Nuffnang

Saturday, October 31, 2020

Jangan cuba-cuba... Wanita haid tidak dibenarkan ke habitat komodo, apa sebabnya?



L
Komodo dapat menghidu bau darah.

TAHUKAH anda wanita yang sedang datang bulan tidak dibenarkan masuk ke kawasan penempatan haiwan komodo di Pulau Komodo, Indonesia?

Pakar Zoologi Indonesia, Evy Ayu Arida berkata, wanita yang sedang haid akan menarik perhatian komodo dan boleh mendatangkan bahaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah bosan bercuti di darat... kini Singapura buka peluang rasai pelayaran tanpa tujuan

"Jangan cuba-cuba... Niat untuk melihat komodo lebih dekat mungkin menjadi sebaliknya apabila anda diperhatikan oleh haiwan liar itu," katanya.



Ramai menyangka air liur komodo yang beracun dan boleh menyebabkan kematian.

Evy menjelaskan, komodo mampu mencium bau darah (termasuk darah haid) selain mampu menghidu kematian dalam radius 9.6 kilometer.

Bau darah akan menarik perhatian haiwan itu dan boleh mendatangkan bahaya jika tidak berhati-hati.

Apa yang lebih membimbangkan kata Evy, jika ada terkena serangan komodo, gigitannya boleh mendatangkan bahaya.

Kajian dilakukan Kominfo pada 2009 menyebut, gigitan komodo boleh menyuntik racun pada mangsa menerusi kelenjar racun yang terdapat pada rahang bawah mulutnya.

Mitos menyebut air liur haiwan itu menjadi penyebab kematian mangsa memandangkan ia mengandungi ribuan bakteria yang boleh memberi jangkitan.



Komodo sebenarnya bukanlah haiwan yang agresif.

Sementara itu, Evy bagaimanapun memberitahu komodo sebenarnya bukanlah haiwan yang agresif. Meskipun mencium bau darah, bukan bererti ia akan terus menyerang mangsanya.

Mampu berlari sehingga 20 kilometer/jam, komodo sebenarnya tidak gemar mengejar mangsanya. Ia lebih gemar membuat perangkap untuk mendapatkan makanan.

Apabila sudah dapat menangkap mangsa, ia tidak akan terus makan sebaliknya membiarkan ia menjadi bangkai terlebih dahulu.

"Jadi tidak hairan komodo tertarik pada aroma darah yang tidak segar termasuk darah haid," katanya.join grup Telegram mStar!

Friday, October 30, 2020

Wow.. Tedia.. Haqiem Rusli ‘angkat’ Mercedes-Benz GLC 200 musim Covid-19 - “Tak nak cakap lebih, takut dikatakan suka menunjuk-nunjuk pula”

 


Haqiem bersyukur dapat memiliki kereta mewah pada usia muda.

PERKONGSIAN penyanyi Haqiem Rusli berjaya memiliki sebuah kereta mewah jenama Mercedes-Benz GLC 200 di usia yang muda menarik perhatian netizen di laman sosial.

Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli meluahkan rasa syukur dengan kejayaan yang dikecapinya ketika di usianya baharu 22 tahun.


Akui kehidupan turut terkesan dengan pandemik Covid-19, Haqiem bagaimanapun berkata dia membeli kenderaan mewah itu menggunakan wang simpanannya.

Haqiem menggunakan wang simpannya untuk beli kereta mewah.

"Saya memang berasa sangat bersyukur dapat memiliki kereta ini pada usia muda. Sudah tiba masanya untuk saya hadiahkan sesuatu kepada diri sendiri.

"Bukan tidak terkesan dengan PKPB... cuma saya buat keputusan beli kereta pada waktu ini kerana sudah lama menyimpan.

"Kalau boleh saya tak nak cakap lebih soal ini takut nanti dikatakan suka menunjuk-nunjuk pula," kata Haqiem kepada mStar.

Kalau soal kahwin pula, saya rasa belum masa yang sesuai lagi.

HAQIEM RUSLI

PENYANYI

Sebelum ini, penyanyi lagu Adlina Marie itu berkongsi foto dia bersama kereta mewah miliknya di laman sosial dan kini dalam proses untuk mendapatkan lesen memandu.

Dalam pada itu, Haqiem memberitahu dia juga menyimpan hasrat untuk membeli sebuah rumah namun bukan dalam masa terdekat.

Manakala dalam soal berumah tangga pula, Haqiem mengakui dia akan memikirkan tentang perkara itu ketika usianya memasuki 28 tahun.

Haqiem belum bersedia memikirkan soal kahwin.

"Perancangan untuk membeli rumah memang ada tetapi mungkin bukan dalam masa tedekat. Kalau soal kahwin pula, saya rasa belum masa yang sesuai lagi.

"Mungkin kalau ada jodoh di usia 28 tahun... InsyaAllah," ujarnya.

Sementara itu, Haqiem turut tercalon dalam dua kategori iaitu Penyanyi Paling Popular dan Lagu Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH33).

grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO 

Thursday, October 29, 2020

Baju jadi ‘mangsa’, banyak doh ‘dikerjakan’ tapi roti canai masih tak terbang! Pelajar tak mahu biasa-biasa macam ayah, akhirnya jadi pakar penebar



Muhammad Muiz berlatih menebar roti canai 'terbang' di kedai makan milik bapanya. -foto ihsan Muhammad Muiz Ruzaini

PENEBAR roti canai, mungkin bukan satu pekerjaan pilihan buat anak-anak muda hari ini.

Namun, tidak bagi seorang remaja yang mengimpikan untuk melakukan kerja itu tapi dengan cara yang luar dari kebiasaan.


Bercakap kepada mStar, remaja berkenaan, Muhammad Muiz Ruzaini berkata keinginannya itu timbul sejak kecil apabila bapanya mengusahakan sebuah kedai makan di Pokok Sena, Kedah.



Mula membantu bapa menebar roti canai pada usia 13 tahun.

Anak muda berusia 17 tahun itu memberitahu, dia turut membantu dalam perniagaan bapanya yang juga menjual roti canai.

"Tapi memandangkan saya masih kecil ketika itu belajar di sekolah rendah, jadi saya tolong-tolong ayah ambil pesanan, kemaskan meja dan angkat cawan dan pinggan.

"Ayah tebar roti canai tapi biasa-biasa, tak ada yang lempar tinggi ke udara macam 'terbang' tu. Saya pula dah pasang hajat nanti nak jadi pakar roti canai terbang," katanya.



Sanggup berlatih sebelum kedai dibuka awal pagi.

Muhammad Muiz berkata, dia mula menebar roti canai di kedai bapanya ketika berada di tingkatan satu, namun hanya melakukannya ketika cuti hujung minggu kerana belajar di asrama.

"Setiap kali pulang bercuti, saya bantu ayah dan cuba belajar tebar roti canai yang boleh 'terbang'. Tak tahu kenapa saya minat, bukannya rasa lain roti canai tu.

"Bagi saya, ia sebagai satu kepuasan dan paling penting, saya mahu aksi menebar roti canai terbang tu menarik perhatian pelanggan," ujarnya yang berasal dari Pokok Sena.

Menurut anak bongsu daripada tiga beradik itu, percubaan awalnya gagal sehingga memaksanya untuk belajar dengan menonton video-video di laman YouTube.



Menjadi johan dalam pertandingan menebar roti canai di Alor Setar.

Dia yang kini belajar di Sekolah Menengah Teknik Alor Setar menjelaskan bahawa selain adunan tepung (doh) untuk roti canai, dia juga mempelajarinya menggunakan tuala kecil.

"Sebelum ni pakai doh untuk roti canai, tapi tak menjadi sampai habis satu bekas. Mujur tak jatuh ke lantai atau melekat di siling, yang penting tak kena pelanggan!

"Saya dulu malu berlatih depan pelanggan, jadi saya buat di rumah guna tuala kecil atau pakai doh sebelum kedai ayah buka pukul 7 pagi atau tutup 2 petang sebab masa tu pelanggan dah tak ada," ujarnya secara berseloroh.

Sebelum ni pakai doh untuk roti canai, tapi tak menjadi sampai habis satu bekas. Mujur tak jatuh ke lantai atau melekat di siling, yang pentang tak kena pelanggan!

MUHAMMAD MUIZ RUZAINI

Siapa sangka, remaja yang pemalu ini pada mulanya akhirnya menunjukkan keberanian untuk berlatih 'menebar roti canai' di hadapan orang ramai bermula di asrama.

"Saya berlatih di bilik mandi guna baju-baju yang saya basuh. Kawan-kawan gelakkan saya sebab lucu tapi mereka memberi semangat kepada saya.

"Pada tahun lepas, saya masuk pertandingan menebar roti canai di Alor Setar dan menjadit johan," katanya sambil menambah dia merupakan peserta termuda dalam pertandingan itu.



Muhammad Muiz mengimpikan untuk membuka bisnes kedai makan sendiri.

Walaupun kedai makan yang diusahakan bapanya turut mempunyai menu lain untuk pilihan pelanggan, tetapi Muhammad Muiz tetap mahu menarik lebih banyak perhatian dengan aksinya menebar roti canai ‘terbang’.

"Nasi lemak ada, bihun goreng ada, mi goreng pun ada macam-macam. Tapi puas bila pelanggan yang datang memilih nak makan roti canai bila nampak saya tebar roti.

"Sebab itu saya nak tunjuk cara tebar roti canai terbang, sebab nak tarik perhatian ramai. Ia juga semangat kepada saya untuk membuka bisnes kedai makan sendiri suatu hari nanti... sudah tentu akan ada menu roti canai!" katanya.

Nak tq mStar!


Wednesday, October 28, 2020

Wow !! Nampak serasi, peminat mahu Bunga Citra Lestari bercinta dengan Ariel NOAH

 

Nampak serasi, peminat mahu Bunga Citra Lestari bercinta dengan Ariel NOAH

Netizen mahu menjodohkan BCL dengan Ariel Noah.
KEMESRAAN di antara penyanyi Bunga Cinta Lestari dan Ariel Noah menerusi lagu kolaborasi mereka berjudul Menghapus Jejakmu ternyata mendapat perhatian netizen.

Bunga Cinta lestari, 37 atau lebih dikenali sebagai BCL meluahkan rasa teruja diberi peluang untuk bekerjasama dengan Ariel Noah selepas belasan tahun berada di dalam industri.

"Sudah belasan tahun saya berada di dalam industri, ini adalah kali pertama saya mula memberanikan diri bekerjasama dengan @arielnoah.

"Dan senang sekali rasanya apabila tahu lagu ini dinominasikan sebagai Karya Produksi Kolaborasi Terbaik Ami Awards 2020," tulisnya di kapsyen Instagram.



Kemesraan BCL dan Ariel membuatkan peminat mahu menjodohkan mereka.

Bagaimanapun, netizen mula ingin menjodohkan Bunga Citra Lestari dengan Ariel selepas melihat kemesraan mereka dalam video yang dikongsikan di Instagramnya.

Rata-rata komen daripada peminat mahukan kemesraan mereka di dalam video tersebut menjadi realiti.

"Tahniah kak Bunga, serasi sangat bersama, semoga ada jodoh diantara kalian," tulis peminatnya.

Hubungan mereka berdua sememangnya rapat malah Ariel turut menziarahi dan memberikan semangat kepada BCL sejak pemergiaan suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair pada Februari lalu.

Sumber - Liputan6..Mstar

Tuesday, October 27, 2020

Wanita alami kemurungan tolak bekas rakan sekerja ke dalam kolam takungan sebelum kedua-duanya mati lemas

 

Wanita alami kemurungan tolak bekas rakan sekerja ke dalam kolam takungan sebelum kedua-duanya mati lemas

Rakaman CCTV yang merakam insiden tragis membabitkan dua bekas rakan sekerja. Foto: Xuanwo Video

SEORANG wanita bertindak menolak rakannya ke dalam kolam takungan sebelum kedua-dua mereka ditemukan mati lemas.

Menerusi rakaman video kamera litar tertutup (CCTV), dua wanita itu sedang berdiri di tebing sebuah takungan di Nanjing, China sebelum salah seorangnya tunduk untuk mengikat tali kasut.

Namun tidak semena-mena, seorang lagi wanita bertindak menolak rakannya itu dari belakang dan kedua-duanya terjatuh.

Foto di mana pihak berkuasa menemukan mayat kedua-dua wanita berkenaan selepas operasi menyelamat turut tersebar.

Rakaman CCTV peristiwa yang berlaku pada Rabu lalu itu menjadi tular di China, dengan siasatan dilancarkan pada keesokan harinya.

Video tersebut telah dikongsi di laman ala Twitter versi China, iaitu Weibo, dengan klip itu telah ditonton lebih daripada 500 juta kali sehingga kini.

Pelbagai spekulasi bertebaran susulan kejadian mengejutkan itu. Laporan media tempatan menyatakan wanita yang menolak rakannya itu mengalami kemurungan dan sedang dalam rawatan.

Kedua-dua wanita itu juga dikatakan bekas rakan sekerja.

Polis dijangka akan mendedahkan butiran siasatan berhubung kedua-dua kes kematian berkenaan kemudian. - Dailystar


Monday, October 26, 2020

Peminat hulur RM1,000 bantu Joey BPR bayar kompaun langgar SOP - “Tak minta, tapi orang nak bagi saya ambil”

 




Joey bersyukur ada individu bermurah hati membantu membayar kompaun RM1,000.

SELEPAS dikenakan kompaun RM1,000 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), penyanyi Joey BPR mendedahkan dia dihubungi individu tidak dikenali menyatakan hasrat membantunya membayar denda tersebut.

Menurut Joey atau nama sebenarnya, Johari Mat Rozekhi, 57, dia terkejut apabila menerima mesej daripada seorang lelaki di aplikasi WhatsApp yang mahu memberi sumbangan bagi membayar kompaun berkenaan.

Cerita Joey, individu itu tergerak hati untuk menghubunginya selepas membaca hantarannya di laman Facebook mengenai kompaun berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Seandainya aku mati dulu, ampunkanlah segala dosa aku” - Joey BPR derita patah 4 tulang rusuk kemalangan motosikal

"Individu itu terbaca tentang perkongsian saya dan terus mesej nak hulurkan sumbangan RM1,000. Saya pun terkejut tak sangka ada yang nak bantu... sejujurnya saya tak kenal siapa lelaki itu, peminat atau wakil mana-mana pertubuhan pun saya tak pasti.

"Apabila dia kata nak bantu bayar, saya okay sahaja dan bagi nombor akaun bank... mula-mulanya saya janji nak bayar balik apabila dah ada duit, tapi dia menolak. Katanya dia ikhlas nak bantu. Alhamdulillah, duit itu pun sudah diterima!

Joey kongsi mesej perbualan dan surat kompaun yang diterima.

"Individu berkenaan memang tak mahu dikenali, saya ada muat naik mesej perbualan kami di Facebook tapi dia minta padam posting tersebut kerana tertera namanya, jadi saya delete dan muat naik semula tanpa nama," katanya kepada mStar.

Pada malam Sabtu, Joey dikenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka dan mencatat nama ketika memasuki sebuah kedai serbaneka di Ukay Perdana, Ampang, Kuala Lumpur.

Difahamkan, kedai terbabit juga melanggar SOP PKPB apabila beroperasi selepas pukul 10 malam.

Kalau kita buat baik, insyaAllah kita pun akan terima kebaikan daripada orang lain!

JOEY BPR

PENYANYI

Sementara itu, Joey berkata ini bukanlah kali pertama dia menerima sumbangan daripada individu tidak dikenali.

"Sejujurnya ini bukan kali pertama saya bertemu individu yang pemurah begini, sebelum ini ada beberapa individu tampil membantu... pernah ada seorang wanita masukkan duit semasa saya sakit dulu.

"Saya tak minta, tapi orang nak bagi saya ambil. Kita pun bukan banyak duit, kalau mereka rasa nak sumbang, kita terima... mereka pun tak minta publisiti, membantu dalam diam-diam.

Pemberi sumbangan minta Joey tak dedah maklumat diri.

"Saya pun tak berani nak hebahkan maklumat orang yang bagi sumbangan itu, sebab mereka sendiri minta supaya jangan didedahkan identiti jadi saya kena hormat permintaan itu," ujarnya.

Dalam pada itu, Joey berkata ada hikmah dia dikompaun kerana dapat melihat masih wujud insan pemurah yang tidak lokek membantu.

"Saya tak kisah kena kompaun kerana sedar undang-undang itu untuk kebaikan kita semua. Tapi di sebalik apa yang terjadi saya nampak masih wujud insan berhati mulia dan pemurah.

"Mereka tahu kita orang susah, jadi mereka bantu. Ternyata di dunia yang penuh kerakusan ini masih ada mereka yang mengasihani.

"Apa yang saya kongsi ini bukan gimik atau rekaan... tetapi memang benar! Kalau kita buat baik, insyaAllah kita pun akan terima kebaikan daripada orang lain," katanya.




TONTON VIDEO

Sunday, October 25, 2020

Dah ambil, kemudian letak balik! Pemuda terkejut jumpa tumbuhan aneh di tempat kerja, betul ke bukan petai?



Foto yang dikongsi jejaka ini tular di laman Twitter.

PERKONGSIAN foto seorang jejaka yang sedang memegang buah seakan-akan petai gergasi ternyata menarik perhatian ramai.

Malah, nama asal tumbuhan itu turut menjadi perdebatan individu di Twitter yang mendakwa ia bukan petai, sebaliknya dikenali sebagai beluru.

Menurut pemilik foto, Khairil Azman, 23, ia ditemui berhampiran lokasi dia bekerja di Perak, baru-baru ini.


"Ia dijumpai di dalam hutan, sekitar kawasan pembinaan saya bekerja. Saya teruja sebab seumur hidup tak pernah jumpa petai bersaiz seperti itu.

"Agak menarik perhatian semua orang kerana saiz yang agak tak masuk akal. Tetapi lepas post di Twitter, ada yang kata ia bukan petai tetapi buah beluru atau buah sintok.

"Dari situ saya baru tahu kewujudan buah itu," ujarnya sewaktu dihubungi mStar pada Sabtu.

Ramai netizen turut meninggalkan komen jenaka mengenai tumbuhan ini menerusi Twitter.

Menurut penyelia di sebuah projek cerun itu, dia sama sekali tidak menyangka foto yang dikongsi akan meraih perhatian ramai.

Malah, posting itu sehingga kini menerima hampir 15,000 ulang kicau (Retweet).

"Tak pernah tengok seumur hidup. Dan tak jangka pun akan mendapat sambutan netizen. Netizen memang sukakan petai.

Ada projek pembinaan di kawasan hutan, buah tu betul-betul dijumpai sebelah kawasan pembinaan.

KHAIRIL AZMAN

"Tertanya-tanya juga sebab pertama kali nampak memang seakan petai bersaiz besar. Ia spesis pokok jenis menjalar liar dalam hutan.

"Tapi saya letak balik di tempat asal, tak bawa balik. Saya jumpa memang ia dah ada di atas tanah, berdekatan pokok yang menjalar.

"Saya pun tak adalah selalu masuk dalam hutan. Cuma ada projek pembinaan di kawasan hutan, buah tu betul-betul dijumpai sebelah kawasan pembinaan," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, ramai netizen turut meninggalkan pelbagai komen jenaka mengenai buah berkenaan.

Paparan skrin video yang dikongsi di Twitter.

"Kalau yang saiz normal pun bau dia dah lain macam, kalau saiz macam ni, korang makan kat Johor, silap-silap sampai Perlis bau petai ni punya penangan.

"Kalau kencing kat toilet rumah ni, esok jabatan kimia datang sebab bau suspicious.

"Makan satu biji mengunyahnya berapa lama ya?

"Ni kalau buat sambal petai boleh makan sebulan ni," tulis beberapa netizen.


Friday, October 23, 2020

Penghantar makanan teruja terima pesanan daripada Rossa, siap dapat berduet dan selfie lagi!

 

Penghantar makanan teruja terima pesanan daripada Rossa, siap dapat berduet dan selfie lagi!

Penghantar makanan teruja jumpa Rossa.

Usman menerusi Instagramnya berkongsi pengalaman manisnya terharu apabila Rossa membalas kiriman mesej yang dihantar dengan sekeping foto selfie.

Dalam tangkapan skrin yang dapat dilihat, penghantar makanan berasa tidak percaya itu adalah penyanyi lagu Pudar itu.

"Biar betul ini Rossa yang penyanyi itu," soal Usman.

Pada mulanya dia sengaja menyebut gelaran 'Teh Oca' (gelaran bagi Rossa) dan tidak menyangka pesanan yang dibuat itu memang betul-betul daripada Rossa.

Usman turut berkesempatan untuk berduet lagu Hati Yang Kau Sakiti dengan penyanyi tersebut menerusi mesej aplikasi pesanan makanan itu.

Dia juga berjaya bergambar bersama Rossa selepas menghantar makanan tersebut.


"Alhamdulillah... Terima kasih ya buat Rossa kerana sempat bergambar dan berduet bersama saya. Semoga Rossa semakin berjaya," ujarnya.


Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung