meletakkan stiker Ke Papan  Penang Road 6


Mohd Adib Bersama Kawan kawan.

Georgetown, 20 November 2018. MENGEMBARA sambil beramal, itulah niat dan usaha yang cuba dilakukan oleh seorang anak muda dalam membuktikan keprihatinan dirinya terhadap insan kelainan upaya terutamanya golongan buta.
Setiap liku kehidupan yang dilalui dan ditempuhi pastinya memberi impak dan kesan yang tersendiri dan begitu juga dengan anak kelahiran Pulau Pinang, Mohd Adib Mohd Yusoff apabila melancarkan misi kembara bermotosikal “Right For Sight 2018, Bikers Support The Blind” ke China yang bermula dari 20 November hingga 15 Disember 2018.
Mohd Adib, 33, seorang pekerja am di sebuah syarikat swasta di Bayan Baru berniat untuk membantu St Nicholas Home dalam cara yang tersendiri apabila ingin menghulurkan sedikit sumbangan dana kewangan dalam misi pengembaraan bermotosikal secara solo ke Shangri-La, China selama 26 hari dalam misi kembara ini.
Misi kembara ini akan melalui beberapa destinasi yang bermula dari Pulau Pinang ke Thailand – Segitiga Emas Sempadan (Myanmar, Thailand & Laos) – ShangriLa – Tibet – Kunming – Laos – Thailand dan kembali semula ke Pulau Pinang.
Objektif utama misi kembara Ride For Sight 2018, Bikers Support Blind ini adalah untuk membawa mesej kepada masyarakat bahawa bikers atau penunggang motosikal prihatin terhadap golongan buta selain cuba menengahkan St Nicholas Home kepada pihak luar.

Penang Route 6 Lokasinya
Betul betul Tepi Highwy sungai Dua , Bworth
Jualan Baju, Stiker , Key Chain
PM dul 019 5776858


Sultan Selangor Menegur Prihal papan Tanda Yang ada Bahasa China..MBSA Terus ambil Tindakan

MBSA mula 'buang' semua papan tanda jalan dua bahasa


(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mula mengeluarkan semua tanda jalan dua bahasa dan menggantikannya dengan hanya Bahasa Melayu.
"Tindakan segera telah diambil oleh pegawai kami untuk menukar papan tanda jalan dua bahasa di bandar ini," kata jurucakap MBSA dalam satu kenyataan pada Selasa.
Penukaran papan tanda akan dilakukan secara berperingkat-peringkat dan dijadualkan siap tidak lama lagi, kata kenyataan tersebut.
Tindakan itu segera dibuat  selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan bahawa semua tanda jalan di Shah Alam yang mempunyai bahasa Cina dikeluarkan dan digantikan dengan hanya bahasa kebangsaan sahaja.
Operasi untuk menukar papan tanda itu perlu diselesaikan sebelum 11 Disember.
Pada Isnin gambar papan tanda  jalan di Pekan Subang dengan tuisan bahasa Cina telah menjadi tular di media sosial sekaligus mencetuskan pelbagai reaksi komen dan perbahasan di kalangan netizen.
Kebanyakan komen di Facebook mahu penggunaan Bahasa Melayu pada semua papan tanda jalan.-The Star

Tuesday, November 20, 2018

Teriaa.,!!!Wanita 61 tahun nekad tikam suami kaki botol, lega tidak dihukum oleh mahkamah


=620&h=413&crop=1&/

SEORANG wanita yang menikam suaminya dengan pisau dibebaskan mahkamah tanpa sebarang hukuman.
Ia berikutan alasan wanita tersebut yang sudah tidak tahan didera suaminya sepanjang 30 tahun perkahwinan mereka.
Puala Brady, 61, bergaduh dengan suaminya sebelum menikam perut lelaki itu sewaktu dia menuju ke dapur untuk mendapatkan minuman.
Dia kemudiannya menghubungi talian kecemasan 999 sebelum membuat laporan mengenai tindakannnya.
Suaminya ditemui dengan darah berlumuran sebelum dibawa ke hospital.
Dia yang mengalami luka di perut akhirnya meninggal dunia, dua bulan kemudian.
Dalam pendengaran di Mahkahah Manchester, wanita itu mendedahkan dia mula didera sejak mereka mula berkahwin pada 1990.
Ujarnya lagi, dia menikam suaminya kerana sudah tidak tahan dengan perangai lelaki itu.
Tambahnya lagi, sikap suaminya yang ketagih alkohol juga menyebabkan dia sudah hilang pertimbangan dan tidak mampu bersabar lagi.- DailyMail.

Monday, November 19, 2018

Sempoiii Kunjungan Superstar Bikers Cikgu Joe Karlisa Dan Halim YB Dari Thailand Ke Penang Route 6 Shop



Cik Joe Karlisa Dan Sahabat Dari Thailand


Assalamualaikum semua..Robongan Dari Thailand  Cikgu Joe , Kawanya dan Hlim YB dari Betong 410


Terima KAsih Cikgu Joe Kerana Sudi Datang Lekat Stiker


Cik Joe Karlisa Dan Sahabat Dari Thailand

Ciku Joe Di Hadapan Kedai Route 6 Shop

assalamualaikum Semua Terima Kasih..Minggu Lepas  Kedai Royte Shop dapat Kunjungan yang tidak di sangka dari Cikgu Jo satun FB dia https://www.facebook.com/cikgujoesatun/ memang sempoi
   Cikgu joe satun : Rakyat Malaysia kawin dengan Gadis Thai, Buka perniagaan Travel Agensi Di Sana.. Di Pak Bara Resort.. dan beliau memiliki homestay sendiri.
Halim Yb .. pelawat minggu lepas merupakan rakan Bikers saya dengan Harley man.. beliau membuka butik di Betong Thailang yang di kenali sebagai Butik Route Betong 410   mereka banyak membantu Route 6 . 

Halim YB dan Cikgu Joe Satun memanng terkenal Dikalangan Malaysian Advanture Turing. syabas dan terima kasih atas kunjungan anda. Penulis rasa terkedu di buatnya

Penang Route 6 Lokasinya
Betul betul Tepi Highwy sungai Dua , Bworth
Jualan Baju, Stiker , Key Chain
PM dul 019 5776858

Perghh !!! Video tular kelibat lembaga putih atas kereta, “Hati-hati memandu”


Video tular kelibat lembaga putih atas kereta, “Hati-hati memandu”


PETALING JAYA: Kecoh di media sosial mengenai kelibat lembaga berkain putih, dengan penyebaran video penampakan entiti itu sejak malam Sabtu.
Menerusi satu video, ia dirakamkan dari sebuah kereta di sebuah jalan pada waktu malam, dikatakan dekat Gunung Pulai, Johor.
“Nampak tak sesuatu? Apa benda tu?,” menurut perbualan dua lelaki yang berada di dalam kereta itu.
“Potong... potong,” kedengaran suara seorang lelaki yang meminta pemandu memintas kereta Perodua Axia merah di hadapan.

Sunday, November 18, 2018

Perghh ,!!! "Ejek 'bapa kau hitam' saya ok, cuma janganlah main bangsa" - Melor Kazar tegur netizen gelar bapa Bangla


kazar.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
Malor akui bukan marah sebaliknya meminta netizen menghormati semua bangsa.
  (Ubah saiz teks)
ANAK kepada pelakon Kazar iaitu Melor menjelaskan bahawa tindakannya menegur segelintir netizen menggelar bapanya sebagai Bangla bukan kerana marah atau malu.
Sebaliknya, Malor berkata, teguran itu dibuat supaya netizen menghormati orang lain tanpa mengira bangsa.
"Berikutan kes yang viral macam tak berapa penting tu, lawak pun ada. Ramai pula salah anggap, kita sendiri baca terkejut. Bila pulak kita pandai mengamuk.
"Saya tak marah sesiapa pun cuma saya sedih sekarang anak muda sudah tak ada hormat org tua dan bangsa.


Teguran Melor terhadap netizen yang dianggap keterlaluan.
"Jagalah sensitiviti orang lain. Bangla pun manusia, kita boleh hormat keluarga kita tak kan orang lain kita tak boleh hormat? Jadi hormatlah semua orang tak kira bangsa," ujarnya di Twitter.
Dia mengulas beberapa artikel blog hiburan yang menegur seorang netizen memanggil bapanya Kazar atau Kazaruddin Saisi, 59, sebagai Bangla.
Dalam pada itu Melor berkata, dia tidak marah atau terasa hati berikutan sudah biasa dengan ejekkan rakan-rakan sejak zaman sekolah.


Status yang dimuat naik Melor.
Bagaimanapun, katanya, perkara itu tidak keterlaluan sehingga mempermainkan bangsa yang boleh dianggap sebagai isu sensitif.
"Ejek 'bapa kau hitam' dari zaman sekolah saya ok jer sebab bapa saya tak putih sama macam saya. Jangan main bangsa tak baik tau," ujarnya.

Friday, November 16, 2018

Tragis... budak lelaki meninggal dalam pesawat, di pangkuan ibu selepas buat umrah

Tragis... budak lelaki meninggal dalam pesawat, di pangkuan ibu selepas buat umrah


SEORANG budak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia dalam penerbangan selepas mengikut ahli keluarganya menunaikan umrah di Makkah.
Yahya Puthiyapurayil diserang epilepsi, 45 minit selepas berlepas dari Jeddah menaiki penerbangan Oman Air menuju Kozhikode di Kerala, kata bapa saudaranya kepada Khaleej Times.
Pesawat membuat pendaratan kecemasan di Abu Dhabi pada petang Isnin selepas kejadian tragis itu, syarikat penerbangan itu mengesahkan.
"Dia demam sedikit ketika menaiki penerbangan dari Jeddah dan diserang sawan di udara.
"Dia meninggal dunia di pangkuan ibunya, keluarganya sangat sedih," kata bapa saudara budak lelaki itu, Mohammed Nadeer yang tinggal di Abu Dhabi.
Yahya adalah anak lelaki kepada pasangan Muhammad Ali dan Jubairiah, yang juga menaiki pesawat bersamanya. Pasangan ini mempunyai tiga anak dan Yahya adalah anak bongsu.
Menurut Mohammed Nadeer, Yahya adalah seorang kanak-kanak istimewa yang tidak boleh berjalan atau bercakap.
"Dia berkerusi roda dan telah menjalani rawatan sejak lahir," katanya.
Dia menyertai rombongan keluarga yang terdiri daripada 13 orang termasuk ibu bapanya menunaikan umrah.
Seorang pegawai kedutaan India berkata jenazah budak lelaki itu dihantar pulang awal pagi Selasa dengan penerbangan Etihad.
Jenazahnya tiba di Kannur dan pengebumian dilakukan pada sebelah petang, menurut saudara-maranya.
"Kami dimaklumkan mengenai insiden tragis itu pada petang Isnin. Kami bercakap dengan pegawai imigresen di Abu Dhabi bagi memudahkan urusan visa untuk bapanya. Kira-kira jam 10.30 malam urusan formaliti selesai.
"Kami membuka kedutaan di malam hari untuk urusan pembatalan pasport budak lelaki itu, pendaftaran kematian dan mengeluarkan surat tanpa bantahan untuk membawa jenazah ke India," kata Konsular di kedutaan M.Raja Murugan kepada Khaleej Times.


Thursday, November 15, 2018

Perghhh !!! Terkedu Raja Muda Selangor ‘repeat’ beli nasi lemak, “Tapi saya minta maaf sangat-sangat”


/


Rozeeta terkejut dengan kehadiran Tengku Amir ke gerainya pada Ahad lalu. foto ihsan Rozeeta Abdul Manan.

PETALING JAYA: "Hello, lamanya tak jumpa?."
Demikian sapaan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengejutkan seorang peniaga nasi lemak, Rozeeta Abdul Manan pada petang Ahad lalu.
Menurut wanita berusia 33 tahun itu, dia tidak menduga Tengku Amir akan datang semula ke gerainya selepas menikmati Nasi Lemak Chicken Chop hasil air tangannya, setahun yang lalu.
"Memang tak sangka beliau akan datang semula. Lagipun masa tu baru lepas hujan dan keadaan jalan agak berlecak.
"Masa tu tengah siapkan pesanan pelanggan. Tiba-tiba ada orang tegur. Saya angkat kepala, tengok-tengok Raja Muda Selangor.
"Saya jadi terkedu. Ibarat orang baru pertama kali nak keluar dating. Ya Allah hati jadi berbunga-bunga, tak sangka langsung beliau akan datang," katanya kepada mStar Online.


Rozeeta berkongsi postingnya mengenai kunjungan kali kedua Tengku Amir membeli nasi lemak chicken chop hasil air tangannya.
Rozeeta berkata pada hari tersebut dia berniaga dalam program SAY Ignite 2018 anjuran Komuniti Belia Selangor di Taman Tasik Shah Alam.
Anak jati Kuala Lumpur ini yang baru dua tahun mengusahakan perniagaan nasi lemaknya yang diberi nama GengCikMak menyifatkan kunjungan Tengku Amir sebagai satu pengalaman berharga.
"Saya ingat kali pertama beliau datang tahun lalu semasa satu acara di Stadium Melawati, Shah Alam. Masa tu saya fikir kunjungan tu mungkin sekali seumur hidup.
"Tapi bila beliau datang kali kedua, saya amat terkejut. Yalah adat berniaga kalau pelanggan datang balik tu maksudnya makanan tu sedap. Ia satu pengalaman yang saya tak boleh lupa sampai bila-bila," katanya.
Sementara itu, Rozeeta turut memohon maaf kepada Tengku Amir kerana tidak menggunakan bahasa formal istana tempoh hari.

Rozeeta mengambil pesanan Tengku Amir.
"Saya jadi gugup, tak tahu nak buat apa. Semuanya berlaku secara spontan. Saya bercakap guna I... you... dengan beliau. Tengku Amir pun layankan juga. Beliau sangat peramah dan seorang yang merendah diri.
"Lepas beliau balik baru saya rasa macam serba salah. Ya Allah dalam hati kata, sepatutnya saya merafak sembah tapi waktu tu macam separuh sedar. Jadi kami cakap macam kawan-kawan. Saya minta maaf sangat-sangat," katanya.
Jelas Rozeeta, keistimewaan nasi lemaknya terletak pada lauk yang disajikan bersama makanan itu.
"Sebenarnya nasi lemak ini banyak lauk. Kami ada lauk baby crab, soft shell crab, chicken chop, sotong, sambal udang petai, crispy rendang, chicken skin dan banyak lagi.


Nasi lemak Cikenchop antara menu popular dijual Rozeeta.
"Semuanya digoreng tepung. Jadi cara itu yang buat nasi lemak ini lain daripada yang lain," katanya.
Dalam pada itu, Rozeeta berkata berdasarkan maklum balas pelanggan, keenakan rasa nasi lemaknya juga terletak pada sambal yang dimakan bersama.
"Sambal saya mereka cakap macam nenek-nenek punya masakan. Sambal tak pedas sangat... mula-mula rasa manis tapi bila last tu baru rasa pedas," katanya.
Tambah Rozeeta, antara nasi lemak yang menjadi kegemaran ramai adalah nasi lemak Chicken Chop, Copong (sotong goreng tepung) dan Baby Crab.

Wednesday, November 14, 2018

SPRM dedah guru minta seks kalau nak dapat gred bagus


Gambar hiasan.
  (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Terdapat kejadian di mana guru meminta pelajar untuk melakukan hubungan seks sebagai habuan bagi mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang mendedahkan perkara itu memberi amaran bahawa kes sedemikian berbahaya bagi generasi masa depan di negara ini.
Beliau berkata, terdapat juga contoh di mana pelajar cuba memberi 'suapan' kepada rakan sekolah untuk memenangi undi supaya mereka boleh dipilih sebagai ketua kelas atau pengawas sekolah.
"Sekiranya tindakan rasuah seperti ini telah berlaku di sekolah, akan menjadi lebih buruk apabila pelajar berkenaan meningkat dewasa dan menjadi pemimpin masa depan.
"Sebab itulah kita perlu mendidik anak-anak kita tentang rasuah daripada mereka sekecil yang mungkin," kata Mohd Shukri dalam perbincangan panel yang dianjurkan oleh SPRM dan Kementerian Pendidikan di sini.
Mohd Shukri bagaimanapun tidak memberikan butiran mengenai kes-kes seks bagi mendapatkan keputusan cemerlang, yang dikesan SPRM.
Beliau berkata, rasuah seharusnya dijadikan subjek di sekolah untuk mendidik anak-anak mengenai bahaya rasuah.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, yang menyampaikan ucapan penutup di forum itu, menggalakkan pelajar membuat laporan polis sekiranya guru-guru mereka meminta hubungan seks sebagai balasan untuk mendapatkan gred yang baik.
"Jangan sembunyikannya. Kita tidak boleh mengambil tindakan jika kita tidak tahu.
"Kita mahu memastikan sekolah adalah tempat yang selamat dan selesa untuk semua kanak-kanak dan guru," kata Dr Maszlee.
"Biarkan anak-anak muda didedahkan untuk tidak menyukai rasuah pada awal usia mereka kerana tahap korupsi di negara ini pada masa ini terlalu membimbangkan," kata Mohd Shukri

Tuesday, November 13, 2018

Perghhh !!! Jauh perjalanan... Ular sawa dikirim dari Gopeng ke USM guna Pos Laju



Ular sawa batik dikeluarkan kakitangan Pos Laju daripada bungkusan tersebut. foto Facebook

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/11/12/ular-sawa-pos-laju/#DrPXFXU4WgIai2gK.99
PETALING JAYA: Seorang kakitangan Pos Laju dikejutkan dengan sebuah bungkusan yang tertera 'but bola' tetapi isi di dalamnya bergerak-gerak.
Bungkusan seberat hampir 2 kilogram itu dialamatkan ke blok kediaman di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Difahamkan beberapa kakitangan Pos Malaysia telah membuka bungkusan berkenaan dan terkejut apabila mendapati isi kandungannya merupakan seekor ular sawa batik.
Berdasarkan 'tracking number' yang disemak melalui laman web Pos Laju, bungkusan itu dihantar pengirimnya menerusi serahan di kaunter di Pejabat Pos Mambang Diawan, Kampar, Perak pada petang 8 November lalu.
Bungkusan tersebut tiba di Pos Laju Kepala Batas, Pulau Pinang pada 9 November sebelum dihantar semula ke Cawangan Serahan Sungai Buloh kerana didapati melanggar peraturan yang ditetapkan.

'Tracking number' bungkusan tersebut.
Jurucakap Pos Malaysia ketika dihubungi mStar Online menyifatkan tindakan tersebut sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan.
Malah, katanya tindakan tersebut berisiko menyebabkan ancaman keselamatan petugas Pos Malaysia dan orang awam selain menjejaskan operasi syarikat.
Beliau berkata, Pos Malaysia maklum mengenai hantaran tular di laman media sosial yang memaparkan beberapa keping gambar bungkusan Pos Laju berlabel 'but bola'.
"Pos Malaysia menegaskan bahawa perbuatan mengirim bungkusan yang mengandungi haiwan, termasuklah serangga, telur, larva, burung dan gading, adalah dilarang sama sekali," katanya.
Tambah beliau lagi, penghantaran sebarang barangan larangan sekiranya diketahui kakitangan akan ditolak penerimaannya atau, jika dikesan dalam perjalanan, akan ditahan.
"Barangan itu akan diuruskan dalam apa jua cara yang difikirkan wajar oleh Pos Malaysia dan dalam sesetengah kes, pengirimnya boleh didakwa di mahkamah," katanya.

Bungkusan tersebut dibalut rapi.
Susulan itu, beliau menggesa orang ramai untuk membuat pertanyaan di pejabat pos atau cawangan Pos Laju bagi mengetahui sama ada pengiriman sesuatu barangan itu dibenarkan.
mStar Online berjaya menghubungi penerima bungkusan tersebut petang Isnin.
Individu itu mengesahkan dirinya sebagai penerima bungkusan berkenaan.
Namun dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu.


Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung